9 Langkah Menjadi Orang Yang Cekap (+Efisien)

menjadi orang yang cekap

Kita semua sibuk. Biasanya kalau ada waktu free, kita pasti akan memikirkan peluang untuk berehat atau bermain.

Tetapi dengan belajar untuk menjadi orang yang cekap, tidak kiralah semasa di rumah atau di tempat kerja boleh membantu anda mendapatkan lebih banyak waktu free. Pada masa yang sama menjadi orang yang lebih produktif, puas dan gembira.

Ingin menjadi orang yang cekap? Sila teruskan membaca.

Langkah-Langkah Menjadi Orang Yang Cekap

Berikut adalah beberapa cadangan sekiranya anda ingin menjadi orang yang cekap dan efisien dalam sesuatu pekerjaan.

1. Bina Pemikiran Kritikal

Bertanyakan soalan. Mempersoalkan sesuatu perkara. Berkomunikasi dengan lebih efektif. Lihat pada pandangan yang luas dan rasional.

Gunakan logik dan common sense. Terima kenyataan apabila melakukan kesalahan.

Cari alternatif. Meminta bantuan dari seseorang yang mempunyai lebih banyak pengalaman atau skil. Jadilah orang yang sukakan cabaran.

Adaptasi kebolehan diri masing-masing di dalam pelbagai situasi.

2. Berfikiran ke Hadapan

Sila buat senarai idea yang anda ada. Anda mungkin tidak mempunyai masa buat masa ini, tetapi anda perlu memikirkan proseur yang paling efisien.

Lakukan kajian, pencarian online atau ke perpstakaan. Bandingkan pros dan cons, risiko dan manfaat sesuatu tindakan.

Apabila mematuhi peraturan, baca prosedur/langkah dengan penuh sebelum bermula. Catatkan apa yang penting.

Mulakan dengan perkara yang mudah, kemudian pada bahagian yang sukar.

3. Kekal Fokus

Masa tidak akan menunggu kita.

Abaikan semua gangguan dan berikan perhatian sepenuhnya pada kerja anda.

Sekiranya anda bukanlah orang yang multitasker, maka elakkan daripada melakukan banyak tugasan dalam satu-satu masa.

Siapkan satu satu tugasan terlebih dahulu sebelum memulakan tugasan yang lain.

4. Berehat

Jangan terlalu memaksa diri sendiri. Ambillah sediit rehat untuk badan anda. Boelh juga melakukan pergerakan badan agar peredaran oksigen di dalam badan boleh berlaku.

5. Ketahui Perangai Masing-Masing

Untuk berdepan dengan sesuatu, anda perlu tahu diri sendiri terlebih dahulu. Kenalpasti bagaimana anda bertindak akan sesuatu perkara dalam sesuatu situasi.

Jika boleh, kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Cubalah berjimat cermat dalam mengeluarkan duit.

6. Kurangkan Komitmen Pada Benda Yang Tidak Penting

Setiap komitmen perlukan pengorbanan masa dan wang. Jika salah pilih, anda akan mendapat kerugian yang besar.

Oleh itu, anda kena pastikan komitmen utama anda bukanlah pada haluan yang salah atau yang boleh membawa kepada pembaziran.

7. Kemaskini Jadual

Buatkan setiap catatan dan tugasan anda mudah untuk dicari dan dibaca.

Letakkan sesuatu benda pada tempatnya, atau kategorikan mengikut persamaan.

8. Berhenti Berasa Bimbang

Anda haruslah yakin di atas setiap pekerjaan yang anda ambil.

Jika mahu, cubalah sesuatu yang baharu dan inovatif. Cuma buat apa yang terbaik. Tidak berjaya tak mengapa, tiada siapa yang sempurna.

Buatlah sesuatu keputusan, yang mana anda akan rasa bangga pada masa hadapan.

9. Nikmati Waktu

Apabila mendapat waktu free dan tidak sibuak, pastikan anda isi dengan perkara yang anda mahu lakukan.

loading...

Tips Tambahan Menjadi Orang Yang Cekap

1. Jangan melakukan sesuatu perkara dengan salah yang salah.
2. Setkan masa untuk sesuatu tugasan.
3. Berehat sekiranya perlu.

Kesimpulan

Menjadi orang yang cekap dan efisien dalam sesuatu tugasan bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan. Cuma ia perlukan motivasi dan dedikasi, lebih-lebih lagi bagi orang yang tidak pernah mengambil berat dengan kerja mereka sebelum ini.

Harap artikel ini membantu anda dalam apa jua keadaan, tidak kira dalam pekerjaan atau pembelajaran. Sekiranya anda mempunyai cadangan yang lebih baik, silalah kongsikannya di bahagian komen di bawah.

Sekian~

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here