10 Ubat Kuruskan Badan (Fat Burner) Yang Paling Berkesan Malaysia 2021

Masalah berat badan merupakan salah satu masalah yang sering dialami oleh rakyat Malaysia, terutamanya kaum hawa. Perkara ini tidak boleh dinafikan kerana statistik membuktikan bahawa kadar dan jumlah warga yang mengalami masalah berat badan berlebihan semakin meningkat tahun demi tahun.

Masalah ini bukan sahaja membawa satu masalah kepada bentuk badan dan kecergasan seseorang, malah ia juga boleh menyebabkan masalah kencing manis, sakit jantung, tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain.

Oleh itu, anda perlu mengubahnya, dan salah satu daripada cara yang berkesan untuk menurunkan berat badan adalah dengan menggunakan ubat kurus. Ia juga lebih dikenali sebagai fat burner.

Pada kali ini, kami ingin berkongsikan 10 produk dan ubat kuruskan badan (fat burner) yang paling berkesan untuk rakyat Malaysia pada tahun 2021.

Kami membuat review ke atas produk/jenama fat burner ini dengan mengutarakan bagaimana ia boleh membantu menurunkan berat badan, adakah terdapat sebarang kesan sampingan dan di mana anda boleh dapatkannya.

#Jika anda sedang mencari supplement bina badan, sila ke artikel ini. 

Ubat Kurus #1: Black Latte

black latte

Ubat kurus pertama adalah Black Latte. Ubat kurus ini boleh dikatakan agak baru dalam pasaran berbanding dengan ubat-ubat kurus yang lain. Black Latte dirumus khas untuk orang yang sukakan makanan manis, tetapi pada masa sama mahu kurangkan kalori dan lemak.

Produk ini tengah hot sekarang di pasaran. Anda boleh dapatkannya dari MyCodShop, Lazada, dan Shopee.

i. Kandungan Black Latte & Cara Ia Berfungsi

Black Latte mengandungi beberapa bahan aktif yang membolehkan anda menahan rasa lapar untuk jangka masa yang lama. Antara bahan kandungannya adalag Arang Aktif, Santan Kelapa, L-Karnitin, dan Omega-3.

  • Arang Aktif (Activated Coal)

Arang Aktif ataupun juga dikenali sebagai activated coal boleh menghalang penyerapan 80% lemak daripada makanan dan pengumpulannya di dalam badan; memberikan pemecahan yang selamat, memproses dan menghapuskan simpanan lemak dan bahan toksik yang lama.

Selain daripada itu, arang aktif juga mempunyai banyak lagi khasiat. Anda boleh baca senarai penuh kebaikan arang aktif di sini.

  • Santan Kelapa

Santan kelapa boleh merangsang metabolisme yang lebih cepat yang mana boleh mencetuskan proses ‘pembersihan kendiri’ di dalam tubuh. Proses ini merupakan satu proses aktif untuk lemak dalaman yang sudah lama terkumpul di bahagian tepi pinggang dan perut.

Selain daripada itu, santan kelapa juga mempunyai banyak khasiat yang lain. Selanjutnya, anda boleh baca di sini.

  • L-Karnitin

L-Karnitin merupakan sejenis asid amino yang membantu badan kita menukarkan lemak kepada tenaga. Ia juga boleh menghalang kekenduran kulit dan membantu mencapai badan yang cergas selepas kehilangan berat badan yang besar. Anda boleh baca lebih lanjut tentang L-Karnitin di sini.

  • Omega-3

Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang berasal dari minyak ikan dan ia mempunyai banyak khasiat kesihatan. Salah satu khasiatnya adalah dalam membantu mengurangkan lemak dalam badan.

Omega-3 meningkatkan tahap leptin, sejenis hormon yang bertanggungjawab terhadap kelajuan pemecahan lemak di dalam badan. Adalah penting untuk memahami bahawa tubuh kita tidak dapat menghasilkan Omega-3 tetapi hanya dapat menerimanya secara luaran. Info lebih lanjut tentang Omega-3 di sini.

ii. Cara Pengambilan Black Latte

  1. Tambahkan sesudu Black Latte ke dalam gelas atau secawan air panas
  2. Ambil 1 sajian setiap hari. Untuk asimilasi maksimum, adalah disarankan untuk mengambil minuman ini semasa sarapan pagi.
  3. Disyorkan ambil untuk satu bulan.

iii. Testimoni Black Latte

Black Latte mempunyai banyak testimoni positif daripada para pelanggan. Di bawah adalah sedikit gambar testimoni yang diambil dari laman web pengedar Black Latte, MyCodShop.

Anda boleh lihat testimoni dari laman web MyCodShop, atau dari reviu-reviu di Lazada dan Shopee.

iv. Kelebihan Black Latte

Antara kelebihan (pros) bagi Black Latte adalah:

  • Menyerap lemak, mengubahnya menjadi tenaga
  • Mengeluarkan toksin daripada badan
  • Menyekat selera makan dan memberi tenaga
  • Mengeluarkan cecair berlebihan daripada badan
  • Menghasilkan dopamin

v. Kelemahan Black Latte

  • Boleh memberikan kesan sampingan.
  • Tidak sesuai bagi wanita yang mengandung
  • Tidak sesuai bagi yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti masalah buah pinggang

vi. Kesan Sampingan Black Latte

Black Latte mengandungi bahan-bahan aktif yang boleh memberikan kesan sampingan. Antaranya adalah lemah otot, rasa loya, dan cirit-birit.

Namun begitu, sekiranya mengambil supplement ini dengan kadar yang disarankan, maka tiada masalah (atau boleh limitkan kadar kesan sampingan tersebut).

vii. Dimana Boleh Beli Black Latte

Anda boleh dapatkan Black Latte dari kedai MyCodShop. Harga asal adalah RM338, tetapi dengan klik pada link ini, anda boleh dapatkan potongan harga sehingga 50% (RM169). MyCodShop hanya menawarkan pembayaran secara COD, anda hanya perlu mengisi nama, alamat email, dan nombor telefon untuk mengesahkan pembelian.

Anda juga boleh membeli Black Latte ini di Shopee dan Lazada.


Ubat Kurus #2: Keto Guru

Keto Guru

Ubat kurus kedua di dalam senarai ini adalah Keto Guru. Kami agak pasti anda pernah dengar nama ini, ataupun pernah dengar perkataan keto. Keto adalah singkatan bagi perkataan ketogenic, yang membawa maksud diet yang rendah karbohidrat, protein yang sederhana, dan kadar lemak tinggi. Keto secara teorinya boleh membantu mengurangkan berat badan.

