101 Tips Diet Seimbang Yang Berkesan

Tips #31: Makanan Organik

Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang wajib dalam diet, anda masih perlu lebih berhati-hati dalam memilih dan membelinya.

Sesetengah petani mungkin menggunakan baja dan racun perosak yang bereteraskan bahan kimia. Demi mengelak daripada mengalami kesan sampingan yang negatif, membelilah yang ditanam secara organik.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menambah makanan organik dalam menu diet anda.

Tips #32: Elakkan Karbohidrat Ringkas (Simple Carbohydrate)

Makanan karbohidrat ringkas mempunyai kandungan glisemik yang tinggi. Oleh itu, adalah lebih baik memilih makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks.

Dengan berbuat demikian, anda mampu untuk mengekalkan tahap kolesterol darah dalam badan yang lebih sihat.

Selain itu, makanan yang mempunyai kadar karbohidrat kompleks yang tinggi juga sukar untuk diproses. Ini boleh membakar kalori dan lemak dengan lebih banyak.

Tips #33: Makan di Meja Makan

Apabila anda makan di tempat lain sekitar rumah, anda lebih cenderung untuk makan lebih daripada yang diperlukan.

Hal ini kerana perbuatan seperti menonton televisyen atau bermain komputer boleh mengalih perhatian otak daripada menerima isyarat daripada perut.

Oleh itu, jika anda ingin menurunkan berat badan, anda digalakkan makan di meja makan.

Tips #34: Makan Sebelum Melawat Kedai Runcit

Sebelum anda pergi membeli-belah barangan runcit, adalah terbaik sekiranya anda makan terlebih dahulu. Ini boleh mengelakkan anda daripada membeli makanan, ataupun mungkin fast food yang tidak sepatutnya berada dalam senarai keperluan.

Tips #35: Kurangkan Makan di Luar

Makan di luar, seperti makan di restauran-restauran atau kedai kopi berhampiran rumah boleh memberi kesan kepada diet anda.

Ini adalah kerana kebanyakan makanan yang dihidangkan di kedai makan mempunyai kadar minyak yang banyak, di samping makanan yang diproses.

Oleh itu, lebih baik anda makan di luar hanya sekali dalam setiap dua minggu. Makanan yang terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dari rumah, kerana anda boleh kawal kandungan minyak dan lemak.

Amalan ini juga merupakan petua kuruskan badan yang berkesan!

Tips #36: Elak Daripada Perkara yang Boleh Menyebabkan Anda Makan

Terdapat faktor-faktor tertentu yang boleh membuatkan anda makan lebih banyak daripada apa yang diperlukan. Antaranya termasuklah tekanan diri (stress), konflik kerja dan banyak lagi.

Oleh itu, adalah terbaik sekiranya anda mengawal masalah-masalah tersebut dengan baik sepanjang berdiet.

Dengan berbuat demikian, anda akan dapat untuk mengawal rasa lapar anda. Ini juga merupakan salah satu cara kuruskan badan yang berkesan buat anda.

Tips #37: Rekod Perkembangan Diri

Kebanyakan orang yang berdiet adalah untuk menurunkan berat badan. Maka, adalah terbaik sekiranya anda membuat rekod perkembangan (kadar penurunan berat badan) setiap hujung minggu.

Dengan berbuat demikian, anda akan dapat mengawal perkembangan dan memberikan motivasi kepada anda.

Tips #38: Mengawal Pengambilan Makanan

Mengawal pengambilan makanan adalah salah satu ukuran diet anda berjaya ataupun tidak. Untuk mencapai taget, anda boleh mengecilkan saiz pinggan semasa memakan.

Ini boleh mengehadkan pengambilan makanan anda, kerana saiz pinggan yang kecil tidak boleh menampung jumlah makanan yang banyak. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan pengambilan makanan anda. Tips kuruskan badan ini sangat berkesan sekiranya anda mengamalkannya!

Tips #39: Hidangan Lengkap

Untuk memastikan bahawa tubuh anda dibekalkan dengan vitamin dan mineral yang lengkap dalam setiap hidangan, anda perlu menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai satu amalan.

Selain itu, badan juga mendapat serat, ataupun fiber. Serat boleh menyekat selera makan anda pada tahap yang tertentu.

Tips #40: Nikmati Hidangan Anda

Menikmati makanan anda tidak bermakna bahawa anda makan secepat yang mungkin. Cuba menghargai penampilannya, baunya, rasanya, dan teksturnya.

Apabila anda berbuat demikian, anda dapat menikmati hidangan itu dengan rasa yang lebih menyenangkan.

