Cara-Cara Membuat To-Do-List Dengan Berkesan

Adakah anda mahu merancang masa dan tugasan dengan lebih baik, tetapi tidak dapat kerana gagal membuat to do list dengan betul?

Maka artikel ini boleh membantu. Kami akan menyenaraikan 6 langkah mudah untuk membuat to do list (senarai tugasan) dengan berkesan!

Teruskan membaca.

Cara-Cara Membuat To-Do-List

1. Tulis Dengan Jelas

Buat senarai apa yang perlu disiapkan dengan tulisan yang jelas, apabila dibaca kemudian, anda faham dan tahu apa yang perlu dibuat.

Gunakan ayat dan ejaan penuh agar tidak keliru kemudian hari.

2. Tulisan Yang Cantik

Sekiranya anda mencatat to do list anda di dalam buku nota atau sebagainya, maka tulisan menjadi satu faktor yang penting. Sebaiknya anda mencatat dengan tulisan yang mudah difaham dan dibaca.

Catat secara ringkas dan padat.

3. Buatkannya Mudah Nampak

Senarai to do list perlu kelihatan menyerlah dengan menggunakan warna terang dan senang untuk dinampak – agar tidak terlepas pandang akan tugasan yang penting.

Anda boleh mendapatkan nota pelekat di kedai buku yang berdekatan, kemudian tampalkannya pada peti sejuk atau meja.

4. Letakkan Tarikh

Dengan ini, anda boleh merancang apa yang lebih penting dan apa yang perlu disiapkan dahulu.

Masukkan sekali tarikh deadline dan jangka masa yang perlu diambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan tersebut.

5. Group Senarai Tugasan

Kalau nak jimat, anda boleh groupkan senarai to-do-list anda dengan ahli keluarga yang lain untuk memudahkan sesuatu tugasan.

Sebagai contoh, senarai barangan yang perlu dibeli; buat satu senarai, kemudian semua ahli keluarga menyenaraikan barangan yang perlu dibeli di situ. Apabila keluar ke pasar raya, beli sekali gus. Tidaklah perlu berulang-alik semata-mata untuk membeli barangan masing-masing.

Kaedah ini boleh juga diaplikasikan pada tugasan yang lain, cuma bukan semuanya sesuai.

6. Utamakan Mana Yang Lebih Penting

Merancang yang mana perlu disiapkan terlebih dahulu adalah sangat penting agar anda tidak terlepas deadline.

Sebaiknya anda mengatur to do list anda bermula dengan (ikut urutan)
1. Important and urgent
2. Important and not urgent
3. Not important and urgent
4. Not important and not urgent

Namun tidak semestinya itu, sekiranya anda mahu menjadi lebih fleksibel, maka dipersilakan, cuma pastikan semua tugasan tersebut dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Tips Tambahan Membuat To-Do-List

1. Gunakan nombor atau titik point semasa membuat to do list.
2. Letakkan jangka masa setiap tugasan sekiranya sesuai.
3. Pecahkan tugasan yang besar/lama kepada beberapa bahagian kecil, agar tidak nampak membebankan.
4. Gunakan kertas berwarna kuning.
5. Manfaatkan EverNote, kerana ia boleh sync semua nota anda ke semua peranti, komputer, tablet dan smartphone.
6. Ambil sedikit masa untuk rehat setiap kali anda selasai melakukan sesuatu tugasan.

Video

Marie Forleo pernah berkongsikan cara-cara membuat to-do-list dengan berkesan. Ketahuinya dengan lebih lanjut di bawah:

Amaran

Elak letakkan tugasan banyak tugasan berat pada hari yang sama.

Kesimpulan

Membuat to-do-list bukanlah sesuatu yang sukar, bahkan ianya hampir boleh dikatakan bergantung kepada common sense seseorang.

Cuma apa yang penting adalah anda memanfaatkan masa masing-masing dengan membuat sesuatu, bukannya sekadar membazirkan masa begitu sahaja.

Harap artikel ini membantu anda dalam apa jua situasi. Kongsikan artikel ini agar orang lain juga boleh mendapat manfaat yang sama.

Sekian~

Leave a Comment