Adakah anda sudah penat menjalani pelbagai cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat, namun tiada hasil?
Salah satu cara yang tepat untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengamalkan pemakanan yang rendah kalori yang berterusan.
Sekiranya anda ingin menghilangkan berat badan dalam masa yang singkat, terdapat pelbagai cara yang anda boleh guna untuk mencapai matlamat tersebut.
Entri ini agak panjang, jadi anda digalakkan untuk bookmark laman web ini untuk tujuan rujukan masa hadapan. Setelah anda selesai, jom!
Kaedah #1: Diet
Berdiet bukanlah satu perkara yang asing lagi bagi orang yang ingin menurunkan berat badan. Berikut adalah senarai diet yang anda boleh ikuti:
1. Jus cleanse
Kaedah ini juga dikenali sebagai diet Hollywood. Terdapat pelbagai jenis jus cleanse di pasaran sekarang. Namun, konsep utama adalah untuk mengambil jus buah-buahan yang asli, daripada bahan 100% buah atau sayuran. Bukannya air kordial.
Jus ini boleh mengeluarkan toksin daripada badan kita, membantu badan mengurangkan berat badan. Pada masa yang sama, memberikan kita kesihatan yang baik dan lebih bertenaga.
Anda juga digalakkan untuk mengambil atau memakan sayur-sayuran dengan banyak semasa berdiet.
Jus buah-buahan mempunyai banyak kandungan gula, dan pengambilannya secara berlebihan boleh meningkatkan berat badan anda.
Antara jus cleanse yang anda boleh cuba adalah Evolution Slimming.
2. Diet Dengan Air
Diet ini memerlukan anda meminum air dengan kadar yang banyak setiap hari, lebih kurang 8 gelas setiap hari, dengan jangka masa yang sesuai (bukannya sekali gus).
Minum segelas air sebelum makan boleh mengurangkan selera anda. Dengan mengamalkan perkara ini boleh menghadkan pengambilan makanan anda setiap hari.
Anda perlu tahu bahawa ini bukanlah diet semata-mata diet air. Diet air boleh membahayakan kesihatan jika berterusan dalam jangka masa yang panjang, badan anda memerlukan nutrisi untuk kekal sihat dan menguatkan metabolisma badan.
3. Berpuasa
Selain satu amalan yang mulia di sisi Allah, berpuasa juga boleh membantu anda mengurangkan berat badan.
Hal ini kerana, dengan berpuasa ini boleh menghadkan pengambilan makanan. Pada masa yang sama, kita menjalani kehidupan dan pekerjaan seharian seperti biasa.
Semasa menjalani aktiviti harian ini, badan akan membakar bahan lemak daripada makanan, dan jika kita tidak makan, maka badan akan membakar lemak yang sedia ada di dalam badan.
Namun, anda janganlah pula memakan dengan kuantiti yang banyak pada waktu berbuka. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan anda meningkat berat badan, bukannya menurunkan berat badan.
Kaedah #2: Diet yang Berkesan
Selain diatas, terdapat beberapa diet yang diamalkan oleh orang barat, dan ada yang menyatakan bahawa mereka mendapat hasil yang baik. Berikut adalah senarainya:
1. Diet Mediteranian
Walaupun tiada diet yang betul-betul boleh menjamin anda boleh mengurangkan berat badan, namun diet mediteranian mungkin paling menghampiri dengan keputusan tersebut.
Diet tersebut adalah berdasarkan kandungan tradisional dan cara masakan oleh orang-orang yang menetap berhampiran Laut Mediteranian.
Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengikuti diet ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Pada masa yang sama boleh menurunkan berat badan.
Sekiranya anda berminat, sila ikuti makanan berikut:
- Ikan
- Minyak zaitun
- Sayur-sayuran
- Buah-buahan
- Kekacang
- Rempah-ratus
Anda juga perlu mengelakkan daripada mengambil yang berkanji seperti roti, produk tenusu dan makanan yang diproses.
2. Ikuti Diet Whole30
Konsep disebalik diet ini adalah anda tidak mengambil semua makanan yang diproses selama 30 hari untuk mencuci sistem badan anda daripada semua kandungan sintetik dan kandungan lain yang boleh memberikan kesan yang buruk kepada badan anda.
Setelah 30 hari, anda akan dapat merasa kesannya.
