Langkah-Langkah Buang Tabiat Buruk (Ubah Hidup Anda)

Mengaku jelah bahawa kita semua mesti ada sekurang-kurangnya satu tabiat buruk. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang masih menghisap jari, atau menggigit kuku, atau bunyikan buku lima dan sebagainya.

Semua tabiat buruk ini susah untuk ditinggalkan, lebih-lebih lagi kita terbawa-bawa dari zaman kecil-kecil dahulu. Tetapi jangan risau kerana ada caranya. Artikel ini bertujuan untuk mencadangkan kepada anda beberapa cara untuk buang tabiat buruk anda itu.

Cara #1: Ubah Cara Anda Berfikir

Pertama sekali, anda perlu mengubah bagaimana anda berfikir. Ikuti beberapa langkah di bawah.

1. Ambil Tindakan Ke Atas Perbuatan Sendiri

Setiap perkara yang anda lakukan, anda perlu bertanggungjawab ke atasnya. Dengan memahami perkara ini, anda akan rasa bahawa setiap keputusan dan perbuatan itu pasti akan datang dengan risiko. Sekiranya membuat keputusan yang tidak tepat, ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Oleh itu, matangkan fikiran dan buat keputusan dengan minda yang waras agar tidak menyesal kemudian hari.

2. Memahami Sebab dan Akibat Sesuatu

Buat senarai ringkas tentang pro dan con akan tabiat buruk anda itu. Jadilah jujur dengan diri sendiri semasa menulis senarai tersebut.

Sebagi contoh, ini adalah pro dan con untuk tabiat merokok:

Pro:

  • Rasa tenang dan bertenaga dari nikotin
  • Bantu mengurangkan tekanan
  • Rasa berstail

Con

  • Menjejaskan kesihatan
  • Mudah untuk ketagih
  • Mahal (bergantung kepada jenis dan jenama)

3. Lakukan Satu Per Satu

Anda mungkin mendapat semangat untuk berhenti tabiat buruk anda itu, tetapi sekiranya anda mempunyai beberapa tabiat untuk diberhentikan – apa perlu buat?

Dalam kes ini, lakukannya satu per satu. Jangan mulakan usaha untuk berhenti kedua-duanya sekali gus. Ia bukan sahaja akan membebankan diri anda, malah mempunyai peratus yang lebih tinggi yang anda akan berhenti berusaha.

Apa yang terbaik adalah anda cuba untuk berhenti satu tabiat dahulu. Usahakannya sampai berjaya. Selepas itu barulah anda berusaha untuk berhenti tabiat ke-2.

4. Jangan Mudah Putus Asa

Sekiranya anda sudah cuba dan tidak mendapat hasil yang memberansangkan, jangan putus asa. Teruskan berusaha.

Sekiranya tabiat itu susah sangat, kecilkan skop target yang anda ingin capai. Kemudian bermula dari situ.

Langkah #2: Cara Buang Tabiat Buruk

Langkah kedua yang anda perlu ambil anda mengetahui bagaimana untuk mengatasi tabiat buruk tersebut.

1. Bila Anda Buat Tabiat Buruk?

Pertama sekali adalah mengenal pasti bila anda buat tabiat buruk tersebut. Buat jurnal atau diari. Kemudian catat setiap kali anda melakukan tabiat buruk tersebut. Catat hari, tarikh, masa dan situasi yang membawa anda kepada membuat tabiat tersebut.

Kenalpasti apakah benda yang meransang anda untuk membuat tabiat buruk anda itu. Sekiranya anda bersama dengan rakan-rakan, dan kemudian menyebabkan anda membuat tabiat anda, maka sebaiknya berterus terang dengan rakan anda.

2. Jauhi Diri Daripada Penyebab Kepada Tabiat

Ada sesetengah orang yang mempunyai tabiat makan semasa bosan. Sekiranya anda pun mempunyai tabiat yang sama, maka anda haruslah meluangkan masa anda dengan perkara lain yang boleh mengelakkan daripada rasa bosan.

