10 Ubat Kuruskan Badan (Fat Burner) Yang Paling Berkesan Malaysia 2018

Produk Fat Burner #4: Green Coffee Bean (Biji Kopi Hijau)green coffee bean

Produk Green Coffee Bean tidak asing lagi dalam dunia produk weight loss. Ia merupakan salah satu produk kurukan badan yang paling laris dan mendapat sambutan ramai di seluruh dunia.

i. Bagaimana Green Coffee Bean Berhasil?

Salah satu bahan utama yang terdapat di dalam Green Coffee Bean adalah chlorogenic acid, merupakan satu bahan yang membantu memecahkan fatty acid. Oleh sebab itu, metabolisma badan anda akan meningkat, lantas proces membakar kalori akan menjadi lebih cepat.

Selain itu, green coffee bean juga mempunyai kadar anti-oksida yang banyak dan tinggi. Sangat baik kepada badan dan kesihatan umum. Hal ini kerana ia boleh menghalang pembentukan radikal bebas dalam badan, iaitu salah satu penyebab kanser.

ii. Kelebihan Green Coffee Bean (pros)

  • Mendapat bukti statistik yang kuat daripada pelanggan yang lalu akan kebolehannya menurunkan berat badan.
  • Mencepatkan proses penurunan berat badan, sehingga kadar purata penurunan berat badan sebanyak 5.7% daripada jumlah berat badan total dalam masa 60 hari.
  • Tiada kesan sampingan, kerana 100% daripada bahan semula jadi.
  • Selain membantu menguruskan badan, ia juga boleh mengurangkan kadar cellulite
  • Green coffee boleh mencuci badan dan memberikan kesihatan yang lebih baik (secara umum) kerana mengandungi anti-oksida yang banyak.

iii. Kelemahan Green Coffee Bean (cons)

  • Tidak boleh diambil oleh ibu yang sedang mengandung dan ibu yang sedang menyusukan anak
  • Tidak boleh mengambil ubat yang lain bersamanya.

iv. Kesan Sampingan Green Coffee Bean

Dengan mengambil kira produk ini dibuat daripada 100% bahan semula jadi, iaitu biji kopi hijau, tiada kesan sampingan yang dilaporkan.

v. Dimana Boleh Dapatkan?

Memandangkan green coffee bean agak popular, anda boleh dapatkannya dari kedai kesihatan yang berhampiran. Namun, kami di PanduanSaya mencadangkan anda mendapatkannya dari Evolution Slimming (anda dapat potongan harga).

buy green coffee bean

 

Produk Fat Burner #5: CitriTherm dengan Sinetrol

CitriTherm-with-Sinetrol-Evolution-Slimming-60-Capsules

CitriTherm merupakan produk terbaru dari Evolution Slimming. Seperti yang anda sudah baca di atas, syarikat ini banyak mengeluarkan produk-produk yang berkualiti, termasuklah CitriTherm ini.

CitriTherm merupakan supplement yang fokus kepada formula Sinetrol. Evolution Slimming bekerja keras untuk menghasilkan satu produk yang unik dan berkesan seperti CitriTherm ini.

i. Bagaimana CitriTherm Berhasil?

CitriTherm dihasilkan dengan formula Sinetrol untuk menghasilkan tenaga bioactive polyphenols, yang mana boleh memberikan menurunkan berat badan dengan lebih cepat dan berkesan.

Tapi, bagaimana? Dengan mengaplikasikan buah-buah sitrus seperti anggur dan oren. Buahan sitrus dikenali dan terbukti secara klinikal untuk mengurangkan berat badan, terutama dalam mengurangkan lemak di dalam badan.

Sinetrol berkesan dengan menghalang enzim yang berperanan dalam perbentukan trigliserida atau lemak. Apabila lemak dihalang daripada terbentuk atau disimpan, anda boleh mengurangkan kadar lemak di dalam badan.

