10 Ubat Kuruskan Badan (Fat Burner) Yang Paling Berkesan Malaysia 2018

Produk Fat Burner #7: UniqueHoodia

UniqueHoodia

UniqueHoodia merupakan satu produk yang direka khas untuk mengurangkan rasa ingin makan anda. Produk ini mengandungi Hoodia Gordonii, satu bahan yang boleh mengurangkan selera makan anda dalam masa yang tertentu.

i. Bagaimana UniqueHoodia Berhasil?

UniqueHoodia berasaskan satu kandungan dan bahan yang dipanggil Hoodia Gordonii, sejenis kaktus yang boleh dijumpai di Afrika Selatan. Ia digunakan semenjak dahulu lagi untuk mengatasi masalah kelaparan orang Afrika Selatan.

Dengan perkembangan dunia sains, orang yang inginkan mengurangkan berat badan boleh membeli pokok kaktus tersebut. Namun, penjagaan dan cara memakannya adalah agak leceh dan sukar. Oleh itu, pada zaman sekarang, orang yang mengambil bahan ini dalam bentuk kapsul dan supplement, seperti UniqueHoodia.

Selain itu, UniqueHoodia memasukkan Bioperine kedalam produk mereka. Bahan tersebut boleh meningkat tahap keberkesanannya sebanyak 30%. Hal ini kerana ia boleh mempercepatkan proses penyerapan bahan tersebut kedalam badan.

ii. Kelebihan UniqueHoodia (pros)

  • Dibuat oleh Advanced Health, satu syarikat UK yang mempunyai prestasi yang baik
  • Mengandungi 1485g Hoodia Gordonii setiap sajian, paling banyak jika dibandingkan dengan pesaingnya.
  • Anda mendapat 180 days money back guarantee
  • Pengeluar juga memasukkan Bioperine, satu kandungan yang boleh mencepatkan proses penyerapan
  • Semua kandungan adalah daripada bahan semula jadi, anda tidak perlu risaukan masalah kesan sampingan
  • ia boleh mengurangkan selera anda, mengurangkan kadar pengambilan kalori harian anda

iii. Kelemahan UniqueHoodia (cons)

  • Masalah penghadaman
  • Sukar untuk dapatkan produk ini, anda perlu dapatkan dari laman web mereka
  • Tidak boleh memberikan kesan yang sama kepada semua orang

iv. Kesan Sampingan

UniqueHoodia diperbuat daripada 100% bahan semula jadi, oleh itu anda tidak perlu risaukan akan masalah kesan sampingan.

v. Dimana Boleh Dapatkan UniqueHoodia?

Anda boleh dapatkan UniqueHoodia dengan memesan secara online dari laman web rasmi Bauer Nutrition.

 

Produk Fat Burner #8: Hiprolean X-S High Strength

Hiprolean X-S High Strength

Hiprolean X-S merupakan salah satu ubat kurus (fat burner) yang mengandungi gabungan bahan-bahan semula jadi untuk membekalkan tenaga yang lebih kepada pengambilnya – padanlah dengan namanya “extra strength“.

Hirpolean X-S ini merupakan ubat untuk mengurangkan selera dan membekalkan tenaga kepada anda. Jika anda mahukan sesuatu yang boleh memberikan anda tenaga yang banyak, maka ini adalah jawapannya.

Produk ini dirumus khas untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dengan mengekalkan penggunaan bahan natural dan selamat untuk digunakan. Produk ini sesuai untuk kegunaan lelaki mahupun perempuan.

i. Bagaimana Hiprolean X-S Berhasil?

  • Membekalkan tenaga – sesuai kepada orang yang membina badan mahupun sedang workout untuk mengurangkan berat badan. Ia memberikan anda tenaga yang mencukupi untuk meneruskan workout anda.
  • Mengurangkan rasa lapar – masalah berat badan berpunca dengan makan yang berlebihan dan selera yang banyak. Hiprolean boleh mengurangkan selera dan kekalkan anda dalam keadaan kenyang. Lantas anda akan kurang makan.
  • Tingkatkan oksidasi lemak – produk ini mengandungi kafein yang boleh meningkatkan tahap oksidasi lemak di dalam badan. Oleh itu, pembakaran lemak akan berlaku dengan lebih cepat. Kafein sudah lama di amalkan oleh orang bina badan dan atlet untuk meningkatkan metabolisma badan.

