101 Tips Diet Seimbang Yang Berkesan

Tips #61: Ambil Gambar Diri

Sebelum memulakan program diet anda, anda digalakkan untuk mengambil gambar anda sendiri. Dengan itu, anda akan mempunyai gambar yang boleh dibandingkan sekiranya anda menurun berat badan.

Ini boleh membuat anda lebih bermotivasi dan berinspirasi.

Tips #62: Contohi Orang Yang Sudah Berjaya

Terdapat banyak program realiti TV yang bertujuan membantu orang yang obese menurunkan berat badan, seperti The Biggest Loser

Dengan mencontohi keazaman dan ketekunan mereka untuk menurunkan berat badan, anda harus mencontohi mereka. Dengan ini, anda tidak akan kehilangan fokus untuk mencapai impian anda.

Tips #63: Membina Otot Semasa Anda Berdiet

Disamping berdiet, anda digalakkan bersenam untuk membina lebih banyak otot. Ini kerana otot memerlukan lebih banyak kalori.

Dalam erti kata lain, lebih banyak otot yang anda mampu bina, lebih banyak kalori badan anda dapat bakar, yang boleh mengakibatkan penurunan berat badan.

Tips #64: Rakan Kongsi

Diet akan menjadi lebih seronok jika anda boleh mendapatkan teman. Anda boleh mengamalkan diet dengan pasangan atau kawan rapat.

Rakan kongsi boleh membantu antara satu sama boleh memberikan semangat untuk meneruskan diet. Selain itu, anda juga boleh kongsikan sebarang kemajuan anda secara berkala, untuk sentiasa bermotivasi dalam mengurangkan berat badan.

Tips #65: Jadikan Diet Satu Pertandingan

Jika anda mempunyai rakan kongsi semasa berdiet, anda boleh jadikannya satu pertandingan. Dengan ini, anda boleh membandingkan kemajuan pada setiap minggu.

Selain itu, anda juga boleh menetapkan matlamat yang tertentu untuk setiap minggu, dan memberikan ganjaran kepada pemenang yang mencapainya.

Tips #66: Menilai Pencapaian Anda Sebelum Tidur

Sebelum anda masuk tidur, anda perlu imbas kembali matlamat jangka masa panjang anda dalam berdiet. Dan menilai sejauh mana anda sudah capai matlamat itu.

Perkara ini mengelakkan anda daripada hilang fokus dalam menguruskan badan.

Tips #67: Jauhi Makanan yang Tidak Sihat

Fikir terlebih dahulu sebelum anda ingin memakan makanan yang tidak menyihatkan seperti ais krim, jajan, ataupun makanan segera. Fikirkan, adakah berbaloi diet anda sekiranya anda makan makanan-makanan tersebut.

Dengan mengambil kira apa yang anda sudah lalui, anda dapat atasi masalah craving terhadap sesuatu makanan.

Tips #68: Perbanyakkan Minum Minuman Sejuk

Anda digalakkan untuk meminum minuman yang sejuk (berais) ketika anda dahaga. Minuman yang sejuk dan berais boleh meningkatkan kadar metabolisma badan.

Dengan itu, anda dapat membakar kalori dan lemak dengan kadar yang lebih banyak. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya menyimpan ketulan ais di dalam peti sejuk.

Tips #69: Pandai Memilih Snek

Kebanyakan kita memakan snek sebelum tidur, dan kebanyakan snek itu adalah yang tidak menyihatkan.

Untuk mengatasi masalah ini, anda dinasihatkan supaya makan malam sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur. Dan kemudian memilih snek yang tidak mengandungi jumlah kalori yang banyak. Contoh yang baik adalah cookies ataupun biskut nutrisi.

Tips #70: Nikmati Makanan Kegemaran Anda

Walaupun anda sedang berdiet, anda dibenarkan memakan makanan kegemaran anda, namun dalam kuantiti yang dihadkan.

Hal ini untuk mengelak daripada anda merasakan diet itu sangat ketat dan menyusahkan.