Keto Guru adalah produk yang dirumus untuk memenuhi stail diet keto tersebut, tetapi tanpa berlapar kerana tidak makan nasi atau roti. Produk ini sudah lama berada di dalam pasaran Malaysia. Anda boleh dapatkan Keto Guru dari MyCodShop, Lazada, dan Shopee.

i. Kandungan Keto Guru & Cara Ia Berfungsi

Pertama sekali yang kita akan tengok adalah bahan kandungan Keto Guru. Produk ini mengandungi B6, acid GABA, B3, Potassium, L-Glutamin, Magnesium. Semua bahan kandungan ini adalah lebih kepada pengambilan protein dan vitamin yang diperlukan untuk membantu badan anda menukarkan lemak kepada tenaga.

Apabila badan anda berhenti menerima kuantiti karbohidrat yang diperlukan, ia mula kehilangan tenaga dan akan memasuki fasa ketosis. Badan anda akan mula aktif membakar lemaknya sendiri untuk mendapatkan tenaga. Lebihan berat badan hilang semata-mata kerana kehilangan lemak. Otot tidak terjejas.

Ketosis bermula selepas 2 atau 3 minggu selepas mematuhi diet Keto yang sebenar. Sekiranya diet itu ditambah dengan Keto Guru, prosesnya akan bermula hanya dalam masa 45-50 minit!

ii. Cara Pengambilan Keto Guru

  1. Larutkan satu tablet Keto Guru ke dalam gelas
  2. Biarkan 30 minit sebelum makan
  3. Disyorkan ambil Keto Guru setiap hari, untuk 7-10 hari untuk dapatkan hasil yang memuaskan

iii. Testimoni Keto Guru

Keto Guru mendapat sambutan dari pengguna internet. Berikut adalah sedikit testimoni para pengguna Keto Guru:

Anda boleh dapatkan banyak lagi testimoni pengguna di MyCodShop, Lazada, dan Shopee.

iv. Kelebihan Keto Guru

  • mempercepatkan proses keto walaupun ada pengambilan karbohidrat
  • tiada kesan sampingan
  • tiada pembakaran otot
  • bahan kandungan semula jadi
  • sesuai untuk vegan dan vegetarian
  • bebas daripada bahan kimia/toksin berbahaya

v. Kelemahan Keto Guru

  • harga asal adalah RM 338. Tetapi, anda boleh dapatkan discount 50% dengan klik pada link ini.

vi. Kesan Sampingan Keto Guru

Kesan sampingan pengambilan Keto Guru boleh dianggap minima dan tidak serius, walaupun masih tiada laporan pengguna tentang kesan sampingan. Keto Guru menggunakan bahan semula jadi dan tidak menggunakan bahan kimia yang berbahaya. Namun, sekiranya ada kesan sampingan, mungkin ia adalah tindak balas alahan terhadap bahan kandungan produk ini seperti yang dinyatakan di atas.

vii. Dimana Boleh Beli Keto Guru

Keto Guru sudah lama berada di pasaran Malaysia. Anda boleh belinya dari pengedar MyCodShop. Harga asal adalah RM338, namun melalui MyCodShop, anda boleh dapatkan potongan harga 50%, jadi harga adalah RM169 sahaja. MyCodShop hanya menawarkan COD. Anda hanya perlu mengisi nama, email, dan nombor telefon untuk membuat pesanan.

Keto Guru juga boleh diperoleh di Lazada dan Shopee.


Ubat Kurus #3: Green Coffee

Green Coffee

Green coffee ataupun kopi hijau merupakan petua menguruskan yang tidak asing lagi dalam kalangan wanita. Green coffee sudah diiklankan di seluruh dunia sebagai satu makanan yang mujarab untuk membakar lemak dalam badan.

Green Coffee adalah sejenis kopi khas yang tidak dipanggang. Oleh kerana ia tidak dipanggang, ia mempunyai lebih banyak antioksidan, vitamin dan asid amino berbanding dengan kopi hitam.

i. Kandungan Green Coffee & Cara Ia Berfungsi

Produk ini mengandungi bahan-bahan seperti asid klorogenik, kafein, tanin, serat, vitamin C dan vitamin E.

Asid klorogenik mengaktifkan dan memperbaiki proses pembentukan asid lemak dalam hati, memudahkan pemecahan lemak didalam usus dan menghalang ianya diserap kedalam aliran darah.

Kafein adalah antioksidan semulajadi yang berkuasa. Ia menguatkan dinding saluran darah dan melindungi tubuh daripada bahan radikal bebas dengan mempercepatkan proses pertumbuhan semula kulit.

Tanin meningkatkan fungsi saluran pencernaan yang dapat menghapuskan cecair yang berlebihan dan tubuh badan dapat dibersihkan dengan cara yang semulajadi. Terima kasih pada tanin kerana mempunyai sistem imunisasi yang kuat.

Green Coffee membantu anda mengurangkan berat badan dengan meningkatkan metabolisme anda dengan asid klorogenik yang terdapat di dalam kandungannya. Asid klorogenik sangat disyorkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, dan ia turut mengurangkan risijo penyakit metabolik kronik seperti kencing manis, penyakit kardiovaskular, kanser dan juga beberapa gangguan neurologi yang serius termasuklah penyakit Alzheimer dan Parkinson.

ii. Cara Pengambilan Green Coffee

Disarankan minum Green Coffee pada waktu pagi dan malam. Untuk waktu pagi, minum 15 minit sebelum makan, manakala pada waktu malam, minum 2 jam selepas makan.

iii. Testimoni Green Coffee

Ramai yang mendapat hasil yang memuaskan dari produk Green Coffee ini. Berikut adalah serba sedikit screenshot reviu pengguna dari MyCodShop.

Dapatkan reviu penuh dari laman MyCodShop, Lazada, atau Shopee.

iv. Kelebihan Green Coffee

  • 100% produk organik
  • Kaya dengan sumber asid klorogen semulajadi (membakar lemak)
  • Merangsang metabolisme
  • Mengawal selera makan
  • Tidak perlu mengehadkan makanan

v. Kelemahan Green Coffee

  • sesetengah orang alah dengan kafein
  • harga agak mahal RM272. Klik di sini untuk dapatkan diskaun 50%
  • tidak sesuai untuk wanita mengandung

vi. Kesan Sampingan Green Coffee

Green Coffee mengandungi kafein. Ia boleh menyebabkan sukar tidur, cirit-birit, pening kepala, dan tekanan darah tinggi.

vii. Dimana Boleh Beli Green Coffee

Anda boleh dapatkan Green Coffee di MyCodShop dengan harga asal RM272. Tetapi kalau klik di sini, anda boleh dapatkan potongan 50% (RM136 sahaja). MyCodShop hanya menyediakan COD. Anda hanya perlu isi nama, email, dan nombor telefon untuk membuat pesanan.

Anda juga boleh mendapatkan Green Coffee ini dari Lazada dan Shopee.


Ubat Kurus #4: Goji Berry

Goji Berry

Goji berry ataupun beri goji dalam Bahasa Melayu adalah sejenis beri yang berwarna merah dan berasal dari China. Beri sudah lama digunakan di sana untuk sebagai satu rawatan tradisional bagi penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, demam, dan sebagainya.