Cuba elakkan gula, produk tenusu dan segala makanan yang diproses. Anda digalakkan untuk memakan daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan meminum air dengan banyak.
3. Diet Paleo
Diet jenis ini merupakan diet yang menyaran kita untuk memakan makanan mentah. Ya, mentah. Mungkin diet ini tidak sesuai dengan budaga rakyat Malaysia dan Islam juga melarang kita daripada memakan sesuatu yang memudaratkan.
Jadi, kami tidak menyarankan anda mengikuti diet ini.
Maklumat tambahan. Pakar nutrisi tidak menyarankan anda untuk kekal berdiet dalam jangka masa yang sangat lama. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan anda kekurangan nutrisi penting dalam badan.
Kaedah #3: Membuat Perancangan Pemakanan
Selain mengamalkan diet yang sihat, anda juga dinasihatkan untuk melakukan perancangan terhadap pemakanan yang anda ambil setiap hari. Patuhilah beberapa tips di bawah:
1. Kira Jumlah Kalori
Dengan mengetahui kadar minimum kalori yang diperlukan oleh badan anda setiap hari boleh membantu anda merancang pemakanan yang sihat dan efektif.
Jumlah kalori setiap individu adalah berbeza, dan akan berubah mengikut peningkatan umur. Terdapat kalkulator online yang boleh mengira jumlah kalori yang anda perlukan setiap hari.
Anda juga boleh merujuk pakar pemakanan, doktor pakar dalam target penurunan berat badan anda, keperluan nutrisi, gaya hidup, gaya pemakanan dan potensi-potensi yang ada.
Merancang pemakanan. Pilih menu makanan yang mempunyai kadar nutrisi sayur-sayuran, buah-buahan, lemak dan protein yang seimbang. Makan malam sepatutnya dimuatkan dengan sayur-sayuran (atau buah-buahan) dan nasi dan kemudian protein
DASH Diet, TLS Diet, Mayo Clinic Diet, Weight Watchers dan Volumetrics menyediakan menu pemakanan yang baik untuk orang yang ingin menurunkan berat badan. Anda boleh mencari sumber tersebut melalui internet.
2. Makan Makanan Yang Boleh Mengenyangkan Anda
Memakan makanan yang seimbang bukan sahaja memberikan anda nutrisi rendah kalori, malah ia juga boleh memberikan anda rasa kenyang dengan cepat.
Hal ini sangat baik kerana boleh menghadkan pengambilan makanan agar tidak berlebihan.
Oleh itu, anda digalakkan untuk memuatkan makanan-makanan berikut ke dalam menu harian anda:
- Bijian oat
- Epal
- Telur
- Halia
- Kekacang
- Sayuran hijau
- Ubi
- Coklat hitam (dark chocolate)
3. Sediakan Diari Makanan
Tulis/catat semua makanan dan minuman yang anda ambil untuk setiap sajian. Pada masa yang sama, catat anggaran kuantiti yang sepatutnya anda ambil setiap hari atau minggu.
Dengan mencatat, boleh membantu anda mengawal dan memperingatkan diri tentang pemakanan. Sekiranya anda ingin lebih teliti, catatkan sekali jumlah kalori yang anda ambil untuk setiap makanan dan snek yang anda makan.
4. Kenal Pasti Sesuatu yang Mendorong Anda untuk Makan (dan merancang untuk mengawalnya)
Pendorong kita makan adalah seperti menonton televisyen (makan jajan ataupun snek), ataupun berjaga malam untuk belajar (makan mi segera).
Setelah anda mengenalpasti perkara-perkara tersebut, anda boleh merancang untuk mengatasinya. Anda boleh mengantikan makanan yang tidak sihat itu dengan snek yang berkhasiat, seperti buah-buahan.
5. Awasi Jumlah Makanan
Kerapkan diri anda menetapkan saiz makanan yang sesuai agar kandungan kalori tidak berlebihan. Anda boleh kecilkan saiz pinggan atau mangkuk sajian untuk tujuan tersebut.
Buat senarai untuk menu makanan anda, dan jangan membeli perkara yang tidak perlu ketika membeli-belah. Dengan memerhatikan harga pasaran barangan di pusat membeli-belah juga boleh menjimatkan perbelanjaan harian anda.
6. Jangan Sesekali Skip Sajian
Makan makanan yang berkhasiat semasa sarapan pagi boleh meningkatkan tahap metabolisma badan, dan mengekalkan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Amalan ini juga boleh mengurangkan pengambilan makanan yang berkalori tinggi.
