Sifat malas adalah apabila anda perlu menyiapkan sesuatu, tetapi tidak melakukakannya. Sifat ini adalah sifat yang tidak elok diamalkan dan boleh mempengaruhi hidup anda jika dibiarkan berterusan.
Artikel kali ini akan membincangkan beberapa cara untuk menghilangkan sifat malas dalam diri anda, lantas menjadi orang yang lebih rajin dalam apa jua pekerjaan.
Langkah #1: Tetapkan Matlamat Diri

Orang yang malas biasa orang yang tidak mempunyai matlamat diri yang betul. Oleh itu, untuk menghilangkan sifat malas, anda perlu ada gol dan ada benda untuk dicapai.
1. Kenali Masalah Utama
Setiap kali anda berasa malas, ia mesti disebabkan oleh sesuatu, betul? Sifat malas ini adalah simptom, bukannya masalah itu sendiri.
Cuba tanya diri sendiri, kenapa anda tidak mempunyai semangat dan motivasi? Adakah anda sudah letih, penat, tidak berpuas hati, takut, sakit dan sebagainya?
Kenalpasti kenapa anda berasa seperti itu dan kemudian berdepan dengannya, jangan larikan diri.
2. Selesaikan Masalah Utama
Setelah anda mengenalpasti punca anda bersikap malas, selesaikan masalah tersebut terlebih dahulu, barulah anda boleh fokus kepada apa yang anda ingin buat.
Ia mungkin sukar, tetapi jika tidak diselesaikan, sampai bila anda nak berterusan macam ini. Sila pertimbangkan beberapa contoh ini:
i. Jika anda penat, cuba rehatkan diri. Setiap orang perlukan masa untuk mereka sendiri.
ii. Jika anda tidak pandai, dapatkan bantuan daripada sesiapa yang pandai.
iii. Jika anda tidak bersemangat dan putus asa, cuba dapatkan kembali semangat tersebut dengan mengubah tempat kerja, ubah persekitaran dan sebagainya.
3. Teratur
Keadaan yang tidak teratur boleh mengurangkan semangat dan motivasi diri, tidak kira sesiapa pun. Jika sesuatu itu boleh diatur dan disusun, lakukan.
Hal ini kerana suasana yang bersepah dan tidak teratur boleh mengganggu gerak kerja dan tumpuan anda. Oleh itu, sebaiknya adalah anda mengalihkan semua perkara yang boleh mengganggu tumpuan anda, dan kekal fokus dengan kerja.
Jika anda bekerja dengan komputer, cuba alihkan semua benda di atas meja, biarkannya kosong. Anda akan rasa lebih senang untuk berikan tumpuan kepada kerja dalam suasana macam ini.
4. Berfikiran Positif
Kadang kala perbuatan boleh membawa kepada fikiran dan boleh juga sebaliknya. Cuba elakkan daripada berfikiran negatif. Dengan berfikiran seperti itu tidak akan membawa anda kemana-mana.
Setiap kali anda merasakan kegagalan, jangan cepat berputus asa dan berfikiran negatif, sebaliknya fikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.
5. Fikirkan Apa Yang Anda Dapat
Baik, setelah anda berfikiran positif, kemudian adalah memikirkan sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada anda. Semua orang mahukan kejayaan, duit dan sebagainya.
Cuba fikirkan, jika anda menyelesaikan tugasan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, apa yang anda dapat atau mungkin dapat? Contohnya, orang yang berniaga, mereka sanggup bangun awal pagi dan tidur lewat malam kerana mereka fikir bahawa dengan berbuat demikian, mereka boleh mendapat keuntungan yang lebih.
Langkah #2: Tindak Tanduk Awal

Sudah pasti anda tidak boleh jadi rajin dengan serta merta, anda tidak boleh menghilangkan sifat malas dengan serta merta. Apa yang terbaik adalah anda berubah dengan kadar yang konsisten dan progresif.
