Jika anda sedang menghadapi masalah dan tidak ingin berputus asa, anda sedang mengikuti jalan yang betul!
Anda mungkin sudah jemu dengan kata-kata orang “whatever kills you makes you stronger” dan ingin mengetahui bagaimana untuk kekal positif dan meneruskannya sehingga mencapai kejayaan.
Pertama sekali, anda perlu bangga bahawa anda masih lagi mencuba dan tidak mudah menyerah kalah.
Kemudian, anda perlu membina satu set minda yang akan memberikan jaminan kejayaan kepada anda, sekiranya terus berusaha.
Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan beberapa cara ataupun teknik yang berguna untuk tidak berputus asa:
Semoga berjaya!
Bahagian 1: Bentuk Minda Berdaya Tahan
Dalam usaha tidak berputus asa, ia mesti bermula dengan minda yang tidak mudah mengaku kalah.
1. Bina Sikap Positif
Walaupun anda mungkin merasakan ianya agar mustahil untuk menjadi positif, dengan semua usaha dan tenaga yang anda curahkan selama ini namun tiada hasil. Anda perlu kekal optimistik sepanjang usaha anda dan jangan sesekali berputus asa.
Dengan kekal berfikiran positif, anda akan melihat semua perkara dengan persepsi yang baik. Ia pasti akan memberikan kesan yang positif kepada sikap dan prestasi anda.
Betul. Berfikiran positif memudahkan anda menghadapi cabaran pada masa hadapan. Jika anda sering melihat kepada kegagalan dan kekalahan, anda pastikan akan menghampiri kegagalan.
Jika anda rasa anda sedang menghadapi masalah dan merungut, cuba tukarkan perasaan itu kepada yang positif, banyakkan bersabar dan tenangkan diri bahawa setiap sesuatu perkara mesti ada jalan penyelesaiannya.
Salah satu cara untuk memudahkan proses ini adalah kerapkan berdamping dengan orang berjaya. Jika anda sering berkawan dengan orang selalu berfikiran negatif dan tidak memberansangkan, maka anda akan merasakan agak sukar untuk keluar dari skop pemikiran seperti mereka.
2. Belajar Untuk Berubah
Jika anda mahu membina pemikiran yang baik untuk tidak mudah mengaku kalah, maka anda perlu mengerti maksud “berubah“. Setiap kegagalan mesti ada sebabnya, dan anda perlu berubah agar kegagalan ataupun kesilapan itu tidak berulang lagi. Semuanya bermula dengan anda!
Cuba lihat peluang-peluang untuk mempelajari sesuatu yang baharu, berkenalan dengan orang lain dan menjadi orang yang lebih baik.
3. Belajar Dari Kesilapan
Tiada orang yang akan terlepas daripada melakukan kesilapan sepanjang hidup mereka. Apa yang membezakan orang yang gagal dan berjaya adalah cara mereka menghadapi masalah dan kesilapan mereka.
Orang yang gagal akan melihat kesilapan mereka sebagai satu petanda untuk berhenti. Manakala orang yang berjaya akan melihat kesilapan mereka sebagai satu petanda untuk memperbaiki diri.
Anda mungkin akan merasakan sesuatu yang sangat malu pada kesilapan yang pertama, namun tidak bermakna hidup anda sudah berakhir. Kenal pasti punca kesilapan tersebut dan memperbaikinya.
4. Ketahui Adanya Peluang Kejayaan
Jika anda berusaha tanpa mengaku kalah ataupun berputus asa, maka anda mempunyai mentaliti dan peluang yang lebih cerah untuk berjaya pada masa hadapan.
Tekankan prestasi pada masa sekarang adalah penting, pada masa yang sama rangkakan masa hadapan anda. Walaupun anda tidak dapat apa yang inginkan, ketahuilah rezeki di mana-mana dan anda hanya perlu mencuba untuk mendapatkannya.
5. Luaskan Pengetahuan
Pengetahuan sangat bermakna dalam hidup, termasuklah dalam mengatasi perasaan untuk berputus asa. Anda perlu meneruskan amalan menuntut ilmu walaupun anda sedang bekerja, dan sudah tidak lagi dalam alam “pelajar”.
Belajarlah erti hidup dan memperdalamkan pengetahuan agama boleh memberikan erti yang berguna kepada anda sepanjang hayat. Namun, tidak kiralah apa yang anda pelajari melalui pembacaan, menontot ataupun mendengar ia pasti akan memberikan manfaat nanti dalam hidup anda.
