Untuk menghasilkan satu pelan kerja (action plan) yang berkesan dan efektif, anda memerlukan satu visi, matlamat yang tepat. Ia akan mengatur anda dari mana anda anda sekarang ke matlamat yang ditetapkan itu tadi.
Dengan mempunyai pelan kerja yang betul dan konstuktif, anda boleh mencapai apa jua matlamat yang anda sendiri tetapkan.
Artikel kali ini akan mengajar anda untuk membuat pelan kerja tersebut, agar anda mendapat lebih daripada yang biasa.
Langkah #1: Merangka dan Membuat Pelan Kerja
Pertama sekali, anda hendaklah merangka pelan kerja anda untuk mudahkan prosese seterusnya. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan.
1. Rekod Semua Benda
Semasa anda menjalankan pelan kerja, pastikan anda catat semua perkara. Letakannya dalam bahagian, agar teratur.
2. Tahu Apa Yang Perlu Dilakukan
Keberkesanan pelan kerja bergantung kepada sejauh mana anda tahu bagaimana untuk melakukan kerja yang disusun di dalamnya.
3. Spesifik dan Realistik
Sekiranya anda mempunyai pelan kerja yang tidak spesifik atau tidak realistik, maka anda akan mendapat kekecewaan pada akhir hari nanti. Oleh itu, rangka pelan anda dengan tugasan yang spesifik serta boleh dicapai.
4. Letakkan Jangka Masa Yang Sesuai
Jangka masa untuk mencapai sesuatu amat penting dalam merangka pelan. Hal ini boleh menentukan progres tugasan kita.
Pada masa yang sama boleh memberikan kita motivasi untuk teruskan bekerja.
5. Pecahkan Tugasan Rumit Kepada Bahagian-Bahagian Kecil
Sesetengah tugasan mungkin lebih rumit atau memerlukan jangka masa yang lama untuk diselesaikan berbanding yang lain.
Oleh itu, adalah terbaik sekiranya anda boleh pecahkan tugasan tersebut kepada bahagian-bahagian atau peringkat-peringkat, kemudian lakukannya satu-demi-satu.
6. Buat Jadual
Buat senarai tugasan (to-do-list), tentukan prioriti yang mana perlu disiapkan terlebih dahulu. Tulis sahaja tidak guna, pastikan anda sertakan sekali dengan apa yang perlu dilakukan secara terperinci, bila untuk dilakukan dan bila deadline.
7. Letakkan Timeline Untuk Setiap Tugasan
Tanpa jangka masa yang tepat, gerak kerja biasanya akan drag dan kemudian tidak disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.
8. Bantuan Visual Boleh Digunakan
Selain daripada teks biasa, anda boleh menggunakan bantuan visual untuk memudahkan proses tugasan anda. Anda boleh menggunakan flow chart, Gantt chart, spreadsheet atau mana-mana tool untuk busines yang lain untuk tujuan ini.
Jangan lupa untuk letakkan gambar rajah tersebut pada tempat yang mudah untuk dilihat.
9. Padam Apa Yang Sudah Dilakukan
Dengan padam apa yang sudah dilakukan akan memberikan rasa kepuasan kepada anda, ia boleh mengurangkan tekanan – malah memberikan semangat!
10. Jangan Berhenti
Jangan sesekali berhenti atau berputus asa sehingga anda mencapai apa yang anda mahukan.
Langkah #2: Atur Masa
Seterusnya, anda hendaklah pandai mengatur masa.
1. Guna Planner Yang Baik
Tidak kiralah sama ada planner anda adalah satu app atau sebuah buku, anda perlukan satu planner yang boleh membantu anda mengatur masa setiap hari. Pastikan ianya mudah untuk dibaca dan senang untuk digunakan.
2. Atur Masa Untuk Rehat
Kajian mendapati bahawa dengan mengatur masa lapang kita boleh meningkatkan kadar kepuasan hidup. Pada masa yang sama, sudah terbukti bahawa dengan bekerja lebih masa boleh mengurangkan tahap produktiviti seseorang.
