10 Cara Mengajar Anak-Anak Tentang Kewangan & Duit

mengajar anak-anak tentang kewangan

Anak-anak semakin membesar biasanya akan mula menghargai duit atau kewangan secara umumnya. Mereka akan mula rasa bukan senang untuk mendapatkan duit dan jangan senang-senang untuk membelanjakannya.

Mungkin pada peringkat itulah anda perlu mengambil peluang untuk mengajar mereka tentang kepentingan kewangan dan duit. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mereka, 10 cara yang dinyatakan di bawah boleh membantu.

Cara Mengajar Anak-Anak Tentang Kewangan

 

1. Dedahkan Anak-Anak Kepada Realiti Hidup

Satu ilmu untuk mengatur kewangan adalah sesuatu yang sangat bernilai – sebab ramai yang tidak pandai mengagihkan wang mereka. Ajar mereka dari kecil bahawa duit tidak tumbuh dari pokok, ia perlukan usaha untuk mendapatkannya.

Jika tidak menggunakannya dengan betul, ia akan habis. Lebih-lebih lagi dengan bebanan GST dan penurunan kadar mata wang ringgit Malaysia, ramai ibu bapa yang merungut kerana terpaksa menanggu bebaban yang lebih semasa sesi persekolahan bermula.

2. Beritahu Perkara Yang Sebenar

Anak-anak selalu memerhati ibu bapa mereka. Jika anda bertindak gelisah, anak-anak akan perasan. Daripada membiarkan mereka tertanya-tanya kenapa ibu bapa mereka bekerja lebih masa dan sering bertanyakan soal duit, adalah terbaik sekiranya anda menerangkan kepada mereka situasi kewangan keluarga.

Biasanya anak-anak akan mula mengerti bahawa kewangan tersebut perlu dipandang serius. Sekurang-kurangnya mereka tahu kenapa duit perbelanjaan mereka dipotong.

3. Terangkan Harga Sesuatu Barang

Sesetengah ibu bapa tidak mengambil tahu tentang perbelanjaan anak-anak mereka. Maka, perlu mengubahnya. Anda sepatutnya memainkan peranan untuk menerangkan yang mana mahal dan yang mana lebih murah. Sebagai contoh, air panas lebih mahal dari air sejuk – hal ini kerana ia perlukan tenaga elektrik untuk panaskan air tersebut.

Jika anak-anak tidak mengerti bagaimana untuk berjimatkan elektrik (berbalik kepada contoh tadi), ia secara tidak langsung akan menambah bil elektrik rumah anda.

4. Ajar Anak-Anak Menabung

Ibu bapa kadang-kadang suka memberikan duit kepada anak-anak mereka, biasalah tu. Cuma pastikan mereka sudah ada satu fahaman tentang konsep menabung dan berjimat cermat.

Sekali sekala, tanya mereka apa yang mereka sudah beli dan berapa lagi tinggal bagi duit mereka. Berikan mereka satu tabung, dan menyarankan mereka untuk menabung dengan baki perbelanjaan harian mereka.

Untuk menambah semangat mereka, anda boleh memberikan tawaran hadiah jika tabung mereka sudah mencecah satu nilai.

5. Berikan Contoh Yang Baik Kepada Anak-Anak

Kita kadang-kala terlupa bahawa anak-anak sering memerhatikan gerak-geri kita. Oleh itu, apabila ibu bapa sering menggunakan duit tanpa berjimat, anak-anak akan merasakan bahawa itu adalah perkara yang biasa.

Oleh itu, anda juga perlu memainkan peranan untuk berubah jika mahukan anak-anak anda berubah – atau sekurang-kurang pandai mengurus kewangan.

6. Cuba Alihkan Perhatian Anak-Anak Daripada Barangan Mewah

Anak-anak biasanya mudah tertarik dengan barangan (terutama) yang diiklankan di televisyen. Dan barang-barangan tersebut bukanlah murah. Bukan setakat mereka, para ibu bapa pun kadang-kadang terpengaruh juga.

