4 Cara-Cara Belajar Paling Efektif Untuk Diamalkan Dalam Masa 24 Jam

Bahagian 3: Penggunaan Teknik Belajar Yang Betul

Apa gunanya anda belajar, tetapi menggunakan teknik yang tidak tepat dan tidak boleh memberikan kesan yang positif kepada pencapaian akademik anda? Ini boleh membantu:

1. Guna SQ3R

SQ3R Merupakan satu kaedah pembelajaran yang melibatkan pembacaan aktif untuk membantu anda memahami dan menguasai sesuatu bahan tersebut. Kaedah ini melatih anda untuk previu sesuatu bahan agar lebih bersedia.

SQ3R merupakan singkatan kepada:

Survey/Skim – anda melakukan imbasan yang singkat ke atas semua carta, gambar, kata-kata kunci dan bahagian-bahagian yang terdapat di dalam sesuatu topik subjek yang berkenaan. Berikan perhatian kepada learning outcome yang sering dinyatakan dalam setiap topik/subjek pembelajaran, kerana itulah yang anda perlu tahu dan kuasai.

Question – jadikan semua benda yang anda dapat dari Survey itu sebgai soalan, seperti kenapa ini, kenapa itu, bagaimana, kenapa dan sebagainya.

Read – baca topik tersebut dengan perasaan untuk mencuba menjawab soalan yang anda adakan sebelum ini. Pastikan anda mendapat jawapan kepada soalan-soaln itu tadi dalam langkah ini.

Recite – ulangi jawapan-jawapan yang anda dapat secara lisan dan mana-mana maklumat penting yang anda dapat dalam topik berkenaan.

Review – pastikan anda melakukan reviu kepada pembelajaran anda dan ulanginya untuk subjek-subjek yang lain.

Untuk keterangan yang lanjut akan kaedah ini, sila tengok video ini:

2. Highlight Isi-Isi Penting

Gunakan highlighter ataupun kaedah menggaris isi-isi penting dalam teks bacaan, agar anda lebih mudah untuk mengesannya semasa mengulangkaji pelajaran. Namun begitu, janganlah menggaris kesemua petikan itu!

Highlight apa yang anda rasa anda perlu tahu dan ingat sudah mencukupi. Untuk pilihan highlighter pula, cuba dapatkan yang berwarna kuning kerana ia sangat sesuai untuk digunakan pada kertas putih. Penggunaan highlighter yang berwarna merah ataupun hijau sesuai dengan kertas berwarna, tidak sangat sesuai dengan kertas berwarna putih.

Untuk menggaris pula, digalakkan untuk menggunakan warna yang tidak sama dengan warna tulisan dan menonjol, seperti merah.

Jika anda jenis yang kemas ataupun tidak suka menconteng buku, anda boleh pilih untuk menggunakan sticker note. Ia sangat popular dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah menengah. Ia sangat mudah untuk didapati di mana-mana kedai alat tulis seperti Popular.

Cara untuk menggunakannya adalah sangat mudah, anda perlu menulis nota-nota penting secara ringkas ke atas kertas tersebut dan tampal pada sebelah petikan bacaan anda untuk mengasingkan isi-isi penting yang berkaitan.

3. Buat Ringkasan

Salah satu cara yang paling mudah untuk belajar secara efektif adalah dengan membuat nota ringkasan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dengan berbuat demikian, anda akan mula berfikir akan fakta dan kaedah pemahaman sesuatu dengan cara anda sendiri, bukannya dengan cara orang lain yang mana mungkin boleh mengelirukan anda.

Jika anda mempunyai bilik persendirian, anda boleh tingkatkan keberkesanan membuat nota ini dengan membacanya dengan kuat. Sangat sesuai dengan orang yang lebih selesa dengan kaedah pembelajaran secara verbal.

Jika anda mempunyai masalah untuk mengingati nota anda, cuba mengajar apa yang anda faham ataupun apa yang anda tulis kepada rakan anda. Cara ini sangat berkesan untuk menambahkan kefahaman anda kepada sesuatu topik tersebut.

Anda boleh mengagihkan topik-topik kepada rakan-rakan anda, dan setiap orang perlu membentangkan beberapa topik. Lakukan secara bergilir-gilir, percayalah teknik ini sangat berkesan.

Dan, semasa membuat nota, anda digalakkan untuk menggunakan pelbagai warna. Hal ini kerana warna-warni boleh meransang otak kita jika dibandingkan dengan nota yang berwarna hitam putih sahaja.

