8 Khasiat Susu Kambing – Anda Pasti Teruja!

khasiat susu kambing

Seperti mana namanya, “susu kambing” ia adalah susu yang dihasilkan oleh kambing, bukannya dari lembu, yang kita sentiasa minum. Susu kambing ini kurang popular kerana tidak banyak bekalan dan mungkin juga atas faktor bau yang kurang disenangi oleh sesetengah orang.

Namun, disebalik itu, susu kambing ini mempunyai banyak khasiat dan kebaikan terutama kepada kesihatan dan kecantikan – malah telah dibuktikan oleh kajian sains. Oleh sebab itu, semakin ramai orang mula bertukar dari susu lembu kepada susu kambing, walaupun kosnya agak mahal.

Di dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan:

  • 4 Fakta Susu Kambing
  • 8 Khasiat Susu Kambing
  • Perbezaan Susu
  • Video
  • Amaran

Jika anda ingin bertukar kepada susu kambing, ini adalah masanya!

Fakta Susu Kambing

 

1. Walaupun susu kambing ini hanya 2% dari semua susu yang dihasilkan di seluruh dunia, ianya lebih murah untuk diproses, kerana ia tidak perlu menjalani proses penyeragaman (homogenization), iaitu satu proses pengasingkan molekul lemak dari susu asal.

2. Susu kambing tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil, kerana mereka memerlukan khasiat yang lain semasa pertumbuhan.

3. Orang yang mempunyai intoleransi laktosa boleh menghadam susu kambing dengan lebih baik berbanding dengan susu lembu – kerana susu kambing mengandungi asid lemak berfaedah yang lebih banyak berbanding susu lembu.

4. Susu kambing sering diproses menjadi keju, mentega, ais krim dan yogurt.

Khasiat Susu Kambing Kepada Kesihatan

Susu kambing mempunyai banyak khasiat dan antaranya adalah dinyatakan dibawah:

1. Menguatkan Tulang

Ini merupakan salah satu kebaikan yang terdapat di dalam semua produk tenusu, dan menjadi faktor utama anda digalakkan untuk meminum susu. Susu yang dihasilkan mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, termasuklah susu kambing. Susu kambing ini membekalkan kandungan kalsium sama banyak dengan susu lembu tanpa memberikan kesan sampingan.

Selain itu, susu kambing dapat memastikan bahawa kita menerima kadar kalsium yang stabil dan tulang kita tidak sentiasa kuat sepanjang hayat kita. Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan kita daripada mendapat osteoporosis, ataupun tulang rapuh.

2. Ciri-Ciri Anti Radang

Salah satu sebab orang lebih menyukai suka kambing berbanding susu lembu adalah kerana ia tidak mendatangkan keradangan mahupun sakit perut seperti mana susu lembu.

Hal ini kerana susu kambing mempunyai satu enzim aktif yang boleh mengurangkan kesan keradangan yang berlaku di dalam perut. Kajian sedang dijalankan, mengkaji adakah kesan anti keradangan ini boleh memberikan kesan positif kepada anggota badan yang lain. Apa yang pasti, ianya baik kepada perut dan usus anda!

3. Tingkatkan Kecekapan Pengambilan Nutrien

Salah satu kebaikan utama susu kambing ini adalah kandungan kimia di dalamnya yang mempunyai banyak persamaan dengan manusia, berbanding dengan susu lembu.

Pada asasnya, manusia adalah ciptaan yang perlukan susu daripada ibunya semasa dilahirkan, seperti lembu dan kambing. Tetapi memandangkan susu kambing mempunyai kandungan yang hampir sama dengan susu manusia, badan kita akan menerima banyak khasiat daripada susu kambing.

Pada masa yang sama, ia boleh mengurangkan tekanan kepada sistem penghadaman kita.

4. Tingkatkan Metabolisma Badan

Memandangkan susu kambing mempunyai kadar nutrisi yang lebih padat berbanding susu lembu, anda akan menerima khasiat yang lebih banyak jika meminum susu kambing, walaupun anda minum kedua-duanya dengan kuantiti yang sama.

Satu cawan susu kambing dapat membekalkan 40% keperluan harian kalsium, 20% keperluan vitamin B dan kandungan potassium serta phosphorous yang banyak.

Pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi.

5. Kesihatan Jantung

Terdapat sekurang-kurangnya 2 kali ganda asid lemak di dalam susu kambing berbanding susu lembu, membawa maksud pengawalan kadar kolestrol adalah lebih baik dengan pengamalan susu kambing.