Tips #71: Kerapkan Makan Yogurt

Salah satu makanan yang disyorkan semasa diet adalah yogurt. Hal ini kerana kebanyak yogurt adalah rendah lemak dan tiada bahan pengawek yang berbahaya.

Untuk menambah keberkesanan yogurt, anda boleh menaburkan serbuk kayu manis keatasnya. Ini boleh meningkatkan kadar metabolisma badan, lantas anda dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Tips #72: Jus Lobak Merah

Sekiranya anda dahaga dan anda mengidam sesuatu selain air kosong, anda digalakkan untuk meminum jus lobak merah.

Jus lobak merah mengandungi kandungan serat yang tinggi, yang mana boleh membantu membakar lemak. Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan anda daripada cepat rasa lapar.

Tips #73: Tingkatkan Pengambilan Kalsium

Anda boleh mengambil kalsium dengan perbanyakkan memakan produk tenusu (susu, yogurt dan keju) ataupun dengan pengambilan pil supplement. Bahan ini boleh memberikan anda tenaga.

Kalsium disamping Vitamin D3 boleh meningkatkan kadar tenaga badan dan membolehkan anda bekerja dengan lebih produktif sepanjang hari.

Tips #74: Kawal Tekanan Diri (Stress)

Kajian menunjukkan bahawa tekanan diri ataupun stress pada tempat kerja boleh menyebabkan seseorang itu makan dengan kadar yang berlebihan.

Oleh itu, adalah terbaik bagi anda yang sedang berdiet pandai mengawalnya. Anda boleh mencuba menenangkan diri dengan melakukan perkara yang anda suka seperti bersenam ataupun bermain permainan komputer.

Tips #75: Makan Pisang Masa Sarapan

Salah satu makanan cadangan pada waktu sarapan adalah pisang dan segelas air atupun susu.

Pisang mempunyai kadar potassium yang tinggi, memberikan badan anda tenaga yang mencukupi untuk seharian bekerja.

Selain itu, ia juga boleh mengurangkan rasa lapar anda pada jangka masa yang tertentu.

Tips #76: Snek yang Sihat

Pengambilan snek diantara makan hidangan besar adalah digalakkan, namun bergantung kepada apa yang anda makan.

Pengambilan snek yang tinggi dalam kadungan protein adalah terbaik. Protein boleh membantu anda membina sel-sel dalam badan dan membaiki tisu-tisu yang rosak.

Tips #77: Gunakan Kicap Soya Untuk Kawal Rasa Lapar

Selain menambah rasa pada makanan, kicap soya juga boleh menyebabkan anda rasa cepat kenyang. Berdasarkan satu kajian, protein dalam kicap soya boleh berhubung dengan riseptor otak. Interaksi ini menyebabkan anda rasa kenyang.

Tips #78: Kombinasi Telur Dan Timun

Adalah dinasihatkan supaya anda memakan timun terlebih dahulu sekiranya anda ingin mengikuti petua ini. Hal ini kerana timun mempunyai vitamin, serat dan air yang boleh memberikan anda rasa kenyang.

Telur pula, boleh membantu pencernaan karbohidrat (daripada timun tadi) dan memberikan anda protein yang mencukupi.

Tips #79: Bertukar Kepada Stevia

Stevia merupakan satu alternatif pemanis kepada gula. Walaupun stevia dikategorikan sebagai satu bahan pemanis, stevia mempunyai kadar kalori yang jauh lebih rendah daripada gula yang biasa.

Perkara ini sangat baik untuk kesihatan dan sangat digalakkan kepada semua yang sukakan rasa manis dalam minuman, namun pada masa yang sama ingin menjaga kesihatan.

Tips #80: Makan Delima

Walaupun buah delima manis, ia tidak semestinya akan menyebabkan anda naik berat badan. Bahkan, buah ini boleh membantu anda mengurangkannya!

Buah ini boleh mengurangkan rasa anda untuk memakan snek yang manis, pada masa yang sama butirnya boleh mengurangkan kebolehan badan menyimpan lemak berlebihan. Selain itu, buah delima juga mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan umum.

Tips #81: Makan BBQ

Jika anda meminati makanan yang berdaging, terutama pada hujung minggu, anda boleh makan BBQ.

