25 Tips Menguruskan Badan Berdasarkan Kajian Saintifik

tips menguruskan badan

Industri menguruskan badan kadang kala dipenuhi dengan mitos dan penipuan. Orang yang mengalami masalah berat badan ini kebanyakannya terpaksa dengar kata-kata businessman semata-mata untuk kurus.

Akhir sekali, tiada hasil.

Namun sekarang perkara itu mungkin boleh berubah! Dengan bantuan kajian sains, para pengkaji sudah menjumpai beberapa tips menguruskan badan yang bukan sahaja berkesan, malah tidak mendatangkan kesan sampingan.

Berikut adalah 25 tips menguruskan badan berdasarkan kajian saintifik yang anda perlu tahu sekiranya ingin menjaga bentuk badan.

25 Tips Menguruskan Badan

1. Banyak Minum Air Masak, Terutama Sebelum Makan

Pernah dengar orang berdiet dengan minum air masak?

Berdasarkan kajian sains, ada fakta disebalik kaedah itu.

Minum air masak boleh meningkatkan kadar metabolisma sebanyak 24-30% sepanjang jangka masa 1-1.15 jam, membantu anda membakar kalori dengan kadar yang lebih banyak dan cepat.

Satu kajian menunjukkan bahawa minum setengah liter air 30 minit sebelum makan boleh membantu orang yang berdiet makan dengan lebih sedikit dan membantu mengurangkan berat badan sebanyak 44% lebih banyak.

2. Makan Telur Untuk Sarapan Pagi

Makan sebiji telur mempunyai banyak khasiat, termasuklah membantu anda mengurangkan berat badan.

Kajian menunjukkan bahawa menggantikan sarapan yang berasaskan kanji/gandum dengan telur boleh membantu anda mengurangkan pengambilan kalori untuk 36 jam kemudian. Lantas mengurangkan lemak badan anda.

Namun, sekiranya anda tidak mahu makan telur, pilihlah mana-mana makanan yang tinggi proteinnya sebagai gantian.

Baca: 9 Khasiat Telur Untuk Kesihatan (#6 Kegemaran Saya)

3. Minum Kopi

Kopi mengandungi antioksida yang banyak, dan boleh menyumbang kepada kesihatan badan.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kafein di dalam kopi boleh meningkatkan metabolisma sebanyak 3-11%, dan meningkatkan pembakaran lemak sehingga 10-29%.

Cuma pastikan anda tidak menambah banyak gula di dalam kopi tersebut.

Kopi mempunyai banyak lagi khasiat, ketahuinya di sini.

4. Minum Teh Hijau

Seperti kopi, teh hijau juga menyumbang banyak khasiat kepada kesihatan, terutama kepada penurunan berat badan.

Teh hijau mengandungi kadar kafein yang sedikit, tetapi mempunyai antioksida yang tinggi – dikenali sebagai catechins. Antioksida ini dipercayai boleh “berganding bahu” dengan kafein untuk mempercepatkan pembakaran lemak.

Walaupun buktinya bercampur, terdapat beberapa kajian yang berjaya membuktikan bahawa pengambilan teh hijau boleh membantu anda menguruskan badan.

Baca: 10 Khasiat dan Manfaat Teh Hijau Kepada Kehidupan Harian

5. Masak Dengan Minyak Kelapa (Coconut Oil)

Minyak kelapa sangat banyak khasiatnya. Ia tinggi kandungan lemak yang dikenali sebagai triglycerides.

Lemak ini telah terbukti boleh meningkatkan kadar metabolisma badan sehingga 120 kalori sehari. Pada masa yang sama mengurangkan rasa lapar – dapat mengurangkan pengambilan sehingga 256 kalori sehari.

6. Ambil Supplement Glucomannan

Satu serat yang dikenali sebagai glucomannan telah terbukti dapat menurunkan berat badan seseorang dalam beberapa kajian.

Serat ini juga akan berada di dalam perut anda, membuatkan anda berasa kenyang dan membantu anda mengurangkan makan.

Kajian mendapati bahawa orang yang mengambil supplement ini mempunyai berat badan yang lebih ringan berbanding dengan orang yang tidak.

7. Kurangkan Pengambilan Gula Tambahan

Gula tambahan merupakan salah satu bahan kandungan makanan yang tidak sihat, dan kebanyakan orang mengambilnya dengan kadar yang berlebihan.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan gula boleh membawa kepada masalah obese, kencing manis tahap 2, sakit jantung dan beberapa lagi.

Sekiranya anda serius untuk menurunkan berat badan, anda harus mengurangkan pengambilan gula dan gula tambahan. Pastikan anda membawa label sebelum membeli makanan.

8. Kurangkan Refined Carbohydrates

Kajian menunjukkan bahawa refined carbs boleh meningkatkan gula dalam darah dengan cepat, menyebabkan rasa lapar, craving dan sebagainya. Pemakanan refined carbohydrates boleh membawa kepada obese.

9. Amalkan Diet Rendah Karbohidrat

Sekiranya anda mahu dapatkan karbohidrat, maka pilihlah yang mengandungi rendah karbohidrat.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa diet rendah karbo boleh membantu mengurangkan berat badan sebanyak 2-3 kali ganda lebih berkesan berbanding dengan orang yang mengamalkan pemakanan biasa.

10. Gunakan Pinggan Yang Kecil

Dengan menggunakan pinggan yang kecil boleh membantu orang untuk makan dengan kadar yang lebih sikit – terbukti!

Agak pelik, tapi pada masa yang sama ada common sense di situ. Apa yang penting adalah, ia berkesan!