Walaupun tidak berkaitan, anda boleh dapatkan iktibar daripada mesej yang disampaikan dan melihatnya dari sudut pandangan yang berlainan.
6. Banyakkan Bersabar
Perkara yang baik hanya akan datang kepada orang yang bersabar dan teruskan usaha. Antara sebab anda rasa ingin berputus asa adalah anda inginkan sesuatu dalam jangka masa yang singkat.
Namun, kejayaan tidak datang bergolek macam itu sahaja. Ia perlukan ketekunan dan usaha yang banyak untuk mendapatkan sesuatu. Dan perlu sedar bahawa rezeki setiap orang berbeza, mungkin anda sudah mencuba sebanyak 20 kali namun tiada hasil, bahkan kawan anda hanya mencuba 5 kali sudah mendapat hasil yang membanggakan.
Apa yang anda perlu lakukan adalah tidak mudah berputus asa dan teruskan usaha anda agar dapat dicapai pada masa hadapan. Jangan biarkan faktor luaran mengganggu tumpuan anda.
Bahagian 2: Cara-Cara Hadapai Kesukaran

Bagi sesetengah orang, mereka sukar menerima sesuatu kegagalan ataupun kesilapan. Oleh itu mereka ini lebih senang untuk berputus asa dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk membaiki keadaan. Berikut adalah beberapa cara menghadapi kesukaran yang anda perlu lakukan.
1. Jangan Hilang Semangat
Jika anda sudah tiada semangat untuk berusaha, anda akan rasakan dunia ini tidak adil untuk anda. Orang yang merasai perasaan ini akan beranggapan bahawa mereka tiada masa hadapan yang cerah kerana mereka tidak pernah mendapat hasil yang memuaskan pada masa yang lalu.
Jika anda ingin berdepan dengan kesukaran hidup, maka anda perlu mempelajari untuk mengambil peluang yang lain, berbanding terus memikirkan kegagalan masa lampau.
Orang yang berjaya akan berfikiran positif dan merasakan bahawa sesuatu kejayaan bermula dengan mereka sendirim tidaknya bergantung kepada usaha orang lain. Kata kunci di sini adalah jangan putus semangat dalam apa yang anda inginkan.
2. Dapatkan Mentor
Salah satu cara yang berkesan menghadapi kesukaran adalah dengan mengdapatkan tunjuk ajar daripada mentor ataupun guru dalam bidang tersebut.
Dapatkan tips daripada orang yang berpengalaman menjadikan kesukaran anda lebih ringan untuk dihadapi. Bercakap dan berbincang dengan orang yang boleh memberikan anda nasihat dan persepsi dalam situasi anda secara tidak lansung boleh memberikan motivasi untuk terus berusaha.
Dan mungkin juga orang yang anda minta nasihat tersebut pernah melalui kesukaran yang sama seperti anda. Mungkin dia boleh memberikan anda pilihan cara untuk menghadapinya.
3. Kuatkan Ikatan Persahabatan Dan Kekeluargaan
Selain mendapatkan nasihat daripada orang yang berpengalaman, ikatan kekeluargaan dan persahabatan juga perlu dititikberatkan.
Anda dapat kurangkan beban dan tekanan jika anda mempunyai rakan-rakan ahli keluarga yang menyayangi anda, serta tidak berkira semasa anda dalam masalah.
Jika anda sedang mengalami masalah dan berdepan dengannya secara sendiri, anda akan merasakan sangat asing dan boleh membuatkan anda ingin berputus asa.
Bercakap dan berkongsi masalah dengan orang yang anda rapat, mereka mungkin boleh memberikan nasihat dan membuatkan anda rasa tidak keseorangan. Dengan hanya ada orang untuk diluahkan perasan dan masalah boleh memberikan kesan positif yang sangat besar.
Selain itu, dengan berinteraksi dengan orang boleh mengurangkan tekanan diri anda, kerana pada masa yang sama anda boleh mendengar pandangan mereka. Ataupun mendengar akan pengalaman hidup mereka yang lagi susah daripada anda.
4. Jaga Diri Anda
Jika anda sedang menghadapi masalah yang sangat berat, anda tidak boleh mengabaikan kesihatan dan kebersihan diri. Pastikan anda makan dengan cukup setiap hari, mandi dan dapatkan rehat yang secukupnya.
Pastikan mental dan fizikal anda dalam keadaan yang sihat – kemudian betulkan apa yang salah dan kekalkan apa yang elok.