4. Buat Flash Card

Anda boleh menukarkan nota-nota anda menjadi flash card untuk memudahkan anda membawanya kemana-mana sahaja. Hal ini sangat sesuai jika anda mengamalkan kaedah pengambilan nota Cornell, yang mana melibatkan kaedah mengatur nota mengikut kata kunci (macam indeks). Anda juga boleh menggunakan flash card ini untuk nota definisi ataupun maksud sesuatu istilah sains.

Ataupun anda boleh membuat soalan pada satu lampiran dan jawapannya pada lampiran yang lain. Ia sangat sesuai kerana flash card memang untuk tujuan di-flip dan senang dibawa.

5. Kaedah Perkaitan

Antara kaedah belajar yang berkesan adalah dengan mengaitkan sesuatu fakta/infomasi yang baharu dengan sesuatu yang sudah lama anda tahu.

Sebagai contoh, anda berkenalan dengan seseorang yang baharu, dan kebetulan namanya adalah sama dengan nama kakak anda. Tidakkah anda akan senang mengingati namanya berbanding dengan nama yang anda jarang dengar.

Apa yang hendak saya bawa disini adalah dengan melakukan perkaitan antara dua perkara, ia boleh meransang ingatan anda! Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh guna.

i. Kaitkan dengan Kegemaran anda

Sekiranya anda gemar mendengar lagu, melukis mahupun menari, anda boleh mengaitkannya dengan pembelajaran dan jadikan hobi anda kepada alat bantuan belajar. Sebagai contoh, anda boleh menyanyikan nota-nota belajar dalam rentak lagu kegemaran anda. Percaya atau tidak, sudah banyak pendekatan seperti ini digunakan untuk memudahkan pembelajaran.

Antaranya adalah ini:

Jika anda suka melukis pula, anda boleh melakarkan nota-nota kedalam bentuk cerita ataupun lukisan, tidaklah bergantung kepada tulisan yang membosankan sahaja.

ii. Gunakan Singkatan Perkataan (Acronym)

Kaedah ini boleh dikatakan sangat popular digunakan dalam subjek sejarah dan sains. Kaedah ini sangat sesuai untuk mengingat fakta-fakta dan nota-nota yang bersifat senarai ataupun sesuai proses.

Cara-cara adalah dengan menggunakan huruf pertama dalam setiap senarai dan jadikan senarai perkataan yang lebih menarik.

iii. Peta Minda

Membuat peta minda tidak asing lagi dalam kalangan pelajar. Konsepnya adalah dalam pengembangan nota dan isi-isi penting dalam cabang dan ranting peta minda tersebut.

Cara-cara membuat peta minda adalah bermula dengan topik besar akan sesuatu, biasanya akan diletakkan ditengah-tengah peta minda. Kemudian, cadang-cadang akan dilukis mengikut kreativiti masing-masing mewakili sub-topik subjek tersebut. Setelah itu, ranting-ranting yang lebih kecil pula akan diukir untuk ditempatkan isi-isi penting.

Contoh peta minda (klik untuk rajah yang besar)

6. Pecahkan Kepada Bahagian Yang Lebih Kecil

Salah satu kaedah pembelajaran adalah dengan mengecilkan skop kepada beberapa bahagian. Ia dapat meringankan beban dan persepsi anda akan sesuatu topik tersebut. Anda juga boleh mengasingkan nota mengikut topik, kata kunci ataupun mana-mana pembahagian yang anda rasa sesuai.

Kaedah ini bertujuan untuk mengurangkan beban otak anda, kerana manusia tidak boleh mengingati sesuatu yang banyak dalam masa yang sangat singkat, namun tidak mustahil jika dalam jangka masa yang lama dan berperingkat-peringkat.

Bahagian 4: Belajar dengan Lebih Efektif

Berikut pula adalah beberapa teknik belajar yang anda boleh amalkan semasa mengulangkaji.

1. Berikan Badan Rehat

Jika anda belajar untuk beberapa jam dalam satu sesi, pastikan anda mengambil rehat sekurang-kurangnya 5 minit setiap setengah jam ataupun sejam. Ini boleh membantu peredaran darah ke otak anda, pada masa yang sama boleh memberikan ketenangan kepada fikiran anda. Keadaan tersebut boleh meningkatkan daya ingatan dan tumpuan anda.

Semasa rehat tersebut, anda bolehlah mengambil sedikit snek, pergi ke tandas mahupun lakukan sedikit senaman ringan agar badan anda sentiasa segar untuk sesi seterusnya.

