Bagaimana Untuk Menjadi Introvert (Dalam 3 LANGKAH)

Introvert merujuk kepada sifat seseorang yang lebih menggemari bersendirian, pendiam. Mereka ini biasanya kurang aktif, tidak bercakap jika tidak perlu, menyendiri dan selesa dalam keadaan yang sunyi. Manakala, extrovert pula bersikap lebih aktif, orang yang sentiasa kehadapan dan lebih mesra dengan semua orang.

Kedua-dua sikap ini tidaklah menunjukkan satu keburukan bagi seseorang, tetapi mereka mendapat kebolehan dan kelemahan masing-masing dalam beberapa perkara.

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan untuk menjadi seorang yang bersikap introvert – mungkin anda adalah extrovert, mula mempelajari apa yang diharungi oleh orang introvert boleh mengajar anda untuk menghargai orang introvert ini.

Bahagian 1: Fahami Introvert

Sebelum bermula, adalah terbaik jika memahami dengan betul-betul apa yang dimaksudkan dengan sifat introvert ini. Berikut adalah antaranya:

1. Bezakan Introvert dengan Anti-Sosial

Terdapat banyak salah faham tentang orang yang bersikap introvert ini juga dilabelkan seorang yang anti-sosial.

Ini adalah salah.

Menjadi introvert tidak bermaksud anda seorang yang anti-sosial. Orang yang introvert ini hanya lebih suka untuk menyendiri dan menghabiskan masa bersendirian. Mereka juga lebih menggemari melakukan sesuatu dengan sendiri, tidak mahu melibatkan orang lain.

Manakala orang yang anti-sosial ini pula merupakan satu masalah personaliti yang lebih kepada psychopathy ataupun sociopathy, yang merujuk kepada ketidakbolehan untuk memahami dan berhubung secara emosi dengan orang lain. Orang yang anti-sosial biasanya akan bertindak mengikut ego mereka masing-masing.

Tiada masalah sama ada anda seorang introvert ataupun extrovert. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan. Tiada bukti yang kukuh menyatakan satu sikap lebih produk dari satu lagi. Oleh itu, anda hendaklah berbangga dengan sikap apa yang ada sekarang.

2. Bezakan Introvert Dengan “Malu”

Mungkin ramai orang akan melabelkan orang introvert ini adalah pemalu, namun terdapat sedikit perbezaan di antara kedua-dua perkara ini. Introvert ini bukanlah satu kayu ukur kepada tahap sifat malu seseorang, sama juga dalam kes extrovert.

Malu merujuk kepada perasaan takut untuk bercakap di dalam situasi orang orang dan gagal untuk berkomunikasi dengan orang – ini membawa kepada mereka untuk bersendirian.

Introvert pula, mereka sendiri yang memilih untuk bersendirian, bukannya disebabkan oleh sifat malu ataupun takut berdepan dengan orang lain. Introvert lebih produktif dengan melakukan perkara dengan sendiri berbanding dengan bekerja dengan orang ramai.

3. Apa Yang Membuatkan Anda Gembira?

Adakah anda suka meluangkan masa bersendirian? Adakah anda suka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan bersendirian ataupun berkumpulan? Dalam situasi berkumpulan, adakah anda suka berkongsikan pendapat, ataupun anda lebih suka untuk memberi tahu idea anda selepas sesi brainstorming?

Senang cerita, anda tidak akan menjadi introvert dengan hanya bersikap seperti mereka, kerana anda mungkin tidak akan selesa dengan bersendirian. Bagi orang introvert mereka memang suka bersendirian, mereka tidak merasakan ianya satu beban.

Jika anda adalah seorang yang extrovert, tiada sebab untuk anda bertukar kepada introvert. Banggalah dengan apa yang anda dapat, dan hormatilah orang lain yang introvert.

4. Dikotomi

Terdapat juga orang yang berada ditengah-tengah diantara introvert dan extrovert. Mereka ini kalau melakukan ujian personaliti, mereka anda mendapat 50/50 dalam ujian tersebut.

Anda boleh mencuba ujian personaliti Myers-Briggs untuk mengetahui skor anda. Ia juga boleh memberitahu anda bagaimana untuk menjadikan personaliti anda kepada kejayaan masa hadapan. Semua itu adalah panduan sahaja. Apa kata anda mencubanya.

Sila klik di sini untuk memulakan ujian personaliti anda.

Bahagian 2: Luangkan Masa Bersendiri

hobi membaca

Biasanya orang yang introvert akan meluangkan masa bersendirian dan kurang interaksi dengan orang lain. Bagaimana untuk lakukannya? Ketahuinya di bawah:

1. Lakukan Hobi Bersendirian

Jika anda ingin lalui apa yang orang introvert lalui, anda boleh mencuba hobi yang biasanya boleh dilakukan dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Biasanya orang yang introvert mempunyai hobi seperti:

  • Berkebun
  • Membaca dan menulis
  • Melukis
  • Golf
  • Bermain alat musik

2. Tidak Keluar Malam

Biasanya orang yang introvert ini tidak suka keluar malam – makan malam bersama, lepak, ataupun berbual kosong. Mereka lebih suka membaca buku daripada berparti. Jika anda mahu lihat seperti mana orang introvert lihat, cuba luangkan masa pada waktu malam membaca buku.

