Cara Sesuaikan Diri Dengan Perubahan Hidup & Suasana

sesuaikan diri dengan perubahan

Berdepan dengan perubahan hidup atau suasana, tidak kiralah kita bertukar tempat kerja, mahupun berpindah rumah dan sebagainya mungkin memberikan rasa asing kepada kita.

Sesetengah orang mengalami masalah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ini, tetapi ada juga orang yang senang sahaja – ia bergantung kepada seseorang itu sendiri.

Sekiranya anda seperti saya yang tidak sukakan perubahan, maka beberapa cara untuk berdepan dengan perubahan hidup di bawah boleh memberikan anda sedikit panduan.

Kaedah #1: Sesuaikan Diri

1. Bersiap Sedia

Tidak kira apa jua perubahan yang anda berdepan, anda perlu bersiap sedia untuk menghadapinya. Buat sedikit analisis terhadap perubahan yang anda akan harungi, dan fikirkan beberapa cara yang anda boleh buat untuk mengatasinya.

Sebagai contoh, anda akan berpindah ke luar negara, negeri atau bandar; pastikan anda mempelajari apa yang patut agar memudahkan diri sendiri untuk menyesuaikan pada masa hadapan.

Sekiranya bertukar kerja, pastikan anda mengetahui tugasan umum yang perlu dilakukan sebelum masuk kerja.

2. Kawal Perlakuan dan Tindakan

Sesetengah orang mendapati bahawa dengan tulis senarai boleh mengurangkan keresahan.

Jika anda berasa kurang senang, cuba senaraikan perkara-perkara yang positif. Sebagai contoh, anda pernah putus cinta – sekurang-kurangnya anda mempunyai masa, kebebasan yang lebih dan sebagainya. Apa yang penting adalah lihat dari sudut positif.

Kaedah #2: Kurangkan Keresahan Sekitar Perubahan

1. Catat Apa Yang Membimbangkan Anda

Perubahan boleh membuatkan anda berasa tidak selamat, risau dan gelisah. Jika anda berasa seperti itu, apa kata mencatat apa yang menyebabkan anda rasa bimbang itu.

Selepas menyenaraikannya, cuba datangkan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan ini, anda boleh rasa lebih selamat.

2. Berkongsi Pengalaman

Jika anda berkongsi pengalaman dengan orang yang senasib dengan anda, maka akan mendapat satu perasaan lega dan tahu siapa untuk dirujuk pada masa hadapan.

3. Terima Ketidaktentuan

Hidup ini penuh dengan ketidaktentuan, itu adalah fakta yang kita semua kena terima. Sekiranya anda sentiasa memikirkan masalah itu, maka sampai bila pun anda tidak akan dapat menikmati hidup ini dengan sepenuhnya.

4. Relaks

Dengan relaks dan berehat, ia boleh mengurangkan kadar stress dan mengawal kesihatan mental. Anda boleh mengamalkan meditasi, tarik nafas dan sebagainya.

5. Bersenam

Bersenam boleh membantu anda mengatasi tekanan dan mengurangkan keresahan. Cuba bersenam untuk 30 minit setiap hari.

Paling tidak pun, berjalan di taman, kayuh basikal ke kedai dan sebagainya.

loading...

Kaedah #3: Berikan Masa Untuk Sesuaikan Diri

1. Berikan Sedikit Masa

Perubahan, terutama secara mengejut boleh mengganggu hidup kita, tetapi kebiasaannya, kita semua boleh adapt dengan perubahan tersebut dalam jangka masa tertentu.

2. Lihat Peluang

Kadangkala, perubahan dalam hidup ini membuka ruang kepada peluang yang baru.

Walaupun tidak dinafikan ia sakit, tetapi perubahan boleh memberikan sesuatu yang bermakna kepada kita semua.

3. Berhenti Merungut

Apabila sebarang perubahan menyebabkan anda banyak merungut, ia boleh menyukarkan anda untuk sesuaikan diri.

Oleh itu, berhenti daripada merungut, sebaliknya carilah cara yang terbaik untuk sesuaikan dengan keadaan tempat suasana yang baru.

Sekiranya anda orang yang boleh duduk di tempat/suasana itu dengan gembira, kenapa tidak anda?

4. Biarkan Yang Lepas Berlalu

Terlalu fokus kepada perkara yang lepas tidak menjamin anda akan kehadapan. Tiada guna mengharapkan kehidupan yang sudah berlalu.

Daripada teringatkan masa yang lalu, lebih baik anda merancang untuk masa hadapan.

Kesimpulan

Bagi sesetengah orang, berdepan dengan perubahan hidup ini bukanlah sesuatu yang senang – mungkin terikat dengan kisah silamnya yang perit.

Tetapi perlu ingat bahawa itulah yang menjadikan kehidupan kita ini “hidup“. Kita semua tidak boleh lari dari berdepan dengan perubahan. Dan salah satu cara yang terbaik untuk menghadapinya adalah dengan menyesuaikan diri sendiri di tempat/keadaan yang baharu.

Harap artikel ini memberikan manfaat kepada anda semua. Silalah kongsikan artikel ini.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here