Evolution Slimming menyatakan bahawa anda boleh mengurangkan lemak dalam badan sebanyak 4.5% selama sebulan pengamalan.

Tambahan lagi, Sinetrol ini disokong oleh ejen stimulant, seperti kafein, teh hijau dan ekstrak guarana – untuk meningkatkan kadar keberkesanannya.

ii. Kelebihan CitriTherm (pros)

  • Terbukti secara klinikal, untuk mengurangkan berat badan.
  • Mengandungi Sinetrol.
  • Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi.
  • Meningkatkan tenaga, fokus dan mental.
  • Mengurangkan rasa lapar.
  • Sesuai kepada semua vegetarian dan vegan.
  • Membantu mengurangkan lemak pada abdoman.
  • Money back guarantee.

iii. Kelemahan CitriTherm (cons)

  • Harganya agak mahal.
  • Tidak dijual dimana-mana kedai selain laman web rasmi Evolution Slimming.

iv. Kesan Sampingan CitriTherm

Walaupun pihak Evolution Slimming mengatakan bahawa produk ini tidak mendatangkan kesan sampingan (kerana 100% bahan semula jadi), tetapi ada sedikit peratusan ianya akan berlaku kerana mengandungi bahan stimulant (peransang).

Kuantitinya sangat sedikit, tetapi adalah terbaik jika anda patuh kepada kadar dosnya. Setakat artikel ini ditulis, tiada kesan sampingan yang dilaporkan.

Untuk lebih yakin, minta tolong doktor.

v. Testimoni Pengguna

Memandangkan produk ini masih baru, pihak kami tidak boleh memberikan testimoni pengguna buat masa ini. Untuk mengetahui bagaimana produk ini boleh menjamin pengurangan berat badan, anda boleh lihat pada video ini:

 

vi. Adakah CitriTherm Halal?

Berdasarkan kandungan yang digunakan, mereka mengesahkan tidak menggunakan sebarang sumber haiwan. 100% dari sumber tumbuhan. Saya beranggapan ianya tiada masalah untuk diambil oleh orang Islam.

Selain itu, produk ini juga sesuatu kepada vegetarian dan vegan. Berikut adalah senarai bahan-bahan yang terdapat di dalam produk ini:

  • Ekstrak teh hijau
  • Ekstrak guarana
  • Kafein
  • Chromium

Untuk melihat label pada botol produk ini, sila klik pada link ini (gambar)

vii. Kadar Pengambilan

Pengeluar produk menyarankan pengguna mengambil 1 kapsul, dua kali sehari, sebaiknya selepas sarapan dan makan tengah hari.

Jangan melebihi dos ini.

vi. Dimana Boleh Dapatkan CitriTherm?

Anda boleh dapatkan CitriTherm ini di laman web pengeluar rasmi mereka iaitu Evolution Slimming, secara pesanan online. Pada masa artikel ini ditulis harga CitriTherm dalam lingkungan RM236-RM472, anda mempunyai pilihan 60-180 kapsul.

Anda boleh membuat pesanan dengan klik pada link ini.

 

Produk Fat Burner #6: Zotrim

zotrim box Zotrim boleh membuatkan anda merasakan bahawa menurunkan berat badan adalah sesuatu yang senang. Hal ini kerana zotrim boleh mengurangkan selera makan anda dan pada masa yang sama mengurangkan kadar pengambilan kalori anda.

Selain mempunyai banyak testimonial dan review yang baik daripada penggunanya, kita juga perlu tahu bahaya pengeluar mengeluarkan sejumlah wang besar dalam menghasilkan produk ini.

i. Bagaimana Zotrim Berhasil?

Zotrim merupakan salah satu produk ubat kurus yang sudah lama beroperasi, dan tidak hairanlah produk ini menggunakan bahan-bahan yang sangat efektif dalam menguruskan badan.

