3 Rawatan Komprehensif Kepada Arthritis dan Sakit Lutut

merawat athritis dan sakit lutut

Terdapat beberapa cara untuk merawat osteoarthritis dan sakit lutut, cuma anda mungkin tidak didedahkan secara khusus.

Dalam artikel ini, kami akan menyenaraikan beberapa cara rawatan yang boleh dilakukan sekiranya anda mengalami sakit lutut atau seorang pesakit osteoarthritis. Perlu diingat, sebelum mencuba adalah terbaik sekiranya anda mendapatkan nasihat doktor pakar terlebih dahulu.

Dalam artikel ini, kami akan merangkumi beberapa aspek:

  • Rawatan tanpa ubat
  • Rawatan dengan ubat
  • Pembedahan
  • Tips

Baik, jom kita mulakan dengan rawatan tanpa ubat terlebih dahulu.

#1: Rawatan Tanpa Ubat

Walaupun ianya bukanlah cara rawatan yang paling berkesan, namun sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan rasa sakit. Berikut adalah apa yang anda boleh lakukan sekiranya mengalami sakit lutut.

1. Aerobik, dan Senaman Ringan

Senaman ringan seperti berjalan, berjogging dan Tai Chi boleh menguatkan otot, memperbaiki pergerakan badan. Pada masa yang sama, boleh melegakan kesakitan. Tapi jangan berlebih-lebih pula kerana boleh memudaratkan.

2. Kurangkan Berat Badan

Dengan mengawal berat badan pada skala yang optimum, ataupun berusaha mengurangkan berat bada (sekiranya anda mengalami masalah berat), boleh mengurangkan tekanan pada sendi, pinggang dan lutut.

3. Bantuan Semasa Berjalan

Tongkat boleh mengurangkan rasa sakit pada pinggang dan lutut. Selain itu, penggunaan kerusi roda juga boleh menjadi pilihan.

4. Gunakan Kasut Yang Sesuai

Pesakit osteoarthritis perlu berikan perhatian kepada lutut mereka, oleh itu pemilihan kasut/selipar yang sesuai sangat penting untuk mengurangkan kesakitan.

5. Pendakap Lutut

Bagi pesakit osteoarthritis yang berkait dengan ketidakstabilan lutut (knee instability), pendakap lutut boleh mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko untuk jatuh.

6. Gunakan Haba

Sesetengah orang akan menggunakan haba (panas atau sejuk) untuk melegakan sakit. Anda juga boleh mencuba cara ini dengan membeli pek haba, ataupun menggunakan ais.

7. Transcutaneous electrical nerve stimulation (TENS)

TENS merujuk kepada satu teknik yang mengenalan kejutan elektrik pada kulit, dengan tujuan menghentikan reseptor sakit sampai ke otak. Ia boleh membantu mengurangkan rasa sakit dalam jangka masa singkat bagi pesakit arthritis dan sakit lutut.

8. Akupuntur

Kaedah rawatan tradisional Cina yang melibatkan cucukan jarum pada tempat-tempat yang tertentu pada badan. Kalau mengikut cara yang betul, ia boleh mengurangkan sakit arthtitis ini.

#2: Rawatan Dengan Ubat

Kami tidak akan berikan maklumat terperinci tentang ubat-ubatan yang terdapat untuk merawat arthtitis atau sakit lutut. Kami hanya akan senaraikan beberapa yang biasa digunakan oleh doktor.

  1. Acetaminophen
  2. Nonsteroidal anti-inflammatory drugs
  3. Topical analgesics (NSAIDs and Capsaicin)
  4. Corticosteroid injections
  5. Hyalruonic acid injections
  6. Glucosamine atau/dan chondroitin
  7. Glucosamine sulfate
  8. Opioid and narcotic analgesics

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor anda.

#3: Pembedahan

Peringkat terakhir dalam mengatasi masalah osteoarthritis dan sakit lutut ini adalah dengan melakukan pembedahan, tetapi perlu mengikut keperluan dan nasihat dari doktor juga. Berikut adalah beberapa jenis pembedahan yang berkait dengan osteoarthritis.

Joint replacement surgery

Apabila simptom tidak berkurangan walaupun dengan menggunakan ubat, pembedahan menggantikan sendi ini boleh membantu.

Unicompartmental knee replacement

30 peratus orang yang mengalami osteoarthritis mengalami masalah pada satu-satu tempat yang spesifik. Kaedah pembedahan cara ini lebih berkesan.

Tips

1. Faktor Pemakanan Perlu Diambil Berat

Osteoarthritis dan sakit lutut perpunca daripada amalan pesakit juga, sekiranya mereka tidak mengendahkan kepentingan pemakanan dan penjagaan kesihatan secara umum, mereka mungkin mengalami kesukaran untuk sembuh.

2. Kerapkan Berjumpa Dengan Doktor

Kerapkan berhubung dengan doktor, terutama semasa anda dalam keadaan sakit, atau merasakan ubat-ubatan tidak memberikan kesan yang positif.

Kesimpulan

Secara umumnya, rawatan terbaik kepada arthritis dan sakit lutut adalah dengan memanfaatkan cara-cara yang dinyatakan di atas. Tambahan lagi, sila kerapkan berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan rawatan yang lebih specifik kepada anda.

Harap artikel ini membantu, sekiranya terdapat sebarang kesilapan, sila tinggalkan komen.

Sekian~

Sumber : Arthritis.Org

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here