11. Kira Kalori

Mengira kadar kalori yang diambil boleh memberikan info yang berguna kepada orang yang sedang berdiet.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa orang yang mengira kalori dari menu diet mereka menjadi lebih mudah untuk mengurangkan berat badan.

12. Simpan Makanan Yang Berkhasiat

Dengan menyimpan makanan yang berkhasiat dalam rak makanan anda boleh mencegah daripada makan makanan yang tidak sihat apabila sedang lapar.

13. Berus Gigi Selepas Makan Malam

Tiada kajian khusus berkenaan perkara ini, cuma kalau anda menggosok gigi serta floss sebaik sahaja selesai makan malam, ia boleh mengurangkan rasa hendak makan – yelah, baru lepas gosok gigi.

Biasanya orang yang sudah gosok ini tidak akan makan lagi, sehinggalah keesokan paginya. Hal ini kerana mereka merasakan leceh kalau gosok dua kali, semata-mata untuk makan.

14. Makan Makanan Pedas

Makanan yang pedas mengandungi sejenis bahan yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan dan mengurangkan rasa lapar.

15. Buat Senaman Aerobik

Amalkan senaman aerobik adalah salah satu cara terbaik untuk membakar kalori dan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.

Ia berkesan dengan efektif untuk menghilangkan lemak perut dan lemak tidak sihat.

16. Angkat Berat

Salah satu masalah semasa berdiet adalah seseorang itu mungkin akan mengalami susut otot dan metabolic slowdown, sering kali dipanggil dengan istilah starvation mode.

Bagi mengatasi masalah ini, perlu lakukan senaman “resistance” seperti mengangkat berat. Kajian mendapati bahawa dengan mengangkat berat, anda boleh mencegah daripada kehilangan otot itu tadi.

17. Banyakkan Makan Serat

Serat sering kali dikaitkan dengan orang yang mahu kuruskan badan. Walaupun buktinya tidak serasi, namun terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa serat boleh meningkatkan kekenyangan dan membantu anda mengawal berat badan dalam jangka masa panjang.

18. Banyakkan Makan Sayur-Sayuran & Buah-Buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan salah satu makanan yang boleh membantu anda menguruskan badan.

Ia mengandungi beberapa kalori, tetapi kaya dalam serat. Pada masa yang sama tinggi dengan air, yang membekalkan ketumpatan tenaga.

Kajian mendapati bahawa orang yang makan sayur-sayuran & buah-buahan lebih senang untuk menurunkan berat badan berbanding dengan orang yang tidak.

Oleh itu, apa lagi? Kenalah makan sayur dan buah!

19. Kunyah Dengan Perlahan

Ia mengambil masa untuk otak “tahu” yang anda sudah cukup makan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa mengunyah dengan perlahan-lahan boleh membuatkan anda makan sedikit. Lantas mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan penghasilan hormon yang berkait dalam proses menurunkan berat badan.

20. Dapatkan Tidur Yang Cukup

Tidur sering diabaikan, tetapi ia adalah salah satu elemen yang sangat penting di dalam penjagaan kesihatan.

Kajian menunjukkan bahawa tidur yan tidak cukup dan tidak berkualiti boleh menyebabkan seseorang mendapat obese – sebanyak 89% bagi kanak-kanak, manakala 55% bagi orang dewasa.

21. Lawan Ketagihan Makanan

Menurut satu kajian pada tahun 2014 ke atas 196,211 individu mendapati bahawa 19.9% daripada mereka mempunyai ketagihan makanan.

Sekiranya anda sedang mengalami masalah food craving dan tidak dapat mengawalnya, maka anda sudah dikira sebagai ketagih.

Jika perkara ini berlaku kepada anda, cepat-cepat dapatkan rawatan.

22. Makan Makanan Berprotein

Protein merupakan salah satu nutrisi yang penting dalam proses mengurangkan berat badan.

Makan makanan yang tinggi protein telah ditunjukkan dapat meningkatkan kadar metabolisma badan sehinga 80-100 kalori setiap hari.

Mulai hari ini, tambah protein ke dalam diet anda!

23. Dapatkan Supplement Protein dengan Whey

Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan bekalan protein yang mencukupi setiap hari, anda boleh guna supplement seperti Protein Whey.

Kajian mendapati bahawa menggantikan sebahagian kalori anda dengan protein whey boleh mengurangkan lemak badan sehingga 3.6kg, pada masa yang sama mengekalkan otot.

Untuk mendapatkan protein whey yang berkesan, sila ke link ini.

24. Jauhi Minuman Berkarbonat dan Bergula

Gula tidak sihat untuk badan, terutama dalam bentuk cecair. Kajian menunjukkan bahawa gula yang cair boleh mempercepatkan proses seseorang menjadi gemuk.

Bahkan, dalam satu kajian yang lain pula menunjukkan bahawa minuman yang bergula berkait dengan peningkatan risiko kanak-kanak obese sebanyak 60%.

25. Diet Dengan Betul

Salah satu masalah besar dengan diet adalah, tidak dilakukan dengan betul dan tidak berterusan. Ramai yang hanya sampai separuh jalan sahaja.

Diet pun dietlah, tetapi jangan abaikan keperluan nutrisi harian badan. Jangan tidak makan apa yang patut diambil. Jangan memaksa.

Jika anda tidak mendapat makanan yang cukup setiap hari, badan akan menjadi lemah dan tidak bermaya.

Ya, anda mungkin kurus, tetapi tidak sihat.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat banyak tips menguruskan badan ini, cuma kebanyakannya memerlukan motivasi dan kesabaranan yang tinggi.

Harap artikel ini membantu anda menjadi lebih arif dalam melaksanakan rejim kuruskan badan anda.

Sekiranya artikel ini berguna kepada anda, silalah kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.

Sekian~

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here