[SENARAI LENGKAP] Cara Untuk Menjadi & Kekal Sihat Sepanjang Hayat

Ramai orang yang mengalami masalah kesihatan, terutama yang dalam keadaan serius, mereka sanggup berbelanja wang yang banyak semata-mata untuk kekal sihat, walaupun sehari.

Biasalah, kita sering tidak bersyukur dan hargai nikmat sihat itu. Apabila sakit, barulah kita tahu betapa berharganya untuk mendapatkan badan yang sihat dan cergas.

Oleh itu, jika anda ingin menjadi lebih sihat mulai hari dan kekal sihat untuk beberapa dekad hadapan, anda boleh mengikuti beberapa cadangan yang diutarakan di bawah.

Bahagian #1: Amalkan Diet Yang Seimbang

Kesihatan seseorang pasti akan bermula dengan cara pemakanan mereka. Oleh itu, adalah terbaik anda bermula mengamalkan diet yang sihat mulai hari ini. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh lakukan:

1. Banyakkan Minum Air

Orang dewasa sepatutnya meminum sekurang-kurangnya 2-3 liter air masak setiap hari. Air boleh mengawal suhu badan dan membantu mengeluarkan toksin yang boleh mengganggu metabolisma dari badan. Anda akan menjadi lebih lebih sihat jika kerapkan minum air.

Pada masa yang sama, air juga boleh memperbaiki kulit dan wajah anda, membantu buah pinggang, mengawal selera dan memberikan anda tenaga seharian.

Anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan minuman yang tidak sihat seperti minuman berkarbonat, kerana mempunyai kadar kalori dan gula yang sangat tinggi.Perkara ini juga berlaku kepada jus yang diproses, yang anda boleh dapatkan di pasaran dalam bentuk kotak dan kordial.

Oleh itu, jika anda mahu minum jus, adalah terbaik anda membuatnya sendiri di rumah. Beli buah, blend dan minum.

2. Makan Sarapan Setiap Pagi

Sarapan sangat penting untuk membekalkan tenaga pada permulaan hari. Anda tidak digalakkan untuk meninggalkan sarapan. Makanlah roti ataupun sandwich walaupun sedikit sebelum ke tempat kerja ataupun ke tempat belajar. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tidak bersarapan lebih cenderung untuk makan lebih banyak ketika makan tengah hari.

Oleh itu, kalau mahu kurang makan masa makan tengah hari, jangan abaikan sarapan pagi

Masa sarapan pun, adalah terbaik kalau anda makan makanan yang boleh membekalkan anda nutrisi dan tenaga – pilihlah roti, telur, buah-buahan, susu, teh ataupun jus buah-buahan. Sarapan yang sihat akan membuatkan anda rasa lebih bertenaga untuk berdepan dengan hari anda.

Anda tidak perlukan red bull untuk mulakan hari anda.

3. Makan Mengikut Keperluan Nutrisi

Tiada guna kalau anda makan daging sahaja dari sarapan sehingga makan malam tanpa sayuran ataupun serat. Oleh itu, anda hendaklah seimbangkan menu harian anda agar anda mendapat semua nutrisi dan khasiat yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan optmimum.

Selain daripada daging, tambahkan sayur-sayuran dan salad. Dan sebagai pencuci mulut, makanlah buah- buahan (daripada ais krim). Minumlah susu rendah lemak daripada susu pekat manis. Pada mulanya, anda mungkin akan rasa sukar untuk mengikuti menu ini, tetapi lama-lama akan terbiasa.

Apa yang penting adalah anda perlu memulakannya

Dan perlu ingat bahawa bukan semua lemak adalah buruk kepada badan. Ada juga lemak yang baik untuk sistem badan seperti mana yang terdapat di dalam ikan seperti salmon dan tuna, avokado, kekacang, dan minyak zaitun.

Baca : 14 Khasiat Minyak Zaitun Yang Boleh Membuatkan Anda Ingin Menggunakannya Setiap Hari

4. Makan Mengikut Masanya

Anda dinasihatkan untuk menetapkan masa makan anda dan mengikut jadual tersebut dengan baik. Sebagai contoh, masa untuk sarapan adalah 6.30-7.30 pagi, makan tengah hari pada 1.00-2.00 tengah hari dan makan malam pada 6 petang hingga 8 malam.

