3 Cara & Langkah Mengawal Emosi [SANGAT MEMBANTU]

Kadangkala kita tidak boleh mengawal emosi dan perasaan kita. Kajian telah menunjukkan bahawa emosi ini merupakan satu kombinasi fizikal dan pemikiran.

Dan kajian juga telah membuktikan bahawa kita boleh mengawal emosi dengan cara yang betul.

Dalam artikel kali ini, anda akan didedahkan kepada beberapa cara dan langkah untuk mengawal emosi dan perasaan.

Cara #1: Ambil Tindakan Fizikal

Berbuatan fizikal boleh memberikan kesan kepada emosi dan pemikiran anda. Oleh itu, berikut adalah beberapa cara untuk melakukannya.

1. Kawal Pernafasan

Emosi merupakan satu kombinasi pemikiran dan tindak balas fizikal. Otak anda akan bertindak balas dengan stimuli fizikal dan kemudian terjemahkannya kepada emosi.

Sebagai satu contoh, ketika anda sedang takut, otak akan menghantar isyarat kepada anggota badan secara automatik. Dalam kes ini, mulut anda akan rasa kering, degupan jantung akan meningkat dan sebagainya.

Anda boleh mengawal bagaimana tindak balas fizikal dan psikologi ini dengan mengawal pernafasan anda.

Rasa marah dan tekanan yang lain juga boleh menyebabkan degupan jantung dan kadar tekanan darah meningkat.

Cuba dapatkan tempat yang selesa dan sunyi. Buangkan semua tekanan boleh mengurangkan otak bertindak balas dengan stimuli tersebut.

2. Berkeyakinan

Jangan burukkan keadaan dengan berfikiran bahawa anda seorang yang gagal. Sebaliknya, hadapilah cabaran dengan penuh keyakinan.

i. Senyum. Kajian mendapati bahawa dengan senyum boleh membuat orang lebih bahagia. Jangan tundukan kepala dan lakukan eye contact.

ii. Gunakan bahasa badan. Anda boleh berkomunikasi dengan lebih baik sekiranya pandai mengawal body language. Duduk dan berdiri dalam keadaan postur badan yang betul.

3. Bersenam

Badan kita akan menghasilkan bahan kimia yang dikenali sebagai endorphin yang boleh meransang mood apabila bersenam. Kajian telah mendapati bahawa orang yang kerap bersenam, tidak kiralah berjogging, berjalan mahupun berkebun, boleh memberikan kesan positif kepada emosi.

4. Ambil Rehat

Jika anda berasa sangat penat, dapatkan rehat yang mencukupi. Jangan terlalu banyak memikirkan perkara yang kecil berulang-ulang kali. Sekadar memikirkannya tanpa melakukan sebarang tindakan, tiada gunanya juga.

Semasa berehat, cuba hindari dari melakukan perkara yang boleh mengingatkan kembali pekerjaan/tugasan itu. Fokuskan pada aktiviti yang positif dan bermakna kepada anda, seperti hobi, melancong dan sebagainya.

Berbual dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga. Hargailah apa yang anda ada.

Cara #2: Mengalih Perasaan

Setelah mengetahui bagaimana untuk mengawal tindakan fizikal, apa kata anda mengalih perasaan anda pula.

1. Belajar Ketahui Peransang Emosi

Bukan semua orang akan berasa sedih akan sesuatu – semua orang berbeza. Sama juga soal gembira. Cuba kenal pasti apa yang membuatkan anda rasa sedih dan apa yang boleh memberikan anda rasa gembira.

Buat catatan atau jurnal diri sekiranya perlu. Dan apabila anda merasa tekanan emosi dan sebagainya, cuba lihat kembali nota tersebut, kemudian lakukan sesuatu yang boleh memberikan anda rasa gembira.

2. Tenangkan Diri Sendiri

Apabila keadaan bertambah baik, banyak kali ingatkan diri sendiri yang keadaan bukanlah seteruk mana. Keadaan ini bersifat sementara. Anda boleh lakukan.

Banyak kali berfikiran positif boleh kawal emosi anda. Tidak percaya, cubalah!