Kurang tidur boleh menjejaskan produktiviti anda, oleh itu anda disarankan untuk tidur selama 7 jam setiap hari bagi orang dewasa, manakala 8.5 jam bagi remaja.
3. Buat Jadual Pada Awal Minggu
Ramai pakar yang menyarankan agar mengatur kerja dan tugasan anda pada awal minggu.
4. Jadi Lebih Fleksibel
Sekiranya anda baru sahaja hendak bermula, adalah terbaik anda tidak memaksa diri.
Langkah #3: Kekal Bermotivasi
Jika anda tidak bermotivasi dan dedikasi dengan pelan kerja anda, pasti anda tidak dapat sempurnakannya. Berikut adalah beberapa cadangan yang anda boleh lakukan.
1. Berfikiran Positif
Kekal berfikiran positif sangat penting untuk mencapai matlamat anda. Percaya pada diri sendiri dan orang sekeliling anda. Ubah bagaimana anda lihat sesuatu situasi yang buruk.
Selain daripada sentiasa berfikiran positif, anda juga digalakkan untuk berdamping dengan orang yang positif. Kajian mendapati bahawa kita mudah terpengaruh dengan orang sekeliling kita.
Oleh itu, kenalah pandai-pandai memilih kawan.
2. Hargai Diri Sendiri
Perkara ini sangat penting ketika anda sudah mencapai sesuatu. Pada masa itu, adalah baik sekiranya anda memberikan hadiah kepada diri sendiri – sebagai contoh, makan malam di restoran mewah atau beli barang yang anda sudah lama idam-idamkan.
3. Dapatkan Sokongan Orang Terdekat
Ia sangat penting untuk mempunyai rakan-rakan atau keluarga yang sentiasa berada di sisi anda. Pada masa yang sama membina network dengan orang lain, yang mempunyai matlamat yang sama seperti anda.
Dengan berbuat ini, masing-masing boleh pantau sesama sendiri.
4. Pantau Progres Diri
Kajian mendapati bahawa progres seseorang di dalam sesuatu tugasan memainkan peranan dan pendorong utama.
Oleh itu, anda perlulah membuat senarai apa yang perlu disiapkan, dan garis padam selepas selesaikannya.
Anda akan rasa puas hati dan memberikan semangat untuk teruskan progres seterusnya.
5. Tidur Awal, Bangun Awal
Sekiranya anda baca jadual orang yang berjaya, kebanyakan mereka memulakan hari mereka pada awal pagi.
Salah satu perkara yang anda boleh buat pada awal pagi adalah dengan bersenam, makan sarapan berkhasiat, dan luangkan 20-30 minit untuk membaca atau menulis jurnal.
Langkah #4: Tetapkan Matlamat Anda
Langkah ini adalah untuk memberikan cadangan kepada anda dalam menetapkan matlamat anda.
1. Tulis Apa Yang Anda Mahukan
Catatkan apa yang anda mahukan atau idamkan ke dalam jurnal atau dokumen. Ia berguna untuk mengingatkan anda, terutama semasa anda down.
2. Banyakkan Kajian
Sebaik sahaja anda mendapat idea apa yang anda mahu lakukan, kemudian anda perlu banyakkan membuat kajian. Dengan ini, anda boleh mengetahui bagaimana orang diluar sana mencapai matlamat yang sama dengan anda.
Analisa cara-cara mereka dan bandingkan dengan keadaan anda. Gunakan apa yang sesuai.
Kesimpulan
Secara ringkas, membuat action plan atau pelan kerja bukanlah sesuatu yang susah, mahupun sia-sia. Apa yang anda perlu adalah dedikasi dan matlamat yang tetap.
Harap artikel ini memberikan maklumat yang tepat dan berguna kepada anda. Sila kongsikannya dengan orang yang tersayang.
Sekian~