21 Petua dan Cara Menghilangkan Kelemumur (Serta Tips Mencegahnya)

Cara #13: Minyak Cedarwood

Cedarwood merupakan apricot yang sering kali digunakan dalam produk-produk penjagaan kulit pada zaman sekarang. Hal ini kerana mengandungi nutrisi yang tinggi.

1. Sapukan minyak cedarwood (7 titik) ke atas kulit kepala anda dan biarkannya selama 1 jam.

2. Kemudian bilas dengan air bersih. Anda juga boleh menggunakan syampu untuk tujuan membersihkan kesan minyak tersebut.

Anda boleh dapatkan minyak cedarwood di sini.

Cara #14: Tea Tree Oil

Dapatkan syampu yang mengandungi tea tree oil dan gunakannya dengan kerap. Selain mempunyai bau yang harum, tea tree oil juga mengandungi antiseptic yang kuat.

Syampu yang mengandungi sekurang-kurangnya 5% tea tree oil telah dibuktikan bahawa boleh mengurangkan kadar kelemumur.

Cara #15: Minyak Zaitun (Olive Oil)

Minyak zaitun tidak dinafikan bahawa sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana sering digunakan dalam pelbagai juadah masakan. Sekiranya anda ingin mengikuti cara ini, sila ikut 2 langkah di bawah:

1. Sapukan minyak zaitun sebelum membasuh rambut anda. Biarkan selama 5-10 mnit sebelum membilas.

2. Sebelum masuk tidur, sapukan minyak zaitun sekali lagi. Anda boleh menudung sekeluruhan kepala anda agar semua minyak tersebut diserap oleh kulit.

Cara #16: Neem dan Minyak Zaitun

Neem merujuk kepada satu jenis pokok yang terdapat di India. Ia digunakan secara meluas dalam pembuatan produk-produk herbal. Ingin menggunakan neem dalam rawatan kelemumur anda? Sila ikut beberapa langkah di bawah:

1. Campurkan serbuk neem (anda boleh dapatkannya di sini) dan minyak zaitun.

2. Sapukan campuran tersebut pada kulit kepala anda.

3. Biarkan selama 1 jam ataupun semalaman.

4. Bilas dengan syampu dan conditioner.

5. Ulangi langkah di atas sehingga anda mendapat hasil yang memuaskan.

Cara #17: Biji Fenugreek

Fenugreek merupakan satu jenis herba yang berasal daripada India. Anda boleh dapatkan bahan ini di sini.

1. Kisar satu sudu teh biji methi. Gunakan tangan, jangan menggunakan mixer.

2. Rendam kisaran tersebut ke dalam 2 cawan air semalaman

3. Bilas menggunakan air rendaman tadi ke atas kepala.

Cara #18: Mouthwash

Mouthwash ataupun pembersih mulut seperti Listerine dan Colgate Plax. Percaya atau tidak, bahan ini bukan sahaja boleh mencuci mulut anda, malah menghilangkan kelemumur. Cara-caranya adalah:

1. Campurkan 1 bahagian mouthwash (Listerine/Colgate Plax) dengan 9 bahagian air.

2. Sapu/basuh menggunakan air campuran tadi ke atas kulit kepala.

3. Biarkannya kering dengan sendiri, jangan bilas dengan air.

Cara #19: Lemon/Limau Purut/Limau Nipis

Anda boleh menghilangkan kelemumur dengan menggunakan remedi limau purut dan limau nipis. Cara-caranya adalah:

1. Sapukan sedikit air limau (boleh menggunakan limau purut) ke atas kulit kepala anda. Ratakan dengan sempurna.

2. Biarkan selama 20-25 minit untuk ia bertindak balas. Anda akan merasa sedikit gatal, tapi jangan risau kerana ia normal.

3. Bilas dengan air. Guna syampu jika perlu.

Cara #20: Limau Purut dan Curd

Selain menggunakan perahan limau secara terus ke atas kulit kepala, anda juga boleh menggabungkannya dengan curd untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

1. Dapatkan satu mangkuk curd (bahan putih lembut terbentuk apabila susu mula terasa masam, digunakan sebagai asas bagi keju) dan potong limau purut kepada 2 bahagian.

2. Campurkan air limau purut dengan curd itu tadi.

3. Sapukannya pada rambut

4. Urut sedikit pada permukaan kulit kepala anda

5. Ulang langkah di atas dan amal secara berkala.

6. Pastikan anda membasuh kepala anda dengan syampu selepas menggunakan cara ini untuk menghilangkan bau yang kurang enak itu.

Cara #21: Kuning Telur

Terkejut? Kuning telur mengandungi banyak khasiat untuk kulit kepala, terbaik untuk merawat masalah kelemumur. Langkah-langkahnya adalah:

1. Campurkan 2 kuning telur dalam satu bekas.

2. Sapukan pada permukaan kulit kepala. Ratakannya dengan baik.

3. Letakkan beg plastik sebagai satu alas untuk menudung kepala

*Telur mempunyai bau yang kuat dan ia mudah mengalir.