2. Ambil Nota Dalam Kelas

Semasa dalam kelas, pastikan anda mengambil nota apa yang penting disampaikan oleh guru anda. Anda tidak perlulah gunakan ayat yang lengkap dengan tatabahasa yang cantik molek, sekadar anda boleh baca untuk rujukan semula sudah memadai. Anda boleh mencantikkan nota tadi kemudian hari, apa yang penting adalah jangan ketinggalan dalam ilmu yang dicampaikan.

Semasa mencatat, gunakan ringkasan agar anda dapat menyalin dengan lebih cepat. Adalah lebih baik jika anda boleh membuat singkatan sendiri untuk tujuan ini, tidak pun gunakan yang biasa orang guna. Sebagai contoh, anda ingin menulis “yang”, singkatkannya kepada “yg” ataupun “y” sahaja. Senang kan?

Untuk dapatkan keberkesanan yang lebih dalam menyalin nota dalam kelas, cuba bertanyakan soalan kepada guru semasa dalam kelas. Tanya berkaitan dengan nota yang anda salin. Dapatkannya jawapannya dan salin sebagai nota kaki kepada nota asal anda. Selain anda mendapat lebih dari kelas anda, anda juga secara tidak langsung memberikan sumbangan kepada seluruh rakan-rakan sekelas anda.

Selain mendapat ilmu, anda juga boleh elakkan daripada rasa mengantuk semasa dalam kelas dan akan dalam keadaan terjaga.

3. Cantikkan Nota Di Rumah

Semasa anda mencatat nota dalam kelas, anda perlu utamakan catatan tersebut bukannya kekemasan nota itu. Hal ini kerana kekemasan dan pemahaman boleh dibuat luar kelas, sebaik sahaja kelas itu tamat.

Anda digalakkan untuk kemaskan segala nota-nota belajar anda pada hari yang sama kelas tersebut dijalankan. Hal ini kerana apa yang anda belajar masih segar dalam ingatan, dan anda boleh lengkapkan nota, jika terdapat mana-mana bahagian yang tertinggal.

Kaedah ini secara tidak langsung menggalakkan anda untuk mengulangkaji pelajaran. Sesetengah orang lebih mudah untuk mengingat dengan banyak kali mengulang sesuatu.

4. Jadikan Belajar Lebih Menarik

Kenyataan yang logik ataupun yang biasa didengari kadangkala tidak memberikan tarikan kepada anda, sebagai contoh “belajarlah rajin-rajin, nanti dapat keputusan yang baik, boleh pergi ke universiti yang baik, lepas itu boleh kerja yang banyak gaji” – saya tak rasa menarik langsung dengan kenyataan biasa itu.

Sebaliknya, anda perlu wujudkan sesuatu yang menarik kepada anda untuk belajar. Kaitkan apa yang anda belajar dengan sesuatu yang anda suka. Mungkin langkah/kaedah ini agak sukar untuk dipraktikkan, namun kebanyakan kes para pelajar lebih berminat untuk belajar.

5. Ulangkaji Subjek Yang Sukar Terlebih Dahulu

Semasa mengulangkaji pelajaran, mulakan dengan subjek yang anda rasa sukar terlebih dahulu. Hal ini untuk memberikan seluruh tumpuan yang masih segar anda kepada subjek yang anda perlu tekankan terlebih dahulu. Kemudiankan subjek-subjek yang anda rasa agak senang untuk skor.

Semasa mengulangkaji, tekankan apa yang sangat penting dahulu. Fakta-fakta yang kecil itu dikemudiankan pun boleh. Utamakan asas-asas dahulu.

Janganlah anda membaca buku teks dari muka depan ke muka akhir secara linear sahaja, dan menghafal fakta-fakta yang anda dapat sepanjang jalan anda membacanya. Sebaliknya, daya ingatan kita lebih kuat jika kita boleh mengaitkan fakta-fakta sesuatu. Selepas baca setiap bab, cuba kaitkannya dengan satu sama lain. Senaraikan apa yang sama, apa yang berbeza, apa kaitannya, dan sebagainya.

Bagi pelajar di universiti, pensyarah kadang-kadang ada menyatakan apa yang penting dan apa yang perlu ditekankan. Oleh itu, anda perlu gunakan petua yang pensyarah anda bagi.