Dengan mengawal kadar lemak asid di dalam badan, kita boleh mencegah atherosclerosis, strok (angin ahmar), sakit jantung dan beberapa masalah jantung yang lain.

Kandungan potasium yang tinggi di dalam susu kambing boleh membantu mengurangkan kadar tekanan darah. Hal ini kerana postasium merupakan satu nutrisi yang boleh melegakan saluran darah di dalam sistem peredaran darah.

6. Meningkatkan Sistem Imuniti Badan

Nutrisi yang memainkan peranan di dalam sistem imuniti badan adalah selenium. Ia terdapat di dalam susu lembu, tetapi tidak sebanyak yang terdapat di dalam susu kambing.

Dengan pengambil susu kambing, anda secara tidak langsung telah meningkatkan daya tahan diri terhadap penyakit berjangkit seperti demam, selesema dan batuk.

7. Mencepatkan Pertumbuhan

Susu kambing mengandungi kandungan protein yang tinggi, iaitu satu komponen yang penting dalam pertumbuhan dan pembesaran badan. Protein boleh dikatakan sebagai satu blok untuk sel, tisu, otot dan tulang.

Dengan menjamin pengambilan protein yang stabil sepanjang pembesaran, kita boleh membesar dengan kadar yang optimum dengan kesihatan yang baik.

8. Mengurangkan Berat Badan

Walaupun susu kambing mengandungi kadar lemak asid yang lebih banyak berbanding dengan susu lembu, tetapi sebenarnya ia mengandungi kadar lemak yang lebih kurang.

Perkara ini membawa maksud bahawa susu kambing boleh membantu orang untuk mengurangkan berat badan, tanpa menjejaskan kesihatan mereka.

Read More: 10 Ubat Kuruskan Badan (Fat Burner) Yang Paling Berkesan Malaysia 2015

Perbezaan Di Antara Susu Kambing Dengan Susu Lembu

Jika anda ingin tahu apakah perbezaan di antara susu kambing dan susu lembu, sehingga susu kambing adalah pilihan yang lebih baik. Pasti susu kambing ada kandungan yang lebih, kan?

Ketahui 2 perbezaannya di bawah:

1. Kurang Alahan

Protein amat penting dalam pembesaran badan. Namun, kajian menunjukkan bahawa orang yang alah kepada susu lembu adalah disebabkan oleh satu protein yang dikenali sebagai Aplha-S1-casein.

Susu kambing kurang kandungan protein ini, membawa maksud orang yang alah kepadanya kurang menerima kesan, sesetengah tidak mengalami alahan langsung.

Walaupun begitu, adalah terbaik jika anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum terus bertukar kepada susu kambing – kalau anda memang alah kepada susu lembu sebelum ini.

Kes ini juga sama dengan laktosa.

2. Lebih Senang Untuk Dicerna

Walaupun kandungan sesetengah nutrisi yang terdapat di dalam susu kambing adalah banyak berbanding dengan susu lembu, namun ianya lebih mudah untuk di cerna.

Komposisi protein di dalam susu kambing boleh membentuk gumpalan yang lebih lembut semasa pencernaan, lantas memudahkan sistem badan anda untuk memprosesnya.

Ketahui banyak lagi perbezaan antara susu kambing dan susu lembu di sini.

Video

Sekiranya anda ingin melihat video tentang kebaikan susu kambing, video di bawah ini boleh membantu:

Amaran

Susu kambing tidak sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak terutama bagi yang masih bayi dan kanak-kanak kecil, walaupun mereka sudah berhenti menyusu badan. Hal ini kerana buah pinggang mereka masih mampu untuk memproses beberapa kandungan di dalam susu kambing.

Kesimpulan

Walaupun penghasilan susu lembu yang diproses tidak akan berkurangan dalam jangka masa yang lama, ianya adalah penting untuk mengetahui bahawa terdapat pilihan lain di luar sana.

Artikel ini bukanlah ditulis untuk memburukkan susu lembu, namun jika anda ingin bertukar selera kepada susu kambing, apa salahnya. Harganya di pasaran mungkin lebih mahal, tetapi padanlah dengan khasiat yang ia bekalkan.

Harap artikel ini membantu anda dalam mengetahui beberapa khasiat susu kambing.

Sekian~

Loading...

2 Semua Maklum Balas

    • Maaf, apa yang kami maksudkan dengan kanak-kanak itu adalah “kanak-kanak kecil” dan “bayi” kerana buah pinggang mereka masih mampu untuk memproses beberapa kandungan di dalam susu kambing. Maaf di atas segala kesilapan, artikel di atas sudah diperbetulkan. Sekian

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here