Atur jadual bila masa yang sesuai untuk mengambil snek, seperti kacang atau roti setiap dua jam agar boleh mengekalkan tahap metabolisma badan anda dalam keadaan aktif dan bertenaga.
Pada masa yang sama, amalan ini boleh membekalkan tahap gula dalam darah yang optimum dan mengurangkan kadar kalori yang tidak perlu dalam badan.
7. Kawal Amalan Kerap Membeli Makanan (terutama makanan yang tidak sihat)
Anda tidak digalakkan untuk daripada pergi/singgah ke kedai yang banyak menjual makanan seperti ais krim, jajan, dan makanan-makanan ringan yang lain.
Hal ini kerana, rakyat Malaysia agak senang untuk tertarik dengan makanan-makanan yang tidak sihat ini dan akhirnya akan membelinya.
8. Guna Bahan yang Sesuai dalam Penyediaan Makanan
Sesetengah bahan mempunyai kandungan yang lebih berkhasiat dari bahan yang lain. Dengan menukarkan kandungan tersebut, ia boleh memuaskan cita rasa anda dan juga memberikan kesihatan badan yang lebih baik.
Menukarkan bahan dalam makanan boleh menjadi satu alternatif mengurangkan berat badan yang efektif.
Sebagai contoh, anda boleh menggunakan stevia dalam minuman dan makanan anda; menggantikan gula.
Jadi vegetarian untuk beberapa hari seminggu. Menggantikan daging dengan makanan yang bernutrisi tinggi seperti sayur-sayuran, kekacang, tauhu dan lain-lain, boleh mengurangkan kadar pengambilan kalori dalam diet anda.
Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Elakkan daripada makan makanan ringan ataupun minuman yang berkarbonat selepas makan. Anda juga digalakkan untuk menggantikan mentega/minyak masak dengan minyak zaitun.
9. Berhenti Mengambil Minuman yang Tinggi Kadar Gulanya
Adalah lebih baik bagi anda untuk minum air masak, teh hijau ataupun teh hitam berbanding dengan minuman berkarbonat, minuman tenaga dan kopi.
Amalan ini juga boleh membantu anda mengurangkan kalori dengan banyak. Meningkatkan pengambilan air masak boleh mengoptimumkan badan anda berfungsi dalam menggunakan nutrisi dan kekal bertenaga sepanjang hari.
Jika anda mengamalkan pengambilan air yang mencukupi sepanjang minggu, anda boleh mendapati bahawa berat badan anda akan cepat turun dan tenaga anda akan bertambah.
Kaedah #4: Menjalani Rawatan Menurunkan Berat Badan

Salah satu alternatif untuk menurunkan berat badan adalah dengan menjalani rawatan convensional. Berikut adalah beberapa rawatan yang anda boleh dapatkan di Malaysia.
1. Sauna
Sauna boleh menurunkan berat badan anda dengan mencepatkan pengeluaran peluh. Namun, ia tidak boleh dianggap satu cara penyelesaian yang paling berkesan sebab kesannya hanya boleh bertahan untuk beberapa hari sahaja.
Sekiranya anda menjalani rawatan ini, pastikan anda minum air selepas setiap sesi (15-20 minit sehari) untuk mengelakkan diri anda daripada dihidrat.
Bagi pesakit darah tinggi, penghidap masalah jantung dan kanak-kanak tidak digalakkan untuk menjalani rawatan sauna.
2. Dapatkan Mineral Body Wrap
Sesetengah mineral wrap menjamin yang anda boleh mengurangkan berat badan pada bahagian pinggang, peha, betis dan lengan.
Proses ini melibatkan agen detoks yang berteraskan mineral mencuci badan anda, dengan membantu mengurangkan lemak berlebihan, mengurangkan cellulite (lapisan lemak pada bahagian kulit).
3. Dapatkan Body Wrap yang Biasa
Jika anda tidak boleh mendapatkan mineral body wrap, anda juga boleh dapatkan wrap yang biasa. Sekiranya anda tidak berminat, anda juga boleh memilih untuk menggunakan patches.
