101 Tips Diet Seimbang Yang Berkesan

Tips #91: Makan Buah Oren

Buah oren secara semula jadinya boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan. Hal ini kerana buah oren mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi.

Vitamin C merupakan salah satu komponen yang membantu badan menukarkan lemak kepada tenaga. Oleh itu, dengan pengambilan buah oren, anda membantu badan anda untuk mendapatkan tenaga daripada lemak yang tidak digunakan.

Tips #92: Makan Bersama Kawan

Ada kajian menyatakan bahawa jika kita makan bersama kawan ataupu keluarga, kita lebih cenderung berasa mudah kenyang.

Mungkin selepas ini, anda boleh mencuba tips ini dan merasakan perubahan itu sendiri.

Tips #93: Kurangkan Minuman Tenaga

Minuman tenaga biasanya diamalkan oleh athlet, kerana mereka perlukan tenaga yang banyak dalam jangka masa yang singkat. Namun, minuman ini tidak sesuai kepada yang ingin menurunkan berat badan.

Hal ini kerana, anda kemungkinan tidak dapat manfaatkan semua tenaga yang dibekalkan oleh minuman tersebut sehingga menyebabkannya ditukarkan kepada lemak.

Tips #94: Bertukar kepada Susu Skim

Susu skim mengandungi kadar kalori yang sedikit, apabila dibandingkan dengan susu biasa. Selain itu, ia juga mempunyai kadar fosforus dan kalsium yang jauh lebih tinggi daripada susu, yang mana boleh membantu badan anda memecahkan lemak.

Tips #95: Tambahkan Cuka Dalam Hidangan

Tambahkan cuka dalam hidangan boleh membantu badan anda membakar lemak. Hal ini kerana cuka mengandungi asid asetik yang boleh meningkatkan kebolehan badan untuk memproses kalori dan lemak.

Tips #96: Jangan Mengikuti Program Diet Yang Terlalu Ketat

Semasa anda memilih program diet, anda tidak digalakkan untuk memilih program yang terlalu ketat dengan diri anda. Hal ini untuk mengelakkan diri anda daripada tidak mendapat nutrisi yang mencukupi dan lagi teruk, mungkin menyeksa badan anda sendiri.

Tips #97: Buang Air Besar

Anda perlu membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini boleh menjadi kayu ukur pemakanan yang baik ataupun tidak.

Selain itu, ia juga boleh menjadi kayu ukur kepada jumlah air yang anda minum setiap hari.

Tips #98:  Banyakkan Minum Jus Buah-Buahan

Membuat jus buah-buahan daripada buah yang segar adalah lagi baik daripada anda meminum daripada kordial, ataupun dari botol yang diproses (yang dibeli dari pasar raya).

Jus buah-buahan mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang optimum kepada keperluan badan.

Tips #99: Minum Teh Hijau

Teh hijau boleh membakar lemak dalam badan dengan kadar yang cepat. Selain itu, teh hijau boleh meningkatkan tahap kecergasan badan. Tambahan lagi, ia boleh meningkatkan tahap imunisasi badan anda.

Tips #100: Jangan Menetapkan Matlamat Yang Terlalu Tinggi

Apabila anda memulakan diet, anda tidak digalakkan untuk menetapkan matlamat yang terlalu tinggi, sehinggakan anda tidak dapat mencapainya. Sekiranya perkara ini berlaku, ia boleh menghampakan harapan anda, lantas anda berputus asa.

Sebaliknya, anda perlu tetapkan matlamat yang kecil dahulu. Sekiranya berjaya dicapai, mulakan matlamat yang baharu, yang lebih besar. Berusaha supaya matlamat yang baharu itu dicapai.

Tips #101: Membahagikan Bahagian Makanan

Salah satu amalan diet adalah mengurangkan kadar kuantiti makanan yang anda makan setiap hari.

Maka adalah wajar sekiranya anda bermula diet dengan mengurangkan kuantiti makanan anda. Hadkan pengambilan makanan secara berperingkat-peringkat.

PanduanSaya Extra! “Eating Healthy” Free Ebook Download

Jika senarai di atas tidak mendapat perhatian, anda boleh dapatkan ebook berjudul “Eating Healthy” secara percuma! Anda boleh mendapatkan download link pdf tersebut di bawah:

Panduansaya.co Eating Healthy free ebook pdf download

[sociallocker id=408] >>Download Ebook “Eating Healthy” Di Sini<< [/sociallocker]

Kesimpulan

Tahniah kepada yang baca sampai ke tips ini. Sebelum anda meninggalkan laman web ini, anda perlu mengambil tindakan setelah anda membaca senarai ini.

Tiada guna anda membaca artikel ini dan masih mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Anda perlu bertindak untuk mendapatkan hasil yang positif.

Harap artikel ini berguna kepada semua. Tinggalkan komen di bawah sekiranya anda ada cadangan tips ataupun ingin berkongsi pengalaman.

Share artikel ini dengan keluarga ataupun kawan-kawan, agar semua mendapat faedah.

Sekian~

1 komen

  1. Cara kuruskan badan yang paling betul ialah dengan cara makan dengan betul. Ramai orang tak tau yang selama ni cara diorang makan tak normal. Sebab tu kebanyakan orang makin tua berat makin meningkat. Diorang fikir berat naik sebab faktor usia padahal sebab bertahun2 hidup dengan cara makan yang salah.

    Boleh baca pasal cara permakanan untuk kurus kat Sado Street. Tak susah nak follow bagi orang2 yang nak turunkan berat badan.

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here