4 Petua Membina Kekayaan Berkesan & Semua Orang Boleh Buat

Tidak dinafikan bahawa semua orang pasti teringin untuk menjadi kaya, paling tidak pun ingin bebas daripada semua masalah kewangan dan ingin hidup dengan tenteram. Setelah penat bekerja untuk beberapa tahun, anda pasti mahukan hasil yang memuaskan.

Namun, bagaimana untuk mengatur wang anda untuk kegunaan semasa dan pada hadapan?

Berikut adalah beberapa petua membina kekayaan yang boleh membantu anda untuk mencapai apa yang anda mahukan.

Artikel ini hanyalah sebagai panduan yang ringkas, saya tidak terangkan secara detail. Tidak sabar untuk mengetahuinya? Teruskan membaca.

Bahagian #1: Pandai Menabung

rajin menabung

Kekayaan mesti bermula dengan sikap yang suka menabung. Tidak guna kalau anda mendapat gaji atau pendapatan yang lumayan, tetapi terus menggunakan semua duit tersebut tanpa menabung. Ikuti bagaimana untuk menjadi saving guru di bawah:

1. Luangkan Masa Merancang Bajet

Merancang bajet hidup anda sangat penting, oleh itu anda perlu tahu bagaimana untuk membuat bajet yang tepat dan praktikal. Jika anda tidak pandai atau kurang mahir dalam membuat bajet, sila klik di sini untuk mendapatkan bantuan.

Apa yang penting dalam membuat bajet ini adalah menetapkan bajet yang munasabah, yang mana anda rasa anda boleh ikut.

2. Simpan Pendapatan Bulanan

Berapa jumlah atau peratus yang anda ingin menyimpan dari pendapatan bulanan adalah bergantung kepada anda sendiri. Sesetengah mahu 10% hingga 15%, dan ada juga orang yang menyimpan dengan peratusan yang lebih tinggi.

Semua ini adalah atas anda, cuma pastikan simpanan tersebut tidaklah terlalu keterlaluan sehingga anda pun susah nak makan setiap hari. Apa kata anda mulakan terlebih dahulu dengan 10% dari pendapatan bulanan anda.

Satu cara lagi yang anda boleh lakukan adalah dengan menggunakan peraturan 8X (8 kali ganda). Apa yang ingin dimaksudkan adalah anda dapat menyimpan 8 kali ganda berbanding dengan gaji anda selepas anda bersara. Anda boleh bermula dengan 1x gaji disimpan pada umur 35, 3x gaji pada umur 45 dan 5x pada umur 55.

3. Guna Kad Kredit Secara Berhemah

Kad kredit boleh memberikan manfaat kepada anda (dalam sesetengah situasi), namun pada masa yang sama boleh memberikan kesan buruk jika tidak pandai menggunakannya.

Hal ini kerana kad kredit boleh menggalakkan anda berbelanja lebih pada benda yang tidak perlu, dan berakhir dengan hutang yang berlimpah sehingga anda sendiri tidak mampu bayar.

Terdapat satu kajian oleh ahli saintis bahawa otak manusia berfikir berlainan dengan kredit dan duit yang sebenar. Satu kajian mendapati bahawa pengguna kad kredit berbelanja lebih banyak berbanding dengan pengguna yang tidak menggunakan, sebanyak 12% hingga 18%. Bagaimana perkara ini terjadi?

Mungkin kebanyakan orang merasakan kredit itu bukan duit sebenar, kerana ianya datang dalam bentuk plastik, manakala duit betul datang dalam bentuk kertas dan syiling.

4. Ubah Pandangan Anda Terhadap Simpanan

Kita semua tahu bahawa amalan menabung dan menyimpan adalah sukar. Ia bagaikan anda tidak menggunakan duit yang anda sudah ada untuk masa hadapan. Bagi sesetengah orang, itu perkara yang agak sukar.

Anda boleh ubah pandangan anda terhadap menabung dengan melihatnya dengan persepsi yang berbeza, lantas memberikan motivasi kepada anda untuk menjadi orang yang lebih berjimat cermat. Berikut boleh membantu anda:

i. Setiap kali anda membuat pembelian, bahagikan kos barangan tersebut kepada pendapatan anda setiap jam. Jika anda membeli smartphone yang baharu bernilai RM2400, tetapi anda hanya membuat RM13 setiap jam, ini bermakna anda akan bekerja selama 184 jam semata-mata untuk membeli smartphone itu tadi. Ini maksud anda bekerja lebih kurang 24 hari untuknya.

ii. Kecilkan target simpanan. Daripada anda target untuk menyimpan RM15,000 setiap tahun, lebih baik anda kecilkan skop kepada bulanan, mingguan dan mahal harian. Sebagai contoh, “setiap hari aku ingin menyimpan RM40.” Lama-kelamaan, pada akhir tahun anda akan dapat menjimat RM15,000.