Goji berry banyak khasiatnya dan orang mula gunakannya sebagai satu ubat kuruskan badan.

i. Kandungan Goji Berry & Cara Ia Berfungsi

Produk ini mengandungi Goji Berry yang diproses khas untuk mendapatkan khasiat yang optimum. Tiada bahan lain.

Buah Goji mengandung kombinasi vitamin, mineral, elemen, yang secara sempurna melengkapi diet dengan berbagai nutrisi penting untuk kesihatan, meningkatkan dan menstabilkan metabolisme tubuh, membantu menstabilkan peredaran darah serta menghilangkan racun dan kolesterol dari tubuh.

Setiap berry kaya akan 18 asid amino – 8 diantaranya merupakan asid amino esensial, 21 mineral, vitamin E, C, B1, B2, B6, karoten, polisakarida, mengandung fitokimia dalam jumlah sangat banyak serta mikronutrien unik lainnya.

Jadi, jika anda masih ingin menurunkan berat badan anda dan menjadi lebih sihat, serta memiliki tekanan darah dan tahap stres yang rendah, maka anda perlu menambahkan Goji dalam makanan sehari-hari anda.

ii. Cara Pengambilan Goji Berry

  1. Masukkan 1 sudu besar Goji Berry ke dalam cawan
  2. Tuangkan 200ml air mendidih
  3. Biarkan 10 minit
  4. Minum 30 minit sebelum makan atau 1 jam selepas makan

iii. Testimoni Goji Berry

Goji Berry sudah lama berada di dalam pasaran, anda boleh cari reviu dan testimoni pengguna. Ini adalah sedikit testimoni yang kami dapat:

Anda boleh baca banyak lagi reviu dari MyCodShop, Lazada, dan Shopee.

iv. Kelebihan Goji Berry

  • 100% produk organik
  • Sumber semula jadi paling kaya dengan asid amino
  • Peningkatan Metabolisma
  • Mengawal selera
  • Tiada sekatan makanan yang diperlukan

v. Kelemahan Goji Berry

  • harga agak mahal

vi. Kesan Sampingan Goji Berry

Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi kesan sampingan yang dilaporkan dari pengguna. Ini kerana produk ini menggunakan 100% bahan semula jadi. Jadi, anda dijamin.

vii. Dimana Boleh Beli Goji Berry

Anda boleh dapatkan goji berry dari MyCodShop dengan harga RM136 sahaja. MyCodShop hanya membuat COD, anda hanya perlu bagi nama penuh, email, dan nombor telefon untuk membuat pesanan. Nanti operator akan membuat panggilan untuk pengesahan.

Produk ini juga boleh diperolehi di Lazada dan Shopee (mungkin jenama dan harga berbeza-beza)


Ubat Kurus #5: Mizzy Candy

Mizzy Candy

Mizzy Candy merupakan ubat kurus dalam bentuk gula-gula. Ia dirumus khas untuk orang yang mahu kuruskan badan tetapi tidak mahu guna ubat kurus dalam bentuk cecair. Mizzy Candy boleh mengurangkan rasa lapar dan membakar lemak pada bahagian badan.

i. Kandungan Mizzy Candy & Cara Ia Berfungsi

Mizzy Candy mengandungi Garcinia Cambogia, L-Carnitine, Chitosan, dan Esktrak Guarana.

  • Garcinia Combogia – Memberi tenaga, mengaktifkan proses metabolik di dalam badan
  • L-Carnitine – Menggalakkan pembakaran lemak, menyekat selera makan
  • Chitosan – Memperbaiki sistem pencernaan, menyingkirkan cecair berlebihan, mengekalkan kulit yang elastik
  • Ekstrak Guarana – Mempercepatkan pecahan sel-sel lemak

ii. Cara Pengambilan Mizzy Candy

  1. Kemam gula-gula Mizzy Candy, biarkan ia cair di dalam mulut
  2. Disyorkan ambil dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang

iii. Testimoni Mizzy Candy

Mizzy Candy agak baru dalam pasaran, maka testimoni dan reviu agak sedikit. Ini adalah beberapa reviu yang kami dapat:

iv. Kelebihan Mizzy Candy

  • Meningkatkan metabolisme
  • Menyingkirkan sisa-sisa dan toksin
  • Memecahkan lemak
  • Dipenuhi dengan vitamin dan unsur mikro
  • Tidak perlu berlapar untuk kurangkan berat badan

v. Kelemahan Mizzy Candy

  • harga agak mahal
  • masih kurang reviu dan testimoni pengguna

vi. Kesan Sampingan Mizzy Candy

Mizzy Candy menggunakan bahan semula jadi. Tiada kesan sampingan lagi yang dilaporkan

vii. Dimana Boleh Beli Mizzy Candy

Anda boleh dapatkan Mizzy Candy dari MyCodShop dengan potongan harga 50%, jadi anda hanya perlu bayar RM179 sahaja.MyCodShop hanya menerima COD, maka anda hanya perlu masukkan nama, email, dan nombor telefon sahaja semasa membuat pesanan. Operator kemudian akan panggil untuk membuat pengesahan.


Ubat Kurus #6: Bentolit

Bentolit

Bentolit juga produk yang masih baru dalam pasaran Malaysia. Bentolit adalah produk pelansingan badan yang berasaskan tanah liat bentonit – pelik kan?

Tanah liat bentonit adalah sejenis tanah liat semulajadi yang halus. Bentonit asalnya digunakan untuk rawatan kulit dan rambut. Tanah liat ini selamat untuk diminum untuk tujuan detox badan.

Pengambilan bentonit boleh menyingkirkan bahan kimia yang berlebihan yang terkumpul di dalam tis dan organ, sambil membantu menghancurkan dan membakar lemak. Tanah liat itu mudah diserap ke dalam badan. Anda boleh baca tentang bentonit dengan lebih detail dari post ini.

i. Kandungan Bentolit & Cara Ia Berfungsi

Bentolit mengandungi beberapa bahan kandungan yang penting, antaranya adalah tanah liat bentonit, serat oat, serbuk kopi, ekstrak biji adas, ekstrack akar halia, dan ekstrak akar dandelion.