ii. Kelebihan Hiprolean X-S (pros)

  • Hiprolean X-S berasaskan 100% composisi semula jadi, membawa maksud tiada masalah kesihatan ataupun kesan sampingan.
  • Datang dalam bentuk kapsul, 60 kapsul satu botol (pengambilan 2 kali sehari).
  • Mempunyai banyak bahan yang boleh membantu anda membakar lemak; seperti raspberry ketone, kafein, teh hijau, Siberian Ginseng, Vitamin B6 dan B12.
  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan.

iii. Kelemahan Hiprolean X-S (cons)

  • Ramai orang tidak setuju dengan harga yang agak mahal.
  • Hanya boleh didaptkan dari laman web rasmi sahaja (worldwide shipping).
  • Mungkin memberikan sedikit kesan sampingan – untuk membiasakan badan dengan kandungan bahan yang digunakan dalam produk ini.

iv. Kesan Sampingan Hiprolean X-S

Hiprolean X-S dibuat daripada bahan-bahan semula jadi, masalah kesan sampingan mungkin tidaklah terlalu serius ataupun memudaratkan. Sesetengah pelanggan melaporkan mereka mendapat masalah sakit perut, namun hanya untuk sementara sahaja. Kesan hilang dalam masa 2-3 hari selepas penggunaan.

v. Adakah Hiprolean X-S Halal?

Hiprolean X-S tidak sesuai kepada vegetarian dan vegan, kerana ia mengandungi kandungan gelatin di dalam kapsulnya. Gelatinnya dibuat oleh produk lembut, bukannya oleh haiwan yang haram di sisi agama Islam. Oleh itu, pengguna Muslim boleh mempercayai produk ini.

vi. Dimana Boleh Saya Dapatkan Hirpolean X-S High Strength?

Hiprolean X-S adalah salah satu produk yang paling laris dari Evolution Slimming. Iaitu syarikat yang sama mengeluarkan Garcania Cambogia dan Raspberry Ketone Plus yang disenaraikan di atas.

Oleh itu, anda boleh dapatkan Hiprolean X-S High Strength ini dari laman web rasmi Evolution Slimming dengan harga yang berpatutan.

 

Produk Fat Burner #9: 100% Pure Acai Berry

pure acai berry

Kami rasa anda semua pernah mendengar nama acai berry dalam mengatasi masalah berat badan. Acai berry sangat popular di Malaysia kerana terdapat banyak syarikat kesihatan yang mengeluarkan ubat menguruskan badan berasaskan acai berry.

Kali ini, kami ingin memperkenalkan 100% Acai Berry, satu produk yang laris diperingkat dunia.

i. Bagaimana Pure Acai Berry Berhasil?

Produk ini boleh mengurangkan berat badan dengan bantuan bahan dari acai berry itu sendiri. Kajian membuktikan bahawa acai berry boleh meningkatkan tenaga, meningkatkan sistem imun badan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Oleh itu, produk ini sangat baik untuk menurunkan berat badan.

Pada masa yang sama, produk ini juga memasukkan Green Tea Extract (ekstrak teh hijau). Ekstrak tersebut boleh meningkatkan metabolisma anda dan membekalkan tenaga yang lebih.

Dengan menggabungkan kedua-dua bahan ini, anda akan mendapatkan manfaat yang sangat baik.

ii. Kelebihan Pure Acai Berry (pros)

  • Acai berry mempunyai khasiat yang baik kepada kesihatan badan dan memperbaiki sistem imun badan.
  • Meningkatkan metabolisma badan
  • Membekalkan tenaga yang banyak. Sesuai untuk orang yang kerap bersukan dan bersenam untuk menguruskan badan.
  • Produk ini direka dan dibuat dengan kerjasama doktor pakar, oleh itu produk ini berkesan!
  • Mempunyai banyak review yang positif daripada pengguna-penggunanya

iii. Kelemahan Pure Acai Berry (cons)

  • Terbaik dapatkan produk ini melalui tempahan online
  • Tidak sesuai untuk diambil oleh ibu yang mengandung

iv. Kesan Sampingan

Pure Acai Berry diperbuat daripada 100% bahan semula jadi. Oleh itu, anda tidak akan mengalami sebarang masalah, mahupun sebarang kesan sampingan sekira anda mengambilnya.

v. Dimana Boleh Dapatkan Pure Acai Berry?