Bahagian #2: Rancak Membina Kekayaan

membina kekayaan

Selain pandai merancang belanjawan, anda juga perlu bijak dalam mencari cara untuk menambahkan pendapatan yang sedia anda. Percayalah, anda tidak boleh menjadi kaya dengan hanya makan gaji atau bekerja dalam sektor pentadbiran. Ketahui lebih lanjut bagaimana anda boleh membina kekayaan di bawah:

1. Merunding dengan Pakar Kewangan

Pernahkan anda mendengar satu pepatah “anda perlukan duit untuk membuat duit?” Dalam kes ini, itulah yang anda perlu aplikasikan. Ya, memang kalau mendapatkan rundingan daripada pakar kewangan anda perlukan duit, namun fikirlah pada masa hadapan anda akan mendapat pulangan yang lebih lumayan.

Perancang kewangan yang baik bukan sahaja merancang dan mengatur duit anda. Dia akan mengajar anda bagaimana untuk melabur, menerangkan matlamat jangka panjang dan jangka singkat, membantu anda perbetulkan persepsi tentang kekayaan, dan memberitahu anda bila untuk berbelanja.

2. Mulakan Pelaburan

Melabur adalah sesuatu yang penting jika anda betul-betul ingin membina kekayaan, pada masa yang sama untuk mengekalkannya. Terdapat banyak cara untuk melabur, dapatkan bantuan perancang kewangan anda jika mahukan butiran yang lebih lanjut.

Mula bergiat dengan melabur di dalam indeks. Sebab kebanyakan orang yang melabur akan mulakan dengan indeks, kerana ia boleh dikatakan selamat. Anda juga boleh melabur di dalam mutual fund (dana bersama), ia tidaklah boleh memberikan pulangan yang banyak tetapi lebih selamat.

3. Cuba Elakkan Daripada Trading (Perdangangan)

Anda mungkin akan berfikir anda boleh mendapatkan pulangan yang banyak dengan membeli pada stok rendah dan menjual pula pada nilai yang jauh lebih tinggi, namun semua benda dan situasi akan berpihak kepada anda.

Sekarang, sudah banyak kajian akademik menyatakan bahawa trading (termasuklah forex trading) tidak memberikan keuntungan. Bukan sahaja anda terpaksa membayar kos yang tinggi setiap hari, malah anda hanya mendapat pulangan yang sedikit, itu pun kalau anda bernasib baik.

Ianya sukar untuk meneka stock market yang tepat. Orang yang pandai memilih stock yang bagus dan melabur dalam jangka masa yang lama mendapat pulangan yang jauh lebih lumayan daripada orang yang membeli dan menjualnya setiap hari.

4. Melabur Dalam Pasaran Dunia

Perkara ini mencadangkan anda untuk melabur di dalam pasaran dunia yang sedang berkembang. Anda boleh bermula dengan pasaran Malaysia terlebih dahulu. Namun, jika anda tidak berminat anda boleh ke pasaran dunia.

Dalam tempoh yang lama, Amerika Syarikat adalah salah satu pasaran yang baik dan menguntungkan. Namun, anda juga terbuka untuk melabur di dalam pasaran di negara-negara lain yang sedang membangun seperti Singapura, Japan dan lain-lain.

5. Pelaburan Hartanah

Melabur di dalam pelaburan hartanah menjadi salah satu cara untuk menambah kekayaan anda, namun tidaklah menjadi satu kewajipan. Ramai yang menganggap bahawa pelaburan hartanah ini dapat memberikan pulangan yang lumayan, namun pada masa yang ia mengambil masa yang agak lama untuk mendapat hasil tersebut.

Berikut adalah beberapa petua yang anda lakukan jika ingin melabur di dalam hartanah:

i. Beli rumah yang anda mampu beli dan ekuiti bangunan di dalamnya daripada membayar sewa. Membeli mortgage boleh dikatakan sebagai satu belanjawan yang paling mahal dalam hidup anda – namun ia memberikan hasil pada kemudian hari.

ii. Jual (flip) rumah dengan berhemah. Apa yang dimaksudkan dengan flip adalah anda membeli rumah, lakukan ubah suai dan kemudian menjualnya balik dengan keuntungan. Rumah senang untuk dijual kerana terdapat banyak permintaan, cuma kena pandai lakukan agar mendapat keuntungan, bukannya kerugian.

Bahagian #3: Jadi Pengguna Yang Lebih Bijak

jadi pengguna yang bijak

Menabung sudah. Melabur sudah. Kemudian anda pula perlulah pandai dalam merancang perbelanjawan harian anda – jadilah pengguna yang bijak dan cermat. Ketahui bagaimana di bawah:

1. Hidup dengan Sederhana

Perkara ini mungkin agak sukar bagi kebanyakan orang. Bayangkan, anda seorang yang sudah bertungkus lumus untuk mendapatkan hidup yang lebih baik, yang leih mewah. Kemudian, setelah mendapatnya, anda perlu berjimat cermat. Tetapi percayalah, jangan ikut sangat nafsu itu. Sebaliknya anda perlulah menikmati hidup ini dengan penuh kesederhanaan.

