Adakah anda pernah terlebih tidur sedangkan ada perkara yang sangat penting untuk dilakukan? Bangun awal pagi dan tidak tidur semula bukanlah sesuatu yang mudah bagi sesetengah orang.
Jika anda ingin ketahui bagaimana untuk bangun awal pagi, serta tidak kembali tidur, maka artikel ini mungkin boleh membantu.
Kandungan
A. Bangun Tepat Pada Waktu
Perkara sekali, anda kena pastikan anda bangun pada waktu yang ditetapkan. Ikuti beberapa cara berikut:
1. Kenal Pasti Sebab Utama Kena Bangun Awal
Tidak kiralah sama ada anda kena bangun awal pagi untuk ke kelas mahupun ke tempat kerja -anda kena tentukannya, niat pada waktu malam sebelum tidur. Dengan cara ini, ia boleh memberikan motivasi kepada diri dan sebab untuk bangun.
Sebelum tidur, tulis sedikit nota to-do-list untuk pagi esok.
2. Jauhkan Jam Loceng
Jika jam loceng anda mudah dicapai dan senang untuk tekan butang snooze pada keesokan harinya, maka ia tidak membantu. Sebaliknya, anda hendaklah meletakkan jam loceng anda diluar capaian anda – contohnya di atas almari atau di bilik sebelah.
3. Dapatkan Jam Loceng Yang Advance
Dalam perkembangan dunia teknologi ini, jam loceng juga tidak ketinggalan. Terdapat beberapa jam loceng yang sedikit advance, yang direka khas untuk menyukarkan anda mematikannya.
Ada jam loceng yang berbentuk alas kaki, untuk mematikannya anda perlu berdiri di atasnya. Ada juga datang dalam bentuk aplikasi, dimana apabila berbunyi anda dikehendaki menyelesaikan satu puzzle untuk mematikannya.
4. Dapatkan Tidur Yang Cukup
Kebanyakan masalah sukar untuk bangun tidur adalah apabila kita kurang tidur. Oleh itu, anda perlu memastikan bahawa mendapat tidur yang mencukupi. Seorang dewasa memerlukan 7-8 jam tidur setiap malam, manakala kanak-kanak perlukan 9-10 jam.
5. Elakkan Butang Snooze
Butang snooze akan setkan jam loceng anda berbunyi beberapa minit selepas bunyi pertama. Ia tidak dapat membantu anda untuk bangun awal. Malah, ia boleh menyebabkan anda lagi malas untuk bangun.
B. Kekal Terjaga
Selepas terbangun daripada tidur, cabaran seterusnya adalah untuk kekal terjaga dan tidak menarik semula selimut katil itu tadi. Berikut adalah beberapa cadangan:
1. Minum Segelas Air Masak
Minum segelas air masak selepas terjaga dari tidur boleh hidratkan badan. Air tersebut boleh menyegarkan badan anda, meningkatkan metabolisma badan.
2. Mandi
Selepas itu, anda sebaiknya terus mandi. Air sejuk atau air panas adalah pilihan anda, tetapi disarankan mandi dengan air yang anda rasa boleh menyegarkan badan. Biasanya, selepas mandi anda lebih sukar untuk kembali ke katil dan tidur.
3. Minum Kopi Atau Teh

Kafein yang terdapat di dalam kopi atau teh boleh membantu anda kekal terjaga. Anda digalakkan untuk meminumnya pada waktu sarapan.
4. Makan Sarapan
Sering abai sarapan boleh mengurangkan kadar penghasilan tenaga dan anda akan rasa mudah lebih. Sentiasa mulakan harian anda dengan sarapan yang berkhasiat seperti oat, yogurt, buah-buahan, telur dan sebagainya.
C. Tidur Pada Masa Yang Sesuai
Untuk bangun dari tidur, ia terikat juga dengan masa anda tidur. Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan anda tidur pada masa yang sesuai.
1. Tentukan Jangka Masa Tidur Anda
Susah untuk bangun awal kalau tidak mendapat rehat yang mencukupi, dan setiap orang ada biological clock mereka sendiri. Oleh itu, anda dikehendaki mengetahui bagaimana corak tidur anda, dan berapa jam yang diperlukan untuk mendapat brehat yang cukup.
