Bagaimana Untuk Mengawal Diri Semasa Membeli Belah

Mengawal Diri Semasa Membeli Belah

Kebanyakan orang, biasanya dalam kalangan wanita lebih senang tertarik kepada tawaran atau potongan harga pada kedai-kedai atau gerai-gerai semasa membeli belah – membawa kepada masalah berbelanja lebih ke atas benda yang tidak diperlukan.

Artikel ringkas kali ini adalah untuk memberikan sedikit cadangan bagaimana untuk mengawal diri semasa membeli belah, lantas mengelakkan anda daripada menjadi seorang shopaholic.

1. Jauhi Kedai

Biasanya, semasa membeli belah anda akan melalui beberapa kedai atau gerai yang menjual pakaian, kasut atau apa-apa yang boleh menarik minat anda untuk membeli. Mulai hari ini, cuba endahkan gerai-gerai ini, terutama untuk mengelakkan daripada berbelanja lebih.

2. Elak Terikat Kepada Jenama

Terlalu terikat kepada jenama mungkin memakan diri dalam jangka masa yang lama, kerana biasanya barangan yang berjenama popular sedikit mahal. Oleh itu, apabila membeli belah, cuba elakkan daripada terlalu terikat kepada brand yang anda suka (terutama jika anda sedang berjimat) untuk mengelakkan daripada berbelanja lebih.

3. Teliti Dengan Harga

Jika anda ingin membeli sesuatu, yang anda sudah tahu ianya mahal, cuba ingat kembali betapa susahnya untuk mendapatkan sejumlah wang tersebut. Jika anda rasakan mendapatkan wang itu sukar, maka adalah terbaik sekiranya anda membeli barang yang sedikit murah.

Baca: 8 Langkah Elak Pembaziran Duit (Anda Patut Patuhi)

4. Kawal Diri Sendiri

Anda sudah ketagih membeli sesuatu yang baru. Cara untuk mengatasi ketagihan ini adalah dengan mengawal diri dan nafsu. Selain itu, anda juga boleh pergi membeli belah dengan rakan, agar mereka boleh mengawal diri anda daripada membeli sesuatu yang tidak perlu.

Tips Tambahan

1. Semasa keluar membeli belah, ambil barang yang diperlukan sahaja. Buat senarai barang yang diperlukan sebelum keluar membeli.
2. Pergi shopping dalam keadaan kenyang.
3. Bawa duit secukup-cukupnya, dan jangan bawa kad kredit semasa membeli belah.

Buku Yang Sesuai Kepada Anda

bajet wang oleh Khairulnahar Jamaluddin

kalau anda ingin mengetahui bagaimana untuk mengatur kewangan dengan lebih efektif, kami mencadangkan anda membaca buku “Bajet Wang” karya¬†Khairulnahar Jamaluddin. Anda boleh dapatkan buku ini di BookCafe dengan harga RM39.90 sahaja.

Kesimpulan

Mengawal diri semasa membeli belah merupakan perkara yang boleh dilakukan dengan sedikit disiplin dan ketekunan. Yakinlah bahawa dengan sedikit pengorbanan tersebut, anda akan bersyukur pada kemudian hari.

Harap artikel ini membantu anda dalam berjimat semasa membeli belah.

Sekian~

2 Semua Maklum Balas

  1. Betul tu, bila ada check list di tangan, kita lebih fokus untuk mencari barang tersebut instead berjalan seluruh pasaraya. Berjalan sambil ‘makan angin’ mendedahkan kepada impulse buying.

  2. Kebiasaannya ramai yang masih keliru untuk membezakan antara keperluan dan kehendak dalam kehidupan. Itu antara punca kenapa kita selalu mengalami kebocoran wang lebih2 lagi bila pergi shopping @ berbelanja.

    So, penting untuk di fahami dulu beza NEED vs WANT. Insyaallah boleh atasi masalah di atas. =)

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here