Oleh itu, kalau anda dalam masalah ekonomi, anda seharusnya setkan minda anda untuk lebih berjimat cermat. Elakkan daripada membeli barangan yang rasakan tidak perlu. Pada masa yang sama, pandai-pandailah pilih barangan yang lebih murah.

7. Mulakan Elaun

Pemberian elaun boleh menjadi satu alat untuk mengajar anak-anak. Ia boleh memberikan persepsi kepada anak-anak tentang kepentingan duit.

8. Ajar Anak-Anak Dengan Permainan

Mungkin cara ini boleh diaplikasikan secara berpantau. Permainan boleh menarik kanak-kanak untuk mengetahui sesuatu, kerana pemikiran mereka adalah untuk bergembira.

Hal kewangan merupakan perkara yang serius, oleh itu kebiasaannya kanak-kanak tidak menyukainya. Namun, terdapat permainan yang boleh mengajar mereka dalam bentuk permainan seperti Monopoly atau Jutawan.

Dengan cara ini, anda boleh mendedahkan serba sedikit tentang kewangan dan kenapa ianya perlu pemerhatian yang lebih.

9. Ajar Anak-Anak Berbelanja Secara Berhemah

Tidak kiralah sama ada anda membeli belah bersama keluarga atau biarkan anak-anak membeli barangan mereka sendiri, anda disarankan agar mengajar anak-anak untuk membeli dengan cara yang berhemah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca artikel ini.

10. Sarankan Anak-Anak Bekerja (Bagi Yang Cukup Umur)

Kadang-kala, ibu bapa sendiri tidak mampu menampung perbelanjaan anak-anak. Oleh itu, ada kalanya menyarankan anak-anak, terutama yang sudah cukup umur untuk bekerja sambilan adalah sesuatu yang wajar.

Disamping mendapat sedikit sokongan kewangan, mereka juga boleh terdedah kepada dunia pekerjaan. Mereka juga boleh mendapatkan pengalaman tambahan.

Video

Jika anda ingin mengetahui apakah nasihat Warren Buffet kepada anak-anak tentang kewangan dan duit, sila lihat klip video yang dimuat naik oleh WSJ di bawah:

Kesimpulan

Tidak boleh dinafikan bahawa kewangan dan duit memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan seharian manusia, tidak kira usia muda atau tua. Oleh itu, untuk mendapatkan pulangan yang bermanfaat pada masa hadapan, adalah terbaik sekiranya kita semua mempelajari bagaimana mengaturnya pada usia muda.

Harap artikel ini boleh memberikan idea kepada anda untuk mengajar anak-anak tentang kewangan dan kepentingannya.

Sekian~

2 Semua Maklum Balas

  1. Perkongsian yang bagus =)

    “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

    Robert Kiyosoki selalu mengatakan, ilmu pengetahuan tentang kewangan tidak diajar di sekolah, sedangkan ia perkara asas yang seharusnya didedahkan kepada anak-anak dari awal usia.

    Jadi, saya cadangkan kepada rakan pembaca untuk mendapatkan novel grafik, “Rich Dad’s Escape The Rat Race” sebagai pilihan bacaan yang terbaik.

    Permasalahan tentang kewangan dijelaskan dalam bentuk komik, menjadikan buku ini antara platform terbaik bagi pembaca khususnya yang baru berjinak-jinak tentang ilmu kewangan, serta ibu bapa yang mahu memperkenalkan ilmu kewangan kepada anak-anak. Insyaallah. Moga bermanfaat.

    Salam ukhuwah =)

  2. Didikan daripada awal merupakan sesuatu yang amat baik, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika kita lihat harini, ramai orang dewasa sekalipun, tidak pandai menguruskan wang saku mereka dengan baik. Mungkin salah satu faktornya tiada didikan menabung ataupun pengurusan kewangan dari kecil lagi. Ekonomi yang agak mendesak harini memerlukan ilmu pengurusan kewangan yang baik untuk lebih bijak berbelanja demi kelangsungan hidup.

Beri maklum balas