Anda boleh mendapatkannya dari laman web rasmi Evolution Slimming. Mereka kerap mengadakan promosi durian runtuh atas produk ini. Anda bolehlah ke laman web tersebut untuk mencuba nasib.

 

10. D-Bal (Dianabol Oleh CrazyBulk)d-bal

D-Bal ataupun Dianabol merupakan produk yang dirumuskan khas sebagai satu ubat kurus untuk lelaki. Produk ini  sering dikaitkan dengan produk membina badan (body building), namun ia juga boleh digunakan sebagai satu produk yang boleh mengurangkan berat badan.

Kebiasaannya, produk seperti ini menggunakan bahan kimia yang merbahaya dan boleh memberikan kesan sampingan.

Namun, dalam produk ini, pengeluar (CrazyBulk) menggunakan bahan alternatif yang mana daripada bahan semula jadi.

i. Bagaimana D-Bal berhasil?

Anda perlu tahu bahawa terdapat versi D-bal Dianabol yang tidak diiktiraf dipasaran (bukan produk ini, jangan risau). Pengharaman ini kerana produk tersebut mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai Methandrostenolon. Bahan tersebut boleh meningkatkan kadar anabolik badan.

Namun, dalam D-Bal ini, mereka boleh menghasilkan kesan yang sama dengan menggunakan bahan semula jadi.

Pengambilan kapsul ini boleh membantu badan anda menukarkan lemak yang tidak digunakan kepada tenaga, protein dan akhir sekali menjadi otot.

Oleh itu, jika anda menggunakan produk ini, anda bukan sahaja boleh mengurangkan berat badan, anda juga boleh mendapatkan bentuk badan yang teguh dan gagah.

ii. Kelebihan D-Bal (pros)

  • Dianabol menghasilkan keadaan anabolik kepada badan, meningkatkan kadar penghasilan protein – membawa kepada tenaga.
  • Pada masa yang sama dianabol juga memainkan peranan yang besar dalam mengurangkan berat badan – dengan meningkatkan jisim otot tanpa lemak. Ini membawa maksud anda menukarkan lemak kepada otot.
  • Produk ini sangat berkesan, sehinggakan ada laporan bahawa orang mengalami perubahan dalam berat badan mereka dalam masa 2 minggu penggunaan sahaja.
  • Anda hanya perlu mengambil pil/kapsul Dianabol sehari sekali sahaja.
  • Dihasilkan oleh syarikat CrazyBulk. Satu syarikat berasas di US yang sangat komited dengan mengeluarkan produk-produk membina badan dan fat burner.

iii. Kelemahan D-Bal (cons)

  • Anda akan mendapat hasil yang memuaskan dengan menggabungkan dengan produk fat burner yang lain.
  • Anda perlu melakukan senaman dan menjaga pemakanan untuk mendapatkan hasil.
  • Tidak boleh mengharapkan ubat ini semata-mata – perlukan senaman dan diet.

iv. Kesan Sampingan

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada masalah ataupun kesan sampingan yang dilaporkan ke atas produk ini. Hal ini kerana produk ini dihasilkan dengan bahan dan sumber semula jadi. Oleh itu, kesan yang biasa dialami oleh orang yang mengambil pil berasaskan bahan kimia tidak dirasai jika anda mengambil D-Bal.

v. Dimana Boleh Dapatkan D-Bal?

Anda boleh dapatkan D-Bal dari laman web rasmi CrazyBulk. Mereka sering mengadakan promosi, jadi manalah tahu anda bertuah hari ini. Jika anda beli 2, percuma 1: klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Kesimpulan

Secara ringkas, terdapat banyak ubat kurus yang berkesan, dan pada masa yang sama tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan yang merbahayakan. Cuma kita sahaja yang sukar mencarinya.

Pihak kami menyarankan anda supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan ubat pelansing dan ubat kuruskan badan yang murah.

Hal ini kerana produk-produk yang berkualiti tinggi (seperti produk di atas) ini mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi untuk dihasilkan. Oleh sebab itulah harganya agak mahal. Namun, anda dapat apa yang anda berhak dapat.

Jika anda tidak bersedia untuk menggunakan fat burner, anda boleh mengamalkan diet yang seimbang dan mulakan bersenam – untuk menguruskan badan. Namun pada hakikatnya, tiada cara kurus cepat, anda perlu berusaha kearahnya.