Antaranya adalah:

Yerba Maté: Bahan ini digunakan secara meluas di Amerika Selatan, dimana ia mendapat nama dalam membantu anda mengurangkan selera makan dan mengurangkan keletihan badan.

Kafein: Selain membantu menurunkan berat badan, Zotrim juga akan meningkatkan tenaga badan anda. Kafein telah terbukti boleh meningkatkan tenaga anda sebanyak 12%, menyumbang sejumlah yang besar dalam kandungan keseluruhan produk ini.

Vitamin B: Zotrim mengandungi kadar vitamin B3 dan B6 yang tinggi. Komponen ini meningkatkan kadar metabolisma badan dan membantu penukaran makanan kepada tenaga.

ii. Kelebihan Zotrim

  • Sangat berkesan untuk menurunkan berat badan
  • Dikeluarkan oleh syarikat yang sudah lama beroperasi dan sudah terjual jutaan unit
  • Mengawal selera makan anda
  • Rasa cepat kenyang
  • Boleh digunakan tanpa bersenam ataupun diet tambahan
  • Bantu anda menjadi lebih aktif

iii. Kelemahan Zotrim

  • Produk ini hanya sesuai kepada orang dewasa (18 dan keatas)
  • Zotrim tidak sesuai diambil oleh orang mengandung ataupun sedang menyusukan anak
  • Zotrim mengandungi kafein. Kepada pengguna yang ada alahan kepada kafein tidak digalakkan untuk mengambil produk ini

iv. Kesan Sampingan Zotrim

Zotrim dibuat dengan bahan-bahan yang semulajadi untuk mengurangkan kesan sampingan. Namun, terdapat beberapa laporan yang lepas menyatakan bahawa mereka mengalami masalah mual selepas pengambilannya.

Selain itu, produk ini sesuai dengan semua orang.

v. Testimoni Zotrim

Berikut adalah salah satu testimoni oleh pengguna Zotrim, adakah anda akan menjadi salah seorang daripada mereka?

zotrim testimoni

vi. Dimana Boleh Dapatkan Zotrim

Anda boleh dapatkan Zotrim dari laman web rasmi Zotrim disini (anda boleh mendapatkan potongan sekiranya klik).

Loading...

115 Semua Maklum Balas

  1. Hi there, i nak tanya sikit pasal Garcinia Cambogia tu, ada web online utuk membeli kan so i wonder kalau website tu memang betul dia boleh order and shipping? I just afraid that ada sebarang penipuan, i just nak kepastian je sebab banyak jugak orang jual GC ni yg salah satunya https://thepurecambogiaultra.com/#/organic/ ada banyak orang kena tipu kat website ni. So hope you can reply this.. TQ Have a nice day! 🙂

    • Terima kasih Nurul di atas persoalan.

      Baik, untuk makluman, semua laman web yang saya cadangkan di atas merupakan laman web dari syarikat-syarikat besar yang beroperasi di UK. E-commerce seperti Evolution Slimming tersebut memang diiktiraf dan mendapat review yang sangat tinggi. Anda boleh rujuk di sini:
      https://www.trustedshops.co.uk/shop/certificate.php?shop_id=X8C0D7582BA427C5A28D37674FE7C65BB

      Evolution Slimming boleh menerima order dari Malaysia, dan shipping juga akan dibuat oleh laman web itu juga. Anda boleh track shipping tu dari laman web dengan sign up. Oleh itu jangan risau.

      Berkaitan dengan laman web yang Nurul nyatakan itu, beginilah pandangan saya. Elakkan daripada order barang dari “one page website” ataupun “thin website“, iaitu laman web yang sedikit kandungannya, seperti laman web yang Nurul bagi itu. Sebaliknya, orderlah dari laman web yang mendapat reputasi yang tinggi dan banyak content/product seperti laman web e-commerce (Lazada, Amazon, etc).

      Harap komen ini boleh membantu. Have a nice day!