Ketidakstabilan emosi boleh mempengaruhi keputusan yang kita buat, oleh itu anda perlu mengawal emosi agar tidak mempengaruhi minda dan akal anda dalam membuat keputusan.
Makan makanan yang beerkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan ringan dan minuman yang bergas. Hal ini kerana pemakanan yang tidak seimbang boleh memberikan kesan kepada pemikiran anda.
Dapatkan tidur yang mencukupi, sekurang-kurangnya 6-8 jam setiap hari. Anda boleh meminum susu untuk memudahkan tidur, sekiranya anda sukar untuk tidur memikirkan akan kegagalan anda.
5. Bertindak!
Jika anda mahukan kejayaan dan tidak berputus asa, anda tidak boleh hanya duduk dan merungut akan kegagalan yang lalu. Sebaliknya, anda perlu keluar dan lakukan apa yang patut untuk memperbetulkan masalah yang anda hadapi tersebut.
Anda perlu bertindak dengan cepat dan lakukanny dengan betul walaupun memerlukan pengorbanan yang banyak. Sehinggalah anda mencapai apa yang anda inginkan.
Tiada tindakan, tiada hasil.
Adakalanya kita perlu memunasabah diri, ambil masa untuk tenangkan diri. Namun, tiada kesudahannya jika kita berterusan berfikir tentangnya.
Tapi bagaimana untuk bertindak? Anda boleh menyenaraikan apa yang pilihan yang anda ada untuk menangani masalah tersebut. Susun mengikut apa yang anda rasa sesuai dan berkesan. Kemudian, terus lakukannya.
6. Bina Keyakinan Diri
Agak sukar untuk mengembalikan keyakinan diri setelah anda menghadapi kegagalan. Namun, anda perlu ingat apa yang penting bagi diri anda dan mengapa anda berada di dalam kerjaya tersebut. Anda yang membuat pilihan pada masa dahulu, berusaha ke tahap tersebut, dan secara tiba-tiba anda ingin berputus asa?
Pembinaan keyakinan diri bermula dengan diri anda sendiri, ianya boleh dilatih. Luangkan masa dengan orang yang anda rasa selesa, contohnya suami atau isteri, ahli keluarga dan rakan-rakan.
7. Jadikan Kegagalan Satu Cabaran
Mungkin anda pernah dengar kata-kata “Whatever doesn’t kill you makes you stronger” (apa yang tidak membunuh anda membuatkan anda bertambah kuat).
Jadikan sesuatu kegagalan anda itu sebagai satu cabaran untuk terus maju kehadapan. Anda perlu terima sesuatu kekalahan dan mengambil iktibar daripadanya.
Jangan biarkan perasaan gagal bertapak lama-lama di dalam pemikiran anda. Jangan terlalu banyak fikirkan akan kegagalan/masalah, sebaliknya adalah berfikir akan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.
Dengan hanya berfikir akan masalah tidak akan mendatangkan sebarang manfaat, malah boleh mengurangkan daya keyakinan diri anda.
Anda perlu terima sebarang kegagalan itu sebagai satu ujian Tuhan.
8. Jangan Biarkan Kegagalan Menentukan Masa Depan
Mungkin anda akan merasakan sesuatu kegagalan yang sama berulang-ulang banyak kali mementukan bahawa anda tiada masa hadapan dalam bidang tersebut.
Namun, anda perlu ingat bahawa orang yang berjaya tidak bermula dengan kejayaan. Mereka terpakse merempuh pelbagai cabaran dan kegagalan bertubi-tubi.
Jika mereka berputus asa pada masa itu, anda mungkin tidak dapat merasakan KFC dan membaca novel Harry Potter – Colonel Sander dan J.K Rowling mengalami kegagalan yang banyak sebelum produk mereka mendapat perhatian orang ramai.
Bahagian 3: Kekal Kuat

Hidup ini penuh dengan cabaran, tidak kiralah bagi sesiapa pun. Oleh itu, anda perlu mempunyai kekuatan dalam apa jua dugaan pun. Berikut adalah beberapa point untuk terus kekal kuat dalam menangani masalah anda:
1. Tentukan Satu Matlamat
Salah satu cara untuk kekal teguh dalam apa yang anda lakukan adalah dengan menetapkan matlamat yang boleh dicapai. Betul, kita boleh menetapkan matlamat yang jauh, namun bermulalah dengan yang kecil terlebih dahulu. Kemudian tetapkan matlamat yang jauh lebih besar setelah matlamat yang lama sudah dicapai.