Selain itu, ia juga boleh membuat anda makan dengan lebih perlahan, yang merupakan satu perkara yang baik yang perlu dilakukan untuk mencapai penurunan berat badan.

Tips #41: Kawal Pengambilan Coklat

Majoriti, terutama wanita suka makan coklat. Walau bagaimanapun, jika anda mahu mencapai matlamat penurunan berat badan, maka anda perlu mengurangkan pengambilan coklat.

Perlu diingati bahawa coklat mempunyai banyak lemak dan kalori, yang boleh menaikkan berat badan anda.

Tips #42: Ketahui Lebih Lanjut Mengenai BMI

BMI ataupun Body Mass Index sebenarnya membantu anda menentukan sama ada anda kurang berat badan, optimum, berat badan berlebihan, atau obes.

Dengan mengira BMI, anda boleh tahu di mana status kesihatan diri anda. Anda boleh membuat pengiraan BMI di laman web ini.

Tips #43: Beri Ganjaran Kepada Diri Sendiri

Setiap kali mencapai matlamat jangka pendek anda, seperti menerunkan 5 hingga 10 kilogram dalam satu atau dua minggu dengan berdiet, anda perlu beri ganjaran kepada diri sendiri.

Salah satu contoh adalah dengan membeli baju atau seluar yang lebih kecil. Dengan berbuat demikian, anda akan lebih bermotivasi untuk mencapai sesuatu yang lebih daripada sebelumnya.

Tips #44: Guna Buku Log

Gunakan buku log atau buku nota untuk mencatat makanan yang anda makan seharian. Selain itu, anda juga perlu mencatat makanan yang anda ingin makan untuk hari-hari yang berikutnya.

Dengan berbuat demikian, anda boleh mengelakkan daripada makan makanan yang tidak sepatutnya. Ini sangat membantu dalam diet anda.

Tips #45: Sembunyikan Alat Kawalan Jauh TV Anda

Selain berdiet, anda juga perlu meningkatkan aktiviti fizikal setiap hari seperti bersenam, berjogging ataupun berbasikal.

Anda juga boleh meminta ahli keluarga menyembunyikan alat kawalan jauh tv anda. Jadi, setiap kali anda ingin menonton TV, anda perlu mencarinya terlebih dahulu. Pergerakan tambahan setiap hari!

Ini boleh dijadikan sebagai satu bentuk senaman untuk kuruskan badan secara percuma!

Tips #46: Membakar Kalori Semasa Menaiki Bas

Apabila anda menaiki bas, ada beberapa perkara yang boleh membantu anda membakar kalori.

Salah satunya adalah dengan menjawab teka-teki silang kata, ataupun permainan telefon pintar yang bertemakan teka-teki.

Ini akan membantu mengasah fikiran anda, pada masa sama membakar lebih banyak kalori.

Tips #47: Peralatan Dapur Yang Kecil

Sekiranya anda mengalami masalah mengawal pengambilan makanan, maka sekarang adalah masa yang terbaik untuk bertukar kepada peralatan dapur yang lebih kecil.

Ini akan menghadkan kuantiti masakan anda dan secara tidak langsung menghadkan pengambilan makanan. Barulah diet yang betul.

Tips #48: Interaksi Dalam Online Forum

Terdapat banyak orang di seluruh dunia yang terlibat dalam pelbagai program dan pengamalan diet. Untuk berhubung kepada mereka, anda perlu menyertai online forum.

Melalui forum, anda boleh berkongsi pengalaman dengan mereka, dan juga belajar daripada mereka.

Selain itu, ia juga boleh memberikan motivasi kepada anda dengan mengetahui ramai orang yang berjaya dalam menurunkan berat badan di seluruh dunia.

Tips #49: Guna Alat Penimbang

Alat penimbang amat penting dalam pengamalan diet. Walaupun begitu, anda tidak semestinya guna alat tersebut terlalu kerap. Adalah lebih baik jika anda menggunakannya secara mingguan, dengan ini anda boleh melihat perkembangan yang besar.

Tips #50: Jauhi Kedai Kopi

Sekiranya anda sedang berdiet, adalah terbaik sekiranya anda tidak mengunjungi kedai kopi.

Hal ini kerana anda mungkin memesan lebih daripada satu cawan kopi. Selain itu, kopi ais juga mengandungi jumlah kalori yang anda tidak perlu.

Tips #51: Berfikirkan Positif

Pemikiran positif adalah bukan sahaja tentang pembangunan peribadi. Ia juga boleh diaplikasikan sebagai motivasi diet anda.

Sebagai contoh, anda tidak yakin anda mampu mengikuti program diet hingga mendapat hasil yang dimahui, maka dengan berfikir positif bahawa akan berjaya, ia dapat membantu.