2. Susun Jadual Tidur
Setelah anda mengetahui berapa jam anda perlukan untuk tidur, sudah tiba masanya untuk mengatur waktu tidur anda. Tentukan anggaran jam yang diperlukan untuk tidur, kemudian tentukan pukul berapa untuk bangun dan terakhir adalah masuk tidur pada jam yang sesuai dengannya.
Sebagai contoh, anda perlukan 6 jam untuk tidur dan perlu bangun pukul 5 pagi, maka anda perlu masuk tidur pada pukul 11 malam.
3. Minum Teh Herba
Minum teh herba pada waktu malam, sebelum masuk tidur boleh memberikan ketenangan kepada anda. Ia boleh membantu sekiranya anda tidak biasa untuk masuk tidur terlalu awal.
4. Minum Susu Suam
Cara ini kita sudah biasa dengar. Mudah sahaja, anda perlu minum segelas susu suam lebih kurang 30 minit sebelum masuk tidur. Susu boleh menyebabkan rasa mengantuk.
5. Tenangkan Diri
Perkara ini subjektif, cuma anda kena kenal pasti apakah perkara yang boleh memberikan ketengan kepada anda. Lebih senang untuk jatuh tidur semasa kita tenang. Mungkin baca buku, tulis diari dan sebagainya.
6. Jangan Lihat Jam Jika Sukar Tidur
Jika anda mengalami kesukaran untuk terlelap, elakkan daripada sentiasa tengok jam. Hal ini kerana ia boleh memberikan tekanan kepada anda.
Bayangkan anda perlu tidur pada pukul 12, tetapi pukul 1.30 masih tak boleh tidur – dengan lihat jam terlalu kerap boleh menimbulkan rasa gelisah dan keresahan – perasaan itu lagilah menyukarkan diri untuk tidur.
7. Matikan Peralatan Elektronik
Peralatan elektronik yang mengeluarkan cahaya dan bunyi boleh mengganggu anda untuk tidur. Oleh itu, pastikannya dimatikan (kecuali jam loceng) sebelum anda masuk tidur.
D. Ubah Gaya Hidup Untuk Tidur Yang Selesa
Tidak boleh dinafikan bahawa corak tidur kita bergantung juga kepada gaya hidup masing-masing. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu perhatikan:
1. Elak Kafein Pada Sebelah Petang
Pengambilan kafein pada sebelah petang/malam boleh mengganggu tidur anda.
2. Kerapkan Bersenam
Bersenam pada sebelah petang boleh menggunakan tenaga lebihan badan dan memudahkan kita untuk terlelap pada waktu malam. Pada masa yang sama, kajian menunjukkan bahawa orang bersenam ini lebih cergas semasa bekerja dan otak mereka lebih cerdas.
3. Makan Makanan Berkanji
Makanan yang tinggi kandungan karbohidrat dan berprotein sangat sesuai untuk diambil semasa makan malam. Hal ini kerana karbohidrat boleh meningkatkan kadar penghasilan serotonin dan boleh membawa kepada rasa mengantuk.
Contohnya, adalah nasi, roti, ikan, ayam dan kekacang.
4. Jangan Merokok
Kajian menunjukkan bahawa asap rokok boleh mengganggu kitaran tidur dan menyukarkan perokok untuk bangun awal pagi. Kesan ini adalah datang daripada kesan nikotin yang terdapat di dalam rokok.
Baca: 8 Bahaya Merokok Kepada Kesihatan Yang Sering Dilupakan
Tips Tambahan Bangun Awal Pagi
1. Elakkan daripada nap yang panjang.
Konsep nap atau tidur sekejap ini adalah baik untuk kesihatan dan minda. Cuma jangan terlebih-lebih. Saranan unutk tidur sekejap adalah dalam lingkungan 30-60 minit sahaja.
Jika terlebih-lebih, sebagai contoh nap sehingga 3-4 jam pada tengah hari semestinya boleh menyukarkan anda untuk tidur pada sebelah malam.
2. Berjumpa Doktor
Jika anda sukar untuk tidur, adalah terbaik sekiranya berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, bangun awal pagi tepat pada waktu bukanlah sesuatu perkara yang mustahil. Ia boleh dilakukan oleh semua orang. Apa yang penting adalah disiplin dan rasa tanggungjawab orang itu sendiri.
Harap artikel ini membantu anda. Kongsikan artikel ini di media sosial dan tinggalkan komen.
Sekian~