6 Khasiat Bawang Putih Ini Boleh Mengubah Hidup Anda

khasiat bawang putih

Bawang putih tidak dinafikan bahawa salah satu bahan dan ramuan masakan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina mahupun India.

Walaupun bawang putih boleh meninggalkan kesan bau pada mulut selepas kita memakannya, namun kerana ia boleh meningkat rasa keseluruhan masakan, kita biasanya mengabaikan kesan sampingan tersebut.

Namun, adakah kita mengetahui bahawa bawang putih mengandungi pelbagai khasiat yang boleh mengejutkan anda! Dalam artikel ini, saya senaraikan 6 khasiat bawang putih dalam pelbagai situasi dan kategori.

Secara ringkas, berikut adalah kategori khasiat bawang putih yang akan didedahkan:

  • Khasiat #1: Kesihatan Umum
  • Khasiat #2: Rambut
  • Khasiat #3: Wanita
  • Khasiat #4: Lelaki
  • Khasiat #5: Bayi
  • Khasiat #6: Rawatan Tradisional Kepada Penyakit Kronik

Artikel ini agak panjang, jadi bookmark laman web ini untuk tujuan akan datang. Jom kita mulakan!

6 Khasiat Bawang Putih

 

#1: Khasiat Bawang Putih Bagi Kesihatan Umum

khasiat bawang putih bagi kesihatan

Bawang putih sudah dimakan oleh manusia sejak zaman dahulu lagi. Mereka menjadikannya sebagai satu makanan keperluan dan digunakan dalam pelbagai rawatan.

Berikut adalah kesan positif yang kita dapat sekiranya kita memakan bawang putih hari ini:

1. Bawang Putih Mempunyai Ciri-Ciri Perubatan Mujarab

Bawang putih secara semula jadi mengandungi satu komponen yang dikenali sebangai allicin. Dan bahan ini sudah digunakan sebagai satu kaedah rawatan dan perubatan sejak dari dahulu lagi – Mesir, Babylon, Greek dan China.

Selain itu, kajian mendapati bahawa bawang putih memainkan peranan yang besar dalam kesihatan secara umum kerana bahan sulfur (allicin) yang dihasilkan sebaik sahaja ianya di potong, cincang ataupun dikunyah – bahan tersebut adalah penyebab keluarnya bau bawang putih tersebut.

2. Bawang Putih Mengandungi Nutrisi yang Tinggi, Kurang Kalori

Bawang putih mengandungi kadar nutirisi yang tinggi. Berikut adalah senarai nutrisi yang ada dalam 28 gram bawang putih:

  • Manganese: 23% of the RDA.
  • Vitamin B6: 17% of the RDA.
  • Vitamin C: 15% of the RDA.
  • Selenium: 6% of the RDA.
  • Fiber: 1 gram.

Selain itu, bawang putih juga mengandungi kalsium, potassium, fosforus, zat besi dan vitamin B1.

3. Bawang Putih Boleh Merawat Demam dan Selesema

Pengambilan bawang putih boleh meningkatkan fungsi sistem imun badan

Satu kajian selama 12 minggu telah membuktikan bahawa pengambilan supplemen bawang putih ke dalam diet seseorang boleh mengurangkan potensinya untuk mendapat penyakit demam dan selesema sebanyak 63%.

Bukan itu sahaja, simptom-simptom demam boleh dikurangkan sebanyak 70% sekiranya pesakit tersebut mengambil sup bawang. Dan boleh sembuh dalam masa 1.5 hari sahaja.

Satu lagi kajian menjumpai bahawa pengambilan supplemen/ekstrak bawang putih (2.56 setiap hari) boleh mengurangkan kadar jangkitan penyakit selesema sebanyak 61%

Oleh itu, sekiranya anda mengalami masalah demam ataupun selesema, anda digalakkan untuk memasukkan bawang putih sebagai salah satu bahan kandungan dalam makanan anda.

Kenapa dan bagaimana bawang putih boleh membantu?

Bawang putih mengandungi anti oksida yang banyak dan badan anda amat memerlukan bahan tersebut untuk melawan sebarang jangkitan di dalam badan. Selain itu, bawang juga mempunyai nutrisi-nutrisi yang lain untuk kesihatan secara umum.

Bagaimana untuk mengambilnya?

Sekiranya anda sedang mengalami masalah demam ataupun selesema, anda boleh mengambil bawang putih sebagai bentuk minuman. Cara-caranya adalah:

  • Potong dan cincang satu ulas bawang putih sehingga lumat.
  • Masukkannya ke dalam air panas ataupun suam untuk beberapa minit.
  • Tapis dan minum air tersebut. Anda boleh memasukkan madu ataupun halia untuk menambahkan rasa kepada air tersebut.

4. Bawang Putih Boleh Kawal Tekanan Darah

Kita sememangnya tidak tahu bila kita akan mati, dan kita tidak tahu sejauh mana badan kita boleh kekal sihat.