2. Elakkan Membeli Barangan Mahal Ikut Perasaan

Anda mungkin sekali sekala terasa dengki dengan orang yang memiliki barangan mewah dan terasa ingin memilikinya juga. Namun, perasaan yang anda ada itu adalah nafsu dan bukannya fikiran waras dan rational.

Pada masa itu, anda hendaklah memberikan masa untuk berfikir semula, mungkin dalam masa seminggu.

3. Jangan Membeli Belah Semasa Anda Lapar

Satu kajian mendapati bahawa orang yang membeli belah semasa lapar berakhir dengan berbelanja dengan lebih banyak dengan apa yang mereka perlu. Oleh itu, sebelum anda membeli belah, makan terlebih dahulu dan buat senarai barangan yang perlu dibeli.

Dan kemudian semasa membeli belah, hanya beli apa yang disenaraikan tadi. Dengan ini, anda boleh mengelakkan daripada membeli perkara yang tidak perlu. Terdapat perbezaan pada “barangan keperluan” dan “barangan kemahuan” – fikirkannya.

4. Beli Barang Online (Dengan Borong!)

Barang boleh dibeli dengan harga yang lebih murah jika dipesan dari kedai online. Anda boleh memesan barangan keperluan secara online dari Lazada Malaysia.

Selain membeli online, anda juga boleh membeli barangan keperluan secara borong dari pemborong dengan harga yang jauh lebih murah.

5. Kerapkan Membawa Bekal Pada Tempat Kerja

Malu kerana nampak seperti pelajar sekolah rendah? Jangan! Apa yang untung kemudian hari adalah anda. Biasanya anda akan bebelanja sekitar RM10 untuk makan di tempat kerja. Kos ini jauh lebih murah jika anda masak di rumah dan membawa bekal di tempat kerja.

Selain itu, kajian menunjukkan bekal dari rumah jauh lebih sihat dari makan di luar, hal ini kerana anda sendiri yang memilih penggunaan bahan masakan, dan jangan lupa, makanan yang anda masak kurang terdedah kepada persekitaran seperti mana yang di tayangkan di kedai makan.

Bahagian #4: Bina Kekayaan Dengan Pertingkatkan Kemahiran Diri

tingkatkan kemahiran diri

Setelah anda bijak merancang semua perkara berkaitan dengan kewangan anda, apa kata anda pertingkatkan kemahiran diri anda. Ketahuinya di bawah:

1. Belajar, Belajar, Belajar

Jika anda merasakan kemahiran diri anda terhad, apa kata anda dapatkan diploma di dalam bidang tersebut – yang anda rasa penting untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terdapat banyak institusi yang membuka peluang kepada orang yang sudah bekerja untuk sambung belajar diploma di dalam bidang yang mereka minati.

Dan sesetengah program pengajian seperti ini tidak memerlukan kos yang tinggi seperti mana pelajar yang mengambil pengajian sijil, dan jangka masa pengajian pula lebih fleksibel dan pendek (2 tahun). Malah, terdapat institusi pengajian yang menawarkan pengajian secara online untuk memudahkan anda!

2. Teruskan Hubungan

Anda perlu teruskan menjalinkan hubungan dengan orang yang berada di dalam industri yang anda sedang berada.

3. Belajar Gunakan Wang

Setelah anda berjaya mendapatkan hasil daripada usaha yang anda curahkan. Tiada salahnya jika anda menggunakan duit yang anda simpan untuk tenangkan diri dan berehat untuk sementara, nikmati hasil yang anda dapat. Sekurang-kurangnya anda hargai diri anda.

Pergilah bercuti, beli pakaian yang baharu ataupun apa-apalah. Nikmatilah hidup ini selagi boleh.

Tips Tambahan

1. Banyakkan membaca. Sekiranya mampu, anda perlu banyak membaca terutama berita dan perkembangan dalam industri yang anda ceburi. Ambil tahu tentang ekonomi negara dan dunia, kerana ia secara tidak langsung memberikan kesan kepada anda.

2. Belajar untuk melabur, dengan bijak agar ia membuahkan hasil, bukannya menambah kerugian.

3. Banyakkan bersedekah.

Amaran

1. Jangan terlebih berbelanja, terutama pada benda yang anda tidak perlu.

2. Cuba dapatkan kerja yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi dari gaji minimum.

Kesimpulan

Semua orang boleh menjadi kaya, tetapi perlukan teknik, cara dan ambil peluang yang tepat. Dan anda tidak boleh lari dari mengambil risiko, walaupun sedikit. Semua ini bermula dengan anda sendiri sebenarnya, jika anda sekadar membaca artikel ini tanpa mengambil tindakan proaktif, anda tidak mendapat apa-apa.

Harap artikel ini membantu, sila kongsikan artikel kepada sesiapa yang anda rasa boleh membantu. Semoga anda mendapat apa yang anda inginkan.

Sekian~

Leave a Comment