6. Fahami Definisi dan Maksud

Bagi sesetangah subjek, definisi ataupun maksud sesuatu perkataan sangat memainkan peranan yang penting. Oleh itu, jika anda berhadapan dengan subjek yang banyak memerlukan anda menghafal definisi sesuatu, anda perlu dapatkan pemahaman yang mendalam akan maksud tersebut.

Jangan hafal semata-mata hafal, sebaliknya fahami apa yang hendak dimaksudkan dan cuba membuat definisi perkataan tersebut dengan ayat yang anda sendiri. Anda akan sedari bahawa anda akan lebih mudah untuk mengingati ayat yang diolah oleh anda sendiri.

7. Buat Kumpulan Belajar (Study Group)

Anda digalakkan untuk membentuk satu kumpulan belajar dimana anda semua boleh berkongsi apa yang masing-masing dapat semasa menjalani kelas. Anda boleh bertukar- tukar nota, flash card, latihan dan anda boleh mengajar ahli yang masih tidak mahir dalam mana-mana topik.

Anda boleh membahagikan ahli kumpulan untuk menerangkan mana-mana topik kepada semua ahli. Lakukannya setiap kumpulan belajar setiap hujung minggu ataupun bila-bila masa yang anda rasa selesa.

Namun, perlu ingat, banyak kumpulan belajar tidak berbuahkan hasil kerana sesetengah pelajar tidak memberikan kerja sama yang baik. Oleh itu, sebelum membentuk kumpulan belajar, pastikan anda membuatnya dengan ahli-ahli yang betul-betul berminat untuk belajar dan boleh memberikan komitmen.

Tips Belajar Tambahan

1. Selain menghafal, anda perlu mengetahui/menguasai apa yang anda hafal tersebut, sehingga anda boleh menerangkannya kepada rakan-rakan yang lain.

2. Belajar dengan orang yang rajin dan pintar boleh memberikan anda semangat. Seeloknya jadikan mereka sebagai rakan belajar anda.

3. Berikan kekuatan untuk anda belajar dengan menonton video atau mendengar kata-kata semangat.

4. Belajar satu subjek dalam sesuatu masa. Elakkan campur aduk dengan subjek yang lain.

5. Berikan rehat dan hadiah kepada diri sendiri setelah anda berhasil mencapai sesuatu, seperti menyiapkan latihan ataupun mendapat keputusan yang cemerlang. Kadang- kadang anda pun perlu bergembira.

6. Jangan menangguhkan kerja. Belajar dan ulangkaji pelajaran pada awal wakut untuk elakkan daripada tidak sempat pada saat akhir.

7. Kebanyakan buku teks mempunyai chapter review pada permulaan topik. Jadikan ia sebgai satu panduan akan apa yang anda perlu kuasai.

8. Pastikan anda faham konsep subjek/topik yang anda sedang pelajari. Jika tidak, anda akan merasakan ianya tersangat sukar.

9. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, anda digalakkan untuk menyalin semula apa yang anda ingat ke atas kertas putih.

10. Jangan lupa akan keberkatan ibu bapa dan para guru. Pastikan anda meminta mereka doakan anda untuk mencapai keputusan yang baik.

Amaran

1. Jangan belajar ketika anda tertekan ataupun stress, kerana tidak akan berhasil. Usaha anda akan sia-sia. Adalah terbaik jika anda hilangkan tekanan tersebut sebelum memulakan ulangkaji/belajar.

2. Jangan belajar ataupun ulangkaji sehingga tidak menjaga kesihatan. Anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerapkan bersukan semasa anda menuntut ilmu.

Kesimpulan

Belajar tiada akhirnya. Belajar tiada titik noktah. Oleh itu, anda perlu memanfaat apa yang anda ada sekarang untuk belajar dengan sebaiknya, dan dapatkan keputusan yang berbaloi dengan usaha yang anda curahkan.

Saya berharap panduan yang disenaraikan di atas dapat membantu anda dalam pembelajaran anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ataupun tambahan kepada senarai di atas, bolehlah berbuat demikian di bahagian komen di bawah.

Study Hard, Study Smart!

Sekian~

58 thoughts on “4 Cara-Cara Belajar Paling Efektif Untuk Diamalkan Dalam Masa 24 Jam”

  1. kunci pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyenangkan…. meski dengan metode secanggih apapun, namun peserta didik tidak merasakan kenyamanan,,, pasti tidak menimbulkan kesan yang positif…

    Reply
  2. Assalamualaikum w.b.t…..sangat hebat blog inibsaya sangat suka dan ia akan menjadi inspirasi saya untuk menjadi khalifah yg berjaya dalam hidup ini….jadi saya boleh bagi ☆☆☆☆☆

    Reply
  3. part belajar sambil tonton tv tu memang betul.. haha.. btw bila dengar lagu sambil belajar kadang2 mengganggu juga. kadang2 leka bernyanyi menghayati lagu sampai apa yang kita baca tak sampai dekat otak bahaha.. tu pengalaman sayalah..