Berikut adalah beberapa cara untuk berubah, pada peringkat awal
1. Bangun Awal
Butang snooze musuh anda. Jika anda merasakan tidur dengan lebih lama boleh memberikan tenaga lebih, anda silap. Bahkan ia biasanya akan mencepatkan badan anda rasa letih.
Apa yang terbaik adalah anda mendapat rehat yang mencukupi, tidur awal dan bangun awal. Dan jika anda masuk tidur awal, janganlah pula mengada-ada untuk tidur lebih masa dan abaikan jam loceng.
Selepas jam berbunyi, cepat-cepat bangun dan tinggalkan katil. Persiapkan diri dan lakukan apa yang patut.
2. Sediakan To-Do-List
Dengan membuat to-do-list, anda akan lebih teratur kerana mempunyai matlamat setiap hari. Membuat senarai ini pun, perlulah logik, releven dan sesuai dengan jangka masa yang diperuntukkan.
Sediakan senarai itu sehari atau seminggu lebih awal agar anda lebih senang untuk mengatur masa. Dan cuba pastikan anda terikat dengan jadual tersebut, janganlah pula bersikap acuh tidak acuh dengan menangguh kerja-kerja tersebut.
3. Kerap Ingatkan Diri Akan Matlamat Hidup
Kadang kala, manusia ini pelupa dan jika anda ingin kekal fokus kebanyakan masa, anda kena kerap ingatkan diri sendiri akan matlamat yang hendak dicapai.
Banyak cara untuk berbuat demikian, anda boleh meletakkan slogan atau matlamat hidup anda di dinding atau jadikan satu caption gambar sebagai wallpaper smartphone dan desktop anda.
Dengan ini, setiap kali anda membuka telefon dan komputer, anda akan diingatkan kepada matlamat yang anda mahu capai.
4. Tinggalkan Apa Jua Penghalang
Ada kalanya kita menjadi malas disebabkan oleh gangguan – seperti gadget, media sosial, permainan dan sebagainya. Tiada masalah menggunakannya, cuma kalau tidak secara terkawal, ia boleh memakan diri sendiri.
Ia boleh melatih diri anda bergantung kepada gangguan daripada melakukan kerja yang patut.
Apa yang anda boleh lakukan adalah; setkan masa bila boleh bersosial dan bila boleh bermain game. Matikan peranti berkaitan apabila sedang melakukan kerja, agar tidak mudah diganggu denga notifikasi dan sebagainya.
5. Bersenam
Ya, aktiviti fizikal boleh mengembalikan fokus anda kepada kerja – bukan sahaja ia mengekalkan tahap kesihatan. Pernah dengar slogan “badan sihat otak cerdas“? Ya itulah mesej yang hendak disampaikan di sini.
Biasanya orang yang pemalas ini juga adalah orang yang tidak suka bersenam dan bersukan. Hal ini kerana badan mereka yang kurang terdedah kepada pergerakan fizikal akan lebih cepat berasa letih dan tidak bermaya.
Oleh itu, untuk mendapat tahap yang optimum dari segi minda dan badan, anda tidak boleh elak daripada melakukan senaman. Sekurang-kurangnya adalah selama 15 minit, 3 kali seminggu.
Oh ya, jangan lupa soal pemakanan sihat. Makanlah makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
6. Ubah Penampilan Diri
Ada kalanya orang mendapat motivasi dan inspirasi dengan berpakaian. Dan biasanya juga kita berasa inferior dengan cara kita berpakaian. Sebagai contoh, orang yang bekerja sebagai pencuci tandas di mana-mana tempat, dan orang yang bekerja pejabat yang sentiasa pakai kot.
Pada pandangan anda, yang mana mempunyai daya keyakinan yang lebih? Sudah pasti yang memakai kot. Mungkin contoh itu tidak berapa tepat, cuma mesej yang saya ingin sampaikan adalah, cara kita berpakaian boleh memberikan daya keyakinan dan motivasi tambahan kepada kita.
