Bagaimana Mengatur Masa Dengan Betul (9 Langkah Mudah)

mengatur masa dengan betul

Masa itu emas. Kalau anda tidak mengaturnya dengan baik, anda mungkin akan membazirkannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Malah, kita semua juga mempunyai device/peranti yang sentiasa hubungkan kita dengan komitmen kerja, kawan-kawan dan ahli keluarga.

Tetapi kalau tidak digunakan dengan baik, ia boleh menjadi gangguan kepada kita. Oleh itu, artikel ini akan mencadangkan cara bagaimana untuk mengatur masa dengan betul dan lebih produktif dalam 9 langkah.

1. Buat To-Do List

Nota atau to do list, mungkin sesetengah orang rasakan perkara ini sudah out dated, namun inilah paling asas dan paling berkesan jika diatur dengan baik. Sebelum anda mengatur masa, anda perlulah tahu apakah kerja yang hendak diatur.

Senaraikan tugasan daripada yang tidak penting kepada paling penting dan urgent. Dengan ini, anda boleh menyusun apa yang perlu dilakukan sekarang, tugasan apakah yang boleh ditangguh dan sebagainya.

To do list tidak semestinya perlu strict sangat, malah jadikannya dynamic, dimana anda boleh menyusun kembali mengikut priority. Apa yang penting dengan to do list ini adalah, anda perlu lakukannya.

Jika anda hanya letak dalam nota, kemudian abaikan, tiada gunanya juga. Oleh itu, adalah terbaik sekiranya anda letakkan to do list yang anda mampu buat. Sekiranya sesuatu itu sukar dan perlukan masa yang lama untuk diselesaikan, pecahkan tugasan tersebut kepada beberapa bahagian kecil, dan masukkan di dalam to do list.

2. Seimbangkan Tugasan

Bukan semua tugasan memerlukan tenaga kerja dan jangka masa yang sama. Oleh itu, anda perlu pandai mengagih masa yang mana perlu disiapkan dengan kadar segera, dan yang mana perlu disiapkan minggu hadapan.

Jangan tangguh-tangguh kerja yang perlu disiapkan minggu hadapan, sebaliknya lakukan sedikit demi sedikit setiap hari, agar boleh meringankan beban masa hadapan.

Siapkan tugasan harian terlebih dahulu. Berikan 100% perhatian kepada tugasan harian anda, dan jangan biarkan anda hilang fokus. Jika sudah disiapkan, barulah boleh ke tugasan seterusnya, tidak kiralah tugasan untuk keesokan hari atau minggu depan.

3. Fokus Pada Masa Produktif Anda

Bukan semua orang sama. Sesetengah orang lebih suka bekerja pada waktu siang, dan ada juga suka bekerja pada waktu malam.

Oleh itu, berikan fokus pada tugasan anda pada masa yang anda rasa paling produktif untuk siapkan tugasan tersebut, agar tidak mudah diganggu dengan perkara-perkara yang lain.

4. Tentukan Jangka Masa Setiap Tugasan

Setiap tugasan adalah berbeza-beza, dan perlukan masa yang berbeza-beza untuk disiapkan. Oleh itu, jadikannya satu cabaran kepada anda: tentukan jangka masa untuk setiap tugasan yang perlu disiapkan.

Kemudian, “bertanding” dengan masa – siapa yang boleh sampai dahulu.

5. Ambil Sedikit Rehat

Manusia tidak boleh berikan 100% fokus sepanjang masa untuk apa-apa tugasan. Untuk mengembalikan perhatian tersebut, anda perlu mengambil rehat. Mungkin anda boleh bekerja selama 45 minit, kemudian rehat 10 minit.

Dengan mengambil sedikit masa untuk berehat, anda boleh mengembalikan fokus kepada kerja, pada masa yang sama mengurangkan rasa stress untuk sesuatu tugasan.

6. Awasi Progres Anda

Anda seharusnya keep track apa yang anda sudah lakukan, dan akan lakukan. Anda sebaiknya potong senarai yang sudah diselesaikan.

Dengan ini, anda akan rasa anda sudah mencapai sesuatu – boleh menjadikan anda lebih relaks, pada masa yang sama memberikan motivasi untuk terus bekerja.

7. Sentiasa Update To Do List

Kerapkan kemaskini senarai tugasan anda. Masukkan apa yang patut, dan keluarkan apa yang sudah dilaksana.

Setkan priority setiap tugasan baharu dan tentukan apa yang perlu disiapkan dengan kadar segera.

Anda juga boleh menggunakan bantuan teknologi untuk tujuan ini seperti aplikasi telefon pintar dan sebagainya.

8. Masa Untuk Bergembira

Masa kerja itu penting, tetapi masa untuk diri sendiri juga penting. Oleh itu, apabila anda sudah menyelesaikan sesuatu tugasan berat/besar, anda bolehlah mengambil sedikit masa untuk berehat, dan bergembira (seperti bercuti) untuk berehatkan minda.

9. Dapatkan Rehat Yang Cukup

Jangka masa terbaik untuk tidur adalah dalam lingkungan 7-8 jam. Dengan mendapatkan rehat yang mencukupi, ia boleh membuatkan anda rasa lebih cergas, rasional dan bertenaga.

Video Bantuan

Channel Entrepreneur di Youtube ada menyediakan 10 tips mengatur masa dengan betul dan efektif, tidak kira anda seorang pelajar atau bekerja. Anda boleh lihat video tersebut di bawah:

Tips Tambahan Mengatur Masa Dengan Betul

  1. Jangan membazir masa.
  2. Jangan terburu-buru semasa melakukan tugasan. Jika anda mengatur masa dengan betul, anda mengelakkan perkara ini daripada berlaku.
  3. Jauhkan sebarang alat gangguan semasa anda bekerja.
  4. Berikan fokus yang sepenuhnya semasa melakukan apa-apa tugasan.
  5. Jika anda bukan seorang multi tasker, maka jangan melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa.

Amaran

Jangan masukkan perkara yang anda sudah tahu tidak mampu capai/buat di dalam to do list – percayalah anda akan kecewa.

Buku Cadangan

mengurus masa dengan berkesanSekiranya anda serius dengan masa, dan ingin mendapatkan hasil dengan lebih banyak, bekerja dengan lebih efektif, apa kata anda mendapatkan buku “Teknik Terhebat Mengurus Masa dengan Berkesan” oleh Martin Manser.

Anda boleh dapatkan buku tersebut di BookCafe dengan klik pada link ini dengan harga promos, RM11.90

 

 

Kesimpulan

Secara ringkas, mengatur masa dengan betul bukanlah satu perkara yang mustahil. Ia hanya perlukan sedikit motivasi dan dedikasi untuk berkesan.

Harap artikel ini membantu anda. Sekiranya anda mempunyai tips dan cadangan tambahan pada artikel ini, sila tinggalkan komen di bawah.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here