  • Tanah liat bentonit – mengikat gabungan bahan-bahan kimia berbahaya bersama-sama dan singkirkannya dari badan
  • Serat oat – membersihkan perut dan mengeluarkan kolesterol berlebihan
  • Serbuk kopi – mengurangkan selera makan, menyingkirkan air berlebihan daripada badan
  • Ekstrack Biji Adas – menstabilkan pencernaan
  • Ekstrak Akar Halia – meningkatkan metabolisma badan, mencegah berat badan naik
  • Ekstrak Akar Dandelion – mempunyai kesan laksatif yang ringan

ii. Cara Pengambilan Bentolit

  1. Masukkan 2 sudu teh serbuk ke dalam cawan
  2. Tuang 200ml air panas
  3. Kacau sehingga larut, biarkan 10 minit, kemudian kacau sekali lagi (disyorkan guna botol pengoncang)
  4. Minum 1 kali sehari, sebaiknya pada waktu pagi

iii. Testimoni Bentolit

Disebabkan produk ini tidak mendapat perhatian media yang banyak lagi, testimoni agak terhad. Ini serba sedikit:

iv. Kelebihan Bentolit

  • diperbuat daripada bahan kandungan semula jadi
  • mengeluarkan toksin dalam badan
  • kurangkan rasa lapar semasa berdiet
  • menstabilkan sistem pencernaan
  • mempercepatkan pembkaran lemak dalam badan

v. Kelemahan Bentolit

  • harga agak mahal
  • masih kurang exposure pengguna

vi. Kesan Sampingan Bentolit

Setakat artikel ditulis, masih tiada kesan sampingan yang dilaporkan.

vii. Dimana Boleh Beli Bentolit

Anda boleh dapatkan Bentolit hanya di MyCodShop dengan harga RM179 sahaja. MyCodShop hanya jual secara COD. Anda hanya perlu bagi nama, email, dan nombor telefon masa membuat pesanan. Nanti operator akan memanggil untuk pengesahan.


Ubat Kurus #7: Dietica

Dietica

Dietica merupakan ubat kurus dalam bentuk fizzy drink (tablet larut). Ia mengandungi gabungan beberapa baha semula jadi yang membantu dalam proses pembakaran lemak badan dan menehan rasa lapar.

i. Kandungan Dietica & Cara Ia Berfungsi

Dietica mengandungi beberapa bahan kandungan seperti Garcania Cambogia, Ekstrak Hibiscus, Ekstrak Halia, dan Psyllium Husk.

  • Garcinia Cambogia – Mengawal metabolisme dan mempercepatkan pecahan lemak.
  • Ekstrak Hibiscus – Menormalkan kadar gula dalam darah dan kolesterol, menyingkirkan toksin.
  • Ekstrak Halia – Menstabilkan badan dan menguatkan sistem imun.
  • Psyllium Husk – Meningkatkan metabolisme karbohidrat dan mengawal selera makan.

ii. Cara Pengambilan Dietica

  1. Tuang 200-300ml air suam ke dalam gelas
  2. Masukkan 1 tablet Dietica
  3. Biarkan tablet larut
  4. Minum selepas makan

iii. Testimoni Dietica

Testimoni Dietica agak terhad, tetapi ini adalah dua yang kami dapat:

iv. Kelebihan Dietica

  • membakar lemak berlebihan
  • hilangkan toksin dari badan
  • memberikan tenaga yang mencukupi sepanjang hari
  • mempercepatkan metabolisma badan

v. Kelemahan Dietica

  • harga yang agak mahal
  • kurang reviu

vi. Kesan Sampingan Dietica

Setakat artikel ini ditulis, masih tiada kesan sampingan berat yang dilaporkan.

vii. Dimana Boleh Beli Dietica

Dietica hanya boleh di dapatkan dari DoctorDays.com dengan harga RM338. Tetapi kalau beli dari link ini, anda akan dapat potongan 50%, jadi RM169 sahaja. DoctorDays hanya membuat COD, maka anda perlu berikan nama dan nombor telefon semasa membuat pesanan. Operator mereka akan memanggil untuk tujuan pengesahan.

Anda juga boleh dapatkannya di Shopee.


Ubat Kurus #8: Vitalex

Vitalex

Vitalex adalah ubat kurus yang dikeluarkan oleh Pharmanutri Enterprise. Ia menggabungkan ramuan-ramuan yang dibukti boleh membakar lemak dengan lebih cepat, dan pada masa yang sama detox badan.

i. Kandungan Vitalex & Cara Ia Berfungsi

Vitalex menggabungkan bahan kandungan Lemon, Strawberi, Limau, Ekstrak Senna, Ekstrak Teh Hijau, Ekstrak Kopi Hijau, dan Ekstrak Guarana.

Semua bahan-bahan tersebut akan menyumbang kepada kesan tahan lapar untuk jangka masa yang lama. Pada masa yang boleh akan mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan badan. Esktrak kopi akan membekalkan anda dengan tenaga seharian. Lemon dan limau akan memberikan kesan detox kepada badan anda.

ii. Cara Pengambilan Vitalex

  1. Campurkan 1 sudau dan larutkan ke dalam 150ml air
  2. Kacau dan sedia untuk dihidang
  3. Ambil 30-60 minit sebelum makan
  4. Minum air kosong yang banyak sepanjang hari

iii. Testimoni Vitalex

Vitalex ada banyak testimoni dan reviu dari pengguna, ini adalah salah satu daripadanya:

iv. Kelebihan Vitalex

  • Membantu Menguruskan Badan
  • Membantu Mengurangkan Selera Makan
  • Membantu Membaiki Penghadaman Badan
  • Membantu Melancarkan Peredaran Darah
  • Membantu Memberi Tenaga
  • Mengelakkan Sembelit
  • Menghalang Serapan Kalori Berlebihan
  • Sesuai Untuk Lelaki dan Perempuan
  • Tiada Kesan SampinganTidak Perlu Berlapar
  • Tidak Wajib Bersenam

v. Kelemahan Vitalex

  • Mungkin tidak berhasil untuk semua orang

vi. Kesan Sampingan Vitalex

Setakat artikel ini ditulis, Vitalex adalah selamat untuk diminum tanpa sebarang kesan sampingan yang berat.

vii. Dimana Boleh Beli Vitalex

Vitalex adalah produk yang popular di Malaysia. Anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee. Harga yang ditawarkan mungkin berbeza-beza mengikut seller, tetapi biasanya dalam lingkungan RM80-90.


Ubat Kurus #9: Vital Lean

Vital Lean

Vital Lean ataupun VitalLean merupakan salah satu produk keluaran Pharmanutri Enterprise. Produk ini lebih fokus kepada pengganti makanan. Ia mengandungi semua khasiat yang anda perlukan seharian.

i. Kandungan Vital Lean & Cara Ia Berfungsi

Vital Lean mengandungi Kolagen, L-Luecine, Soy Lecithin, dan gabungan vitamin dan mineral. Semua ramuan ini akan bekerjasa dalam membekalkan tubuh badan anda tenaga dan rasa kenyang untuk jangka masa yang lama.

