Bagaimana Untuk Berfikiran Ke Hadapan? [12 LANGKAH]

berfikiran ke hadapan

Tiada orang yang boleh lihat masa hadapan. Kadang kala kita terpaksa membuat ramalan dan anggapan sebagai satu bentuk persediaan menghadapi hari mendatang. Dan sudah pasti persediaan itu bukanlah datang dari masa hadapan, tetapi datang dari pengalaman kita yang lepas.

Jika anda tidak tahu dan tidak bersedia untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan, sudah tiba masanya untuk anda berfikiran ke hadapan.

Dalam artikel ini, kami akan mencadangkan 12 langkah bagaimana untuk berfikiran ke hadapan.

Berfikiran ke Hadapan Dalam 12 Langkah

1. Tentukan Perancangan Anda

Masa hadapan merupakan subjektif, kita semua tidak tahu apa yang akan berlaku pada keesokan hari. Oleh itu, kita hendaklah bersiap sedia dengan melakukan perancangan dan persediaan untuk situasi spesifik.

2. Gunakan Gerak Hati

Bukan semua keputusan adalah rasional atau diteliti dengan betul dan kadang kala gerak hati boleh memberikan kesan yang lebih baik. Apa yang anda rasa lebih baik? Apa yang anda rasa lebih berkesan? Apa yang anda rasa akan berlaku?

3. Utamakan Apa Yang Anda Sudah Tahu

Dahulukan perkara yang anda sudah mahir atau tahu. Hal ini kerana, anda mempunyai pengalaman melakukannya walaupun sedikit, dan mungkin anda sudah mengetahui bagaimana ia akan meninggalkan kesan.

4. Kenalpasti Bias Diri Sendiri

Sesetengah manusia lebih bias kepada diri sendiri, tidak kiralah sama ada dari sudut padangan atau perbuatan. Apa yang penting adalah kenal pasti apakah bias itu dan apa kesan kepada orang sekeliling.

5. Guna “Kalau”

Ya, saya faham akan isu masalah penggunaan perkataan “kalau” ini. Namun perkataan ini boleh disebut dan diguna pakai sekiranya sesuatu perkara itu masih belum berlaku. Kita boleh lihat perkataan ini sebagai satu bentuk perancangan.

Dan perkataan “kalau” ini tidak boleh digunakan setelah sesuatu perkara sudah berlaku. Hal ini kerana ia menunjukkan kita rasa kecewa dan tidak menerima takdir tuhan.

Jika digunakan dengan maksud dan masa yang betul, anda boleh mendapat banyak manfaat.

6. Pertimbangkan “Worst Case Scenario”

Cuba bayangkan apa yang paling teruk boleh berlaku. Kemudian senaraikan risiko yang mungkin dihadapi. Tanya diri sendiri:

Adakah worst-case scenario itu boleh dipertimbangkan kembali?
Adakah anda boleh elak?
Adakah risikonya terlalu tinggi?

7. Pertimbangkan Best-Case Scenario

Selain worst case, tidak salah jika anda ingin berfikiran positif sedikit dan mula memikirkan apa yang baik akan keluar dari sesuatu perbuatan.

8. Fikirkan Tindakan Yang Boleh Diambil

Jika anda ingin berfikiran ke hadapan, maka anda mungkn mahu membuat keputusan pada sesuatu situasi pada masa hadapan. Oleh itu, kenalah fikirkannya dari sekarang – tidak kira sama ada ia akan menjadi mengikut perancangan ataupun tidak.

9. Bertindak

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan anda, ambil tindakan apa yang patut sekiranya berlaku sebarang masalah.

10. Bersedia

Sebelum melakukan sesuatu yang ingin dilakukan, bersiap sedia – tidak kiralah sama ada orang, peralatan, kemudahan, perancangan dan sebagainya.

Anda juga boleh menulis sebarang persediaan yang anda mahu. Ia boleh membantu anda untuk ingat. Gunakan kemudahan teknologi yang sedia ada sekiranya perlu.

11. Cuba

Bertindak sebagainya yang dirancang. Jangan terlalu risau akan perancangan/persediaan yang anda buat tidak menepati. Hidup ini tidak menentu.

Sekiranya gagal, ambil iktibar dan jadikannya sebagai satu pengalaman hidup. Anda boleh jadikannya sebagai contoh pada masa hadapan.

12. Sesuaikan

Sesuaikan dan selaraskan tindakan anda berdasarkan situasi. Anda mungkin mahir dalam merancang, tetapi bukan 100% boleh tepat. Mungkin ada serba sedikit yang berbeza yang diluar dari kemampuan anda.

Sekiranya perkara itu berlaku, maka suaikan dengannya.

Tips Tambahan Semasa Berfikiran Ke Hadapan

1. Brainstorm. Dengan memikirkan sesuatu beramai-ramai boleh memudahkan serta mempercepat sesuatu perancangan.

2. Statistik dan keberangkalian merupakan kaedah matematik untuk menganalisis data. Gunakannya untuk menentukan hala tuju data berasaskan nombor.

3. Berlaku jujur pada diri sendiri.

4. Jangan buat keputusan semasa dalam tekanan.

Kesimpulan

Berfikiran kehdapan bukanlah sesuatu yang sukar, ia banyak diperlukan dalam kehidupan seseorang. Bahkan inilah yang akan menentukan hala tuju seseorang dalam hidup.

Kehidupan ini bergantung kepada perancangan dan membuat keputusan. Harap artikel ini membantu anda untuk berfikiran ke hadapan.

Sekian~

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here