Harap senarai ini dapat membantu anda dalam perjalanan anda untuk menurunkan berat badan dan dapatkan susuk badan yang anda inginkan selama ini.

Artikel ini ditulis adalah untuk memberi panduan sahaja. Sekiranya anda mengalami masalah dengan produk-produk yang dinyatakan di atas, sila rujuk kepada pengeluar yang berkenaan.

Sekian~

Loading...

115 Semua Maklum Balas

  1. Hi there, i nak tanya sikit pasal Garcinia Cambogia tu, ada web online utuk membeli kan so i wonder kalau website tu memang betul dia boleh order and shipping? I just afraid that ada sebarang penipuan, i just nak kepastian je sebab banyak jugak orang jual GC ni yg salah satunya https://thepurecambogiaultra.com/#/organic/ ada banyak orang kena tipu kat website ni. So hope you can reply this.. TQ Have a nice day! 🙂

    • Terima kasih Nurul di atas persoalan.

      Baik, untuk makluman, semua laman web yang saya cadangkan di atas merupakan laman web dari syarikat-syarikat besar yang beroperasi di UK. E-commerce seperti Evolution Slimming tersebut memang diiktiraf dan mendapat review yang sangat tinggi. Anda boleh rujuk di sini:
      https://www.trustedshops.co.uk/shop/certificate.php?shop_id=X8C0D7582BA427C5A28D37674FE7C65BB

      Evolution Slimming boleh menerima order dari Malaysia, dan shipping juga akan dibuat oleh laman web itu juga. Anda boleh track shipping tu dari laman web dengan sign up. Oleh itu jangan risau.

      Berkaitan dengan laman web yang Nurul nyatakan itu, beginilah pandangan saya. Elakkan daripada order barang dari “one page website” ataupun “thin website“, iaitu laman web yang sedikit kandungannya, seperti laman web yang Nurul bagi itu. Sebaliknya, orderlah dari laman web yang mendapat reputasi yang tinggi dan banyak content/product seperti laman web e-commerce (Lazada, Amazon, etc).

      Harap komen ini boleh membantu. Have a nice day!

    • Saya sudah contact pengeluar produk tersebut dan mereka sahkan bahawa tiada bahan yang melibatkan penggunaan babi. Gelatin ubat yang digunakan adalah dari lembu. Saya sudah update post ini, sila rujuk balik pada bahagian Capsiplex untuk keterangan lanjut.

  2. Hai admin,admin tahu tak pasal hidrolean x-5 tu?tgk review bagus utk tingkatkan metabolisme dan kurangkan selera makan..halal tak?& boleh taknkalau kita combine ambil garcinia dgn rasberry tu?tq admin

    • Hai Nurul, ya saya tahu serba sedikit tentang Hirpolean X-S tu. Produk itu merupakan salah satu best seller weight loss pill di Evolution Slimming. Kalau berdasarkan reviews yang produk itu terima di laman web official pun memberangsangkan.

      Secara ringkasnya, ia halal sebab tidak mengandungi bahan yang meragukan. Produk itu di hasilkan oleh syarikat yang sama mengeluarkan garcania cambogia dan raspberry ketone di atas. Keterangan yang lanjut sila rujuk di atas.

      Saya rasa boleh sahaja kalau nak ambil sekali, memandangkan ia dibuat daripada bahan yang natural. Namun jika Nurul mengalami kesan sampingan mengambilnya, sila berhenti mengambil secara serentak, ambillah secara selang seli ke, atau habiskan Hiprolean dulu kemudian barulah mulakan dengan produk yang lain. Harap membantu.

  3. Hi admin. Time kasih bnyk2 ats info yg admin bagi. Boleh saya minta izin nak share maklumat yg admin bagu ke page fb saye?? Juz untuk share shj. ?

  4. hi.. saya ada masalah perut buncit yg sgt serius setiap kali makan.. badan saya kecil.. tp perut naek mendadak..n saya juga xdpt kawal selera makan..so.. sy nak tau mana yg lebih berkesan.. trima kasih

    • Hi. Saya biasanya akan mencadangkan top 3 produk di atas. Sebelum membuat keputusan, saya cadangkan anda chat dengan customer support mereka terlebih dahulu. Evolution Slimming ada menyediakan perkhidmatan online chat untuk memudahkan anda dapatkan maklumat lanjut tentang produk tersebut. Untuk appetite suppression Phen375 lebih berkesan. Selain itu, kalau anda ingin alternatif, apa kata kalau anda mencuba teh detox Evo Tea Teatox.

