8 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Honor 8 (24 Jam Dari Sekarang)

huawei honor 8

Honor 8 merupakan smartphone keluaran Huawei yang terbaru. Produk ini lebih lebih kepada sasaran pengguna bajet, pada masa yang sama kepada pengguna yang sukakan trend terbaru – kerana smartphone ini dapat memenuhi kedua-dua kemahuan tersebut.

Huawei Honor 8 ini telah dilancarkan pada bulan Julai yang lalu dan sekarang ini sudah sampai ke Malaysia secara eksklusif di Lazada. >> Klik di sini untuk ke laman produk <<

Kami di PanduanSaya amat menggemari cara Huawei menggabungkan beberapa kombinasi ke dalam smartphone mereka. Walaupun Huawei tidak berniat untuk menjadikan Honor 8 ini sebagai satu smartphone flagship, namun ia sangat berbaloi untuk dimiliki.

Dalam artikel kali ini, kami senaraikan 8 sebab kenapa anda harus dapatkan Honor 8 mulai sekarang.

8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

Baik, berikut adalah senarai kami kenapa anda perlu Honor 8 sepatutnya menjadi smartphone terbaru anda.

1. Prestasi yang Terbaik dalam Kategori Harga Seperti Ini (2.3 GHz Octa-Core + 4GB RAM)

prestasi honor 8

Sekiranya anda mahukan smartphone yang berkuasa, Honor 8 tidak akan mengecewakan anda. Model ini dimuatkan dengan Octa-Core HiSilicon Kirin 950, iaitu prosesor yang dihasilkan sendiri oleh Huawei. Jika kita ingin membandingkan prosesor ini dengan pengeluar yang lain, ia setanding dengan Qualcomm Snapdragon 820.

Prestasinya? Baik… sangat baik sebenarnya. Semua aplikasi yang dilancarkan berfungsi dengan baik dan lancar, sepertimana yang anda boleh jangkakan daripada smartphone high-end.

Tambahan lagi, model ini datang dengan 4GB RAM, iaitu sudah dikira sebagai satu piawai dalam kategori smartphone zaman sekarang. Dengan RAM sebanyak itu, anda boleh merasa betapa lajunya smartphone ini, terutama dalam multitasking dan bermain game.

honor 8 laju

Untuk lihat spesifikasi penuh Honor 8, sila klik di sini.

2. Bateri Boleh Bertahan Lebih Sehari (3000mAh + Quick Charging)

bateri honor 8 memuaskan

Honor 8 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh serta kebolehan fast-charging (cas dengan kadar yang cepat).

Honor 8 mampu bertahan selama sehari sekiranya digunakan secara biasa-biasa = layari sosial media, laman web dan sebagainya. Namun, bagi pengguna yang hardcore, seperti orang yang bermain game, rakam video, mereka mungkin perlu charge smartphone kerana bateri tidak boleh bertahan lama untuk apps yang berat.

Huawei sediakan tiga setting asas untuk anda mengawal penggunaan bateri, iaitu: performance, smart dan ultra. Performance adalah untuk menggunakan ke semua fungsi (termasuk notifikasi app & sebagainya). Smart pula membolehkan anda hadkan kepada beberapa apps sahaja. Manakala Ultra akan hadkan penggunaan telefon anda kepada membuat panggilan dan hantar SMS sahaja.

Tambahan lagi, Honor 8 menyokong kebolehan untuk fast charging, membawa maksud anda boleh cas smartphone ini dalam jangka masa yang jauh lebih singkat (dari 0 ke 47% dalam 30 minit). Mind. Blown.

mind blown

3. Reka Bentuk Seksi dan Menawan

reka bentuk honor 8 anggun

Sekali pandang, saya tidak boleh nafikan bahawa Honor 8 ini sememangnya satu smartphone yang elegen dan cantik.

Honor 8 menggabungkan kombinasi antara gelas dan aluminum dengan baik. Terima kasih kepada pilihan warna yang sesuai, Honor 8 ini akan sentiasa nampak berkilau dari belakang, menerusi 15 lapisan gelas yang direka khas.

