Keyakinan diri ini bukannya suatu yang senang-senang untuk diperolehi. Jika anda mengalami masalah untuk meningkatkan keyakinan diri anda, ketahui cara-caranya di bawah (boleh dipraktikkan dalam 24 jam).
Kaedah #1: Penampilan Diri
Keyakinan diri perlu bermula dari penampilan seseorang individu itu sendiri. Oleh itu, adalah terbaik sekiranya anda bermula dari sini terlebih dahulu untuk meningkatkan keyakinan diri. Berikut adalah beberapa langkah:
1. Wajah dan Pakaian
Biasanya orang akan memberikan gambaran awal terhadap diri anda melalui wajah dan pakaian. Oleh itu, anda perlukan tingkatkan sedikit bagaimana anda menguruskannya.
i. Pastikan anda menjaga kebersihan diri dengan baik sepanjang hari. Kerapkan mandi, jangan abaikan kesihatan mulut, floss gigi jika perlu, cuci muka dan sikat rambut anda.
ii. Berpakaian kemas dan sopan. Anda tidak semestinya perlu membeli pakaian baharu semata-mata untuk kelihatan yakin dan berketerampilan. Anda hanya perlu pastikan bahawa pakaian itu kelihatan kemas, ringkas, sopan dan selesa. Jika anda berpakaian selesa, anda akan rasa lebih yakin berdepan dengan orang ramai.
2. Postur Badan
Semasa berdepan dengan orang, atau berkomunikasi, pastikan anda dalam keadaan yang yakin. Berdiri dengan tegak, kepala kehadapan – dan jangan terbongkok atau berdiri dengan bergoyang-goyang. Orang akan mempersoalkan kredibiliti anda.
Satu kajian mendapati bahawa bagaimana postur badan anda boleh mempengaruhi cara anda berfikir — oleh itu, kerapkan berdiri atau duduk dengan postur yang betul untuk mengelakkan anda merasa rendah diri. Selain itu, jika anda dalam keadaan yakin, ia boleh mengurangkan tekanan diri.
3. Senyum
Semua kita tahu bahawa senyum itu adalah satu sedekah, tetapi mengakulah kita sukar

untuk amalkannya, terutama kepada orang yang kita tidak mengenali.
Percaya atau tidak, dengan senyuman kita boleh memberikan impak yang besar di dalam sesuatu situasi. Ia boleh mengubah cara anggapan orang terhadap kita. Selain itu, senyuman juga boleh memberikan petanda bahawa kita adalah seorang yang peramah.
4. Eye Contact
Eye contact merupakan asas dalam perbualan sesama manusia. Ia berlaku secara semula jadi, lainlah kalau anda sedang berbohong (orang yang menipu biasanya mengalihkan pandangan mereka).
Oleh itu, anda perlukan kekalkan pandangan mata anda kepada prospek anda. Cuba bertindak natural, dan tidak terlalu mengongkong atau memaksa. Dan sebaiknya kurangkan mengalih pandangan anda, sebab boleh menyebabkan orang merasa anda sedang mengelak.
5. Bahasa Badan (Body Languange)
Body languange, ataupun bahasa badan juga memainkan peranan yang penting di dalam komunikasi. Oleh itu, pastikan postur badan anda kelihatan terbuka, dan sedia menerima sebarang persoalan atau sapaan daripada orang lain.
Jika anda bersilang tangan, ini memberi maksud bahawa anda tidak mahu dikacau oleh orang lain. Perkara yang sama kepada muka dan tangan anda. Untuk maklumat lanjut tentang body language, anda boleh layari laman sesawang ini.
Kaedah #2: Berfikiran Terbuka
Selain cara penampilan badan, anda juga perlulah mempunyai minda yang terbuka. Tiada guna mempunyai postur badan terbaik, tetapi idea yang disumbangkan tidak memberikan manfaat kepada prospek anda. Berikut adalah apa yang anda patut buat:
1. Kenalpasti Kemahiran Anda
Pertama sekali, anda perlu ketahui anda mahir dalam bidang apa dan apakah kualiti yang anda boleh tonjolkan. Kemudian senaraikannya di dalam nota anda. Jika anda sedang down, cuba kembali kepada nota anda dan hargailah apa yang anda mampu buat.
