19 Khasiat Tomato Yang Boleh Menakjubkan Anda

khasiat tomato

Satu sajian sahaja yang mempunyai tomato boleh membekalkan anda dengan khasiat yang melimpah, terutama kepada kesihatan. Bukan sahaja ia boleh mengurangkan risiko masalah jantung, malah juga berpotensi untuk mencegah beberapa masalah kesihatan dan penyakit, jika diamalkan setiap hari.

Tomato pernah dirujuk sebagai “functional food,” iaitu makanan yang boleh membekalkan nutrisi-nutrisi asas, mencegah penyakit kronik dan membekalkan khasiat yang lain.

Dalam artikel ini anda akan didedahkan dengan beberapa antaranya adalah:

  • Kandungan Tomato
  • Khasiat Tomato
  • Cara-Cara Penyediaan Tomato
  • Amaran
  • Kesimpulan

Sudah tidak sabar untuk mengetahuinya? Sila teruskan membaca.

Kandungan Tomato

 

Tomato merupakan sumber vitamin A, vitamin C dan asid folik yang baik. Ianya mengandungi banyak nutrisi dan antioksida, termasuklah alpha-lipoic acid, lycopene, choline, folic acid, beta-carotene dan lutein.

Satu bahagian kecil tomato (lebih kurang 123 gram) boleh memberikan anda 22 kalori, 0g lemak, 5g karbohidrat dan 1g protein – sumber yang baik jika dibandingkan dengan makanan yang lain.

Alpha-lipoic acid boleh membantu badan menukarkan glukosa kepada tenaga. Sesetengah nasihat mencadangkan bahawa alpha-lipoic acid ini boleh membantu badan mengawal kadar glukosa dalam darah, lantas memperbaiki peredaran darah dan melindungi pesakit kencing manis daripada retinopati.

Lycopene pula adalah antioksida yang memberikan tomato warna merah tersebut. Manakala choline merupakan nutrisi yang membantu anda untuk tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan daya ingatan.

Choline juga boleh mengekalkan struktur membran sel, membantu penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

Beta-carotene dan lutein pula adalah kandungan yang boleh memberikan kesihatan kepada mata anda. Sesetengah pengeluar makanan tambahan mengekstrak bahan tersebut untuk dijadikan pil supplement mata.

19 Khasiat Tomato Yang Anda Perlu Tahu

jus tomato

Setelah anda mengetahui apa yang terdapat di dalam tomato, kemudian barulah kita mengetahui apa kebolehan tomato ini sebenarnya.

1. Mengurangkan Risiko Masalah (Sakit) Jantung

Menurut kajian yang dilakukan di Tufts dan Universiti Boston, America Syarikat menyatakan bahawa pengambilan lycopene (salah satu nutrisi tomato) boleh mengurangkan risiko masalah kardiovaskular dan masalah jantung sebanyak 30%

2. Kaya Dengan VItamin Dan Mineral

Tomato boleh membekalkan badan dengan vitamin dan mineral yang banyak seperti vitamin A, vitamin K, vitamin B1,B3,B5,B6,B7, vitamin C, folat, zat besi, potassium, magnesium, chromium, choline dan phosphorus.

3. Tomato Boleh Mengurangkan Kesan Buruk Merokok

Percaya atau tidak, tomato boleh mengurangkan kesan buruk yang disebabkan oleh asap rokok. Ia tidaklah merawat, namun boleh mengurangkan kesannya.

Tomato mengandungi asid coumaric dan asid chlorogenic yang boleh melindungi badan daripada bahan yang karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) yang dihasilkan oleh asap rokok.

4. Menambah Rasa Secara Semula Jadi

Tomato boleh menambahkan rasa kedalam sajian makanan anda. Selain mudah untuk didapati, diproses dan ditambah dalam makanan, tomato memainkan peranan yang baik sebagai perasa yang berkhasiat.

Semasa proses penyediaan makanan, ada kemungkinan vitamin C di dalamnya akan terjejas. Namun haba semasa memasak boleh merancang penghasilan lycopene dengan lebih banyak.

5. Banyak Kandungan Fitonutrien

Jika dibandingkan dengan fitonutrien, hanya beberapa sahaja yang mempunyai kandungan yang setanding dengan tomato.