Neil Patel, seorang usahawan internet dan software, pernah blog tentang bagaimana pemakaian seseorang boleh mempengaruhi kerjaya mereka. Anda boleh baca blog post tersebut di sini.
Langkah #3: Ambil Tindakan
Tiada guna jika anda mempunyai matlamat tetapi tidak berusaha untuk mencapainya. Dalam segmen kali ini, kita akan bincang bagaimana untuk mengambil tindakan agar matlamat anda boleh dicapai (serta katakan bye kepada sifat malas):
1. Mulakan Sesuatu Walaupun Sedikit
Semua benda perlu ada permulaan, jika anda inginkan sesuatu perlulah bermula dari sekarang, walaupun sedikit.
Namun, untuk bergerak dan memulakan sesuatu itulah yang paling susah. Inertia pertam itu adalah paling berat. Tetapi apabila sudah mula bergerak sedikit demi sedikit, lama-lama anda akan terbiasa dan akan nampak hasilnya.
Jika anda masih malas dan banyak berikan alasan, semakin sukar bagi anda untuk memulakan sesuatu. Hidup ini bukanlah senang, ia perlukan ketekunan dan kerajinan untuk mendapat sesuatu.
2. Berikan Diri Anda Masa
Cuba pecahkan tugasan atau kerja kepada beberapa bahagian kecil, yang lebih senang untuk dilakukan. Biasanya orang hanya menyenaraikan sesuatu tugasan yang besar di dalam to-do list mereka, menimbulkan rasa berat dan susah – sehingga berasa malas untuk melakukannya kerana dikhuatiri mustahil untuk dicapai.
Setelah anda pecahkan tugasan tersebut (mengikut step-by-step), anda dinasihatkan agar ikut senarai itu mengikut urutan yang betul. Tidak ada masalah jika mahu bersifat fleksibel, cuma kalau perbuatan itu boleh mengganggu dan memeningkan diri, seeloknya jangan.
Satu perkara lagi adalah multi-tasking – hakikatnya, amalan ini bukanlah sesuai untuk semua pekerjaan. Ia bergantung kepada jenis tugasan yang anda sedang lakukan. Ada tugasan yang lebih efisien jika dilakukan secara multi-tasking dan ada juga tugasan yang lebih efisien jika tidak multi-tasking.
Jika anda gagal mengenalpasti which one which, anda akan mengalami kesukaran nanti.
3. Jangan Segan Meminta Pertolongan
Ada sesetengah orang ini, dia malu untuk minta bantuan orang lain. Dalam persekitaran kerja atau tugasan berkumpulan, jangan amalkan perkara ini kerana ia boleh menyusahkan orang lain.
Jika anda mengalami kesukaran, beranikan diri untuk beritahu masalah kepada rakan sekerja yang anda percaya.
4. Disiplinkan Diri
Jangan ambil rehat jika tidak perlu. Siapkan terlebih dahulu tugasan yang anda perlu siapkan, kemudian ambillah rehat sekejap sebelum meneruskan tugasan yang seterusnya.
Disiplin perlu memainkan peranan yang penting dalam kes ini, dan juga paling sukar buat pertama kali.
Langkah #4: Kekalkan Motivasi
Motivasi dan semangat bersifat tidak kekal, oleh itu anda perlu melakukan sesuatu agar

ianya berterusan. Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan:
1. Hargai Pencapaian Diri
Setelah anda berjaya melakukan sesuatu yang besar, sebagai contoh berjaya membuat 10,000 jualan, ataupun mendapat kenaikan gaji, atau berjaya mendapat markah tertinggi dalam kelas – hargai pencapaian tersebut dengan hadiahkan diri dengan makanan atau gadget kesukaan.
Dengan rasa penghargaan, ia boleh memberikan semangat dan motivasi yang baharu untuk kekal berusaha dalam apa jua cabaran mendatang.
2. Tulis Matlamat Setiap Minggu
Dengan menulis matlamat kecil setiap minggu boleh mengekalkan anda berada dalam landasan yang tepat. Ia boleh mengekalkan fokus anda.