    • Hi, anda kena bayar mengikut kuantiti yang anda mahu beli, dan mengikut produk sebab harganya berbeza-beza. Anda boleh pilih mana-mana fat burner yang anda rasa tertarik untuk cuba, bukanlah bermakna anda perlu membeli semua yang dinyatakan di atas. Buat masa ini, bayaran penghantaran perlu dibayar, tapi tidaklah terlalu banyak.

  5. salam.nak tanye ttg produk dtrim? selamat tak ? rapid heartbeat spnjang consume fat burner elok ke..x bahaye ke n x memudaratkan tubuh badan ke bila dnyutan jantung 2x laju dr normal..n fungsi heartbeat makin laju utk ape ye..sbhg dr proses metabolisma ke ?

    • Wsalam, secara jujur saya tidak tahu banyak tentang produk dtrim, oleh itu saya tidak dapat menjamin apa-apa. Tetapi tidak salah jika anda ingin mencuba. Cuma jadilah pengguna yang bijak, nilai dahulu produk tersebut sebelum membeli – tengok dahulu customer support diorang macam mana, testimoni pelanggan macam mana, kesan sampingan ada ke tak, dan lain-lain.

      Untuk pengetahuan Nana, fat burner ini adalah untuk mencepatkan proses metabolisma dan pada masa yang sama membekalkan tenaga yang lebih (terutama kepada orang yang bersenam/gym). Dan kesan proses metabolisma badan lebih cepat itu boleh dicapai dengan meningkatkan kadar degupan jantung, dan ada sesetengah juga boleh menyebabkan insomnia ataupun dehydration. Dan satu lagi jenis seperti Phen375 boleh mengurangkan selera/melambatkan anda rasa lapar.

      Kesan sampingan tersebut boleh dikatakan biasa, bahan yang bertanggungjawab ke atas degupan jantung adalah kafein ataupun ephidrine. Asalkan jangan melebihi dos fat burner yang ditetapkan, saya rasa okay je. Namun, langkah terbaik lagi, dapatkan nasihat doktor – beriatahu tentang keputusan anda untuk mengambil ubat kurus, dapatkan pandangan mereka.

      Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut dengan bertanya kepada customer support/online chat dari mana-mana laman web yang saya tuju setiap produk yang saya cadang di atas. Mereka boleh membantu anda memilih produk yang sesuai dengan anda. Harap komen ini membantu.

  6. hi , saya mempunyai perut buncit . saya malu sangat nak pilih pakaian.. dari dulu saya hanya berpakaian warna hitam sebab nak tutup lemak dan bagi nampak kurus. saya sedih sangat, saya dah cuba dtrim tapi semenjak menggunakannya saya kerap sakit kepala, jantung berdegup laju dan susah tidur malam. tak sampai sebotol saya dah berhenti. memang kurus dan tiada selera makan hingga 3, 4 hari. tapi perut masih buncit. saya juga telah cuba detoxlim. tetap perut buncit. umur baru 18 tapi badan saya dah macam perempuan pregnant ? tolong bantu saya.

    • Hai. Secara jujur, saya tidak boleh menjaminkan apa-apa sekiranya anda menggunakan produk yang dinyatakan. Cuma secara umum, fat burner ini MEMBANTU anda menguruskan badan, tidak bermakna sekadar makan sahaja confirm kurus. Anda juga perlu maintain diet seimbang dan bersenam.

      Untuk produk yang dinyatakan pula, saya tidak mempunyai banyak maklumat tentangnya, produk itu tidak disenaraikan dalam post ini, saya tidak berani cakap. Sebagai pengguna yang berhemah, anda boleh cuba mencari reviu dan testimoni produk ini di internet.

      Saya lebih suka menyarankan pembaca agar memilihlah produk yang dihasilkan oleh syarikat yang bertauliah dan mempunyai pendirian yang kuat. Semua produk yang saya sarankan mempunyai sokongan saintifik dan klikinal ke atas produk-produk mereka, bahkan mereka memberikan after support sekiranya pengguna mempunyai masalah.