Namun, kita sememangnya tahu yang kita boleh kawal pemakanan dan kekal sihat.

Dalam hal ini, bawang putih boleh memainkan peranan yang penting dalam kesihatan. Hal ini kerana bawang putih boleh mengawal kadar tekanan darah dalam badan. Oleh itu, bawang putih secara tidak langsung boleh membantu panjangkan umur anda melalui kesihatan.

Rakyat Malaysia ramai mati kerana masalah tekanan darah tinggi. – Maka pengambilan bawang putih dalam diet boleh mengurangkan risiko tersebut.

Selain itu, bawang putih juga boleh melawan pelbagai penyakit yang lain, termasuklah masalah sistem imun yang sering dialami oleh warga emas – masalah tersebut juga banyak menyumbang kepada kadar kematian yang tinggi di seluruh dunia.

5. Pemakanan Bawang Putih Boleh Menyahtoksin Logam Berat Dalam Badan

Dengan kadar dos yang tepat, sulfur dalam bawang putih boleh melindungi organ daripada terjejas dengan toksin logam berat yang memasuki badan.

Satu kajian selama 4 minggu kepada pekerja di kilang bateri kereta (terdedah dengan plumbum dengan tinggi) di dapati bahawa bawang putih boleh mengurangkan kadar plumbum dalam darah sebanyak 19%.

Ia juga mengurangkan banyak lagi kesan-kesan toksin di dalam badan, termasuklah rasa pening dan kadar tekanan darah.

Bahkan dengan pemakanan 3 dos bawang putih setiap hari boleh mengurangkan simptom-simptom tosin dalam badan, lebih baik daripada ubat D-penicillamine.

6. Bawang Putih Boleh Membantu Kesihatan Tulang

Setakat ini, tiada kajian ke atas manusia yang dijalankan untuk tujuan tersebut.

Namun, kajian ke atas tikut (roden) telah dijalankan dan membuktikan bahawa bawang putih boleh mengurangkan kadar kehilangan tulang (bone loss) kepada betina dengan meningkatkan estrogen.

Satu kajian kepada wanita yang menopause telah dijalankan dan didapati bahawa pengambilan ekstrak bawang putih kering setiap hari (bersamaan dengan 2 gram bawang putih mentah) boleh mengurangkan kadar kekurangan estrogen dengan berkesan.

Oleh itu, secara tidak langsung bawang putih boleh memberikan kesan yang positif kepada kesihatan tulang wanita.

Selain itu, bawang putih dan bawang merah telah dibuktikan bahawa boleh mengelakkan ataupun mengurangkan risiko osteoarthritis (masalah tulang rapuh, biasanya dalam kalangan wanita).

7. Bawang Putih Sesuai Untuk Pelbagai Masakan

Ini adalah salah satu fakta yang penting. Bawang putih, seperti mana yang kita sedia tahu, sangat sesuai untuk digunakan dalam pelbagai jenis resepi dan juadah makanan Malaysia, dan pada masa yang sama boleh memberikan rasa yang enak.

Bawang putih boleh disajikan sebagai satu sup, ataupun sebagai satu perangsang rasa rempah ratus dalam masakan.

Bawang putih boleh datang dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk ulas, serbuk, pes mahupun supplemen (seperti ekstrak dan minyak bawang putih).

Anda sebolehnya mengambil dos bawang putih sebanyak satu ulas setiap hari. Namun, perlu diingat bahawa bawang putih boleh menyebabkan bau mulut yang kurang enak. Malah, ada yang mengalami allergi kepada bawang putih.

Sekiranya anda mengalami masalah perdarahan ataupun sedang mengambil ubat-ubatan berkaitan dengan darah, pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum meningkatkan kadar pengambilan bawang putih di dalam menu makanan anda.

Bahan aktif di dalam bawang putih, dikenali sebagai allicin hanya boleh dibentuk sekiranya ia dipotong semasa mentah. Sekiranya anda memasak bawang putih sebelum memotongnya, anda tidak akan mendapat khasiat yang sama.

Oleh itu, anda digalakkan untuk memotong bawang tersebut terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam resepi masakan anda. Ataupun, anda boleh makan bawang putih tersebut secara mentah, secara terus.

8. Bawang Putih Boleh Mengawal Berat Badan

Bawang putih boleh mengawal berat badan anda, mengikut pakar nutrisi Cynthia Sass, yang memetik satu kajian, di mana tikus makmal yang mengambil diet yang tinggi kandungan bawang putih mengalami penurunan berat badan dan kandungan lemak dalam badannya.

Anda bolehlah memasak bawang putih bermula hari ini untuk menurunkan berat badan. Sekiranya anda tidak menyukai bawang putih, anda sentiasa ada beberapa pilihan yang lain.

Sila ke muka surat seterusnya.. panel ada di bawah artikel ini.

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here