    • Saya sudah contact pengeluar produk tersebut dan mereka sahkan bahawa tiada bahan yang melibatkan penggunaan babi. Gelatin ubat yang digunakan adalah dari lembu. Saya sudah update post ini, sila rujuk balik pada bahagian Capsiplex untuk keterangan lanjut.

  2. Hai admin,admin tahu tak pasal hidrolean x-5 tu?tgk review bagus utk tingkatkan metabolisme dan kurangkan selera makan..halal tak?& boleh taknkalau kita combine ambil garcinia dgn rasberry tu?tq admin

    • Hai Nurul, ya saya tahu serba sedikit tentang Hirpolean X-S tu. Produk itu merupakan salah satu best seller weight loss pill di Evolution Slimming. Kalau berdasarkan reviews yang produk itu terima di laman web official pun memberangsangkan.

      Secara ringkasnya, ia halal sebab tidak mengandungi bahan yang meragukan. Produk itu di hasilkan oleh syarikat yang sama mengeluarkan garcania cambogia dan raspberry ketone di atas. Keterangan yang lanjut sila rujuk di atas.

      Saya rasa boleh sahaja kalau nak ambil sekali, memandangkan ia dibuat daripada bahan yang natural. Namun jika Nurul mengalami kesan sampingan mengambilnya, sila berhenti mengambil secara serentak, ambillah secara selang seli ke, atau habiskan Hiprolean dulu kemudian barulah mulakan dengan produk yang lain. Harap membantu.

  3. Hi admin. Time kasih bnyk2 ats info yg admin bagi. Boleh saya minta izin nak share maklumat yg admin bagu ke page fb saye?? Juz untuk share shj. ?

  4. hi.. saya ada masalah perut buncit yg sgt serius setiap kali makan.. badan saya kecil.. tp perut naek mendadak..n saya juga xdpt kawal selera makan..so.. sy nak tau mana yg lebih berkesan.. trima kasih

    • Hi. Saya biasanya akan mencadangkan top 3 produk di atas. Sebelum membuat keputusan, saya cadangkan anda chat dengan customer support mereka terlebih dahulu. Evolution Slimming ada menyediakan perkhidmatan online chat untuk memudahkan anda dapatkan maklumat lanjut tentang produk tersebut. Untuk appetite suppression Phen375 lebih berkesan. Selain itu, kalau anda ingin alternatif, apa kata kalau anda mencuba teh detox Evo Tea Teatox.

    • Hi, anda kena bayar mengikut kuantiti yang anda mahu beli, dan mengikut produk sebab harganya berbeza-beza. Anda boleh pilih mana-mana fat burner yang anda rasa tertarik untuk cuba, bukanlah bermakna anda perlu membeli semua yang dinyatakan di atas. Buat masa ini, bayaran penghantaran perlu dibayar, tapi tidaklah terlalu banyak.

  5. salam.nak tanye ttg produk dtrim? selamat tak ? rapid heartbeat spnjang consume fat burner elok ke..x bahaye ke n x memudaratkan tubuh badan ke bila dnyutan jantung 2x laju dr normal..n fungsi heartbeat makin laju utk ape ye..sbhg dr proses metabolisma ke ?

    • Wsalam, secara jujur saya tidak tahu banyak tentang produk dtrim, oleh itu saya tidak dapat menjamin apa-apa. Tetapi tidak salah jika anda ingin mencuba. Cuma jadilah pengguna yang bijak, nilai dahulu produk tersebut sebelum membeli – tengok dahulu customer support diorang macam mana, testimoni pelanggan macam mana, kesan sampingan ada ke tak, dan lain-lain.

      Untuk pengetahuan Nana, fat burner ini adalah untuk mencepatkan proses metabolisma dan pada masa yang sama membekalkan tenaga yang lebih (terutama kepada orang yang bersenam/gym). Dan kesan proses metabolisma badan lebih cepat itu boleh dicapai dengan meningkatkan kadar degupan jantung, dan ada sesetengah juga boleh menyebabkan insomnia ataupun dehydration. Dan satu lagi jenis seperti Phen375 boleh mengurangkan selera/melambatkan anda rasa lapar.

