Tambah berat badan, hah senang je.
Kuruskan badan, fuh susah beb.
Itu biasa dirungut oleh masyarakat Malaysia. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan perkara tersebut.
Kalau dengan menggunakan cara yang betul seperti yang disenaraikan di sini, atau anda menggunakan supplement bantuan di sini, anda boleh mengatasi masalah berat badan.
Dalam artikel ini, kami akan menyenaraikan 17 sebab utama kenapa anda gagal menguruskan badan.
Faktor + Sebab Gagal Menguruskan Badan
Berikut adalah beberapa sebab gagal menguruskan badan.
1. Anda Tidak Pantau Apa Yang Anda Makan
Kepekaan memainkan peranan yang sangat penting jika anda mahu kurangkan berat badan. Ramai orang yang kurang pedulikan apa yang mereka makan.
Kajian menunjukkan bahawa dengan memantau diet anda boleh membantu mengurangkan berat badan. Orang yang menggunakan diari atau mengambil gambar apa yang mereka makan lebih mudah untuk menguruskan badan.
2. Anda Tidak Ambil Protein Yang Mencukupi
Protein merupakan salah satu nutrisi yang penting untuk menurunkan berat badan.
Makan makanan berprotein pada 25-30% kalori boleh meningkatkan metabolisma sebanyak 80-100 kalori dan mengurangkan pengambilan kalori setiap hari. Ia juga boleh mengurangkan rasa craving dan rasa untuk makan.
3. Anda Ambil Kalori Terlalu Banyak
Sejumlah besar orang yang gagal menguruskan badan adalah mereka yang mengambil kalori berlebihan.
Masalahnya, kita semua tidak sedar yang kita sudah terlebih kalori dalam pemakanan kita.
Sekiranya anda tidak dapat menurunkan berat badan, cuba anda track kembali pemakanan anda.
4. Anda Tidak Makan Makanan Berkhasiat
Kualiti makanan adalah sepenting kuantitinya.
Makan makanan yang berkhasiat boleh meningkatkan tahap kesihatan anda, pada masa yang sama membantu mengenyangkan perut anda.
5. Anda Tidak Mengangkat Berat
Salah satu cara yang penting dalam proses menguruskan badan adalah dengan melakukan resistance training, seperti angkat berat.
Ia boleh membantu anda untuk mengekalkan otot, yang mana akan turut dibakar sekiranya tidak bersenam.
Mengangkat berat boleh mencegah daripada metabolic slowdown.
6. Anda Tidak Melakukan Senaman Kardio
Senaman kardio, sebagai contoh berlari, berjogging dan sebagainya merupakan salah satu cara yang efektif untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.
Pada masa yang sama, ia sangat efektif untuk membakar lemak perut.
7. Anda Masih Mengambil Gula
Minuman yang bergula merupakan salah satu bahan yang menyumbang kepada penambahan lemak dalam badan.
Perkara ini bukan sahaja merujuk kepada Coke atau Pepsi, bahkan minuman yang lain seperti Gatorade, Mountain Dew dan sebagainya. Juga tidak lupa minuman yang anda bancuh sendiri.
Jus pun berkira dalam kategori ini juga. Anda tidak dinasihatkan meminum jus dalam kuantiti yang banyak. Satu gelas jus buah-buahan mengandungi kadar gula yang sama dengan beberapa biji buah!
8. Anda Tidak Mendapat Tidur Yang Cukup
Tidur yang mencukupi memainkan peranan yang penting kepada perkembangan fizikal dan mental, tidak lupa kepada berat anda.
Kajian menunjukkan bahawa tidur yang tidak cukup merupakan salah satu penyebab kepada obese.
Dewasa dan kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup mempunyai 55% dan 85% lebih berisiko untuk menjadi obese.
9. Anda Tidak Mengurangkan Pengambilan Karbohidrat
Jika anda mahu mengurangkan berat badan, pada masa yang sama mempunyai masalah metabolik seperi kencing manis tahap 2, maka sebaiknya anda memilih diet rendah karbohidrat.
Dalam satu kajian yang ringkas, mendapati bahawa diet seperti ini 2-3 kali lebih berkesan berbanding dengan diet “rendah lemak” yang sering diwar-warkan.
10. Anda Makan Terlalu Kerap
Ada satu ura-ura yang mengatakan bahawa untuk kurus, perlu makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap – untuk meningkatkan metabolisma badan dan mengurangkan berat badan.
Namun, kajian mendapati bahawa kekerapan makan makanan tidak banyak memberikan kesan kepada pembakaran lemak atau menurunkan berat badan.