Dengan adanya jadual ini, ia boleh mengelakkan anda daripada memakan sesuatu secara pada bukan masanya.

Tapi kenapa makan malam pukul 6?

Kerana badan kita perlukan masa sekurang-kurangnya 2-3 jam untuk mencerna makanan. Oleh kerana malam kita akan tidur, yang mana tidak elok tidur dalam keadaan kenyang ataupun makanan masih belum dicerna sepenuhnya. Oleh itu, adalah terbaik kalau anda boleh makan malam dalam lingkungan masa yang dicadangkan di atas.

Snacking, makan snek tidak ikut masa boleh menyebabkan anda mendapat kalori yang berlebihan. Ia bukanlah satu amalan yang disarankan, namun jika anda mahu juga, makanlah dengan berpada-pada, jangan berlebih-lebihan.

5. Kurangkan Pengambilan Daging

Jika anda ingin kurangkan kalori ataupun lemak di dalam badan, anda boleh menjadi seorang vegetarian. Ianya salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan pengambilan kalori, pada masa yang masa mendapat sumber vitamin dan mineral yang banyak.

Namun, ramai yang salah faham tentang vegetarian ini.

Vegetarian bukanlah bermakna anda tinggalkan daging 100 peratus. Anda boleh dikira sebagai vegetarian dengan banyakkan sayuran dan kurangkan daging. Vegetarian ada banyak kategori. Jika sekarang anda sering makan daging yang banyak lemak, ataupun kerap makan sup gearbox, kurang-kurangkanlah.

Bertukar kepada daging yang tidak berlemak dan lebih sihat

Diet yang tinggi serat lebih sesuai untuk diamalkan tanpa daging. Serat telah dibuktikan untuk mengurangkan kadar kolestrol, mengawal tekanan darah, memperelok kesihatan usus dan mengurangkan terlebih makan. Pengambilan serat yang disarankan oleh lelaki adalah 30g sehari, manakala perempuan adalah 21g sehari. Bagi orang yang berumur 50 tahun dan keatas pula, lelaki perlukan 38g dan perempuan 25g sehari.

Salah satu sumber serat yang terbaik adalah buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirn penuh dan kekacang.

6. Baca Label Pada Bungkusan Makanan

Perkara ini mudah, tetapi jarang orang lakukan – kerana lebih tertarik dengan warna dan cara persembahan kotak makanan tersebut.

Makanan yang diproses sentiasa dibungkus dengan tidak elok, ada sebab disebaliknya. Salah satu adalah kualiti makanan itu sendiri. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai pilihan yang lain, sebaiknya elakkan daripada membeli makanan yang diproses.

Makanan yang boleh tahan dengan lama (terlampau lama) biasanya mempunyai sodium, sering dikenali sebagai bahan yang mempunyai -ose dibelakang, trans dan lemak tepu. Jika anda mendapati kandungan ini terdapat di dalam barang yang anda ingin beli, elakkan jika mampu.

Carilah makanan yang lebih segar. Itu kata kunci.

Bahagian #2: Buat Jadual Senaman

kerapkan bersukan dan bersenam

Selain pandai jaga makan, ia masih belum cukup menjamin anda akan kekal sihat sepanjang hayat. Seterusnya, anda juga perlulah rajin untuk melakukan aktiviti fizikal dan bersenam untuk mendapatkan badan yang cergas dan otak yang cerdas.

1. Kekal Cergas

Anda hendaklah mempunyai jadual senaman yang teratur untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum. Dengan mempunyai sistem kardiovaskular yang baik, ia boleh mengelakkan anda daripada mendapat penyakit Alzheimer.

Selain itu, bersenam juga boleh meningkatkan sistem imun kita. Walaupun sedikit sahaja, sebagai contoh berjalan untuk 20-30 minit setiap hari, 5 hari seminggu boleh meningkatkan sistem imun – dengan meningkatkan daya tahan badan dan tindak balas sel-sel.

Pada masa yang sama, bersenam adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Setelah badan anda penat melakukan pergerakan fizikal pada sebelah petang, badan akan cepat rasa letih pada waktu malamnya.