Secara tidak langsung anda mendapat dorongan daripada diri sendiri untuk mencapai sesuatu.

Tips #52: Masa di Antara Pengambilan Makanan

Anda sebenarnya digalakkan untuk memakan sesuatu dalam jangka masa 3 jam. Makanlah apa-apa yang sihat. Hal ini adalah untuk mengelak daripada anda rasa terlalu lapar semasa menjamu hidangan berat (makan tengah hari dan makan malam).

Tips #53: Senaraikan Risiko

Senaraikan semua risiko yang akan anda alami sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Setelah selesai, letakkan senarai tersebut pada tempat yang anda selalu tengok. Dicadangkan pada pintu peti sejuk.

Dengan berbuat demikian, anda akan diingatkan tentang akibat makan terlalu banyak, setiap kali anda cuba membuka peti sejuk anda.

Tips #54: Hidangan Tinggi Protein

Sediakan makanan yang mempunyai kadar protein yang tinggi seperti telur, ayam, ikan, daging tanpa lemak dan sebagainya dalam setiap hidangan.

Dengan berbuat demikian, anda memberikan badan anda dengan lebih banyak nutrien yang boleh membantu pembinaan sel. Selain itu, ia juga boleh menyekat selera makan anda, kerana protein biasanya sukar untuk dihadam.

Hidangan berprotein yang tinggi merupakan resepi diet sihat yang wajib anda amalkan.

Tips #55: Bawa Bekal ke Pejabat

Apabila anda berada di tempat kerja, anda lebih cenderung untuk makan di rangkaian makanan segera berdekatan untuk makan tengah hari.

Memandangkan makanan segera tidaklah sesuai dan menyihatkan, anda digalakkan untuk membawa bekal dari rumah.

Selain membantu anda dalam diet, amalan ini juga boleh menjimatkan duit anda.

Tips #56: Makan Telur Semasa Sarapan

Telur mengandungi protein berkualiti yang dipanggil albumin. Selain itu, telur juga boleh memberi anda tenaga dan nutrien yang cukup.

Hal ini boleh meningkatkan tahap metabolisma badan anda, dan akan menjadikan anda lebih bertenaga sepanjang hari.

Menu telur boleh dimasukkan ke dalam resepi makanan diet anda sebagai satu pelengkap.

Tips #57: Jauhi Alkohol

Bir ataupun minuman keras yang lain mempunyai kandungan alkohol yang tinggi.

Oleh itu, meminum minuman keras semasa menjalani diet merupakan satu perbuatan yang tidak sepatutnya.

*Minuman keras dan minuman yang memabukkan adalah HARAM dalam agama Islam. Tips ini ditujukan kepada yang bukan beragama Islam.

Tips #58: Amalkan Diet Yang Berkesan Kepada Anda

Perlu diingat bahawa diet boleh memberikan kesan yang berbeza untuk setiap orang.

Oleh itu, anda perlu berpegang kepada sesuatu yang anda percaya boleh memberikan kesan kepada berat badan anda.

Dengan berbuat demikian, anda tidak perlu untuk memaksa diri untuk melakukan perkara-perkara yang hanya membazir masa.

Tips #59: Keazaman Untuk Menurunkan Berat Badan

Apabila anda mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk menurunkan berat badan, boleh menjadi satu pendorong dan motivasi yang besar kepada anda.

Anda juga perlu ada matlamat diet anda. Satu contoh ialah anda ingin lebih cergas dan boleh muat dalam pakaian yang anda ingin memakai.

Tips #60: Tetapkan Matlamat Jangka Pendek

Jika matlamat jangka panjang anda adalah untuk kehilangan 50Kg dalam masa 5 minggu atau lebih, anda mungkin merasakan perkara ini sukar untuk dilakukan.

Namun, sekiranya anda memasang matlamat yang lebih kecil, contohnya anda ingin menurunkan 5Kg dalam masa seminggu, anda boleh capai matlamat utama anda dalam masa 10 minggu.

Ini semua bergantung kepada persepsi dan psikologi manusia. Sebenarnya, kita mampu capai apa yang kita idami. Percayalah!

1 komen

  1. Cara kuruskan badan yang paling betul ialah dengan cara makan dengan betul. Ramai orang tak tau yang selama ni cara diorang makan tak normal. Sebab tu kebanyakan orang makin tua berat makin meningkat. Diorang fikir berat naik sebab faktor usia padahal sebab bertahun2 hidup dengan cara makan yang salah.

    Boleh baca pasal cara permakanan untuk kurus kat Sado Street. Tak susah nak follow bagi orang2 yang nak turunkan berat badan.

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here