Sengatan lebah sangat sakit dan kadang kala boleh menyebabkan reaksi badan kepada orang yang mempunyai masalah alahan. Walaupun begitu, ia tidaklah membawa kepada kematian. Tetapi, sakit tetap sakit.
Artikel kali ini akan membincangkan beberapa langkah yang perlu diambil apabila disengat , serta cara yang boleh dilakukan untuk merawat sengatan lebah tersebut (termasuk remedi).
Langkah-Langkah Diambil Setelah Disengat Lebah
Anda disengat lebah? Ikuti beberapa langkah berikut:
1. Keluarkan Sengat Secepat Mungkin
Cara yang terbaik mengeluarkan sengat lebah adalah dengan mengikis keluar dan bukannya secara memicit. Hal ini kerana picit boleh menyebabkan lebih banyak racun keluar.
Namun, jika keadaan terdesak (atau panik), tiada masalah dengan memicitnya keluar.
2. Periksa Jika Terdapat Tindak Balas Alahan
Orang yang mempunyai alahan pada sengatan lebah akan mendapat beberapa simptom, termasuklah:
- Kesukaran bernafas
- Ruam, merah-merah, dan rasa gatal
- Bengkak-bengkak pada muka, leher atau mulut
- Keresahan
- Kegupan jantung kencang
- Rasa pening
Jika terdapat simptom-simptom tersebut, sila dapatkan rawatan kecemasan dengan segera.
3. Ambil Ibuprofen Atau Acetaminophen
Ubat tersebut adalah untuk melegakan kesakitan.
4. Legakan Kesan Sengatan
Anda boleh menggunakan baking soda ke atas tempat sengatan. Selain itu, mengalirkan air sejuk juga boleh digunakan.
5. Gunakan Remedi
Senarai penuh remedi dan rawatan tradisional adalah di bawah.
Remedi Untuk Merawat Sengatan Lebah
Terdapat beberapa remedi dan rawatan tradisional bagi merawat sengatan lebah. Berikut adalah beberapa pilihan yang anda boleh guna. Senarai ini disusun mengikut keberkesanan.
Remedi #1: Ketulan Ais
1. Bungkuskan beberapa ketulan ais di dalam kain yang bersih, dan letakkannya di atas tempat sengatan selama 20 minit.
2. Simptom sepatutnya akan hilang dengan serta merta. Jika tidak, ulangi proses tersebut 5 jam kemudian.
Kesejukan pada ais boleh mengecutkan saluran darah dan boleh menyebabkan kebas.
Remedi #2: Ubat Gigi
1. Sapu sedikit ubat gigi pada tempat sengatan.
2. Biarkannya selama 1 jam
3. Jika simptom masih belum reka, ulangi proses tadi 5 jam kemudian.
Remedi #3: Madu
1. Sapu madu pada tempat sengatan tersebut, dengan kadar yang berpatutan.

2. Biarkannya selama 30 minit.
Anda akan rasa sejuk dan ia boleh melegakan simptom. Mesti anda rasa pelik kan, madu itu dari lebah, dan sesuai untuk melegakan sengatan lebah.. hmmm
Remedi #4: Deodorant
Sapukan deodorant (seperti roll-on) pada tempat sengatan. Biarkannya.
Kaedah ini ada dilaporkan boleh memudaratkan tempat sekitar sengatan, jadi kena berhati-hati.
Remedi #5: Kentang Mentah
1. Potong kentang mentah kepada dua.
2. Letakkan potongan kentang tadi ke atas tempat sengatan.
Ini boleh melegakan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Remedi #6: Aloe Vera (Lidah Buaya)
1. Potong daun lidah buaya, dan sapukan bahagian gel pada tempat disengat.
2. Ulangi sehingga rasa sakit hilang.
Tips Tambahan
1. Keluarkan sengat secepat yang mungkin, kerana semakin lama ia berada di dalam kulit, semakin banyak racun akan masuk ke dalam badan.
2. Campurkan baking soda dengan air, jadikan satu pes. Kemudian sapu pada tempat berkenaan.
3. Jangan garu pada tempat yang disengat. Cuba elakkan.
Amaran
1. Sila rujuk doktor jika anda simptom anda berterusan.
2. Jangan cari pasal dengan lebah – elakkan daripada mengancam mereka dengan sengaja. Lebah akan mati selepas mereka menyengat, oleh itu mereka tidak akan menyengat sekiranya tidak perlu.
Kesimpulan
Lebah adalah satu serangga yang baik, bukan sahaja kepada alam (kerana mereka menyumbang kepada proses pendebungaan), malah kepada manusia kerana membekalkan madu – satu anugerah alam yang sangat menakjubkan.
Baca: 10 Khasiat Madu Lebah Asli Yang Menakjubkan
Seperti haiwan/serangga yang lain, demi melindungi diri sendiri dan sarang, mereka juga mempunyai sistem pertahanan diri – sengatan.
Dan sengatan lebah ini sakit, tetapi tidak membawa kepada kematian. Harap artikel tentang rawatan sengatan lebah ini memberikan manfaat kepada anda.
Sekian~