Jika difikirkan balik, agak tidak praktikal untuk menyediakan banyak sajian setiap hari, berbanding dengan hidangan banyak yang berkhasiat.
Lebih baik kalau puasa.
11. Anda Tidak Minum Air Masak
Minum air masak dengan cukup boleh membantu anda mengurangkan berat badan.
Dalam satu kajian selama 12 minggu, mendapati bahawa orang yang minum 500ml air, 30 minit sebelum makan mengalami penurunan berat badan sebanyak 44% lebih banyak berbanding dengan orang yang tak minum air.
Pada masa yang sama, minum air telah terbukti boleh meningkatkan kadar pembakaran kalori sebanyak 24-30% dalam jangka masa 1.5 jam.
12. Anda Tidak Menikmati Makanan
Percaya atau tidak, orang yang menghargai makanan lebih mudah untuk menurunkan berat badan berbanding dengan yang tidak.
Apa yang dimaksudkan dengan “menghargai makanan” di sini adalah anda makan dengan perlahan-lahan, tidak terlalu tertekan, bergembira dan nikmati sajian – tanpa rasa terpaksa atau had.
Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh ikut:
i. Makan ditempat yang tiada gangguan.
ii. Makan dengan perlahan-lahan, kunyah dengan elok. Banyakkan rasa dan bau makanan tersebut.
13. Anda Ada Masalah Kesihatan
Terdapat beberapa masalah kesihatan atau kondisi medikal yang boleh menyukarkan anda untuk menurunkan berat badan.
Ini termasuklah hypothyroidism, polycystic ovarian syndrome (PCOS) dan sleep apnea.
Sekiranya anda mempunyai penyakit yang dinyatakan, sila rujuk doktor anda untuk tindakan susulan.
14. Anda Ketagih Jajan
Berdasarkan satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014, mendapati bahawa 19.9% orang mengalami ketagihan makanan.
Kalangan ini menjadikan jajan atau cekedis atau sebagainya sebagai satu pelepas rasa gian terhadap makanan.
Sekiranya anda ketagihkan jajan, maka kurangkan atau bertukar diet boleh mengurangkan kesan negatifnya.
15. Anda Sudah Berlapar Untuk Jangka Masa Yang Terlalu Lama
Rancangan untuk diet dalam jangka masa yang lama bukanlah sesuatu yang bijak.
Jika anda sudah berdiet untuk beberapa bulan dan merasakan letih/lesu, maka sudah tiba masa untuk anda berehat seketika.
16. Harapan Anda Terlalu Besar + Tidak Logik
Mengurangkan berat badan memerlukan jangka masa yang agak panjang, dan tidak boleh mengikut kehendak seseorang itu. Ini bukan magik.
Walaupun ia tidak mustahil yang anda akan kehilangan berat badan dengan pantas pada peringkat permulaan, namun jarang-jarang orang boleh mengekalkan progres tersebut.
Salah satu masalah besar adalah ramai orang meletakkan harapan yang besar pada tahap keberkesanan diet dan senaman.
Hakikatnya, bukan semua orang boleh kelihatan atau mempunyai badan seperti model fitness dan bodybuilder yang terpapar di majalah. Percayalah, ada unsur suntingan Photoshop di situ.
Sekiranya anda sudah mencuba untuk mengurangkan berat badan, dan sudah berpuas hati maka terimalah badan anda dengan seadanya.
17. Terlalu Fokus Pada “Diet”
Dengan sekadar berdiet, ia hampir tidak berkesan dalam jangka masa yang panjang. Bahkan dalam kajian menunujukkan bahawa orang yang kerap berdiet boleh menaikkan berat badan. Terbalik bukan?
Daripada memikirkan tentang diet, jadikan tujuan utama anda untuk menjadi orang yang lebih bahagia, sihat dan cergas.
Fikirkan cara untuk menjadikan badan anda lebih sihat, bukannya sebaliknya.
Kesimpulan
Secara ringkas, terdapat banyak sebab kenapa anda gagal menguruskan badan. Apa yang penting adalah anda mendapatkan panduan yang tepat dan komprehensif.
Harap artikel ini membantu anda dalam menurunkan berat badan. Sila kongsikan artikel ini kepada orang yang mungkin berminat.
Sekian~
admin
tggi sy 154 n berat sy 58 .
seimbang ke too ?
cam ne nk kmpis kan bhgian perut ?
Kalau ikut BMI anda 24.5, masih dalam kategori normal. Untuk kepiskan perut, cuba baca artikel ini.