Dari situ, perbaikilah diri dan jangan terlalu mengikut perasaan. Kena terima fakta bahawa bukan semua orang sempurna, dan tiada siapa pun yang terlepas dari melakukan kesilapan.
Ingat kembali semua pencapaian anda sebelum ini, ingat kembali saat bahagia dalam hidup anda, ingat kembali apa yang orang puji akan anda dan sebagainya. Dengan cara ini, anda boleh mengurangkan rasa rendah diri dan mudah untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Ya, anda boleh lebih yakin jika anda dalam keadaan mental yang sihat.
2. Kenalpasti Penghalang
Terdapat banyak penghalang untuk anda mencapai apa yang anda mahukan. Senaraikannya, sebagai contoh; prestasi kurang memuaskan, introvert, tidak mempunyai ramai kawan, dan sebagainya.
Kemudian, tanya diri anda: Adakah anda boleh mengubahnya?
Sebagai contoh: Anda tidak mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan pada sesi yang lepas, perkara ini menyebabkan anda kurang yakin dengan diri anda. Tetapi, kalau anda berusaha keras dan belajar dengan lebih tekun, adakah anda rasa nasib anda boleh berubah?
Ya!
Sekiranya sesuatu yang menyebabkan anda kurang yakin terhadap diri anda itu boleh diubah dengan usaha, anda perlu kerah keringat untuk mencapainya. Jangan banyak bagi alasan.
Orang lain boleh lakukan, kenapa tidak anda?
3. Ingat, Anda Tidak Keseorangan
Anda juga perlu tahu bahawa semua orang bukan 100% yakin dengan apa yang mereka kerjakan. Ada masanya mereka juga mempunyai keraguan. Anda tidak keseorangan.
Oleh itu, perlu ingat bahawa orang yang sudah dikira mahir atau expert dalam sesuatu bidang, pasti mereka bermula sebagai beginner – mereka sudah melalui banyak cabaran dan keraguan dalam perjalanan hidup mereka sebelum mereka mencapai kejayaan mereka.
Mungkin anda juga seperti mereka. Cuma kena tunggu masa sahaja.
4. Keyakinan Diri Adalah Proses, Bukannya Satu Titik Noktah
Berkeyakinan diri bukanlah sesuatu pencapaian yang tunggal, dimana anda mungkin berdepan dengan cabaran yang lebih besar pada masa hadpan. Oleh itu, anggaplah keyakinan diri ini sebagai satu proses yang berterusan.
Kaedah #3: Bina Keyakinan Diri Anda
Tiada guna kalau anda tahu teori untuk membina keyakinan diri anda tanpa melakukan sebagai tindakan. Berikut boleh membantu anda untuk bermula:
1. Lakukan Apa yang Anda Suka
Jika anda sukakan sesuatu, tidak kiralah sukan atau hobi yang anda rasa anda mahu mahir, inilah masanya. Menambah baik skil anda didalam bidang kesukaan anda boleh meningkatkan tahap keyakinan diri anda.
Biasanya orang akan berkelakuan lebih yakin jika mereka melakukan sesuatu dengan baik. Dan biasanya orang akan lebih cenderung melakukakan apa yang mereka rasakan mereka mahir.
Oleh itu, apa kata anda bermula dengan sesuatu yang anda suka lakukanan terlebih dahulu untuk tingkatkan daya keyakinan diri anda.
2. Bercakap Dengan Orang Asing
Biasanya orang yang kurang keyakinan diri ini kurang berkomunikasi dengan orang asing. Apa kata kita cuba ubah perkara tersebut. Cuba memberanikan diri anda untuk menegur orang yang anda tidak kenali.
