9 Khasiat Telur Untuk Kesihatan (#6 Kegemaran Saya)

khasiat telur

Telur adalah di antara makanan yang saya boleh katakan sebagai “superfood.” Ia dipenuhi dengan nutrisi, dan ada yang dianggap jarang ditemui dalam diet lain.

Artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa khasiat telur kepada anda, terutama dalam aspek kesihatan.

Kebaikan & Khasiat Telur

Telur sudah dijadikan salah satu makanan yang penting dalam diet seharian kita. Nak tahu kenapa? Berikut adalah 9 khasiat dan kebaikannya:

1. Telur Sangat Bernutrisi

Telur boleh dikatakan sebagai salah satu makanan yang paling bernutrisi di dunia.

Telur sebiji mengandungi semua nutrisi yang diperlukan untuk menukarkan satu sel kepada anak ayam (hahaha, tapi saya tidak niat berjenaka)

Sebiji telur rebus mengandungi:

Vitamin A
Folate
Vitamin B5
Vitamin B12
Vitamin B2
Phosphorus
Selenium

Pada masa yang sama, ia mengandungi kandungan Vitamin D, E, K, B6, kalsium dan zink yang agak baik.

Tambahan lagi, ia mempunyai 77 kalori, 6g protein dan 5g lemak.

Telur dianggap sangat berkhasiat kerana ia mengandungi hampir semua nutrisi keperluan harian seseorang individu.

Jika anda boleh dapatkan telur omega-3 lagilah banyak khasiatnya!

2. Telur Tinggi Dalam Kolestrol, Tetapi Tidak Menjejaskan Kolestrol Darah

Telur tinggi kolestrol. Itu adalah satu fakta.

Bahkan sebiji telur sahaja mengandungi 212mg kolestrol, sudah melebihi separuh dari keperluan harian (300mg).

Walaupun begitu, perlu ingat bahawa kolestrol di dalam diet tidak semestinya menyebabkan kolestrol meningkat dalam darah.

Hati kita menghasilkan kolestrol setiap hari. Apabila kita mengambil telur, maka hati akan kurangkan penghasilan untuk menstabilkannya dalam badan.

Manakala, kesan pengambilan telur boleh berbeza-beza mengikut individu:

70% – tiada peningkatan pada kolestrol darah
30% – boleh meningkatkan kolestrol darah (hyper responders)

3. Telur Boleh Meningkatkan Kolestrol HDL (yang baik)

HDL merujuk kepada High Density Lipoprotein, ia juga dikenali sebagai kolestrol baik.

Orang yang mempunyai kadar HDL tinggi biasanya mempunyai risiko yang rendah dalam mendapat masalah jantung, strok dan beberapa masalah kesihatan yang lain.

Salah satu cara untuk mendapatkan HDL ini adalah melalui pemakanan telur.

Berdasarkan satu kajian, pengambilan 2 biji telur setiap hari selama 6 minggu boleh meningkatkan kadar HDL dalam badan sebanyak 10%.

4. Telur Mengandungi Choline

Choline merupakan sejenis nutrisi yang kita semua jarang mengetahui tentangnya, dan juga sering tidak dipedulikan.

Ia adalah satu bahan yang biasanya dikategorikan sekali dengan vitamin B.

Choline digunakan untuk membina membran sel dan memainkan peranan dalam menghasilkan molecul isyarat di dalam otak.

Satu biji telur merupakan salah satu sumber terbaik untuk choline. Sebiji sudah mempunyai 100mg nutrisi ini.

5. Telur Boleh Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Kolestrol LDL dikenali sebagai kolestrol buruk dan sering dikaitkan dengan peningkatan risiko sakit jantung.

Tetapi apa orang tidak tahu adalah, kolestrol LDL ini mempunyai dua saiz:

  • kecil,tepu
  • besar

Kajian mendapati bahawa orang yang mempunyai kolestrol LDL yang kecil, tepu ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat sakit jantung berbanding dengan saiz besar.

Walaupun telur tidak dinafikan bahawa boleh meningkatkan kadar kolestrol LDL dalam badan (jika makan berlebihan), tetapi ia sekurang-kurangnya menukarkan kolestrol LDL kecil itu kepada yang besar.