      Apa-apa pun, terserahlah kepada anda untuk membuat keputusan. Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda.

      Harap membantu, sekian.

    • Secara jujur, saya tidak tahu – saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dengan produk-produk tersebut, semuanya tidak disenaraikan di dalam list saya ini. Cuma saya nak pesan, jadilah pengguna yang bijak, cuba dapatkan keterangan lanjut dari pengedar/pengeluar produk tersebut – tanya adakah produk mereka sesuai dengan anda – paksa mereka supaya jujur! Tidak pun, dapatkan reviu dan testimoni dari pengguna yang lain, lakukan sedikit kajian ke atas bahan-bahan yang terdapat di dalam produk-produk itu.

      Hal ini kerana, setiap fat burner tu bukanlah untuk semua orang, mungkin ada yang berkesan, dan ada pula tidak, ia banyak faktor. Saya tidak dapat menjawab soalan, adalah terbaik anda sendiri yang membuat keputusan.

      Kalau ayat promosi : Yang mana lebih berkesan? Semestinya Top 3 dalam senarai di atas!

  7. Sekarang di malaysia popular dengan jenama s7 elite dan saya lihat kandungannya antaranya adalah g. Cambagia, green tea, acai berry seperti yg terdapat dalam reviem top 10.. jadi adakah sesuai dan berkesan tuan??

    • Saya tak boleh menjaminkan apa-apa. Sekiranya anda berminat untuk mencuba, silakan. Pastikan anda mendapatkan maklumat yang terperinci, testimoni pengguna sebelum membuat keputusan. Kalau melihat pada kandungan, sangat baik – jadi persoalan adalah berapa kandungan (mg) yang pengeluar letak dalam satu-satu pil/produk mereka.. adakah mereka lakukan kajian saintifik, sekiranya bahan A digunakan dengan bahan B boleh mencepatkan proses pembakaran lemak, etc.

      Ataupun mereka sekadar meletakkan bahan kandungan tersebut sedikit setiap satu – bahan A sedikit, bahan B sedikit – untuk nampak bahan kandungan ini banyak, mengambil kesempatan atas produk-produk yang lain. Sesetengah bahan perlukan jumlah (mg) yang tertentu untuk memberikan kesan yang optimum.

      Sebelum anda membeli, pastikan menjadi pengguna yang bijak, lakukan kajian terlebih dahulu. Menjawab soalan, saya rasa sesuai, tetapi berkesan atau tidak, saya tidak boleh menjamin apa-apa. Sekian.

  8. Saya nak try untuk buang lemak tapi saya tak tahu nak pilih yang mana..takut tak berkesan.tambahan pula saya tak tahu harga produk dlm RM. Bagaimana nak order

    • Saya boleh cadangkan anda untuk mencuba Phen375, sebab ramai yang mendapat hasil (dengan syarat perlu jaga pemakanan, dan sedikit senaman). Untuk produk dari Evolution Slimming pula, mereka ada setting harga dalam RM, sebelah atas kanan. Untuk Phen375 pula, harganya bermula dari RM300. Anda juga boleh mendapatkan produk fat burner keluaran Malaysia, namun saya tidak cover dalam artikel ini.

  9. Hi admin, terima kasih di atas info yg diberi. Soalan sy, adakah produk produk fat burner ni boleh digunakan oleh breastfeeding mother? Tqvm.

    • Tidak. Adalah lebih baik kalau para ibu utamakan keperluan bayi mereka terlebih dahulu. Mungkin terdapat beberapa bahan di dalam fat burner yang boleh menjejaskan sistem badan para ibu semasa mengandung dan menyusu – oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, saya sarankan anda tidak mengambil fat burner buat masa tersebut. Sekian.

  10. Pihak admin telah mengesahkan produk capsiplex adalah halal kerana sumber geletin adalah dari lembu dan bukan babi. Geletin kalau bukan dari sumber babi, tetapi dari lembu adakah ianya halal. Adakah sumber dari lembu yg digunakan adalah dari lembu yg disembelih secara islam?

    • Terima kasih diatas persoalan itu. Pihak kami meminta maaf kerana terlepas pandang. Kami sudah menghantar email kepada pengeluar untuk mendapatkan pengesahan. Jika kami tidak mendapat maklum balas dalam masa 3 hari, kami akan menarik balik produk tersebut dari entri ini. Sekian.