      Kesan sampingan tersebut boleh dikatakan biasa, bahan yang bertanggungjawab ke atas degupan jantung adalah kafein ataupun ephidrine. Asalkan jangan melebihi dos fat burner yang ditetapkan, saya rasa okay je. Namun, langkah terbaik lagi, dapatkan nasihat doktor – beriatahu tentang keputusan anda untuk mengambil ubat kurus, dapatkan pandangan mereka.

      Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut dengan bertanya kepada customer support/online chat dari mana-mana laman web yang saya tuju setiap produk yang saya cadang di atas. Mereka boleh membantu anda memilih produk yang sesuai dengan anda. Harap komen ini membantu.

  6. hi , saya mempunyai perut buncit . saya malu sangat nak pilih pakaian.. dari dulu saya hanya berpakaian warna hitam sebab nak tutup lemak dan bagi nampak kurus. saya sedih sangat, saya dah cuba dtrim tapi semenjak menggunakannya saya kerap sakit kepala, jantung berdegup laju dan susah tidur malam. tak sampai sebotol saya dah berhenti. memang kurus dan tiada selera makan hingga 3, 4 hari. tapi perut masih buncit. saya juga telah cuba detoxlim. tetap perut buncit. umur baru 18 tapi badan saya dah macam perempuan pregnant ? tolong bantu saya.

    • Hai. Secara jujur, saya tidak boleh menjaminkan apa-apa sekiranya anda menggunakan produk yang dinyatakan. Cuma secara umum, fat burner ini MEMBANTU anda menguruskan badan, tidak bermakna sekadar makan sahaja confirm kurus. Anda juga perlu maintain diet seimbang dan bersenam.

      Untuk produk yang dinyatakan pula, saya tidak mempunyai banyak maklumat tentangnya, produk itu tidak disenaraikan dalam post ini, saya tidak berani cakap. Sebagai pengguna yang berhemah, anda boleh cuba mencari reviu dan testimoni produk ini di internet.

      Saya lebih suka menyarankan pembaca agar memilihlah produk yang dihasilkan oleh syarikat yang bertauliah dan mempunyai pendirian yang kuat. Semua produk yang saya sarankan mempunyai sokongan saintifik dan klikinal ke atas produk-produk mereka, bahkan mereka memberikan after support sekiranya pengguna mempunyai masalah.

      Apa-apa pun, terserahlah kepada anda untuk membuat keputusan. Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda.

      Harap membantu, sekian.

    • Secara jujur, saya tidak tahu – saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dengan produk-produk tersebut, semuanya tidak disenaraikan di dalam list saya ini. Cuma saya nak pesan, jadilah pengguna yang bijak, cuba dapatkan keterangan lanjut dari pengedar/pengeluar produk tersebut – tanya adakah produk mereka sesuai dengan anda – paksa mereka supaya jujur! Tidak pun, dapatkan reviu dan testimoni dari pengguna yang lain, lakukan sedikit kajian ke atas bahan-bahan yang terdapat di dalam produk-produk itu.

      Hal ini kerana, setiap fat burner tu bukanlah untuk semua orang, mungkin ada yang berkesan, dan ada pula tidak, ia banyak faktor. Saya tidak dapat menjawab soalan, adalah terbaik anda sendiri yang membuat keputusan.

      Kalau ayat promosi : Yang mana lebih berkesan? Semestinya Top 3 dalam senarai di atas!

  7. Sekarang di malaysia popular dengan jenama s7 elite dan saya lihat kandungannya antaranya adalah g. Cambagia, green tea, acai berry seperti yg terdapat dalam reviem top 10.. jadi adakah sesuai dan berkesan tuan??