6. Telur Boleh Mencerahkan Daya Penglihatan

Salah satu masalah penuaan adalah daya penglihatan akan berkurangan.telur meningkatkan daya penglihatan

Terdapat beberapa nutrisi yang boleh mencegah atau melambatkan proses masalah mata ini.

Dan nutrisi tersebut merujuk kepada Lutein dan Zeaxanthinantioksida yang boleh mengekalkan retina mata.

Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang mengambil dua bahan tersebut dengan kadar yang bertepatan boleh mengurangkan risiko katarak.

Lutein dan Zeaxanthin dua-dua banyak terdapat pada kuning telur.

Dalam satu kajian yang terkawal, makan dengan sekaar 1.3 kuning telur setiap hari selama 4.5 minggu boleh meningkatkan kadar lutein sebanyak 28-50% dan zeaxanthin sebanyak 114-142%.

Disamping itu, telur juga banyak vitamin A, iaitu satu vitamin yang bermain peranan yang penting dalam penjagaan mata daripada menjadi buta.

7. Telur Omega-3 Boleh Mengurangkan Trigliserida

Bukan semua telur adalah sama. Komposisi nutrisinya mungkin berbeza-beza mengikut jenis telur, bagaimana ayam itu dijaga, apa yang diberi makan kepada ayam tersebut dan sebagainya.

Telur dari ayam yang diternak dengan makanan kaya dengan omega-3 mempunyai kualiti yang lebih tinggi – kerana kadar omega-3 dalam telur adalah lebih banyak.

Omega-3 fatty acid sudah diketahui boleh mengurangkan kadar trigliserida dalam darah, iaitu salah satu penyebab utama kepada sakit jantung.

Kajian membuktikan bahawa pengambilan telur kaya omega-3 adalah cara efektif untuk mengurangkan trigliserida dalam darah. Sekadar mengambil 5 telur kaya omega-3 setiap minggu boleh mengurangkan trigliserida sebanyak 16-18%.

8. Telur Tinggi Protein dan Asid Amino

Protein adalah perkara yang sangat penting kepada badan. Ia digunakan untuk membina tisu dan molekul yang bertindak sebagai

Oleh itu, dapatkan diet yang tinggi protein sangat penting terutama dalam peringkat pertumbuhan dan pembesaran.

Dalam hal ini, telur sangat menonjol kerana sebiji telur sudah mempunyai 6g protein. Pada masa yang sama, telur mengandungi banyak asid amino dalam ratio yang tepat.

Dengan pengambilan protein yang terkawal, ia boleh menyumbang kepada penurunan berat badan, membina otot, mengurangkan tekanan darah, menguatkan tulang dan banyak lagi.

9. Telur Boleh Mengurangkan Berat Badan

Makan telur akan cepat rasa kenyang. Hal ini kerana ia tinggi kadar protein.

Telur mendapat skala yang tinggi dalam Satiety Index, iaitu satu kayu ukur untuk menuntukan kebolehan sesuatu makanan memberikan rasa kenyang dan mengurangkan pengambilan kalori tambahan.

Dalam satu kajian pada 30 wanita obese, pengambilan telur semasa sarapan meningkatkan rasa kenyang dan secara automatik mengurangkan pengambilan kalori dalam jangka masa 36 jam.

Dalam kajian yang lain, menggantikan sarapan bagel (roti) dengan telur semasa sarapan boleh menurunkan berat badan dalam jangka masa 8 minggu.

Baca101 Tips Diet Seimbang Yang Berkesan

Info Tambahan

Kajian menunjukkan bahawa makan 3 biji telur setiap hari adalah selamat. Walaupun begitu, kadar pengambilan terbaik mungkin berbeza setiap orang, maka adalah terbaik sekiranya anda merujuk kepada doktor.

Kesimpulan

Telur memang tidak asing lagi dalam diet orang Malaysia. Jika anda makan telur (sebaiknya omega-3) setiap hari, anda sudah boleh mendapatkan semua khasiatnya di atas – cuma jangan makan berlebihan.

Harap artikel tentang khasiat telur ini memberikan manfaat kepada anda. Sila kongsikan artikel ini kepada sesiapa yang anda sayang.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here