Tiada rasa bosan (penyebab/peransang), maka tiada tabiat buruk.

3. Cuba Tukar Tabiat Buruk Dengan Tabiat Yang Baik

Sebagai contoh, perokok. Mereka boleh cuba mengurangkan isap rokok dengan menggantikan potong rokok dengan lobak merah; sebaik sahaja timbul rasa untuk isap rokok.

Para saintis mendapati bahawa orang yang makan banyak boleh mengurangkan kadar pengambilan rokok dalam jangka masa yang lama.

Bagi orang yang gigit kuku, cuba kunyah gula-gula getah pula.

Itu adalah contoh sahaja, untuk anda yang lain lakukan sesuatu untuk menggantikan rasa tabiat buruk anda kepada perbuatan yang lain.

4. Hukum Diri Sendiri (Tapi Jangan Keterlaluan)

Sebagai contoh, anda seorang yang suka gigit kuku. Sebaik sahaja anda menggigit kuku, ambil gelang getah, letakkan pada permukaan kulit, tarik dan lepaskan.

Maka, beringat-ingatlah bahawa setiap kali anda melakukan tabiat buruk, kena hukuman.

5. Dapatkan Bantuan Luar

Ingat bahawa anda tidak keseorangan, maka anda boleh juga mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga mahupun rakan-rakan dalam perkara ini.

Beritahu mereka apabila anda mula melakukan tabiat anda, maka suruh mereka menegur anda.

6. Kecilkan Skop dan Jangka Masa

Anda mungkin membuat jangka masa atau target, pada sekian tarikh sudah berjaya membuang tabiat buruk. Antara cara terbaik adalah dengan mengecilkan atau membahagikan jangka masa itu kepada beberapa bahagian.

Sebagai contoh, dalam jangka masa satu tahun, anda hendak berhenti merokok. Untuk setiap akhir bulan, jika terdapat perkembangan positif, maka sebaiknya anda menyambut kejayaan tersebut.

Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan anda dorongan untuk teruskan usaha.

Cara #3: Membuang Tabiat Buruk (Lebih Spesifik)

Baik, selepas anda mengetahui perkara yang anda perlu ambil untuk mengatasi tabiat anda, seterusnya pula adalah mengetahui bagaimana untuk membuang tabiat buruk dengan lebih spesifik.

1. Berhenti Merokok

Setiap tahun, dilaporkan bahawa 5 juta orang di seluruh dunia mati akibat tabiat merokok. Sudah pasti kita semua tidak mahu mati dalam keadaan demikian, tetapi berhenti merokok adalah perkara yang sangat sukar.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca artikel berhenti merokok dengan lebih detail di sini.

2. Berhenti Berlengah-Lengah

Sikap suka berlengah-lengah boleh menyebabkan rasa ketagihan. Anda boleh memberhentikan sikap ini dengan mengatur masa dengan lebih baik. Dapatkan rakan untuk membuat tugasan tersebut, agar anda semua boleh ingatkan semasa sendiri.

Info Tambahan

1. Sentiasa berfikiran terbuka dan rasional. Hadiahkan diri sendiri setelah anda mencapai sesuatu.

2. Dapatkan bantuan orang lain, sebaiknya pakar sekiranya anda rasa sikap anda sudah bertambah teruk.

3. Banyakkan bersabar.

Kesimpulan

Secara ringkas, terdapat banyak jenis tabiat buruk dan setiap orang pasti ada sekurang-kurangnya 1 jenis tabiat buruk. Sekiranya anda tidak senang dengan sikap tersebut maka perlulah mengambil tindakan proaktif untuk menanganinya.

Harap artikel ini membantu anda. Sekiranya anda mempunyai point tambahan, sila tinggalkannya di dalam bahagian komen di bawah.

Sampai di sini sahaja.

Sekian~

Leave a Comment