Pada masa yang sama, membakar lemak yang tidak diperlukan.

ii. Cara Pengambilan Vital Lean

  1. Campur 30g serbuk dengan 200 – 300ml air sejuk
  2. Larutkan atau goncang (kalau ada botol)
  3. Sedia untuk minum

iii. Testimoni Vital Lean

Anda boleh dapatkan reviu dan testimoni pengguna secara terus dari Lazada dan Shopee. Ini adalah dua reviu dari Lazada:

iv. Kelebihan Vital Lean

  • meal replacement yang sangat baik
  • rasa yang enak
  • kaya dengan khasiat penuh untuk seharian
  • tidak mengandungi gula
  • rendah lemak
  • tanpa gluten

v. Kelemahan Vital Lean

  • mungkin hasil yang dijamin tidak jadi untuk semua orang

vi. Kesan Sampingan VitaLean

Setakat artikel ini ditulis, tiada kesan sampingan yang berat dilaporkan oleh pengguna.

vii. Dimana Boleh Beli Vital Lean

Vital Lean adalah produk yang agak popular di Malaysia. Anda boleh beli dari banyak pengedar di Lazada dan Shopee. Harga mungkin berbeza-beza mengikut pengedar, tetapi dalam lingkungan RM80-90.


Ubat Kurus #10: EvoCut Fat Burner

Evocut Fat Burner

EvoCut Fat Buner adalah produk ubat kurus yang datang dalam bentuk tablet kunyah, berbeza dengan produk-produk di atas yang mana anda kena larutkannya sebelum minum. Pendekatan ini sesuai untuk orang yang sentiasa bergerak dan sibuk kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk mengambilnya.

i. Kandungan EvoCut Fat Burner & Cara Ia Berfungsi

EvoCut mengandungi ekstrak African Mango Seed, sejenis herba yang tengah hangat diperkatakan dalam dunia ubat kurus. Ia juga mengandungii ekstrak Garcinia Cambogia, L-Carnitine, Green Coffee yg terbukti dari segi kajian, boleh menurunkan berat badan dengan cepat dan selamat.

Semua bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi tanpa bahan kimia yang tidak diluluskan. Maka, anda dijamin selamat. Ramuan diatas tadi berfungsi dengan membekalkan anda tenaga yang mencukupi, menghilangkan rasa lapar, dan pada masa yang membakar lemak yang berlebihan.

ii. Cara Pengambilan EvoCut Fat Burner

Cara pengambilan EvoCut adalah dengan kemam/kunyah/telan 2 tablet sehari (pagi dan malam).

iii. Testimoni EvoCut Fat Burner

EvoCut terima banyak reviu yang positif daripada penggunanya. Anda boleh dapatkan reviu dari Lazada dan Shopee. Ini adalah 2 daripada reviu-reviu tersebut:

iv. Kelebihan EvoCut Fat Burner

  • mudah dimakan/kunyah
  • mudah dibawa kerana saiz botol yang kecil
  • tidak perlu dibancuh
  • perisa sedap
  • hilangkan rasa lapar
  • tiada cirit birit

v. Kelemahan EvoCut Fat Burner

  • mungkin tidak berkesan bagi semua orang

vi. Kesan Sampingan EvoCut Fat Burner

Setakat artikel ditulis, tiada kesan sampingan yang dilaporkan

vii. Dimana Boleh Beli EvoCut Fat Burner

Anda boleh dapatkan EvoCut Fat Burner ini di Lazada dan Shopee. Harga berbeza-beza mengikut seller, tetapi dalam lingkungan RM145-150.


Kesimpulan

Secara ringkas, terdapat banyak ubat kurus yang berkesan, dan pada masa yang sama tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan yang merbahayakan. Cuma kita sahaja yang sukar mencarinya.

Pihak kami menyarankan anda supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan ubat pelansing dan ubat kuruskan badan yang murah.

Hal ini kerana produk-produk yang berkualiti tinggi (seperti produk di atas) ini mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi untuk dihasilkan. Oleh sebab itulah harganya agak mahal. Namun, anda dapat apa yang anda berhak dapat.

Jika anda tidak bersedia untuk menggunakan fat burner, anda boleh mengamalkan diet yang seimbang dan mulakan bersenam – untuk menguruskan badan. Namun pada hakikatnya, tiada cara kurus cepat, anda perlu berusaha kearahnya.

Harap senarai ini dapat membantu anda dalam perjalanan anda untuk menurunkan berat badan dan dapatkan susuk badan yang anda inginkan selama ini.

Artikel ini ditulis adalah untuk memberi panduan sahaja. Sekiranya anda mengalami masalah dengan produk-produk yang dinyatakan di atas, sila rujuk kepada pengeluar yang berkenaan.

Sekian~

116 thoughts on “10 Ubat Kuruskan Badan (Fat Burner) Yang Paling Berkesan Malaysia 2021”

  1. Hi there, i nak tanya sikit pasal Garcinia Cambogia tu, ada web online utuk membeli kan so i wonder kalau website tu memang betul dia boleh order and shipping? I just afraid that ada sebarang penipuan, i just nak kepastian je sebab banyak jugak orang jual GC ni yg salah satunya https://thepurecambogiaultra.com/#/organic/ ada banyak orang kena tipu kat website ni. So hope you can reply this.. TQ Have a nice day! 🙂

    Reply
    • Terima kasih Nurul di atas persoalan.

      Baik, untuk makluman, semua laman web yang saya cadangkan di atas merupakan laman web dari syarikat-syarikat besar yang beroperasi di UK. E-commerce seperti Evolution Slimming tersebut memang diiktiraf dan mendapat review yang sangat tinggi. Anda boleh rujuk di sini:
      https://www.trustedshops.co.uk/shop/certificate.php?shop_id=X8C0D7582BA427C5A28D37674FE7C65BB

      Evolution Slimming boleh menerima order dari Malaysia, dan shipping juga akan dibuat oleh laman web itu juga. Anda boleh track shipping tu dari laman web dengan sign up. Oleh itu jangan risau.

      Berkaitan dengan laman web yang Nurul nyatakan itu, beginilah pandangan saya. Elakkan daripada order barang dari “one page website” ataupun “thin website“, iaitu laman web yang sedikit kandungannya, seperti laman web yang Nurul bagi itu. Sebaliknya, orderlah dari laman web yang mendapat reputasi yang tinggi dan banyak content/product seperti laman web e-commerce (Lazada, Amazon, etc).

      Harap komen ini boleh membantu. Have a nice day!

      Reply
    • Menurut artikel di WebMD, terdapat beberapa laporan tentang kesan sampingan supplement raspberry ketone, termasuklah peningkatan tekanan darah. Namun, ianya tidak terlalu serius, dan hanya berlaku kepada sesetengah orang sahaja. Saudara boleh dapatkan maklumat lanjut di sini: http://www.webmd.com/diet/raspberry-ketones-uses-risks

      Ya, raspberry ketone plus yang dinyatakan di atas sesuai untuk lelaki.

      Reply
    • Saya sudah contact pengeluar produk tersebut dan mereka sahkan bahawa tiada bahan yang melibatkan penggunaan babi. Gelatin ubat yang digunakan adalah dari lembu. Saya sudah update post ini, sila rujuk balik pada bahagian Capsiplex untuk keterangan lanjut.

