5 Langkah Mudah Memilih Pakaian Semasa Membeli Belah

memilih pakaian semasa membeli belah

Membeli belah pakaian baharu merupakan satu perkara yang kita semua suka, namun boleh bertukar kepada pengalaman yang tidak memuaskan apabila sudah sampai di rumah dan sedari bahawa pakaian tersebut tidak padan; lebih teruk sudah rosak/koyak.

Tidak mahu mengulangi perkara yang sama? Kali ini anda ingin menjadi pengguna yang bijak? Jom ikuti 5 langkah mudah memilih pakaian semasa membeli belah.

Langkah Memilih Pakaian Semasa Membeli Belah

1. Pilih barang/pakaian yang anda mahukan. Carilah dari setiap sudut, kemudian ke bahagian potongan/sale sehingga anda jumpa yang anda rasa berminat untuk dimiliki.

2. Kemudian, lihat pula harganya. Adakah anda mampu milikinya? Jika terlalu mahal, terlebih bajet kenalah pilih alternatif yang lain.

3. Seterusnya, tengoklah pula saiznya. Ambillah apa yang sesuai dengan badan anda. Janganlah terlalu ketat, dan janganlah terlalu longgar.

4. Setelah semuanya sesuai, cuba pakainya! Semua pasar raya pakaian mempunyai bilik untuk pelanggan mencuba pakaian tersebut. Ambil peluang ini untuk mencuba pakaian tersebut. Pada masa ini, pastikan anda memeriksa semua sudut pakaian tersebut, pastikannya tidak koyah atau rosak.

5. Jika anda sudah berpuas hati dengan pakaian tersebut, bolehlah membuat pembayaran. Pastikan anda membuat pembelian di atas keperluan, bukannya kemahuan dan nafsu semata-mata.

Tips Tambahan

1. Anda boleh meminta kawan untuk menemani anda semasa membeli belah. Mungkin mereka boleh memberikan pandangan.

2. Ada sesetengah penjual pakaian ini tidak berlaku jujur, oleh itu anda sendiri perlu membuat penilaian agar tidak mudah ditipu.

3. Jika anda membeli pakaian tersebut secara online seperti dari Zalora atau Lazada, anda biasanya mempunyai tempoh hari untuk pemulangan sekiranya tidak berpuas hati. Oleh itu, setelah pakaian tersebut sampai ke rumah anda, cepat-cepat mencubanya dan membuat keputusan mahu menyimpannya atau mahu memulangkannya.

4. Langkah-langkah diatas juga boleh diaplikasikan kepada perkara yang lain semasa anda membeli belah, bukannya terhad kepada pakaian sahaja, cuma skopnya mungkin sedikit berbeza.

Berkaitan4 Cara Berjimat Dalam Kehidupan Seharian

Kesimpulan

Secara ringkas, bukannya sukar untuk menjadi bijak semasa membeli belah, terutama pakaian, anda hanya perlu memeriksa dan mencubanya terlebih dahulu. Sekiranya anda mendapati kerosakan/koyak cepat-cepat pulangkannya ke pasar raya berkenaan.

Harap artikel ini membantu.

Sekian.

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here