    Reply
  4. Assalamualaikum.. Saya nk tnya ckit kalu mcm mn hendak saya lakukan apabila Cikgu yang mengajar saya di skolah tetapi saya tidak paham…..
    Bagaimana cara saya nk study dgn lebih bgs..
    Dan saya juga mempunyai masalah keluarga Dan itu menggangu saya untk belajar bgaimn saya boleh belajar dgn lebih baik….
    TQ..

    Reply
  5. agak susah buat saya nak tidur awal sbb saya duduk di asrama nak nak lagi rakan dorm saya semuanya sama baya . semuanya gila gila dan ada sahaja untuk bercerita tapi saya cuba usahakan untuk tingkatkan prestasi dlm pembelajaran nak nak lagi tahun yg bermakna , SPM . Doakan kejayaan saya ! Terima kasih admin:)

    Reply
  6. Bagaimana untuk menyemai minat belajar drpda bermain telepon kerana ia amat susah untuk menjauhkan telefon dari diri saya….dan telefon tersebut tidak boleh jauh dri diri sy …..ianya sungguh sukar..

    Reply
  7. 1. boleh tak admin suggest, apps yang bagus dapat memastikan urusan pembelajaran saya lebih teratur

    2. adakah belajar dengan mendengar lagu adalah baik? sebab ada rakan yang pernah kata kalau dengar lagu sambil belajar tu masuk tapi tak kekal lama dalam minda

    terima kasih☺️

    Reply
    • 1. Bagi saya, calendar apps sudah cukup.. simple dan padat. Tetapi Amira boleh saya mencuba mana-mana apps yang dicadangkan di sini.

      2. Hal ini bergantung kepada individu itu sendiri. Ada sesetengah orang yang boleh dan MEMANG perlu mendengar lagu semasa belajar, manakala ada yang perlukan tempat yang sunyi.. Semua ini bergantung kepada keselesaan individu itu sendiri. Kaedah tersebut bukanlah untuk semua.

      Saudari Amira boleh mencuba dulu belajar sambil dengar lagu, sekiranya tidak berhasil, maka saudari lebih sesuai untuk belajar di tempat yang sunyi. – dan sebaliknya.

      Harap membantu, sekian.

      Reply
  8. bagi sesetengah subjek yg saya palajari lmbat untuk msuk kedalam ingatn , adakah ia di sebbkan saya kurng mnat dengan subjek trsbut ? Boleh brikan cdngn yg lbih baik untuk kes tersebut..!!!

    Reply
    • Ia bergantung. Berapa lama anda tidur? Adakah ia mengganggu kitaran tidur anda pada waktu malam? Sekiranya anda perlukan tidur pada siang hari, saya rasa tiada masalah. Cuma jangan berlebihan, dalam sekitar 1 jam sudah mencukupi.

      Reply
  9. thanks .. but sy prnh trbaca yg elok kita study bnyak2 subjek dlm sehari berbanding just focus for one subjek .. mna yg betul ??

    Reply
  10. terima kasih
    banyak tip yang saya belajar daripad internet cara-cara untuk mengulangkaji pelajaran

    Reply
  11. Saya ada masalah dalam nak ingat something yang dah belajar . Adakah ini disebabkan faktor makanan ? Atau lain ? Sebab dulu masa sekolah rendah saya sukaa makan maggie or junk food in everyday

    Reply
  12. Mohon izin untuk gunakan bahan ini dijadikan bahan slide untuk disampaikan kepada pelajar PT3 dan spm.. terima kasih.

    Reply
  13. Admin saya ingin bertanya adakah cara ulangkaji setiap subjek berbeza seperti segelintir mengatakan matematik tidak perlu membuat nota tapi hanya latihan yang banyak. Jadi, adakah benar sedemikian? Jika ya, boleh admin terangkan cara ulangkaji untuk setiap subjek.

    Reply
    • Idham , untuk subjek BM , BI banyakkan membaca , untuk subjek Matematik , Sains , Matematik Tambahan banyakkan latihan , untuk subjek agama , kh , sejarah , geo , banyakkan menghafal , tq …

      Reply

Leave a Comment