4. Biarkan selama 1 jam.

5. Bilas dengan syampu sehingga semua kesan dan bau kuning telur tersebut hilang.

5 Tips Tambahan

Sebangai satu tambahan, berikut adalah 5 tips yang anda boleh guna untuk menghilangkan kelemumur dari kulit kepala anda:

1. Cuci sikat rambut anda secara kerap dengan sabun ataupun menggunakan cuka.

2. Jangan sesekali menggaru kepala dengan tujuan membuang kelemumur dari kepala. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan kesakitan dan boleh meningkatkan kadar kelemumur. Sebaliknya ikut cara-cara yang dicadangkan di atas.

3. Campurkan sedikit air limau pada syampu anda. Ia boleh membantu mencepatkan proses menghilangkan kelemumur.

4. Anda boleh rendam ataupun sapu sedikit tea tree oil pada sikat anda sebelum menyikat rambut.

5. Jangan menggunaka syampu anti-kelemumur setiap hari, kerana ia boleh menyebabkan kekeringan kulit kepala.

6 Amaran

Selain mengetahui cara-cara merawat, anda juga perlu mengetahui beberapa perkara yang anda perlu elak. Berikut adalah 6 daripadanya:

1. Sekiranya masalah kelemumur anda sangat teruk, sehinggakan membentuk kupasan kulit, sila rujuk doktor pakar. Anda mungkin mengalami scalp psoriasis ataupun seborrheic dermatitis.

2. Sekiranya anda menggunakan syampu anti-kelemumur dan berhenti menggunakannya, kelemumur akan berlaku kembali dengan kuantiti yang lebih banyak.

3. Gunakan cara-cara yang dicadangkan diatas dengan kuantiti yang sedikit terlebih dahulu, sebagai satu langkah berjaga-jaga (untuk elak berlaku kesan alahan).

4. Jangan menggunakan produk yang mengandungi bahan yang anda alah padanya.

5. Masalah kelemumur adalah masalah kulit. Dan kulit setiap orang mungkin berbeza, jadi apa yang dicadangkan di atas mungkin berkesan kepada sesetengah orang dan mungkin tidak seberapa berkesan kepada sesetengah orang. Jadi anda perlu pandai pilih dengan keadaan dan jenis kulit anda.

6. Sesetangah petua yang dicadangkan di atas boleh meninggalkan kesan bau yang kurang enak untuk di hidu, seperti cuka dan telur. Oleh itu, anda perlu bersedia dengan apa jua keadaan pun nanti sebelum mencubanya.

4 Tips Mencegah Kelemumur

Setelah anda mengetahui cara-cara hilangkan kelemumur, adalah terbaik bagi anda untuk juga mengetahui tips untuk mencegah masalah kelemumur daripada berlaku sekali lagi. Berikut adalah 4 daripadanya:

#1. Amalkan Diet yang Seimbang

Pastikan anda mendapat zink, omega-3, vitamin E dan vitamin B dalam menu seharian anda. Kemudian elakkan pengambilan yis dan gula yang berlebihan.

Walaupun amalan ini tidak memberikan kesan secara langsung kepada masalah kelemumur anda, sekurang-kurangnya anda mengambil makanan yang boleh membantu proses merawatnya.

#2. Elakkan Tekanan Diri (Stress)

Stress boleh mengurangkan daya tahan badan dan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Dalam kes ini, ia juga boleh menyumbang masalah kelemumur. Oleh itu, anda perlu tenangkan diri dan perlu memberikan minda anda berehat daripada masalah hidup.

Anda boleh ketahui beberapa cara untuk menghilangkan stress dari entri blog ini.

#3. Hadkan Penggunaan Produk Rambut

Sesetengah produk rambut, seperti gel dan spray rambut boleh menyebabkan kelemumur. Jadi anda perlu pandai membuat pertimbangan.

Produk tersebut boleh menyebabkan kekeringan kulit kepala, boleh menyebabkan kekupasan kulit kepala dan masalah alahan.

Sekiranya anda mendapati bahawa anda mendapat kelemumur setelah menggunakan produk tersebut, anda perlu berhenti menggunakannya.

#4. Kerapkan Membasuh Rambut

Kelemumur terhasil daripada minyak pada kulit kepala dan rambut. Jadi, dengan kerapkan membasuh rambut dengan syampu boleh mengelakkan daripada ianya berlaku.

2 Produk-Produk Terbaik Untuk Kelemumur

Sekiranya anda tertanya-tanya, apakah produk anti-kelemumur yang terbaik yang anda boleh guna?

Cuba teka, kami ada menyenaraikan 2 produk terbaik untuk membantu anda menghilangkan masalah kelemumur anda selama-lamanya.