3. Gunakan Bahan Lucu

Jenaka dan bahan ketawa boleh mengalihkan pandangan anda dari emosi. Ia boleh memberikan anda rasa selesa dan tidak berfikirkan perkara itu lagi.

Sebagai contoh, anda mungkin berasa sangat malu akan sesuatu kesilapan, eg buat kesilapan semasa berucap. Jika anda biarkan perasaan malu itu berleluasa, sampai bila pun anda tidak mengatasinya. Tetapi apa yang terjadi kalau anda lakukannya sebagai bentuk jenaka?

4. Tetapkan Matlamat Diri

Tekanan sosial dan emosi boleh meningkatkan daya usaha seseorang, mungkin mereka mula berasa tercabar – namun bukan semua orang mempunyai perasaan seperti ini.

Matlamat tidak perlulah besar, sebaliknya bermula secara kecil-kecilan dan kemudian perkembangkannya secara progresif.

5. Hargai Apa yang Ada

Kajian mendapati bahawa orang yang sering bersyukur dan menghargai apa yang dia ada boleh mengurangkan tekanan dan membantu menambahbaik emosi mereka.

6. Sentiasa Berfikiran Positif

Anda boleh mengatasi masalah perasaan yang negatif dengan menukarkannya kepada perasaan yang positif. Kajian mendapati bahawa orang yang mempunyai perwatakan optimis mahupun pessimis boleh mempengaruhi kesihatan mereka.

Orang yang optimis biasanya mampu mengawal tekanan dan stres dengan lebih baik, hidup dengan lebih lama, kurang kemurungan dan keresahahan, sistem imun lebih baik dan banyak lagi.

Setiap benda yang berlaku pasti ada baiknya, anda cuma perlu lihat kebaikan dan ambil iktibar di atas setiap perkara yang berlaku.

7. Berhenti Menghukum Diri Sendiri

Menghukum diri sendiri pasti dipenuhi dengan perkara dan pemikiran negatif. Perkara ini jika tidak dikawal akan menyebabkan perasaan kemurungan, stress dan tidakupayaan untuk mengawal emosi.

Sebalik dari menghukum diri sendiri, anda sebaiknya mengambil tindakan dan tanggungjawab ke atas perkara yang berlaku. Mengaku kesalahan, perbetulkan keadaan, ambil iktibar, jangan ulanginya lagi dan teruskan kehidapan seperti biasa.

8. Bercakap Dengan Orang

Luah perasaan. Salah satu cara menyelesaikan sesuatu masalah adalah dengan berbincang dengan orang lain. Dengan bercakap, mengeluarkan suara boleh meransang otak untuk berfikir.

Kajian mendapati bahawa rasa perhubungan dengan orang lain boleh memberikan kita rasa disokong, positif dan lain-lain.

Berbual-bual boleh membantu anda berasa lebih gembira.

Cara #3: Perbetulkan Cara Anda Berfikir

Emosi adalah terbitan dari fikiran. Oleh itu, apa kata anda ubah cara anda berfikir untuk mendapat emosi yang lebih baik.

1. Ingatkan Diri Bahawa Emosi Bersifat Sementara

Biasanya, apabila kita sedang beremosi, pemikiran kita akan buntu. Oleh sebab itu, cuba tenangkan diri dahulu. Ingat bahawa emosi bersifat sementara dan boleh berkurangan mengikut waktu.

2. Ubah Persepsi Sesuatu

Emosi boleh berubah-ubah dan ia sangat bergantung kepada anda, serta bagaimana persepsi anda terhadapnya.

Video Kawal Emosi

Ingin mengetahui cara mengawal emosi anda dengan lebih mendalam, maka anda dinasihatkan agar melihat video di bawah:

Tips Tambahan

1. Jangan pendam perasaan atau emosi terlalu lama.
2. Cuba minum kopi atau teh, ia boleh mengurangkan rasa perit emosi.

Kesimpulan

Secara ringkas, kawal emosi diri sendiri adalah perkara yang tidak mustahil dan boleh dilakukan dengan dedikasi serta sokongan.

Apa yang penting adalah jangan membiarkan emosi tersebut memakan diri sendiri nanti.

Harap artikel ini memberikan anda sedikit pencerahan.

Sekian~

Leave a Comment