Tomato mengandungi flavonones, flavonols, hydroxycinnamic acids, carotenoids dan glycosides. Kandungannya adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan sayur-sayuran yang lain.

6. Memperbaiki Sistem Penghadaman Dan Elak Sembelit

Tomato boleh membantu badan anda memperbaiki sistem penghadaman dan hati. Selain itu, mencegah daripada berlakunya sembelit, lebih-lebih lagi jika dicampurkan dengan bayam yang dikisar menjadi smoothy.

7. Kurangkan Bahaya Pengambilan Ubat Statin

Ubat statin merupakan satu klasifikas ubat yang boleh mengurangkan tahap kolestrol badan dengan mengurangkan penghasilannya oleh hati, dengan menyekat tindak balas enzim. Pengambilan ubat ini ada implikasinya, antaranya adalah penyakit hati.

Satu kajian telah membuktikan bahawa 60ml perahan tomato setiap hari sudah cukup untuk mengurangkan kesan ubat statin.

8. Mencegah Masalah Buah Pinggang dan Batu Karang

Tomato boleh bertindak sebagai disinfektan untuk melindungi badan daripada cirit- birit dan mengelakkan berlakunya batu karang, dalam jangka masa panjang. Pada masa yang sama tomato boleh mengurangkan masalah dan risiko masalah saluran kencing.

9. Jaga Kesihatan Rambut

Amalan meminum jus tomato secara berkala boleh memperbaiki penampilan dan tesktur rambut. Manakala, kandungannya yang kaya dengan vitamin K membantu menguatkan akar rambut, menjadikannya lebih sihat.

10. Kulit yang Lebih Sihat

Sebahagian besar kandungan di dalam tomato boleh bertindak untuk kesihatan kulit dan mengelakkan daripada masalah kerosakan sel kulit. Kajian ada menyatakan bahawa amalan meminum 2 gelas jus tomato setiap hari boleh membantu memperbaiki penampilan kulit dalam jangka masa yang singkat.

11. Kesihatan Tulang

Walaupun tomato tidak mengandungi kalsium, ia tidak menghalangnya menyumbang kepada kesihatan dan kekuatan tulang. Tomato boleh membantu dengan meningkatkan kadar ratio kalsium di dalam badan.

Perkara ini berhasil dengan adanya kandungan antioksida yang tinggi di dalam tomato tersebut.

12. Meningkatkan Sistem Imun Badan

Pengambilan tomato setiap hari boleh meningkatkan kadar vitamin C di dalam darah, yang mana boleh mengawal kadar penghasilan hormon dan menguatkan sistem imun (daya tahan badan).

Selain itu, meminum jus tomato juga boleh menenangkan diri dari pada masalah tekanan diri ataupun stress.

Read More: Cara-Cara Berhadapan Dengan Masalah Stress

13. Mengurangkan Risiko Darah Beku

Jus tomato boleh membantu mengurangkan risiko darah beku di dalam badan. Gumpalan yang terlalu banyak dalam saluran darah boleh menyebabkan masalah
ersumbat. Darah yang beku dan tersumbat boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang besar jika tidak dirawat dengan cepat.

Fitonutrien yang didapati di dalam tomato diyakini dapat mengurangkan masalah darah beku ini.

14. Mencepatkan Pembakaran Lemak Badan

Tomato boleh meransang penghasilan satu jenis asid amino yang mana boleh mencepatkan kebolehan badan untuk membakar lemak sebanyak 30%, berdasarkan satu kajian.

Read More: 10 Ubat Kuruskan Badan (Fat Burner) Yang Paling Berkesan Malaysia 2015

Tidak suka makan tomato tetapi inginkan khasiatnya? Jangan risau sebab sekarang ini sudah ada pil supplement yang berasaskan buah tomato. Anda boleh dapatkan Pure Tomato 1000mg buatan Italy ini di Lazada.com.my

15. Melindungi Mata dan Penglihatan

Tomato mengandungi kandungan vitamin A, beta carotene dan lutein yang banyak, iaitu beberapa nutrisi yang membantu anda dalam menjaga kesihatan mata.

Nutrisi tersebut juga terdapat di dalam lobak merah. Oleh itu, jika anda mengamalkan meminum jus tomato (ditambah dengan lobak merah), anda boleh harapkan penglihatan anda akan bertambah baik.