Kualiti binaan produk ini boleh dikatakan setanding dengan produk-produk high-end yang lain – membuatkan saya tertanya-tanya, betul ke Honor 8 ini kurang RM2000?

Susunan butang seperti power button dan butang volume adalah tepat, spot on dan mudah untuk dicapai, walaupun anda mempunyai tangan yang kecil.

Rangka Honor 8 ini diperbuat daripada besi yang kuat, dengan potongan diamond pada sisinya. Terdapat 4 tempat di mana besi tidak digunakan kerana perlu memberikan ruang kepada antenna.

Model ini menyokong 2 kad SIM, terletak pada sebelah kiri dan anda boleh menggunakan satu kad SIM biasa dan satu kad microSD (sehingga 256GB).

Selain daripada itu, anda juga akan dapat satu port USB Type-C dan satu 3.5mm earphone jack yang terletak di bawah telefon. Sekiranya anda tidak mengetahui tentang USB Type-C, anda boleh membaca artikel tentangnya di sini.

4. Kamera yang Membanggakan (12MP beserta flash)

kamera 12mp honor 8

Honor 8 dilengkapi dengan 12MP dual-camera dengan f/2.2 aperture dan hybrid autofokus (bantuan laser) pada belakang. Satu lensa menangkap warna, manakala satu lagi monochrome.

Huawei menyatakan bahawa kombinasi ini akan menangkap gambar dengan lebih jelas dan terang.

Dengan bantuan dua kamera, anda boleh menangkap gambar dalam aperture mode jauh lebih baik berbanding dengan satu kamera dalam kebanyakan smartphone lain.

sample gambar huawei honor 8
Contoh gambar yang ditangkap oleh Honor 8

App untuk kamera smartphone ini juga pasti akan menarik minat anda. Ia dilengkapi dengan pelbagai option dan anda mempunyai kawalan manual (dalam mode professional).

Manakala, pada bahagian hadapan dilengkapi dengan kamera 8 MP, yang menjaminkan selfie yang cantik walaupun dalam keadaan cahaya yang malap. (Pssst, Honor 8 juga ada mode khas untuk selfie, namanya Perfect Selfie Mode)

5. Paparan Skrin Dengan Resolusi 1920×1080 (423ppi)

skrin 1080p honor 8

Honor 8 menyokong paparan skrin 5.2-inci dengan 1080p LTPS, yang memaparkan gambar dengan jelas dan terang. Color reproduction boleh ditukar dengan bantuan apps, sekiranya anda mahu.

Gabungan saiz skrin ini dengan jumlah pixel yang ada, anda akan dapat smartphone dengan 423ppi, iaitu sangat memuaskan. Sekiranya anda melihat skrin ini dari jarak selesa, agak mustahil anda akan dapat lihat pixel tersebut – sangat tinggi resolusinya.

basically me with honor 8 screen

Display brightness pula, ia boleh dinaikkan sehingga 455 nits, iaitu agak biasa. Anda boleh lihat paparan skrin walaupun di bawah cahaya matahari.

Pada masa yang sama, Honor 8 turut sediakan option untuk menukar color tone pada skrin agar lebih eye-friendly, terutama pada waktu malam. Hal ini kerana menurut kajian saintific, cahaya biru yang dikeluarkan oleh panel elektronik boleh mengganggu kitaran tidur kita.

6. Kombinasi Software yang Harmoni (Android 6.0 + EMUI = Osem)

software pada honor 8

Untuk software pula, Honor 8 dikuasai dengan Huawei Emotion UI 4.1, satu skin di atas Android 6.0 Marshmallow.

Secara keseluruhannya, software ini agak berbeza dengan stock Android: tiada app drawer. UI-nya ke arah iOS + beberapa fungsi tambahan yang menarik, seperti timeline notification, power management dan banyak lagi.

Sekiranya anda sukakan fungsi-fungsi unik pada Android anda, yang tidak ada pada smartphone yang lain, maka anda pasti akan sukakan EMUI ini. Saya di sini, rasakan skin ini sangat berguna dan senang untuk navigasi.

wow

Apa yang lebih menarik adalah, Huawei sangat komited dengan menyediakan update kepada Honor 8 setiap 3 bulan – ini boleh merangkumi aspek sekuriti, betulkan bug. Model ini juga mungkin boleh menyokong Android 7.0 Nougat pada masa hadapan, cuma kita perlu tunggu.

