Cara Mengurangkan DAN Berhenti Dari Berfikiran Negatif

berfikiran negatif

Berfikiran negatif bukan sahaja berlaku kepada sesetengah orang, bahkan semua orang pernah mempunyai fikiran negatif terhadap sesuatu dalam hidup mereka. Ia bagaikan satu lumrah untuk manusia.

Cuma yang membezakan mereka adalah bagaimana mereka mengawal fikiran negatif tersebut.

Artikel kali ini akan membincangkan beberapa cara untuk mengurangkan anda dari berfikiran negatif dan menukarkannya kepada fikiran yang lebih positif serta optimis.

Cara #1: Membuat Jurnal

1. Buat Catatan Tentang Fikiran Anda

Dengan mencatat semua pemikiran negatif anda ke atas kertas, boleh mengajar anda untuk sedar diri. Kadangkala kita suda terbiasa dengan cara kita berfikir dan sudah menjadi perkara lumrah.

Apabila anda mula terlintas tentang perkara-perkara negatif, tidak kiralah ke atas orang lain mahupun diri sendiri, catat.

Kemudian, tanya diri sendiri bagaimana anda akan menghadapinya sekiranya berfikiran waras.

2. Catat Semasa Anda Bersikap Negatif Pada Diri Sendiri

Berfikiran negatif bukan sahaja kepada orang lain, bahkan ke atas diri sendiri. Sebagai contoh, anda sering beranggapan bahawa: “saya bodoh”, “saya tak boleh lakukannya” dan sebagainya.

Dengan berfikiran seperti ini, ia akan menyebabkan anda tidak yakin dengan diri sendiri dan boleh mengurangkan daya keyakinan masing-masing.

3. Sediakan Cadangan Untuk Atasi Masalah Pada Catatan

Bukan setakat mencatat sahaja, anda juga perlu mencadangkan bagaimana anda boleh mengatasi masalah tersebut.

Cara #2: Mengubah Fikiran Negatif Anda

loading...

1. Ingatkan Diri Sendiri

Jangan biarkan fikiran negatif memakan diri sendiri. Kerap ingatkan diri sendiri bahawa fikiran adalah sekadar fikiran. Ia mungkin betul dan mungkin tidak. Ia boleh diubah dengan cara yang betul.

2. Ketahui Punca Fikiran Negatif

Mengetahui penyebab utama kepada pemikiran negatif anda kadang-kadang sukar, tetapi terdapat beberapa hipotesis tentang perkara ini.

Kadangkala pemikiran negatif boleh berlaku disebabkan oleh rasa bimbang atau resah, yang anda menganggap ia boleh membawa kepada bahaya, menghina dan sebagainya. Ada kalanya juga perasaan ini datang dari ibu bapa.

Pada masa yang sama, perasaan ini juga dikaitkan dengan kemurungan dan trauma dari pengalaman dahulu.

3. Jangan Mudah Menghukum

Apabila anda mudah sangat menghukum orang, anda lebih cenderung untuk menuduh tanpa sebarang bukti.

4. Elakkan Overgeneralization

Apabila satu perkara berlaku dengan teruk, maka perkara mendatang juga akan berlaku dengan sama – elakkan perkara ini.

Cara #3: Dapatkan Sokongan Sosial Dari Orang Lain

Kadangkala, kita seorang tidak boleh mengatasi masalah ini, ia perlukan bantuan dari orang lain juga.

1. Jauhi Orang Yang Berfikiran Negatif

Jika anda seorang yang selalu berfikiran negatif, maka anda kemungkinan anda mempunyai rakan/orang terdekat yang mempunyai pemikiran yang sama. Oleh itu, sekiranya anda rasa anda sudah terpengaruh dari mereka, maka seelok-eloknya anda cuba menjauhi daripada mereka.

Paling tidak pun, jangan ikut cara mereka berfikir. Anda mungkin tidak boleh mengubah bagaimana mereka berfikir, tetapi anda boleh mengubah bagaimana anda respon pada fikiran mereka.

2. Dapatkan Sokongan Orang Lain

Hampir semua orang mendapat kesan yang memberansangkan dari sokongan sosial dan emosi, lebih-lebih lagi dari orang yang rapat. Sekiranya anda mempunyai masalah, maka janganlah pula segan-segan untuk bertanya atau meminta bantuan.

Kajian juga sudah menunjukkan bahawa orang yang mendapat sokongan sosial lebih senang untuk berasa gembira dan berkeyakinan diri.

3. Banyak Libatkan Diri Dalam Aktiviti Sukarelawan

Jika anda terlibat dalam banyak aktiviti sukarelawan atau mana-mana aktiviti yang membantu masyarakat dan orang lain, secara tidak langsung anda akan hilang fikiran negatif itu.

Semasa kita menghulurkan bantuan, kita akan timbul satu perasaan “lega” dan bahagia, sekurang-kurangnya ada boleh membantu mereka yang memerlukan walaupun sedikit.

4. Dapatkan Bantuan Ahli Terapi

Sekiranya anda telah mencuba pelbagai cara tetapi tidak mendapat hasil, maka anda bolehlah mendapatkan rawatan dari pakar atau ahli terapi.

Mereka mungkin menyarankan beberapa kaedah yang lebih komprehensif lagi. Tambahan lagi, mereka boleh memberikan ubat-ubatan untuk menghilangkan tekanan (sekiranya ada).

Info Tambahan

Secara amnya, manusia tidak boleh membuang fikiran negatif mereka secara total, tetapi boleh dikurangkan.

Tiada siapa yang boleh membantu anda melainkan anda sendiri. Anda perlu berusaha sendiri untuk mengubah bagaimana anda berfikir.

Kesimpulan

Secara ringkas, kita semua tidak boleh elak dari berfikiran negatif atau memikirkan perkara negatif terhadap sesuatu atau seseorang.

Tetapi masalah itu boleh dikawal dengan cara dan motivasi yang berterusan. Harap artikel ini membantu bagaimana anda memikirkan sesuatu.

Sekian~

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here