      [UPDATE 4/2/16] Pihak kami sudah mendapat pengesahan dari Capsiplex bahawa mereka sudah tidak menggunakan bovine. Sebaliknya menggantikannya kepada veg caps. Produk capsiplex sudah diturunkan dari blog post, sekiranya anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang produk ini, sila klik di sini.

  11. salam admin.

    kalau saya makan 2 produk sekali gus, sesuai x?

    1. Garcinia Cambogia – mengurangkan selera makan.
    2. raspberry – membakar lemak.

    • Saya sarankan mana-mana top 3 di atas. Phen375 menyediakan 3 pilihan, 1 botol (30 tab) – RM306, 2 botol (60 tab) – RM607 dan 3+1 botol (240 tab) – RM997. Harga yang dinyatakan boleh berubah, dan tidak termasuk shipping.

  12. as salam encik khalid 🙂
    terima kasih kerana berkongsi pelbagai info dan menghubungi syrikat berkenaan mengenai status hala produk mereka. kagum saya kerana saudara berpengetahuan dan berkongsi ilmu dengan kami walaupun saudara bukan mempunyai kepentingan perniagaan di sini. saya ingin bertanya, mengapa syarikat ini dipilih? kebanyakan produk tersebut banyak dipasarkan tempatan mungkin sebagai repackaging atau tiruan. bolehkah saudara mengesyorkan produk yang dipasarkan di malaysia. atau mungkin sebab ini adalah memang top 10 produk yang sememangnya berkesan 🙂 saya telah pun melayari kedua2 website syarikat berkenaan. memang seperti yang saudara komen. Cuma berasa sangsi sebab kali pertama berurusan dengan syarikat dari luar negara. terima kasih.

  13. Hi admin,nak tanya psl produk ‘juicy raspberry’..lepas minum utk 6 hari jantung sya laju sgt sehingga tidak dpt tidur malam,adakah itu normal?..atau itu menandakan produk tersebut tidak sesuai utk saya?..

    • Pada pandangan saya, itu adalah perkara biasa. Memang produk fat burner ini mengandungi bahan yang boleh meningkatkan degupan jantung, hal ini untuk membakar lebih banyak kalori dan lemak semasa bersenam. Biasanya orang makan fat burner ini sebelum melakukan senaman atau workout. Sekiranya perkara itu menyebabkan anda rasa tidak selesa dan rimas, anda boleh bertukar kepada produk yang lain. Apa-apa pun, silalah rujuk dengan doktor pakar. Sekian.

    • Dalam jangka masa 1 – 3 bulan, dengan penggunaan yang kerap. Namun ia bergantung kepada individu itu sendiri. Untuk maklumat yang lebih terperinci dan tepat, saya sarankan anda agar menghubungi pihak Phen375 sendiri di laman sesawang mereka. Klik di sini.

  14. admin saya telah mencuba tko fat burner dlm 3bulan tapi x mendapat hasil saya jenis bdn tinggi dan besar ada apa ii product yg paling berkesan boleh tolong saya kuruskan bdn?

  15. Assalamualaikum Tumpang Tanya Admin, Admin Tlg Syorkan Pada Sy Produk Mana Yg Sy Boleh Ambil Dan Dapat Kesan Dengan Cepat Boleh Kuskan Badan Betoi2 Berkesan, Sebab Berat Badan Saya Dan Naik Sampai 110kg Sy Xpernah Cuba Mana2 Produk Untuk Kuruskan? Ni Bru Nak Cuba Da Terlalu Gemok Sya Nie Dlu Sy Kurus Aja Selepas Kahwin Aja Berat Badan Sy Naik Sampai 110kg, Sy Nie Memang Sy Suka Makan Nasi setiap Malam Kuat Makan Sy Suka Minum Minuman manis2 Dn Sebab Tu Berat Badan Sy Trus naik Ajaa Sampai 110kg, Hrp Admin Bleh Bantu Sy Produk Mana Yg Sy Bleh Ambik Yg Bleh Kurus Betoi2 Kesan Dgn Cepat, Sy Tak Berapa Pandai Pasai Produk2 Kuruskan Nie Harap Bantu Sy, Terima Kasih Syukran Sy Dri GEORGETOWN PENANG 🙂

    • Saya tidak pasti, anda boleh merujuk kepada doktor, sebab bahan kandungan dalam pill itu yang boleh membezakan sama ada ubat itu boleh atau tidak. Ataupun, anda boleh mencuba dengan kadar yang sedikit, sekiranya ia memberikan kesan sampingan, berhentikan pengambilan.