16. Menjauhkan Anda Daripada Strok

Strok ataupun angin ahmar merupakan penyakit yang biasa di alami oleh rakyat Malaysia pada peringkat umur 50-an. Dan satu kajian dari Harvard mendapati bahawa diet yang mempunyai tomato boleh mengurangkan risiko strok.

17. Menstabilkan Biokimia Badan Bagi Pesakit Kencing Manis

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh jurnal Cell Biochemistry and Biophysics, ahli saintis mendapati bahawa pengambilan tomato ataupun lycopene (nutrisi yang terdapat di dalam tomato) boleh menstabilkan biokimia di dalam badan bagi pesakit kencing manis.

Read More: 6 Perkara Anda Wajib Tahu Tentang Kencing Manis

18. Mengurangkan Risiko Kanser Prostat

Tomato kaya dengan serat yang boleh mengekalkan kesihatan usus, dengan mengurangkan risiko kanser prostat yang biasanya akan menyerang 1 daripada 8 lelaki. Nutrisi yang bertanggungjawab dalam kesan ini adalah dikenali sebagai alpha- tomatine.

19. Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara

Risiko kanser payu dara boleh dikurangkan dengan pengambilan tomato di dalam diet secara berkala. Kenapa? Kerana nutrisi yang terdapat di dalam tomato seperti alpha-carotene, beta-carotene, lutein, zeaxanthin, lycopene, dan carotenoids di dapati boleh mengurangkan risiko kanser tersebut, menurut National Cancer Institute

Cara-Cara Penyediaan Tomato

cara penyediaan tomato

Untuk mendapatkan semua nutrisi tomato, anda perlulah menggunakan teknik yang betul dalam penyediaannya untuk elakkan daripada nutrisi itu hilang.

1. Sebelum menyediakannya, tomato hendaklah dibasuh dengan air mengalir yang bersih.

2. Dari segi potongan pula, potong tomato tersebut secara melintang dari atas. Anda boleh mengeluarkan bijinya jika mahu, namun dinasihatkan anda tidak, kerana bii tomato pun mengandungi banyak khasiat. Seeloknya anda makan jelah biji itu sekali. Ia tidaklah menjejaskan sangat rasanya.

3. Semasa memasak tomato, tidak digalakkan untuk menggunakan peralatan yang berasaskan aluminum kerana kandungan asid yang tinggi dalam tomato boleh berinteraksi dengan peralatan tersebut.

Akibatnya, mungkin ada kandungan aluminum yang dipindahkan kepada makanan anda, ia boleh meninggalkan sedikit rasa pada makanan, bahkan boleh menjejaskan kesihatan.

4. Digalakkan untuk menggunakan kesemua tomato tersebut, bukannya sebahagian sahaja. Hal ini kerana kandungan nutrisi yang terdapat dalam satu biji tomato itu adalah optimum untuk diambil oleh manusia.

Oleh itu, jika anda ingin membuat jus atau smoothies, pastikan anda menggunakan keseluruhan tomato tersebut.

Amaran

1. Pastikan membasuh tomato anda sebelum menggunakannya. Hal ini kerana ia terdedah kepada racun serangga.

2. Jangan memakan tomato dengan berlebihan kerana potasium di dalamnya boleh mengganggu buah pinggang jika pengambilannya terlalu banyak.

Kesimpulan

Secara ringkas, tiada alasan untuk tidak suka tomato selepas ini. Selain menjadikan makanan anda bertambah enak (bayangkan ikan 3 rasa tanpa tomato, huhu), ia juga boleh menjadi penawar kepada anda.

Jika anda mempunyai sebarang soalan dan sesuatu untuk dikongsikan, bolehlah berbuat demikian di bawah.

Sekian~

Loading...

4 Semua Maklum Balas

  1. saya ingin tahu berapa biji tomatokah yang diperlukan untuk menjadikan jus tomato…sebab selama ini saya menggunakan 6 biji tomato + lobak merah + halia + madu yang sudah dicampurkan bersama lemon untuk dikisar menjadikan jus tomato. Berapa ml kah yang boleh diminum sebagai amalan harian supaya tidak menganggu buah pinggang.

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here