    • Saya tak boleh menjaminkan apa-apa. Sekiranya anda berminat untuk mencuba, silakan. Pastikan anda mendapatkan maklumat yang terperinci, testimoni pengguna sebelum membuat keputusan. Kalau melihat pada kandungan, sangat baik – jadi persoalan adalah berapa kandungan (mg) yang pengeluar letak dalam satu-satu pil/produk mereka.. adakah mereka lakukan kajian saintifik, sekiranya bahan A digunakan dengan bahan B boleh mencepatkan proses pembakaran lemak, etc.

      Ataupun mereka sekadar meletakkan bahan kandungan tersebut sedikit setiap satu – bahan A sedikit, bahan B sedikit – untuk nampak bahan kandungan ini banyak, mengambil kesempatan atas produk-produk yang lain. Sesetengah bahan perlukan jumlah (mg) yang tertentu untuk memberikan kesan yang optimum.

      Sebelum anda membeli, pastikan menjadi pengguna yang bijak, lakukan kajian terlebih dahulu. Menjawab soalan, saya rasa sesuai, tetapi berkesan atau tidak, saya tidak boleh menjamin apa-apa. Sekian.

  8. Saya nak try untuk buang lemak tapi saya tak tahu nak pilih yang mana..takut tak berkesan.tambahan pula saya tak tahu harga produk dlm RM. Bagaimana nak order

    • Saya boleh cadangkan anda untuk mencuba Phen375, sebab ramai yang mendapat hasil (dengan syarat perlu jaga pemakanan, dan sedikit senaman). Untuk produk dari Evolution Slimming pula, mereka ada setting harga dalam RM, sebelah atas kanan. Untuk Phen375 pula, harganya bermula dari RM300. Anda juga boleh mendapatkan produk fat burner keluaran Malaysia, namun saya tidak cover dalam artikel ini.

  9. Hi admin, terima kasih di atas info yg diberi. Soalan sy, adakah produk produk fat burner ni boleh digunakan oleh breastfeeding mother? Tqvm.

    • Tidak. Adalah lebih baik kalau para ibu utamakan keperluan bayi mereka terlebih dahulu. Mungkin terdapat beberapa bahan di dalam fat burner yang boleh menjejaskan sistem badan para ibu semasa mengandung dan menyusu – oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, saya sarankan anda tidak mengambil fat burner buat masa tersebut. Sekian.

  10. Pihak admin telah mengesahkan produk capsiplex adalah halal kerana sumber geletin adalah dari lembu dan bukan babi. Geletin kalau bukan dari sumber babi, tetapi dari lembu adakah ianya halal. Adakah sumber dari lembu yg digunakan adalah dari lembu yg disembelih secara islam?

    • Terima kasih diatas persoalan itu. Pihak kami meminta maaf kerana terlepas pandang. Kami sudah menghantar email kepada pengeluar untuk mendapatkan pengesahan. Jika kami tidak mendapat maklum balas dalam masa 3 hari, kami akan menarik balik produk tersebut dari entri ini. Sekian.

      [UPDATE 4/2/16] Pihak kami sudah mendapat pengesahan dari Capsiplex bahawa mereka sudah tidak menggunakan bovine. Sebaliknya menggantikannya kepada veg caps. Produk capsiplex sudah diturunkan dari blog post, sekiranya anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang produk ini, sila klik di sini.

  11. salam admin.

    kalau saya makan 2 produk sekali gus, sesuai x?

    1. Garcinia Cambogia – mengurangkan selera makan.
    2. raspberry – membakar lemak.

    • Saya sarankan mana-mana top 3 di atas. Phen375 menyediakan 3 pilihan, 1 botol (30 tab) – RM306, 2 botol (60 tab) – RM607 dan 3+1 botol (240 tab) – RM997. Harga yang dinyatakan boleh berubah, dan tidak termasuk shipping.