  16. salam admin

    saya lelaki & boroi. Di pasaran sekarang banyak jual singlet yang boleh buang lemak kat perut. Adakah ianya berkesan ? saya nak cuba tapi macam was-was jer ( x confident pakai singlet boleh buang lemak)

    • Wsalam tuan, secara jujur, saya tidak tahu akan keberkesanannya. Bagi saya pun, agar sukar untuk mempercayai bahawa dengan singlet pun anda boleh kurus. Cadangan saya, tuan hubungi syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan dan tanya apa sokongan sains mahupun testimoni pengguna “sebenar” produk mereka. Selebihnya, adalah penilaian tuan sendiri.

      Cuma fakta yang perlu kita tahu: untuk kuruskan badan, kita perlu jaga makan dan kerapkan bersenam.

  17. Banyak produk menguruskan badan diluar sana. Cuma berhati-hati dalam memilih.Pastikan ada logo halal dan diluluskan KKM. Yang penting diri kita perly berdisiplin makan secara berjadual dan bersenam. InshaAllah, dengan bantuan ubat kurus yang diamalkan secara konsisten dapat membantu mengurangkan berat badan. Jangan lupa , banyakkan minum air kosong dan kurangkan minuman bergula

  18. admin, masalah saya adalah perut dan peha. peha sgt susah nak turun walau mcm mcm dah cuba. boleh recommend produk mana yang berkesan?

  19. SALAM ADMIN

    adakah boleh saya consume RASPBERRY KETONE PLUS + GARCINIA CAMBOGIA sekali gus ? mohon pencerahan admin terima kasih atas info

  20. Salam…nak tanya…sy dah cuba buat pembayaran kt web slimming evolution utk produk raspberry ketone tu…tapi xboleh..option kt situ cuma utk credit card saja..sy xde credit card..caner eh? Mcm mana cara sy nk beli benda nih..selain dari credit card ade option lain x utk beli?

    • Anda boleh menggunakan Debit Card untuk tujuan tersebut (ia boleh berfungsi sebagai credit card). Anda hanya perlu pilih credit card sebagai payment, option, kemudian masukkan details debit card anda. Jika kad bank anda mempunyai logo Visa/Mastercard, maka ia adalah debit card dan boleh digunakan untuk membuat pembayaran online.

      Cuma sebelum membuat pembayaran, pastikan anda aktifkan kad anda dengan membuat panggilan kepada pihak bank.

      Harap dapat membantu, namun sekiranya anda masih mengalami masalah sila komen di bawah.

      Sekian.

  21. hi, do you familiar with product name Garcinia Cambogia 1300 Slimming Weight Loss (Enhanced Version) (Made in USA) – 60 Capsules. been trying for 1 month and it surely help me to reduce my weight

  22. salam Admin. Saya ada dua soalan. Adakah produk Slimfy dari USA halal? Boleh tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut? terima kasih…

  23. Hi admin, saya ingin membuang lemak berlebihan yang ada sedikit d bahagian badan then banyak pada area pinggang, soalannya di sini, produk yang mana paling sesuai or betul2 bagi effect pengurusan dan pembakaran yang paling berkesan dalam list2 produk di atas?

  24. Hi Admin, ada jual produk FruThin ka..?? sekiranya admin ada tau kat mana..?? boleh helo2 sya..0105816398?? coz da round smua website area malaysia, mcm ada dealer jual ni produk… FruThin…

  25. Bagaiman mahu membeli Phen375 kerana tiada tukaran harga dalam ringgit malaysia seperti produk-produk Evolution Slimming yang sudah ada tukaran dalam harga ringgit malaysia? terima kasih.

  26. Saya ada masalah darah tinggi dan berumur 48 tahun. Saya sentiasa terlalu letih utk bersenam. Antara ke tiga2 produk fat burner mana yang paling sesuai? Terimakasih

  27. Hi.. saya pun berminat nak dapatkan Phen375. awak dah berjaya dapatkan ke? share info please. tq.

    kalau ada seller dari Malaysia pun bagus jugak.

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here