      Reply
  2. Hai admin,admin tahu tak pasal hidrolean x-5 tu?tgk review bagus utk tingkatkan metabolisme dan kurangkan selera makan..halal tak?& boleh taknkalau kita combine ambil garcinia dgn rasberry tu?tq admin

    Reply
    • Hai Nurul, ya saya tahu serba sedikit tentang Hirpolean X-S tu. Produk itu merupakan salah satu best seller weight loss pill di Evolution Slimming. Kalau berdasarkan reviews yang produk itu terima di laman web official pun memberangsangkan.

      Secara ringkasnya, ia halal sebab tidak mengandungi bahan yang meragukan. Produk itu di hasilkan oleh syarikat yang sama mengeluarkan garcania cambogia dan raspberry ketone di atas. Keterangan yang lanjut sila rujuk di atas.

      Saya rasa boleh sahaja kalau nak ambil sekali, memandangkan ia dibuat daripada bahan yang natural. Namun jika Nurul mengalami kesan sampingan mengambilnya, sila berhenti mengambil secara serentak, ambillah secara selang seli ke, atau habiskan Hiprolean dulu kemudian barulah mulakan dengan produk yang lain. Harap membantu.

      Reply
  3. Hi admin. Time kasih bnyk2 ats info yg admin bagi. Boleh saya minta izin nak share maklumat yg admin bagu ke page fb saye?? Juz untuk share shj. ?

    Reply
  4. hi.. saya ada masalah perut buncit yg sgt serius setiap kali makan.. badan saya kecil.. tp perut naek mendadak..n saya juga xdpt kawal selera makan..so.. sy nak tau mana yg lebih berkesan.. trima kasih

    Reply
    • Hi. Saya biasanya akan mencadangkan top 3 produk di atas. Sebelum membuat keputusan, saya cadangkan anda chat dengan customer support mereka terlebih dahulu. Evolution Slimming ada menyediakan perkhidmatan online chat untuk memudahkan anda dapatkan maklumat lanjut tentang produk tersebut. Untuk appetite suppression Phen375 lebih berkesan. Selain itu, kalau anda ingin alternatif, apa kata kalau anda mencuba teh detox Evo Tea Teatox.

      Reply
    • Hi, anda kena bayar mengikut kuantiti yang anda mahu beli, dan mengikut produk sebab harganya berbeza-beza. Anda boleh pilih mana-mana fat burner yang anda rasa tertarik untuk cuba, bukanlah bermakna anda perlu membeli semua yang dinyatakan di atas. Buat masa ini, bayaran penghantaran perlu dibayar, tapi tidaklah terlalu banyak.

      Reply
  5. salam.nak tanye ttg produk dtrim? selamat tak ? rapid heartbeat spnjang consume fat burner elok ke..x bahaye ke n x memudaratkan tubuh badan ke bila dnyutan jantung 2x laju dr normal..n fungsi heartbeat makin laju utk ape ye..sbhg dr proses metabolisma ke ?

    Reply
    • Wsalam, secara jujur saya tidak tahu banyak tentang produk dtrim, oleh itu saya tidak dapat menjamin apa-apa. Tetapi tidak salah jika anda ingin mencuba. Cuma jadilah pengguna yang bijak, nilai dahulu produk tersebut sebelum membeli – tengok dahulu customer support diorang macam mana, testimoni pelanggan macam mana, kesan sampingan ada ke tak, dan lain-lain.

      Untuk pengetahuan Nana, fat burner ini adalah untuk mencepatkan proses metabolisma dan pada masa yang sama membekalkan tenaga yang lebih (terutama kepada orang yang bersenam/gym). Dan kesan proses metabolisma badan lebih cepat itu boleh dicapai dengan meningkatkan kadar degupan jantung, dan ada sesetengah juga boleh menyebabkan insomnia ataupun dehydration. Dan satu lagi jenis seperti Phen375 boleh mengurangkan selera/melambatkan anda rasa lapar.

      Kesan sampingan tersebut boleh dikatakan biasa, bahan yang bertanggungjawab ke atas degupan jantung adalah kafein ataupun ephidrine. Asalkan jangan melebihi dos fat burner yang ditetapkan, saya rasa okay je. Namun, langkah terbaik lagi, dapatkan nasihat doktor – beriatahu tentang keputusan anda untuk mengambil ubat kurus, dapatkan pandangan mereka.

      Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut dengan bertanya kepada customer support/online chat dari mana-mana laman web yang saya tuju setiap produk yang saya cadang di atas. Mereka boleh membantu anda memilih produk yang sesuai dengan anda. Harap komen ini membantu.

      Reply
  6. hi , saya mempunyai perut buncit . saya malu sangat nak pilih pakaian.. dari dulu saya hanya berpakaian warna hitam sebab nak tutup lemak dan bagi nampak kurus. saya sedih sangat, saya dah cuba dtrim tapi semenjak menggunakannya saya kerap sakit kepala, jantung berdegup laju dan susah tidur malam. tak sampai sebotol saya dah berhenti. memang kurus dan tiada selera makan hingga 3, 4 hari. tapi perut masih buncit. saya juga telah cuba detoxlim. tetap perut buncit. umur baru 18 tapi badan saya dah macam perempuan pregnant ? tolong bantu saya.

    Reply
    • dinda. skrg ade banyak jenis slimming product sama ada. mkn n sapu. jika anda x sesuai dgn produk mkn mcm pil..mungkin anda patut cuba yg jenis sapu..

      Reply
    • dicadangkan pergi cari yang lebih tahu atau pakar kesihatan seperti doktor dan lain2,mungkin anda terkena busung atau

      Reply
    • Hai. Secara jujur, saya tidak boleh menjaminkan apa-apa sekiranya anda menggunakan produk yang dinyatakan. Cuma secara umum, fat burner ini MEMBANTU anda menguruskan badan, tidak bermakna sekadar makan sahaja confirm kurus. Anda juga perlu maintain diet seimbang dan bersenam.

      Untuk produk yang dinyatakan pula, saya tidak mempunyai banyak maklumat tentangnya, produk itu tidak disenaraikan dalam post ini, saya tidak berani cakap. Sebagai pengguna yang berhemah, anda boleh cuba mencari reviu dan testimoni produk ini di internet.

      Saya lebih suka menyarankan pembaca agar memilihlah produk yang dihasilkan oleh syarikat yang bertauliah dan mempunyai pendirian yang kuat. Semua produk yang saya sarankan mempunyai sokongan saintifik dan klikinal ke atas produk-produk mereka, bahkan mereka memberikan after support sekiranya pengguna mempunyai masalah.

      Apa-apa pun, terserahlah kepada anda untuk membuat keputusan. Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda.

      Harap membantu, sekian.