Adakah anda sering mengharapkan rakan-rakan anda batalkan perancangan, agar anda boleh hanya duduk di rumah menonton televisyen? Ataupun adakah anda kadang-kala menyesal melepak dengan rakan-rakan anda? Itu adalah sifat orang yang introvert.

3. Kurangkan Bercakap

Orang introvert jarang bercakap. Untuk bersikap seperti mereka, cuba anda hadkan percakapan anda. Jadi orang yang pendiam di dalam perbincangan kumpulan anda, biarkan orang lain yang lakukannya untuk anda.

Ini tidaklah bermaksud anda membisu sepanjang perbincangan. Introvert suka kalau orang tidak memberikan perhatian kepada mereka. Oleh itu, orang introvert ini lebih suka mengalihkan perhatian orang di dalam kumpulan untuk perkara yang lain.

Adakah anda berasa malu ataupun rimas semasa orang mula memerhatikan anda? Itu adalah sikap orang introvert. Jika anda sukakan perhatian orang lain, maka anda adalah extrovert.

4. Berbual Dengan Satu Orang Pada Satu Masa

Orang yang bersikap introvert ini bukanlah seseorang yang tidak mampu berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih suka kalau berbual dan berinteraksi dengan seorang sahaja pada masa yang sama. Mereka tidak sukakan berinteraksi dengan orang yang ramai dalam satu-satu masa.

5. Jadikan Tempat Tinggal Lebih Selesa

Memandangkan orang introvert lebih banyak meluangkan masa di rumah, mereka perlukan kondisi tempat tinggal yang selesa dan bersih serta kemas. Pastikan tempat tinggal anda dalam keadaan cerah, jangan terlalu malap.

Perabut pula perlulah lembut dan selesa kerana introvert mungkin banyak luangkan masa di atas kerusi.

Bahagian 3: Jadi Introvert Yang Produktif

jadi introvert yang produktif

Terdapat salah faham yang mengatakan orang yang introvert ini tidak produktif kerana kurang berkomunikasi. Namun, perkara tersebut adalah tidak tepat sekali. Orang introvert juga boleh jadi produktif – dalam persekitaran mereka sendiri.

1. Kejar Kerjaya yang Kurang Interaksi Dengan Orang Lain

Semakin kurang interaksi dengan orang lain, lebih bermakna sikap introvert anda. Oleh itu, bagi orang yang introvert mereka digalakkan untuk mendapatkan kerjaya yang kurang interaksi dengan orang lain – dengan ini, mereka akan menjadi lebih produktif. Berikut adalah beberapa cadangan kerjaya yang memerlukan sedikit interaksi dengan orang lain:

  • Komputer programmer
  • Penulis dan penyunting
  • Saintis/pengkaji

Banyak lagi pilihan kerjaya untuk orang introvert, anda boleh baca di sini.

2. Tumpu Satu Kerja Pada Satu Masa

Extrovert biasanya boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa – berbeza dengan orang yang introvert. Mereka lebih sesuai dengan melakukan satu kerja pada satu masa, dan siapkannya sebelum melakukan kerja yang lain.

3. Topik/Perbualan Yang Serius

Kebanyakan orang introvert tidak menyukai perbualan kecil dan tidak penting, mereka lebih berminat dengan perbualan yang lebih serius, intelektual. Ini juga merujuk kepada jenis kerja dan projek yang introvert suka lakukan.

Oleh itu, dalam projek seterusnya, jangan mudah berpuas hati dengan hasil yang dilakukan. Sebaliknya, lakukan lebih daripada jangkaan anda. Letakkan usaha tambahan pada projek anda sehingga anda tiada idea lagi untuk ditambahkan padanya.

4. Bekerja Sendirian

Orang introvert ini lebih suka melakukan sesuatu secara sendirian, berbanding dengan berganding bahu dengan orang lain. Jika sebelum ini sering mengharapkan orang lain untuk menyiapkan tugasan anda, kali ini anda cuba melakukan semuanya dengan sendiri tanpa sebarang bantuan orang lain.

Ini secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap keyakinan diri anda.

Jika anda perlukan bantuan video dalam bagaimana untuk berjaya sebagai seorang introvert, sila saksikan video Youtube di bawah oleh Andrée Life Advice:

https://www.youtube.com/watch?v=rWZOBPrvzaM

Tips Tambahan

Anda tidak boleh mengubah perangai, tetapi personaliti boleh.

Amaran

1. Salah satu masalah menjadi orang introvert adalah kebanyakan orang akan melabelkan anda sebagai orang yang anti-sosial.
2. Jangan sesekali anda memalukan orang introvert di khalayak ramai – ia memberikan kesan yang sangat buruk kepada emosi orang tersebut.

Sila ke muka surat seterusnya untuk membaca komik/sketch berkaitan dengan kehidupan harian seorang introvert.

Leave a Comment