Matlamat yang kecil lebih mudah untuk dicapai, ia memberikan anda semangat dan motivasi kepada anda untuk terus maju kehadapan.
Sebagai satu contoh, anda ingin menulis satu novel, kemudian gagal pada kemudian harinya. Kenapa? Kerana anda menetapkan matlamat yang terlalu tinggi, bahkan anda tak pernah menulis karya apa-apa pun sebelum ini.
Oleh itu, bermulalah dengan menulis cerita-cerita pendek, menulis sajak atau puisi terlebih dahulu. Setelah mendapat pengalaman dan kemahiran, anda bolehlah bermula menulis novel.
Apa yang penting adalah dengan menetapkan matlamat yang realistik untuk dicapai.
2. Mencuba Peluang Yang Lain
Adakalanya anda gagal kerana anda menggunakan kaedah ataupu cara yang tidak berhasil. Oleh itu, tiada salahnya jika anda mencuba perkara yang lain untuk mencapai apa yang anda inginkan.
Janganlah anda terlalu terikat kepada sesuatu, jika ia tidak berhasil, maka bolehlah diteruskan dengan pilihan yang lain. Asalkan anda ada peningkatan.
3. Kawal Stres dan Tekanan
Tekanan diri boleh mempengaruhi pertimbangan diri, dan mungkin salah satu faktor yang membawa kepada anda berputus asa dalam kerjaya mahupun hidup.
Antara cara untuk kekal cekal menghadapi kegagalan adalah dengan mempelajari bagaimana untuk mengawal tekanan diri dan perasaan untuk berputus asa.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh mengurangkan tekanan diri anda:
Luangkan masa dengan orang yang boleh memberikan ketenangan kepada anda
- Kurangkan pengambilan kopi ataupun minuman yang mengandungi kafein
- Sembahyang dan berdoa kepada Tuhan.
- Jauhi sesuatu yang boleh memberikan tekanan kepada anda.
Read more: Cara-Cara Berhadapan Dengan Masalah Stress
4. Jangan Biarkan Orang Lain Memburukkan Keadaan
Keadaan akan bertambah buruk jika semua orang sekitar anda mempengaruhi anda untuk berputus asa. Walaubagaimanapun, anda tidak boleh membiarkan orang lain yang menentukan masa hadapan anda.
Betul, mendengar pandangan dan cadangan orang lain memang baik, namun tidak bermakna anda terikat kepadanya 100%. Ambil yang jernih, tinggalkan yang keruh.
5. Kekal Bermotivasi
Kadang kala anda akan hilang motivasi, mungkin kerana kegagalan tersebut. Namun, cuba ingat kembali pengalaman yang bermakna kepada anda sepanjang anda hidup ini.
Buat senarai perkara yang menggembirakan anda. Cuba ingat kembali masa tersebut. Ini boleh mengembalikan motivasi kepada diri anda.
Read More : 365 Tips Motivasi Diri Yang Anda Wajib Tahu!
6. Menyertai Komuniti yang Sama
Anda boleh menyertai persatuan ataupun kumpulan orang yang berada di dalam skop masalah yang sama dengan anda. Tidak kiralah, orang yang ingin berhenti merokok, menerbitkan buku ataupu apa-apalah.
Dengan mengenali orang yang senasib anda boleh memberikan anda motivasi, kerana anda tidak keseorang dalam dunia ini. Pada masa yang sama anda boleh berkongsi masalah, mereka yang mengerti boleh memberikan pendapatan dan cadangan.
Kesimpulan
Tiada orang yang baru lahir terus naik menjadi CEO syarikat. Mereka semua berusaha dengan tekun untuk mencapai apa yang diidamkan.
Kejayaan akan datang setimpal dengan kadar usaha yang anda curahkan. Kalau anda tidak berusaha, anda akan mendapat setimpal dengannya. Dan jika anda berusaha dengan keras, korbankan banyak masa dan tenaga untuknya, maka anda akan mendapat kejayaan yang memuaskan.
Harap artikel ini membantu, jika anda mempunyai soalan ataupun ingin berkongsi pengalaman anda dalam mengatasi masalah/perasaan putus asa, silalah berbuat demikian dengan meninggalkan komen di bawah.
Sebelum akhiri artikel ini, dengarlah lagu “Fikirkan Boleh” untuk meningkatkan motivasi anda.
Sekian~