      Reply
    • Secara jujur, saya tidak tahu – saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dengan produk-produk tersebut, semuanya tidak disenaraikan di dalam list saya ini. Cuma saya nak pesan, jadilah pengguna yang bijak, cuba dapatkan keterangan lanjut dari pengedar/pengeluar produk tersebut – tanya adakah produk mereka sesuai dengan anda – paksa mereka supaya jujur! Tidak pun, dapatkan reviu dan testimoni dari pengguna yang lain, lakukan sedikit kajian ke atas bahan-bahan yang terdapat di dalam produk-produk itu.

      Hal ini kerana, setiap fat burner tu bukanlah untuk semua orang, mungkin ada yang berkesan, dan ada pula tidak, ia banyak faktor. Saya tidak dapat menjawab soalan, adalah terbaik anda sendiri yang membuat keputusan.

      Kalau ayat promosi : Yang mana lebih berkesan? Semestinya Top 3 dalam senarai di atas!

      Reply
  7. Sekarang di malaysia popular dengan jenama s7 elite dan saya lihat kandungannya antaranya adalah g. Cambagia, green tea, acai berry seperti yg terdapat dalam reviem top 10.. jadi adakah sesuai dan berkesan tuan??

    Reply
    • Saya tak boleh menjaminkan apa-apa. Sekiranya anda berminat untuk mencuba, silakan. Pastikan anda mendapatkan maklumat yang terperinci, testimoni pengguna sebelum membuat keputusan. Kalau melihat pada kandungan, sangat baik – jadi persoalan adalah berapa kandungan (mg) yang pengeluar letak dalam satu-satu pil/produk mereka.. adakah mereka lakukan kajian saintifik, sekiranya bahan A digunakan dengan bahan B boleh mencepatkan proses pembakaran lemak, etc.

      Ataupun mereka sekadar meletakkan bahan kandungan tersebut sedikit setiap satu – bahan A sedikit, bahan B sedikit – untuk nampak bahan kandungan ini banyak, mengambil kesempatan atas produk-produk yang lain. Sesetengah bahan perlukan jumlah (mg) yang tertentu untuk memberikan kesan yang optimum.

      Sebelum anda membeli, pastikan menjadi pengguna yang bijak, lakukan kajian terlebih dahulu. Menjawab soalan, saya rasa sesuai, tetapi berkesan atau tidak, saya tidak boleh menjamin apa-apa. Sekian.

      Reply
  8. Saya nak try untuk buang lemak tapi saya tak tahu nak pilih yang mana..takut tak berkesan.tambahan pula saya tak tahu harga produk dlm RM. Bagaimana nak order

    Reply
    • Saya boleh cadangkan anda untuk mencuba Phen375, sebab ramai yang mendapat hasil (dengan syarat perlu jaga pemakanan, dan sedikit senaman). Untuk produk dari Evolution Slimming pula, mereka ada setting harga dalam RM, sebelah atas kanan. Untuk Phen375 pula, harganya bermula dari RM300. Anda juga boleh mendapatkan produk fat burner keluaran Malaysia, namun saya tidak cover dalam artikel ini.

      Reply
  9. Hi admin, terima kasih di atas info yg diberi. Soalan sy, adakah produk produk fat burner ni boleh digunakan oleh breastfeeding mother? Tqvm.

    Reply
    • Tidak. Adalah lebih baik kalau para ibu utamakan keperluan bayi mereka terlebih dahulu. Mungkin terdapat beberapa bahan di dalam fat burner yang boleh menjejaskan sistem badan para ibu semasa mengandung dan menyusu – oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, saya sarankan anda tidak mengambil fat burner buat masa tersebut. Sekian.

      Reply
  10. Hai admin. Nak tanya sikit. Dia punya shipping terus sampai rumah ya? Ada kena berurusan dgn kastam malaysia ke tak? Tq admin ?

    Reply
  11. Pihak admin telah mengesahkan produk capsiplex adalah halal kerana sumber geletin adalah dari lembu dan bukan babi. Geletin kalau bukan dari sumber babi, tetapi dari lembu adakah ianya halal. Adakah sumber dari lembu yg digunakan adalah dari lembu yg disembelih secara islam?

    Reply
    • Terima kasih diatas persoalan itu. Pihak kami meminta maaf kerana terlepas pandang. Kami sudah menghantar email kepada pengeluar untuk mendapatkan pengesahan. Jika kami tidak mendapat maklum balas dalam masa 3 hari, kami akan menarik balik produk tersebut dari entri ini. Sekian.

      [UPDATE 4/2/16] Pihak kami sudah mendapat pengesahan dari Capsiplex bahawa mereka sudah tidak menggunakan bovine. Sebaliknya menggantikannya kepada veg caps. Produk capsiplex sudah diturunkan dari blog post, sekiranya anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang produk ini, sila klik di sini.

      Reply
  12. salam admin.

    kalau saya makan 2 produk sekali gus, sesuai x?

    1. Garcinia Cambogia – mengurangkan selera makan.
    2. raspberry – membakar lemak.

    Reply
    • Saya sarankan mana-mana top 3 di atas. Phen375 menyediakan 3 pilihan, 1 botol (30 tab) – RM306, 2 botol (60 tab) – RM607 dan 3+1 botol (240 tab) – RM997. Harga yang dinyatakan boleh berubah, dan tidak termasuk shipping.

      Reply
  13. as salam encik khalid 🙂
    terima kasih kerana berkongsi pelbagai info dan menghubungi syrikat berkenaan mengenai status hala produk mereka. kagum saya kerana saudara berpengetahuan dan berkongsi ilmu dengan kami walaupun saudara bukan mempunyai kepentingan perniagaan di sini. saya ingin bertanya, mengapa syarikat ini dipilih? kebanyakan produk tersebut banyak dipasarkan tempatan mungkin sebagai repackaging atau tiruan. bolehkah saudara mengesyorkan produk yang dipasarkan di malaysia. atau mungkin sebab ini adalah memang top 10 produk yang sememangnya berkesan 🙂 saya telah pun melayari kedua2 website syarikat berkenaan. memang seperti yang saudara komen. Cuma berasa sangsi sebab kali pertama berurusan dengan syarikat dari luar negara. terima kasih.

    Reply
  14. Hi admin,nak tanya psl produk ‘juicy raspberry’..lepas minum utk 6 hari jantung sya laju sgt sehingga tidak dpt tidur malam,adakah itu normal?..atau itu menandakan produk tersebut tidak sesuai utk saya?..

    Reply
    • Pada pandangan saya, itu adalah perkara biasa. Memang produk fat burner ini mengandungi bahan yang boleh meningkatkan degupan jantung, hal ini untuk membakar lebih banyak kalori dan lemak semasa bersenam. Biasanya orang makan fat burner ini sebelum melakukan senaman atau workout. Sekiranya perkara itu menyebabkan anda rasa tidak selesa dan rimas, anda boleh bertukar kepada produk yang lain. Apa-apa pun, silalah rujuk dengan doktor pakar. Sekian.