Semasa daging dibakar, kuantiti lemaknya berkurang. Pada masa yang sama, anda boleh mengurangkan pengambilan masakan yang berminyak. Perkara ini sangat membantu anda semasa berdiet!

Tips #82: Makan Bayam

Bayam mengandungi kadar serat yang tinggi. Ini boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan.

Pada masa yang sama, boleh mengurangkan rasa lapar anda dalam jangka masa yang tertentu. Jadi mulai dari sekarang, anda dinasihatkan untuk menambah bayam dalam menu diet anda.

Tips #83: Pilih Keju Yang Sesuai

Sekiranya anda menyukai keju, adalah terbaik sekiranya anda memilih keju yang diperbuat daripada susu kambing.

Hal ini kerana keju susu kambing mempunyai kadar kalori yang lebih rendah daripada keju susu lembu sebanyak 40%.

Tips #84: Pengambilan Lemak Yang Baik

Bukan semua lemak adalah buruk kepada anda. Ada juga yang memberikan manfaat kepada kesihatan.

Antara sumber lemak yang baik kepada anda adalah walnut, minyak biji sesawi dan telur. Selain membantu membakar lemak dalam badan, ia juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung.

Tips #85: Makan Bijian Oat Semasa Sarapan

Kebiasaanya, orang yang ingin menurunkan berat boleh memakan bijian oat pada waktu pagi. Bijian oat mempunyai kadar serat yang tinggi. Ini membolehkan mereka mengurangkan berat badan. Selain itu, ia juga boleh memudahkan anda berasa kenyang.

Tips #86: Makan Buah Epal Sebelum Hidangan

Selain memberikan nutrisi yang banyak kepada badan, epal juga boleh membantu anda menurunkan berat badan. Anda perlu makan buah epal 15 minit sebelum hidangan seperti makan tengah hari ataupun makan malam.

Ia boleh mengawal selera anda dengan efektif dan mengelakkan anda daripada makan makanan secara berlebihan.

Tips #87: Letakkan Minyak Zaitun Dalam Salad

Petua memakan salad semasa berdiet adalah satu tips yang betul. Namun, anda perlu memakan dengan kadar yang tepat. Tidak boleh secara berlebih-lebihan.

Sebagai satu tambahan, anda boleh meletakkan sedikit minyak zaitun dalam hidangan salad anda. Minyak zaitun mengandungi asid lemak yang baik untuk kesihatan.

Tips #88: Kerapkan Makan

Apa yang dimaksudkan dengan petua ini adalah menambah waktu masa (daripada 3 hidangan kepada 6 hidangan contohnya). Namun perlu diambil kira bahawa makanan dalam setiap hidangan adalah sedikit.

Makan secara berperingkat seperti ini boleh mengelakkan daripada anda berasa terlalu lapar, dan kemudiannya ‘membalas dendam‘ dengan memakan dengan kuantiti yang banyak.

Tips #89: Tambahkan Tomato Dalam Hidangan Diet

Tomato mempunyai komponen yang boleh menyekat penghasilan satu hormon yang dipanggil gherlin. Oleh itu, anda berkemampuan untuk mengawal selera anda.

Anda dinasihatkan supaya menambah tomato dalam sandwich ataupun apa-apa hidangan semasa sarapan.

Tips #90: Makan Buah Nanas

Buah nanas mempunyai kadar serat yang tinggi. Ia boleh meningkatkan tahap metabolisma badan anda.

Selain itu, ia juga mempunyai bromolina, satu komponen yang membantu badan anda memproses protein.

1 komen

  1. Cara kuruskan badan yang paling betul ialah dengan cara makan dengan betul. Ramai orang tak tau yang selama ni cara diorang makan tak normal. Sebab tu kebanyakan orang makin tua berat makin meningkat. Diorang fikir berat naik sebab faktor usia padahal sebab bertahun2 hidup dengan cara makan yang salah.

    Boleh baca pasal cara permakanan untuk kurus kat Sado Street. Tak susah nak follow bagi orang2 yang nak turunkan berat badan.

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here