Bagaimana Untuk Mengelak Gangguan Semasa Bekerja/Belajar?

mengelak gangguan semasa bekerja

Zaman sekarang, kita lebih senang untuk terdedah kepada gangguan, tidak kira semasa kita sedang belajar atau bekerja. Mesti ada sahaja benda yang mengganggu perhatian kita.

Jika perkara-perkara ini tidak dikawal atau dielak, dalam jangka masa yang panjang, ia boleh merosakkan prestasi kita.

Artikel kali ini akan membincangkan beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk mengelak gangguan semasa bekerja atau belajar.

Cara Mengelak Gangguan Semasa Bekerja & Belajar

1. Disiplinkan diri apabila sedang bekerja atau belajar. Tentukan masa bila untuk bekerja dan bila masa unutk bersuka-suka.

2. Jika anda sedang mengambil perubatan ADHD atau masalah yang berkaitan, sila ambil ubat seperti mana yang disarankan oleh doktor.

3. Dapatkan tidur yang mencukupi. Pakar menyarankan 7-8 jam tidur adalah ideal. Apabila badan dalam keadaan letih, ia boleh mengurangkan kadar konsentrasi, menyukarkan anda untuk fokus pada benda yang dilakukan.

4. Matikan telefon pintar dan tablet jika tidak diperlukan.

5. Beritahu orang sekeliling bahawa anda perlukan melakukan sesuatu yang penting dan tidak mahu diganggu.

6. Buat senarai kerja yang perlu disiapkan.

7. Senaraikan perkara yang boleh mengganggu pekerjaan anda, dan cuba fikirkan cara penyelesaiannya.

8. Minta ahli keluarga agar tidak mengganggu semasa anda belajar.

9. Sebelum mulakan pekerjaan anda, pastikan mendapat sarapan/makan yang cukup.

10. Buatkan deadline lebih awal bagi setiap pekerjaan yang perlu disiapkan, agar boleh mengelak daripada sifat menangguh-nangguh.

Video

Channel Youtube Entrepreneur pernah mengeluarkan satu video tentang topik ini yang bertajuk “11 Ways to Avoid Distractions and Stay Focused,” anda boleh saksikannya di bawah:

Tips Tambahan

1. Mendengar muzik semasa bekerja/belajar boleh menambahkan fokus bagi sesetengah orang – namun bukan semua. Sekiranya muzik boleh mengganggu fokus anda, maka adalah terbaik tidak mendengarnya semasa bekerja.

2. Jika perkerjaan tersebut perlu jangka masa yang sangat lama, buat sedikit demi sedikit. Dan buat checkpoint.

3. Jika terdapat sesuatu yang lebih penting, yang perlukan diselesaikan dengan segera, kemudiannya terlebih dahulu. Setelah selesai, kembali kepada tugasan awal anda itu tadi.

4. Jika anda menerima banyak tugasan sekali gus, selesaikannya satu per satu. Jangan multitask.

Amaran

1. Kalau anda terlalu tertekan sehingga boleh mengganggu gerak kerja, maka hilangkan tekanan terlebih dahulu.

2. Selalu abaikan keluarga atau rakan-rakan boleh menyebabkan mereka salah anggap terhadap anda. Oleh itu, kena pandai sesuaikan masa, keadaan dan kepentingan sesuatu.

Kesimpulan

Semua orang tidak suka gangguan, terutama semasa sedang melakukan sesuatu tugasan penting. Mengelak gangguan bukanlah perkara yang sukar, cuma perlu sediakan masa dan tempat yang sesuai untuk berikan 100% fokus.

Harap artikel ini memberikan sedikit pencerahan dan cadangan kepada anda, agar dapat menyiapkan sesuatu dalam masa yang ditetapkan.

Sekian~

loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here