Dan tidur pada waktu anda letih boleh memudahkan anda untuk lena.

2. Awasi Berat Badan

Masalah berat badan berlebihan ataupun obesiti di Malaysia tidaklah paling teruk di dunia, namun sudah berada di dalam peringkat pantauan.

Oleh itu, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, adalah terbaik kalau anda mencari cara yang paling sesuai bagi anda untuk mengurangkan berat badan tersebut. Tiada jalan mudah untuk menguruskan badan di dunia ini. Semuanya mesti bermula dengan usaha dan pengorbanan.

Oleh itu, apa kata kalau anda bermula dengan kaedah old-school terlebih dahulu, iaitu bersenam. Jangan bermula secara mendadak kerana ia boleh memberikan tekanan pada badan. Langkag yang paling baik adalah bermula dengan sedikit demi sedikit.

Pergilah ke gym, di sana anda akan mendapat bantuan daripada orang yang mungkin senasib dengan anda. Apa yang penting adalah bertindak!

Dan bagi orang yang kurang berat badan pula, anda perlu tingkatkan selera anda dengan mengambil supplement untuk tambah berat badan. Berat yang kurang ini tidak baik kerana ia tidak sesuai untuk badan berfungsi dengan optimum.

Orang mempunyai berat badan yang sudah optimum mengikut BMI, jangan terlalu gembira kerana berat badan yang normal bukanlah satu pasport untuk kesihatan yang kekal. Teruskan bersenam, teruskan diet yang sihat.

Baca10 Ubat Kuruskan Badan (Fat Burner) Yang Paling Berkesan Malaysia 2015

3. Perbagaikan Senaman

Walaupun anda sudah berjogging sejauh 5km, ia tidak bermakna kesihatan anda sudah dijamin. Kes yang sama kepada orang yang bermain badminton selama sejam setiap hari.

Masalah dalam kes di atas adalah tidak perbagaikan senaman

Setiap senaman yang kita lakukan akan memberikan kesan kepada sesautu otot yang khusus. Dalam contoh pertama di atas, berjongging banyak menggerakkan otot pada kaki dan paha tetapi tidak pada bahagian tangan dan bahu. Sebaliknya pada kes ke-2.

Jadi, salah satu jawapan kepada masalah ini adalah dengan perbagaikan senaman anda! Cubalah senaman yang melibatkan pergerakan semua anggota badan dan otot-otot anda. Tidak pun, lakukan beberapa senaman secara turutan.

Contoh: lakukan jongging 1km, kemudian bermain badminton.

4. Bersenam Dengan Bijak

Apa yang dimaksudkan adalah menjaga keadaan dan tempat senaman anda daripada berlakunya kecederaan. Ramai orang yang cedera semasa bersenam kerana mereka tidak endahkan situasi persekitaran dan keadaan badan mereka sendiri.

Pertama, pastikan anda sentiasa hidrat semasa bersenam. Anda digalakkan untuk membawa bekalan air yang mencukupi semasa bersenam dan bersukan. Semasa melakukan aktiviti fizikal, badan akan mengeluarkan air yang banyak melalui peluh. Jika badan kita sudah sampai ke peringkat kurang air, kita akan merasa pening ataupu sakit kepala.

Ambil waktu rehat. Bukanlah bermaksud anda malas – tetapi bagilah badan rehat seketika. Hal ini untuk memberikan badan kita ruang dan masa untuk menghantar bekalan oksigen kepada semua sel dan otot. Jika tidak, badan kita akan cepat sangat rasa penat.

5. Ambil Kesempatan Atas Persekitaran

Untuk mendapatkan senaman yang berkesan, ia tidak semestinya dilakukan di gym. Ianya sudah ada di persekitaran anda!

Sebagai contoh, anda boleh tambahkan langkah ke sesuatu tempat dengan parkir kenderaan anda sedikit jauh daripada tempat parkir yang biasa anda letak. Gunakan tangga berbanding dengan lift. Gunakan basikal berbanding motosikal. Ada banyak lagi caranya, cuma perlukan kreativiti anda sendiri untuk memikirkannya.

Sila ke muka surat seterusnya..

Leave a Comment