  12. as salam encik khalid 🙂
    terima kasih kerana berkongsi pelbagai info dan menghubungi syrikat berkenaan mengenai status hala produk mereka. kagum saya kerana saudara berpengetahuan dan berkongsi ilmu dengan kami walaupun saudara bukan mempunyai kepentingan perniagaan di sini. saya ingin bertanya, mengapa syarikat ini dipilih? kebanyakan produk tersebut banyak dipasarkan tempatan mungkin sebagai repackaging atau tiruan. bolehkah saudara mengesyorkan produk yang dipasarkan di malaysia. atau mungkin sebab ini adalah memang top 10 produk yang sememangnya berkesan 🙂 saya telah pun melayari kedua2 website syarikat berkenaan. memang seperti yang saudara komen. Cuma berasa sangsi sebab kali pertama berurusan dengan syarikat dari luar negara. terima kasih.

  13. Hi admin,nak tanya psl produk ‘juicy raspberry’..lepas minum utk 6 hari jantung sya laju sgt sehingga tidak dpt tidur malam,adakah itu normal?..atau itu menandakan produk tersebut tidak sesuai utk saya?..

    • Pada pandangan saya, itu adalah perkara biasa. Memang produk fat burner ini mengandungi bahan yang boleh meningkatkan degupan jantung, hal ini untuk membakar lebih banyak kalori dan lemak semasa bersenam. Biasanya orang makan fat burner ini sebelum melakukan senaman atau workout. Sekiranya perkara itu menyebabkan anda rasa tidak selesa dan rimas, anda boleh bertukar kepada produk yang lain. Apa-apa pun, silalah rujuk dengan doktor pakar. Sekian.

    • Dalam jangka masa 1 – 3 bulan, dengan penggunaan yang kerap. Namun ia bergantung kepada individu itu sendiri. Untuk maklumat yang lebih terperinci dan tepat, saya sarankan anda agar menghubungi pihak Phen375 sendiri di laman sesawang mereka. Klik di sini.

  14. admin saya telah mencuba tko fat burner dlm 3bulan tapi x mendapat hasil saya jenis bdn tinggi dan besar ada apa ii product yg paling berkesan boleh tolong saya kuruskan bdn?

  15. Assalamualaikum Tumpang Tanya Admin, Admin Tlg Syorkan Pada Sy Produk Mana Yg Sy Boleh Ambil Dan Dapat Kesan Dengan Cepat Boleh Kuskan Badan Betoi2 Berkesan, Sebab Berat Badan Saya Dan Naik Sampai 110kg Sy Xpernah Cuba Mana2 Produk Untuk Kuruskan? Ni Bru Nak Cuba Da Terlalu Gemok Sya Nie Dlu Sy Kurus Aja Selepas Kahwin Aja Berat Badan Sy Naik Sampai 110kg, Sy Nie Memang Sy Suka Makan Nasi setiap Malam Kuat Makan Sy Suka Minum Minuman manis2 Dn Sebab Tu Berat Badan Sy Trus naik Ajaa Sampai 110kg, Hrp Admin Bleh Bantu Sy Produk Mana Yg Sy Bleh Ambik Yg Bleh Kurus Betoi2 Kesan Dgn Cepat, Sy Tak Berapa Pandai Pasai Produk2 Kuruskan Nie Harap Bantu Sy, Terima Kasih Syukran Sy Dri GEORGETOWN PENANG 🙂

    • Saya tidak pasti, anda boleh merujuk kepada doktor, sebab bahan kandungan dalam pill itu yang boleh membezakan sama ada ubat itu boleh atau tidak. Ataupun, anda boleh mencuba dengan kadar yang sedikit, sekiranya ia memberikan kesan sampingan, berhentikan pengambilan.