Dalam perjalanan hidup ini, ia tidak menentu. Mungkin anda sudah membuat senarai matlamat dan sebagainya, tetapi pasti akan ada cabarannya. Oleh itu, perlu update senarai tersebut mengikut keperluan mingguan agar anda dapat atasi sebarang masalah mendatang dengan lebih cepat.
3. Ingatkan Diri Bahawa Usaha Tangga Kejayaan
Anda perlu ingat bahawa kejayaan adalah bergantung kepada usaha dan bukannya bakat semata-mata. Orang yang berbakat tetapi tidak berdisiplin, tidak kemana juga. Tetapi orang yang tidak berbakat, tetapi rajin berusaha, mesti boleh mencapai sesuatu dalam hidup mereka nanti.
Dan perlu ingat juga keyajaan ini bukanlah datang bergolek. Ia perlukan banyak pengorbanan. Anda mungkin gagal pada mulanya, mungkin gagal juga pada kali-2, kali-3 dan seterusnya. Tetapi belajarlah dari kesilapan – bahkan inilah patutnya.
Semua orang akan mengalami kegagalan, yang membezakan mereka sama ada berjaya atau tidak adalah bagaimana mereka menghadapi kegagalan itu.
4. Kekal Di Atas Landasan Yang Betul
Jika anda tidak fokus dan mempunyai motivasi yang betul, anda dengan mudah terpesong dari landasan yang betul.
Oleh itu, pastikan landasan yang anda berada itu adalah betul dan teruskan perjalanan.
5. Jangan Sesekali Berputus Asa
Sekali lagi, hidup ini bukannya lurus – ada kalanya ia bengkok, ada kalanya ia bergunung-ganang. Apa jua yang berlaku, jangan berputus asa dengan apa kerjaya yang anda ingin usahakan.
Kerap ingatkan diri sendiri betapa jauh yang anda ingin capai dalam kerjaya anda. Dapatkan nasihat pakar sekiranya boleh. Jangan biarkan usaha anda selama ini disia-siakan.
Tips Menghilangkan Sifat Malas
- Kerap ingatkan diri tentang matlamat, dan kenapa anda membuat sesuatu perkara tersebut. Dan cuba bayangkan kesan jika anda berputus asa.
- Bekerja dengan orang yang rajin, ia boleh mengelakkan anda daripada menjadi malas.
- Tidur awal, bangun awal.
- Cuba minum air yang sejuk apabila anda rasa malas – ia boleh meransang otak anda, meningkatkan pergerakan badan, lantas melakukan kerja.
- Guna teknik 20/10 – di mana 20 minit anda lakukan sesuatu tugasan dan 10 minit adalah masa untuk rehat. 45/15 juga boleh digunakan.
- Kerap matikan jam, tetapi tidak bangun-bangun? Apa kata mulai hari ini anda letak jam loceng di bilik sebelah. Apabila berbunyi, anda terpaksa bangun dan keluar bilik untuk matikan jam tersebut.
Amaran
- Pastikan anda tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang boleh melemahkan sistem tubuh badan.
- Elakkan daripada memberikan tekanan pada diri, ketahui beberapa cara untuk mengatasi tekanan di sini.
Kesimpulan
Menghilangkan sifat malas dalam diri bergantung 100% pada individu itu sendiri. Ia bermula dengan matlamat hidup yang dia ingin capai, dan terus berusaha untuk mencapainya.
Jika mereka tidak mempunyai matlamat dan tidak berusaha untuk meninggalkan semua penghalang diri, mereka akan mengalami kesukaran dalam menggapai impian.
Harap artikel ini membantu anda dalam apa-apa jua berkaitan. Sila tinggalkan komen bagaimana anda menghilangkan sifat malas dalam diri anda di bawah.
Sekian~
Fantastic web site. A lot of helpful info here. I’m
sending it to a few buddies ans additionally sharing in delicious.
And naturally, thank you in your effort!