Mungkin anda boleh menegur semasa anda sedang menunggu bas, semasa membeli buku atau selepas solat di masjid dan sebagainya. Cuba bina situasi yang aman, dan jangan kelihatan terlalu mendesak atau mengganggu orang lain.
3. Abaikan Kritikan Yang Tidak Membina
Setiap benda yang anda lakukan, tidak kira baik atau buruk, pasti ada orang yang tidak

berpuas hati. Dan mereka biasanya akan memberikan komen dan kritikan yang tidak membina, tujuannya semata-mata untuk menjatuhkan anda.
Saya sarankan anda untuk tidak mengendahkan mereka ini, kerana haters gonna hate. Sekiranya anda rasakan apa yang anda kerjakan itu kearah kebaikan kepada diri dan komuniti, sila teruskan.
Sekiranya anda menerima kritikan yang membina, atau cadangan untuk penambahbaikan, sila hargainya dan mula untuk memperbaiki diri.
4. Harapkan Kejayaan
Kejayaan datang kepada orang yang sudah berusaha sedaya upaya mereka, dan ianya adalah rezeki daripada Tuhan. Oleh itu, jika anda sering gagal, ini bermakna anda tidak berusaha dengan cukup.
Janganlah pula lakukan sedikit usaha, terus mengharapkan hasil yang banyak. Cuba bermula secara kecil-kecilan. Anda akan mendapat keputusan yang sejajar dengan apa yang anda lakukan.
5. Ambil Risiko
Kadang-kala, anda tidak boleh lari dari mengambil risiko untuk mencapai apa yang anda mahukan. Untuk mendapatkannya, anda terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan terpaksa belajar banyak benda. Dan anda tidak boleh mahir dalam semua benda yang anda belajar dalam beberapa hari. Ia perlukan proses yang berterusan.
Kegagalan adalah perkara yang biasa. Perkara inilah yang menentukan sama ada anda akan berjaya ataupun tidak. Jika anda berhenti daripada berusaha, sampai bila pun anda tidak akan berjaya dalam sesuatu. Manakala, kalau anda tidak berputus asa, kejayaan akan mula menghampiri anda.
Video Bantuan
Sekiranya anda masih tidak yakin dengan bahan di atas, apa kata anda saksikan video oleh Derek Helpern untuk menjadi lebih yakin dengan diri anda:
Tips Tambahan
1. Bercakap dan berfikiran positif. Jika anda mendapat kritikan atau komen yang buruk terhadap anda, sila respond dengan kata-kata yang positif.
2. Bersyukur dengan apa yang anda ada. Ada sesetengah kes orang yang kurang keyakinan diri adalah berpunca daripada mereka yang suka membandingkan diri mereka sendiri dengan orang yang jauh lebih hebat.
3. Elakkan daripada menjadi seorang yang perfectionist. Tiada orang yang sempurna, terimalah satu kenyataan.
4. Buat senarai apa yang anda sudah lakukan hari ini, dan perlakuan yang membuatkan anda bangga dengan diri sendiri. Berikan sedikit ‘hadiah’ kepada diri anda dengan makan makanan kegemaran anda atau sebagainya.
5. Buat matlamat diri, jangan bagi alasan.
6. Sila pertimbangkan menghadiri kelas pembinaan diri, atau kem sahsiah.
7. Jangan hidup dengan berpura-pura, jadilah diri anda sendiri tanpa berlakon di hadapan orang lain semata-mata untuk mendapatkan perhatian.
8. Jangan menjadi terlalu yakin, kerana boleh menyebabkan orang menganggap anda ini seorang yang sombong.
Kesimpulan
Secara ringkas, meningkatkan keyakinan diri anda adalah perkara yang boleh dilaksanakan dengan kaedah dan cara yang betul. Anda mungkin tidak boleh mendapat hasil secara serta merta, tetapi progres itu mesti ada.
Harap artikel ini boleh membantu anda dalam meningkatkan keyakinan diri anda, tidak kiralah dalam skop pembelajaran di pusat pengajian mahupun pada peringkat pekerjaan.
Sekian~