  16. salam admin

    saya lelaki & boroi. Di pasaran sekarang banyak jual singlet yang boleh buang lemak kat perut. Adakah ianya berkesan ? saya nak cuba tapi macam was-was jer ( x confident pakai singlet boleh buang lemak)

    • Wsalam tuan, secara jujur, saya tidak tahu akan keberkesanannya. Bagi saya pun, agar sukar untuk mempercayai bahawa dengan singlet pun anda boleh kurus. Cadangan saya, tuan hubungi syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan dan tanya apa sokongan sains mahupun testimoni pengguna “sebenar” produk mereka. Selebihnya, adalah penilaian tuan sendiri.

      Cuma fakta yang perlu kita tahu: untuk kuruskan badan, kita perlu jaga makan dan kerapkan bersenam.

  17. Banyak produk menguruskan badan diluar sana. Cuma berhati-hati dalam memilih.Pastikan ada logo halal dan diluluskan KKM. Yang penting diri kita perly berdisiplin makan secara berjadual dan bersenam. InshaAllah, dengan bantuan ubat kurus yang diamalkan secara konsisten dapat membantu mengurangkan berat badan. Jangan lupa , banyakkan minum air kosong dan kurangkan minuman bergula

  18. admin, masalah saya adalah perut dan peha. peha sgt susah nak turun walau mcm mcm dah cuba. boleh recommend produk mana yang berkesan?

  19. SALAM ADMIN

    adakah boleh saya consume RASPBERRY KETONE PLUS + GARCINIA CAMBOGIA sekali gus ? mohon pencerahan admin terima kasih atas info

  20. Salam…nak tanya…sy dah cuba buat pembayaran kt web slimming evolution utk produk raspberry ketone tu…tapi xboleh..option kt situ cuma utk credit card saja..sy xde credit card..caner eh? Mcm mana cara sy nk beli benda nih..selain dari credit card ade option lain x utk beli?

    • Anda boleh menggunakan Debit Card untuk tujuan tersebut (ia boleh berfungsi sebagai credit card). Anda hanya perlu pilih credit card sebagai payment, option, kemudian masukkan details debit card anda. Jika kad bank anda mempunyai logo Visa/Mastercard, maka ia adalah debit card dan boleh digunakan untuk membuat pembayaran online.

      Cuma sebelum membuat pembayaran, pastikan anda aktifkan kad anda dengan membuat panggilan kepada pihak bank.

      Harap dapat membantu, namun sekiranya anda masih mengalami masalah sila komen di bawah.

      Sekian.

  21. hi, do you familiar with product name Garcinia Cambogia 1300 Slimming Weight Loss (Enhanced Version) (Made in USA) – 60 Capsules. been trying for 1 month and it surely help me to reduce my weight

  22. salam Admin. Saya ada dua soalan. Adakah produk Slimfy dari USA halal? Boleh tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut? terima kasih…

  23. Hi admin, saya ingin membuang lemak berlebihan yang ada sedikit d bahagian badan then banyak pada area pinggang, soalannya di sini, produk yang mana paling sesuai or betul2 bagi effect pengurusan dan pembakaran yang paling berkesan dalam list2 produk di atas?

  24. Hi Admin, ada jual produk FruThin ka..?? sekiranya admin ada tau kat mana..?? boleh helo2 sya..0105816398?? coz da round smua website area malaysia, mcm ada dealer jual ni produk… FruThin…

  25. Bagaiman mahu membeli Phen375 kerana tiada tukaran harga dalam ringgit malaysia seperti produk-produk Evolution Slimming yang sudah ada tukaran dalam harga ringgit malaysia? terima kasih.

  26. Saya ada masalah darah tinggi dan berumur 48 tahun. Saya sentiasa terlalu letih utk bersenam. Antara ke tiga2 produk fat burner mana yang paling sesuai? Terimakasih

  27. Hi.. saya pun berminat nak dapatkan Phen375. awak dah berjaya dapatkan ke? share info please. tq.

    kalau ada seller dari Malaysia pun bagus jugak.

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here