Menjadi orang yang sabar bukanlah sesuatu yang mudah bagi sesetengah orang. Walaupun begitu, kesabaran boleh dididik dan dilatih dalam jangka masa yang tertentu.
Dengan banyak bersabar, anda akan menjalani kehidupan yang jauh lebih gembira.
Artikel kali ini akan mencadangkan beberapa cara yang boleh diguna pakai sekiranya anda ingin menjadi oran yang sabar.
Langkah #1: Kenapa Tidak Sabar?
Sebelum tahu bagaimana untuk bersabar, anda perlu ketahui sebab-sebab kenapa anda tidak sabar.
Pertama sekali, cari sebab atau faktor yang membawa kepada anda hilang rasa sabar. Sebagai contoh, terpaksa menunggu perjumpaan, bekerja dalam tekanan, deadline yang singkat, multitasking yang terlampau banyak dan sebagainya.
Jika anda mendapati bahawa anda kesungkutan masa, maka adalah terbaik sekiranya anda membuat to-do list dengan betul. Kena pandai mengatur masa dan tidak bersikap suka menangguh kerja agar semua kerja dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Sekiranya bekerja dalam kumpulan, membahagikan tugasan mungkin boleh membantu.
Langkah #2: Mengatasi Masalah Hilang Sabar
Terdapat banyak cara, tetapi secara umum adalah seperti berikut:
1. Ubah Sikap
Mengubah sikap, terutama dalam bersabar bukanlah perkara yang senang, tetapi tidak boleh berlaku dengan segera, ia perlukan masa dan latihan.
Pada mulanya, mungkin sukar tetapi lama-kelamaan akan menjadi lebih senang.
2. Biarkannya Berlalu
Jika anda sudah terlewat untuk bertindak, maka biarkanlah ia berlalu. Cakap senang, YA tetapi ia tidak mustahil dan percayalah ia merupakan perkara yang baik untuk dilakukan.
Pertama kali cuba mungkin sukar, tetapi apabila sudah terbiasa, lama-lama akan terbiasa juga.
Langkah #3: Lihat Dari Sudut Pandangan Yang Luas
Kadang kala, anda perlu lihat sesuatu dari sudut yang lain, berikut adalah beberapa cadangan:
1. Setiap Benda Perlukan Masa
Orang yang kurang sabar biasanya mahukan sesuatu dengan serta merta dan tidak suka membazir masa. Tapi bukan semua perkara boleh digesa.
Cuba fikirkan memori yang bahagia. Semasa anda mula hilang sabar, cuba ingatkan kembali perkara dan saat bahagia yang anda alami.
2. Utamakan Perkara Yang Penting
Tidak fokus kepada perkara yang penting di dalam hidup boleh memudahkan anda hilang rasa sabar.
3. Ingat Bahawa Anda Boleh Dapat Semua Benda Dengan Usaha dan Sabar
Jika anda pernah berusaha keras untuk sesuatu sebelum ini, maka anda sudah tahu bahawa ia perlukan masa untuk mendapat hasil yang memuaskan.
4. Sentiasa Lihat Dari Sudut Positif
Mempunyai pemikiran posotif sangat penting untuk mempunyai sifat sabar. Anda perlu ingat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran, maka masalah yang anda hadapi sehingga hilang rasa sabar inilah salah satu duri-duri hidup anda.
Semua orang pasti akan mengalaminya, yang membezakan anda dan meraka yang lain adalah bagaimana anda menghadapinya.
Langkah #4: Sedarkan Akan Beberapa Perkara
1. Jangkakan Sesuatu Luar Yang Dirancang
Ya, anda mungkin mempunyai perancangan, tetapi bukannya semua akan berjalan dengan lancar. Terimalah sebarang masalah yang akan berlaku. Kekalkan jangkaan anda realistik dan boleh dicapai.
Buat backup plan sekiranya perlu, dan sediakan beberapa langkah mengatasinya.
2. Berikan Masa Rehat
Mula-mula, ambil beberapa minit untuk berehat dan bertenang sekiranya anda mula rasa tidak boleh bersabar. Berikan masa untuk diri anda sendiri. Lihat persekitaran, di luar rumah atau pejabat. Tarik nafas panjang-panjang.
3. Setiap Orang Mempunyai Had
Kita mungkin sedang berlathin untuk menjadi lebih sabar, tetapi setiap orang pasti akan ada had mereka sendiri.
Oleh itu, sekiranya perlu dapatkan bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan untuk membantu anda bersabar dengan keadaan atau seseorang.
Tips Tambahan
Kadangkala rasa bosan boleh menyebabkan kita hilang sabar. Sebagai contoh, menunggu bas tanpa membuat apa-apa aka bosan. Mesti berasa lama kan? Tapi kalau kita berbuat sesuatu, seperti membaca buku dan sebagainya, rasa bosan itu berkurangan dan tidak perlu fikirkan untuk menjaga tahap kesabaran pun.
Salah satu cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan menulis/mencatatnya. Kajian mendapati bahawa orang yang mencatat emosi mereka lebih tenang.
Sekiranya anda sedang marah atau tidak bersabar semasa berdiri, duduk. Sekiranya sedang duduk, baring. Sekiranya baring, tidur. Kalau tak reda juga, ambil wudhuk kemudian solat.
Anda juga boleh lihat video oleh MyHarto di bawah untuk mengetahui beberapa cara tambahan untuk menjadi orang yang sabar.
Amaran
1. Bersabar dengan orang yang tidak sabar.
2. Sabar tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menangguh-nangguh kerja (procrastination).
Kesimpulan
Kesimpulannya, menjadi orang yang sabar adalah perkara yang perlukan disiplin, ketekunan dan motivasi. Sebab semua orang ada had mereka sendiri, semua orang mempunyai tahap kesabaran mereka sendiri.
Tetapi janganlah pula membuka ruang kepada orang lain mengambil kesempatan ke atas diri anda.
Harap artikel ini memberikan manfaat kepada anda. Sila kongsikan kepada orang yang tersayang.
Sekian~