1. Shu Uemura Cleansing Oil Shampoo Anti-Dandruff Soothing Cleanser

Shu Uemura Cleansing Oil Shampoo Anti-Dandruff Soothing Cleanser

Shu Uemura merupakan satu produk yang boleh menyahtoksik dan mengimbangkan kulit kepala dan rambut. Produk ini mengandungi ekstrak shiso dan bahan anti-septik.

Ia boleh menghilangkan masalah kelemumur dengan kerapkan penggunaannya. Pada masa yang sama boleh memberikan kelembutan kepada rambut anda. Sangat sesuai dengan semua jenis rambut dan kulit kepala.

Anda boleh dapatkannya dari Lazada Malaysia dengan harga promosi.

2. Davines Natural Tech Purifying Shampoo

Davines Natural Tech Purifying Shampoo

Syampu ini mengandungi kadar essential oil yang tinggi, sangat sesuai dengan semua jenis rambut mahupun kulit kepala.

Selain itu, ia mempunyai anti-bakteria untuk melindungi kulit kepala daripada terdedah kepada bakteria dan menyebabkan masalah kelemumur semakin teruk.

Tambahan lagi, ia boleh mengimbangi semula kesihatan kulit kepala dan pertumbuhan semula sel. Lantas, membiarkan kulit kepala untuk sentiasa segar dan sihat.

Anda boleh dapatkan Davines Natural Tech Purifying Shampoo secara online di sini.

Namun, sekiranya anda masih belum berpuas hati dengan pilihan ini, anda boleh browse semua katalog kami di sini.

Kesimpulan

Namun, sekiranya petua-petua yang dinyatakan diatas tidak memberikan kesan yang positif, anda perlu beralih kepada produk komersial seperti syampu anti-kelemumur yang terdapat di pasaran.

Cuma pastikan bahawa anda mengikut apa yang dinyatakan dalam entri ini dan jangan berputus asa.

Dan sekiranya masih tidak mendapat hasil yang memuaskan, anda digalakkan untuk bertemu dengan doktor pakar.

Adakah anda mengalami masalah kelemumur dan berjaya mengatasinya? Apakah petua yang anda boleh kongsikan di sini?

Sekiranya anda sudah mencuba mana-mana petua menghilangkan kelemumur yang dinyatakan di atas, adakah anda mendapat hasil yang memuaskan?

Sila memberikan jawapan pada bahagian komen di bawah. Ataupun ingin bertanyakan soalan.

Sekian~

17 thoughts on “21 Petua dan Cara Menghilangkan Kelemumur (Serta Tips Mencegahnya)”

  1. saya dah hampir setahun lahirkan anak no2.. masalah sy sekrang rambut gugur teruk dan bila pakai shampo macam2 dah kelemumur pulak.. menjadi2 kelemumur campur rambut gugur,,.. stress tgk.. tak tau da mcm mana nk buat lg..

    Reply
  2. Kepala saya mempunyai kelemumur . Kelemumur ini menyebabkan kelapa teramat gqtal. Macam mana nak hilangkan kegatalan di kepala.

    Reply
    • Saya sapu lemon di atas kepala . Sebelum basahkan rambut, sapu lemon di kepala. pastu perah lemon supaya jus lemon keluar dan sapukan pada kepala.

      Saya dah amalkan. Tapi benda ni kena buat selalu. Hari2 kena buat.
      Itu je tq

      Reply
  3. Saya mengalami masalah kelemumur yg teruk hingga merebak ke blkg telinga.. mcm2 jenis shampoo dh cuba tp xde hasil.. rawatan kelemumur kt saloon pon saya cuba tetap sama je.. tp ade kawan suggest guna shampoo selsun blue.. saya beli kat farmasi.. mmg sgt2 berkesan.. kelemumur hilang, kulit kepala pon xgatal dh..

    Reply
  4. saya mengalami masalah kelemumur yang sangat serius..sehinggakan bila saya sikat keluar kelemumur itu pada baju saya..apakah solusinya??

    Reply
  5. Saya cuba Viagra beberapa kali, tetapi persepsi warna saya mula berubah, saya merasakan sejenis penagih dadah. Ya, saya tahu bahawa ini adalah kesan sampingan yang biasa dan tidak ada yang salah dengannya, tetapi ia sangat mengganggu. Sekarang saya membeli Cialis di kedai ubat Cialnow.com dan ia berfungsi dengan baik juga.

    Reply
  6. saya ada masaalah rambut kepala saya berkelimumur setiap hari saya rasa rimas dkat kelimumur saya ni selalu stres..jdi macam mana nak hilang kan nya dari kepala..dan merawat nya

    Reply
  7. Biasanya kelemumur ini juga berkait dgn masalah resdung & masalah wanita. Amalkan detox dgn minum air masak n bersenam. Jaga kebersihan n paling penting minumlah vco x kisahlah jenama apa. Insya allah mujarab

    Reply
  8. Kalu yg pakai limau purut atau limau nipis tu pemakaian dia mcm mana…iaitu dari segi berapa kali dalam sehari dan berapa kali dalam seminggu

    Reply

Leave a Comment