Ia boleh memberikan kesan yang sama, namun anda perlu tahu bahawa wrap tidak boleh memberikan kesan ssecara berkekalan. Berikut adalah beberapa pilihan yang anda boleh pilih:
i. Dapatkan lipase body wrap. Lipase body wrap merupakan salah satu produk kecatikan yang mengikut dua fasa. Pertama, enzim dalam wrap tersebut akan membakar lemak yang terdapat di lapisan kulit anda. Kedua, mineral wrap akan diaplikasikan, untuk melembutkan kulit.
ii. Dapatkan European body Wrap. Wrap jenis ini boleh menjadi salah satu pilihan untuk servis spa, yang bertujuan untuk mengurangkan berat badan. Ia lebih kepada tona kulit, mengurangkan parut dan mengurangkan berat badan.
iii. Dapatkan hot body wrap. Body wrap yang berasaskan haba (sering digunakan dalam spa) adalah direka untuk menyahdetoks badan anda dan memperbaiki tona kulit. Haba dan urutan yang terlibat dalam rawatan boleh meningkatkan kadar pengedaran darah dan secara tidak langsung mempercepatkan kadar metabolisma badan anda.
4. Dapatkan Rawatan Colonic
Sesetengah spa menyediakan rawatan ini, yang mana melibatkan pengeluaran air yang banyak dari badan anda. Proses ini boleh membantu orang yang mengalami masalah perut kembung, sembelit dan boleh mengurangkan berat badan.
Namun, terdapat beberapa pakar yang menyatakan bahawa rawatan jenis ini boleh membahayakan kesihatan jika tidak mengikut kaedah yang betul, ataupun dilakukan semata-mata untuk menghilangkan berat badan.
Oleh itu, dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu sebelum menjalani rawatan ini.
5. Pertimbangkan Rawatan Liposuction
Liposuction merupakan satu rawatan pembedahan untuk mengurangkan berat badan dengan kadar yang sangat cepat. Prosesnya adalah membuang atau mengeluarkan lemak lebihan pada satu atau dua anggota badan melalui pembedahan.
Oleh kerana itu, rawatan ini sangat berisiko tinggi dan jika anda ingin menjalaninya, sila rujuk pakar bedah yang berlesen (untuk tujuan ini) dan berbincang terlebih dahulu.
[AdSense-A]
Kaedah #5: Bersenam untuk Mengurangkan Berat Badan
Tak lain tak bukan, senaman adalah satu amalan mengurangkan berat badan yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang amalan senaman untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
1. Peruntukkan Masa untuk Bersenam
Bersenam boleh membantu anda mengurangkan beberapa kilogram dan membantu anda membina otot yang kuat. Namun, anda tidak boleh mengharapkan kesan yang drastik dalam masa yang singkat.
Anda perlu mengamalkannya untuk jangka masa yang ditetapkan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Walaupun anda sibuk dengan kerjaya, pastikan anda peruntukkan sedikit masa untuk melakukan senaman setiap hari.
Jangan anggap senaman itu merujuk kepada berlari, jogging dan bersukan sahaja. Anda mempunyai banyak pilihan yang lain, seperti berjalan ke kedai runcit berhampiran rumah, mengemas rumah, menyapu sampah dan lain-lain.
Semua ini bergantung kepada berapa pergerakan yang anda buat, yang penting adalah anda jangan tidak membuat apa-apa.
2. Cuba Program Latihan Senaman
Jika anda ingin mengurangkan berat badan dalam jangka masa yang singkat, anda boleh mendapatkan program latihan intensif.
Terdapat banyak insitusi yang menyediakan perkhidmatan latihan intensif untuk mengurangkan berat badan.
3. Jadi Lebih Realistik dalam Pemilihan Jenis Senaman/Sukan
Pilihlah senaman yang anda rasa anda mampu buat, jangan mulakan senaman dengan kadar yang banyak secara terus. Malah, anda dinasihatkan supaya bermula dengan senaman ringan, kemudian beralih kepada yang lebih berat.
Proses ini secara berperingkat-peringkat, bukannya secara terus-menerus.
Anda juga dinasihatkan untuk memilih senaman atau senaman yang anda rasa sesuai dengan anda, dan juga anda gembira melakukannya.
4. Sertai Latihan Kardio
Latihan kardio boleh mengurangkan kadar lemak dalam badan, selain membantu membarikan kesihatan kepada badan anda.
5. Jadikan Senaman Lebih Menyeronokkan
Kepelbagaian dalam senaman boleh membantu menyihatkan badan anda dan dalam masa yang sama memberikan motivasi untuk meneruskannya.