      Reply
    • Dalam jangka masa 1 – 3 bulan, dengan penggunaan yang kerap. Namun ia bergantung kepada individu itu sendiri. Untuk maklumat yang lebih terperinci dan tepat, saya sarankan anda agar menghubungi pihak Phen375 sendiri di laman sesawang mereka. Klik di sini.

      Reply
  15. admin saya telah mencuba tko fat burner dlm 3bulan tapi x mendapat hasil saya jenis bdn tinggi dan besar ada apa ii product yg paling berkesan boleh tolong saya kuruskan bdn?

    Reply
  16. saya ade survey dalam internet..ada syarikat lain yg jual jgk product berasaskan Garcinia..selamat n sama jugak ke fungsinya?tq

    Reply
  17. Assalamualaikum Tumpang Tanya Admin, Admin Tlg Syorkan Pada Sy Produk Mana Yg Sy Boleh Ambil Dan Dapat Kesan Dengan Cepat Boleh Kuskan Badan Betoi2 Berkesan, Sebab Berat Badan Saya Dan Naik Sampai 110kg Sy Xpernah Cuba Mana2 Produk Untuk Kuruskan? Ni Bru Nak Cuba Da Terlalu Gemok Sya Nie Dlu Sy Kurus Aja Selepas Kahwin Aja Berat Badan Sy Naik Sampai 110kg, Sy Nie Memang Sy Suka Makan Nasi setiap Malam Kuat Makan Sy Suka Minum Minuman manis2 Dn Sebab Tu Berat Badan Sy Trus naik Ajaa Sampai 110kg, Hrp Admin Bleh Bantu Sy Produk Mana Yg Sy Bleh Ambik Yg Bleh Kurus Betoi2 Kesan Dgn Cepat, Sy Tak Berapa Pandai Pasai Produk2 Kuruskan Nie Harap Bantu Sy, Terima Kasih Syukran Sy Dri GEORGETOWN PENANG 🙂

    Reply
    • Saya tidak pasti, anda boleh merujuk kepada doktor, sebab bahan kandungan dalam pill itu yang boleh membezakan sama ada ubat itu boleh atau tidak. Ataupun, anda boleh mencuba dengan kadar yang sedikit, sekiranya ia memberikan kesan sampingan, berhentikan pengambilan.

      Reply
  18. salam admin

    saya lelaki & boroi. Di pasaran sekarang banyak jual singlet yang boleh buang lemak kat perut. Adakah ianya berkesan ? saya nak cuba tapi macam was-was jer ( x confident pakai singlet boleh buang lemak)

    Reply
    • Wsalam tuan, secara jujur, saya tidak tahu akan keberkesanannya. Bagi saya pun, agar sukar untuk mempercayai bahawa dengan singlet pun anda boleh kurus. Cadangan saya, tuan hubungi syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan dan tanya apa sokongan sains mahupun testimoni pengguna “sebenar” produk mereka. Selebihnya, adalah penilaian tuan sendiri.

      Cuma fakta yang perlu kita tahu: untuk kuruskan badan, kita perlu jaga makan dan kerapkan bersenam.

      Reply
  19. Banyak produk menguruskan badan diluar sana. Cuma berhati-hati dalam memilih.Pastikan ada logo halal dan diluluskan KKM. Yang penting diri kita perly berdisiplin makan secara berjadual dan bersenam. InshaAllah, dengan bantuan ubat kurus yang diamalkan secara konsisten dapat membantu mengurangkan berat badan. Jangan lupa , banyakkan minum air kosong dan kurangkan minuman bergula

    Reply
  20. admin, masalah saya adalah perut dan peha. peha sgt susah nak turun walau mcm mcm dah cuba. boleh recommend produk mana yang berkesan?

    Reply
  21. SALAM ADMIN

    adakah boleh saya consume RASPBERRY KETONE PLUS + GARCINIA CAMBOGIA sekali gus ? mohon pencerahan admin terima kasih atas info

    Reply
  22. Salam…nak tanya…sy dah cuba buat pembayaran kt web slimming evolution utk produk raspberry ketone tu…tapi xboleh..option kt situ cuma utk credit card saja..sy xde credit card..caner eh? Mcm mana cara sy nk beli benda nih..selain dari credit card ade option lain x utk beli?

    Reply
    • Anda boleh menggunakan Debit Card untuk tujuan tersebut (ia boleh berfungsi sebagai credit card). Anda hanya perlu pilih credit card sebagai payment, option, kemudian masukkan details debit card anda. Jika kad bank anda mempunyai logo Visa/Mastercard, maka ia adalah debit card dan boleh digunakan untuk membuat pembayaran online.

      Cuma sebelum membuat pembayaran, pastikan anda aktifkan kad anda dengan membuat panggilan kepada pihak bank.

      Harap dapat membantu, namun sekiranya anda masih mengalami masalah sila komen di bawah.

      Sekian.

      Reply
  23. hi, do you familiar with product name Garcinia Cambogia 1300 Slimming Weight Loss (Enhanced Version) (Made in USA) – 60 Capsules. been trying for 1 month and it surely help me to reduce my weight

    Reply
  24. salam Admin. bole saya tahu bpe tempoh masa postage diperlukan setelah selesai order melalui online ye?

    Reply
  25. salam Admin. Saya ada dua soalan. Adakah produk Slimfy dari USA halal? Boleh tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut? terima kasih…

    Reply
  26. salam, nanti tanya tentang produk Juicy raspberry, adakah sama fungsinya seperti Raspberry Ketone? Terima Kasih

    Reply
  27. Hi admin, saya ingin membuang lemak berlebihan yang ada sedikit d bahagian badan then banyak pada area pinggang, soalannya di sini, produk yang mana paling sesuai or betul2 bagi effect pengurusan dan pembakaran yang paling berkesan dalam list2 produk di atas?

    Reply
  28. Hi Admin, ada jual produk FruThin ka..?? sekiranya admin ada tau kat mana..?? boleh helo2 sya..0105816398?? coz da round smua website area malaysia, mcm ada dealer jual ni produk… FruThin…

    Reply
  29. Bagaiman mahu membeli Phen375 kerana tiada tukaran harga dalam ringgit malaysia seperti produk-produk Evolution Slimming yang sudah ada tukaran dalam harga ringgit malaysia? terima kasih.

    Reply
  30. Saya ada masalah darah tinggi dan berumur 48 tahun. Saya sentiasa terlalu letih utk bersenam. Antara ke tiga2 produk fat burner mana yang paling sesuai? Terimakasih

    Reply
  31. Pingback: review pengalaman menurunkan berat badan secara | INFOLANGSING.XYZ
  32. Hi.. saya pun berminat nak dapatkan Phen375. awak dah berjaya dapatkan ke? share info please. tq.

    kalau ada seller dari Malaysia pun bagus jugak.

    Reply
  33. Hi admin!…maaf nak bertanya produk capsiplex adakah berkesan dan berkualiti untuk diambil? Dan ada kesan sampingan tak?

    Reply

Leave a Comment