7. Benci Kena Masuk Password Untuk Unlock? Remote TV Hilang? – Tiada Masalah Dengan Fingerprint Scanner & Smart Key

fingerprint dan smart keys pada honor 8

Huawei masih meneruskan legasi mereka (Honor 7) dalam menghasilkan fingerprint scanner yang pantas dan responsif di dalam produk ini. Dengan hanya menggunakan jari pelunjuk semasa anda memegang Honor 8, anda sudah boleh unlock smartphone ini dalam separuh saat sahaja…

like-a-boss

Oh ya, selain daripada unlock telefon, butang pada fingerprint scanner juga boleh di set sebagai shortcut untuk melancarkan aplikasi pilihan anda (sama ada short-press, double-press mahupun long-press). Semua ini boleh disetkan di Settings -> Smart assistance -> Smart Keys.

Selain daripada itu, Huawei Honor 8 ini juga disertaka dengan IR Blaster, membawa maksud anda boleh jadikan Honor 8 ini pengganti kepada remote controller TV anda ataupun mana-mana peralatan elektrik yang menyokong IR (dengan bantuan apps Smart Control 4.0).

8. Harga yang Tidak Cekik Darah (hanya RM1699)

harga honor 8

Antara perkara yang menarik tentang Honor 8 adalah ia dimuatkan dengan hardware dan features mewah tetapi datang dalam skop harga yang berpatutan.

Pada masa artikel ini ditulis, anda boleh dapatkan Honor 8 ini dalam lingkungan harga RM1699 untuk versi 32GB manakala RM1899 untuk versi 64GB.

Sekiranya anda membeli dari Lazada Malaysia, anda boleh dapatkan beberapa free gift seperti Honor SS Band, Casing, Selfie Stick atau Power Bank (bergantung kepada versi storan yang anda pilih).

Apa Pandangan Netizen Tentang Honor 8?

Kami tidak akan berbohong, Honor 8 tidak mengecewakan – gabungan hardware dan software, serta harga yang berpatutan mendapat perhatian yang sangat positif daripada para pengguna tegar smartphone, terutama pengguna Malaysia.

Bahkan, kami masukkan beberapa tweets mereka di bawah: (ada yang sukakan reka bentuknya, harganya, malah ada yang compare dengan iPhone 7)

 

Dimana Boleh Dapatkan Huawei Honor 8 Ini?

Seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh mendapatkan Honor 8 mulai sekarang melalui >> Lazada Malaysia <<

Kenapa perlu beli dari Lazada? (anda mungkin tertanya-tanya)

Kerana Lazada adalah antara yang terawal membawa produk ini ke dalam Malaysia dan pada masa artikel ini ditulis, anda boleh dapatkan Honor 8 secara eksklusif di Lazada (tambahan lagi dapat diskaun).

Kesimpulan

Secara ringkasnya, Huawei Honor 8 merupakan smartphone yang menggabungkan reka bentuk slim, bateri yang baik dan prestasi yang mengagumkan dalam satu pakej bajet/murah. Smartphone ini akan membuatkan anda terfikir, “kenapa perlu beli smartphone mahal-mahal?

Hasil shot dari kameranya juga boleh setanding dengan smartphone yang lain. Malah, adanya fingerprint scanner sudah memberikan satu nilai tambah kepada Honor 8 ini (ya, ia berfungsi dengan baik).

Honor 8 datang dalam option 32GB atau 64GB, malah anda boleh menambahnya lagi dengan microSD – maka tiada masalah dari segi storan untuk gambar-gambar dan video.

Dan semua ini datang dalam harga yang berpatutan. Sekiranya anda sedang merancang untuk membeli telefon Android yang baharu, maka Honor 8 ini pasti tidak akan mengecewakan anda.

Bonus: Sertai Lazada My CyberSale

Lazada My Cybersale akan bermula pada 26 hingga 30 September 2016 ini. Pastikan anda tidak terlepas dengan promosi besar-besaran ini!

http://www.lazada.com.my/mycybersale/

mycybersaleaffiliates_560x750

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here