Cara Meminta Kembali Wang Yang Dipinjamkan Kepada Rakan [Tanpa Rasa Bersalah]

meminta kembali wang

Budaya pinjam meminjam duit dan wang sudah menjadi satu lumrah dalam budaya rakyat Malaysia, terutama dalah golongan remaja – ada je benda yang mereka mahu beli.

Dan kebanyakan orang yang meminta meminjam duit adalah rakan-rakan sendiri, dan perlu ingin, mereka ini kalau bab meminjam duit orang No. #1, tetapi apabila diminta pulangkan duit, batang hidung pun tak nampak.

Bukan semua orang sebegini, tetapi kebiasaannya kita ada mungkin pernah kenal orang bersifat macam itu.

Artikel kali ini akan menyarankan beberapa langkah yang anda boleh ambil (sebagai pemberi pinjam), meminta kembali wang yang dipinjamkan kepada rakan (tanpa rasa bersalah).

1. Takkan Bagi Pinjam Lagi

Cara ini sangat berkesan kalau rakan anda ini jenis yang suka pinjam duit daripada anda. Dia tahu pinjam sahaja, tetapi tidak tahu bagaimana untuk pulangkan.

Orang yang macam ini, beritahu terus: “Aku takkan bagi pinjam kat kau lagi dah kalau kau tak nak bayar“.

Ataupun stail girly skit: “Kalau you tak nak bayar duit I, I tak nak kawan dengan you lagi..“, tarik-tarik rambut skit.. kbai.

2. Ingatkan Mereka (Sebab Mereka Buat-Buat Lupa)

Orang yang meminjam ini biasanya ada satu sifat – pelupa. Mereka sering buat-buat lupa apa yang mereka pinjam. Oleh itu, kita perlulah sering beri peringatan kepada orang yang nyanyuk ini.

Berikan peringatan kepada mereka, 2-3 kali seminggu. Jika mereka tidak mahu pulangkan jugak, sila ke langkah seterusnya.

3. Bagi Mereka Deadline

Berlaku jujur kepada rakan anda itu, dan nyatakan bahawa anda sudah tidak boleh tahan sabar melayan kerenah member tu. Lepas itu, beritahu peminjam deadline, bila tarikh terakhir mereka boleh membuat pembayaran balik.

4. Jadi Peramah

Walau apa jua keadaan pun, anda perlu jaga cool, dan bertindak rasional. Jangan menggunakan kekerasan dan jangan ugut rakan anda itu. Ingat, awak tu bukannya Along.

5. Berjumpa Dengan Ahli Keluarga Peminjam

Ya, ini boleh dikira sebagai satu kaedah yang efektif. Jika peminjam tidak memberikan wang anda kembali, anda boleh ke rumah ibu bapa mereka, dan memberitahu perkara yang sebenar.

Biasanya, ibu bapa peminjam akan rasa bersalah dan akan menyuruh anak mereka mengembalikan wang tersebut. Anak yang “baik” mendengar kata-kata ibu bapa.. huh

Tidak pun, ibu bapa mereka itu sendiri yang membayar balik.

Mungkin sesetengah pembaca merasakan cara ini tidak sesuai atau baik, tetapi tiada salahnya kalau kita mahu hak kita dikembalikan.

6. Terima Hakikat

Setelah sebulan anda tidak mendengar khabar berita daripada rakan anda setelah anda memberikan mereka deadline, sudah tiba masanya untuk menerima hakikat bahawa wang anda sudah tidak dapat dikembalikan.

Anggaplah ini sebagai satu pengalaman dan iktibar bahawa bukan semua orang boleh dipercayai, bahkan rakan sendiri. Semua orang mempunyai nafsu masing-masing.

7. Ambil Tindakan Undang-Undang

Sekiranya jumlah wang yang dipinjamkan itu berjumlah besar, anda boleh mendakwa rakan anda di mahkamah. Cuma anda perlu membawa bukti yang sangat kukuh mengatakan bahawa duit yang dipinjamkan itu adalah bersifat sementara, bukannya satu pemberian.

Perkara ini agak sukar untuk dipraktikkan kerana biasanya rakan meminjam duit ini, kita tidaklah sampai membuat surat akur janji, tidaklah sampai perlu tanda tangan mana-mana surat perjanjian dan sebagainya – itulah masalahnya, tiada dokumentasi rasmi!

Tips Tambahan

  1. Sebelum beri pinjam kepada sesiapa, pastikan mereka adalah orang yang boleh diharap.
  2. Adalah terbaik sekiranya kita buat surat perjanjian, dapatkan tandatangan dan salinan IC sebelum beri pinjam. Fuhh
  3. Sekiranya peminjam pun memang dalam keadaan terdesak, berikan kelonggaran kepada mereka untuk bayar secara ansur-ansur (sedikit demi sedikit).

Amaran

Jangan sebarkan keburukan peminjam secara meluas. Tidak baik membuka aib sekiranya anda tidak tahu keadaan sebenar orang itu.

Kesimpulan

Secara ringkas, satu kenyataan yang kita semua perlu telan adalah: bukan semua orang adalah baik, walaupun dia adalah rakan kita sendiri.

Oleh itu, kenalah pandai-pandai memilih kawan pada awalnya. Harap artikel berkenaan cara meminta kembali wang yang diberi pinjam ini boleh memberikan manfaat kepada kita semua.

Setakat unfriend di Facebook dan block di Twitter, tidak mendatangkan kesan yang besar, anda perlu berdepan secara head on.

Sekian~

loading...

Beri maklum balas