Sekiranya anda menjalani latihan/senaman yang sama setiap hari, anda berkemungkinan untuk mencederakan diri anda dan mungkin berasa bosan (kemudian berhenti).
Jika anda pergi ke gim, cuba bertukar-tukar peralatan, sertai kelas fitness dan lain-lain.
6. Pilih Senaman Semua Anggota Badan
Dengan cara ini, anda boleh pastikan otot anda bekerja dan membakar kalori sepertimana yang sepatutnya. Sebagai contoh, cuma angkat dumbell (yang tidak terlalu berat) semasa anda berjogging.
7. Dapatkan Rehat yang Cukup
Dengan mendapatkan rehat yang cukup boleh membekalkan badan anda dengan tenaga yang diperlukan sepanjang hari.
Kekurangan tidur boleh menyebabkan badan anda sukar untuk mengurangkan berat badan. Jadi, dapatkan tidur yang cukup boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan.
Tips Tambahan Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat
Sekiranya anda perlu beberapa tips tambahan lagi, berikut adalah senarai yang boleh membantu anda:
1. Anda perlu ingat bahawa menurunkan berat badan secara sihat memerlukan usaha, dedikasi dan konsisten.
2. Anda perlu mengamalkan diet yang sihat, disamping mengamalkan senaman yang berterusan untuk menurunkan berat badan. Jangan bergantung semata-mata pada salah satu sahaja.
3. Menurunkan berat badan mengambil masa, tapi ia akan memberikan hasil.
4. Anda dinasihatkan untuk menetapkan target dan motivasi agar anda tidak berputus asa separuh jalan.
5. Mulakan senaman atau diet secara berperingkat-peringkat.
6. Makan makanan atau sajian secara perlahan-lahan kerana otak kita akan menerima signal lebih kurang 20 minit selepas kita kenyang.
7. Kesilapan tidak bermaksud gagal.
8. Dapatkan sokongan dari keluarga, kawan-kawan dan lain-lain. Ini boleh memberikan semangat kepada anda untuk menurunkan berat badan.
Amaran!
Walaupun anda dicadangkan dengan banyak cara-cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat, namun anda perlu juga mengetahui beberapa perkara yang anda perlu jaga. Berikut adalah beberapa amaran sekiranya anda sedang berdiet:
1. Jangan berlapar diri ataupun skip sajian. Badan anda perlukan tenaga dan nutrisi yang mencukupi setiap hari. Oleh itu, anda perlu memberi keperluan yang sepatutnya kepada badan anda. Skip sajian boleh menjejaskan kesihatan anda secara total.
2. Sekiranya anda mengalami masalah pening, lemah badan, mudah rasa penat atau masalah kesihatan yang lain selepas menjalani program fitness, anda dinasihatkan untuk berhenti atau berehat daripada program tersebut dan menjalani kehidupan anda seperti biasa. Anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dari doktor.
3. Dapatkan nasihat pelatih terlebih dahulu sebelum menjalani program menurunkan berat badan. Mereka lebih pakar dalam menentukan apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai dengan keadaan diri anda.
4. Menurunkan berat badan dengan cepat boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada badan anda. Maka, menurunkan berat badan adalah lebih baik dengan cara yang lambat dan dalam masa yang sama, kesihatan diri anda terjaga.
5. Dapatkan nasihat pakar nutrisi sebelum mengambil diet supplement.
6. Pil dan supplement yang tidak mendapat pengiktirafan oleh FDA dan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah tidak selamat untuk diambil. Antara cadangan pil yang anda boleh ambil adalah Phen375 ataupun Raspberry Ketone Pure.
Kesimpulan
Sebagai satu kesimpulan, untuk menurunkan berat badan dengan cepat, anda perlukan kaedah dan cara yang tepat dengan diri anda. Oleh itu, seeloknya anda dapatkan nasihat doktor ataupun pakar terlebih dahulu sebelum memulakan amalan diet ataupun senaman intensif.
Dapatkan sokongan kaum kerabat ataupun orang terdekat untuk mendapatkan motivasi yang berterusan.
Sekiranya anda mendapat manfaat dari artikel ini, harap boleh menyebarkannya dan share melalui FB ataupun Twitter. Jika anda ingin memberikan komen, anda dipersilakan melakukan demikian di sudut komentar di bawah.
Sekian~