Reviu Acer Chromebook 11 N2840

Acer Chromebook 11 N2840

Acer Chromebook 11 N2840 (CB3111) telah dilancarkan di IFA pada tahun 2014 dan menggabungkan model yang ringan, fanless, 11.6 inci dan menggunakan prosesor Intel Baytrail-M.
Dari sergi spesifikasi, ianya tidaklah jauh beza dengan model-model chromebook yang lain, tetapi reka bentuk dan harga yang murah (RM999) boleh menarik minat ramai orang.

Adakah anda patut dapatkan Acer Chromebook 11 N2840 in untuk anak-anak, atau untuk kegunaan browsing sendiri? Ketahui reviu penuh di bawah:

Reka Bentuk Acer Chromebook 11 N2840

Pada pandangan jauh, chromebook ini nampak cantik dengan pilihan warna putih, tetapi apabila dipegang, rasakan plastik ini adalah plastik murahan – bukannya premium.

Tidak bermakna ianya tidak kuat. Model chromebook ini kuat dan ringan. Acer sudah popular dalam pasaran chromebook ini, dan pengeluar ini sudah banyak mengeluarkan model-model chromebook terbaik. Walaupun, bukan yang ini, ia masih boleh dijadikan pilihan yang baik.

Kesambungan (Connectivity)

Acer Chromebook 11 N2840 mempunyai USB 2.0, USB 3.0, HDMI dan SD card ports untuk mengurangkan kabel atau converter sepanjang anda menggunakan peranti ini. Satu yang saya tidak berpuas hati adalah slot SD kad, sebab ia tidak masuk penuh. Jadi, apabila anda memasukkan SD kad, ia akan terkeluar sedikit.

Untuk sambungan Wi-Fi pula, anda mendapat Intel 7260 NGW (dual band), dual antenna, dual channel AC + Bluetooth. Dengan harga sebegitu, ini tawaran yang baik. Tetapi, anda tiada pilihan untuk sebarang upgrade.

Peranti Input

Keyboard

Keyboard chicklet model ini berwarna hitam, contras dengan warn hurufnya yang putih. Secara kasar menaip boleh dikatakan okay, tetapi tidak boleh setanding dengan keyboard yang terdapat pada model laptop premium. Keyboardnya agak kasar dan ada beberapa key yang dikecilkan untuk memuatkan saiz 11 inci.

Bagi pengguna yang biasa dengan laptop bersaiz 13, 14 atau 15, anda mungkin perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan saiz keyboard yang sedikit kecil ini.

Touchpad

Untuk touchpad pula, ianya besar dan menyokong multitouch. Penggunaannya sama seperti model chromebook atau laptop yang lain. Cuma, ketepatan dan keselesaannya jauh sekali.

Touchpad pada chromebook biasanya menjadi masalah, dalam kes ini tiada bezanya. Kerana touchpad ini bukanlah sempurna. Kalau saya menjadi penggunanya, saya lebih rela menggunakan mouse daripada touchpad ini.

Paparan

Acer Chromebook 11 N2840, seperti namanya, bersaiz 11.6 inci, mempunyai skrin non-IPS, dan resolusi 1366×768. Dengan spesifikasi itu, kita boleh katakan model ini tergolong dalam kategori “murah.”

Paparan warnanya baik, tetapi tidak dari segi viewing angle. Skrinnya sesuai untuk digunakan dalam indoor, dan tidak sesuai untuk digunakan outdoor.

Prestasi

Acer Chromebook 11 N2840 datang dengan CPU yang rendah, 2GB RAM dan 16GB SSD – semestinya tidak boleh setanding dengan model laptop Windows yang lain. Anda perlu ingat bahawa ini adalah chromebook dan bukannya laptop Windows, ini membawa maksud kebanyakan kerja yang anda boleh lakukan adalah pada cloud.

Baca: Chromebook: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membelinya

Chromebook ini hanya sesuai bagi pengguna yang mahu akses internet, stream video dan melakukan kerja-kerja menaip dan data. Tidak sesuai untuk digunakan untuk photo/video editing ataupun heavy multitasking.

Boot times pula sangat pantas, kerana ia beroperasi dalam SSD, pada masa yang sama ChromeOS sangat efisien. Berdasarkan data yang kami dapat, model ini boleh boot dalam masa 9 saat sahaja.

Walaupun begitu, bukanlah semuanya berjalan dengan lancar dalam chromebook ini. Kadangkala aplikasi mengambil sedikit masa untuk dilancarkan. Keadaan yang sama juga berlaku semasa hendak membuka fail.

Bateri

Acer Chromebook mempunyai bateri 36 Watt-hour, kadarnya biasa tetapi disebabkan model ini datang dengan hardware yang rendah, anda boleh harapkan prestasi bateri yang menakjubkan.

Kadar penggunaan bateri bergantung kepada apa yang buat dan kecerahan skrin. Ia bergantung kepada banyak faktor. Model ini boleh bertahan dalam jangka masa 9-11 jam, bergantung kepada kepenggunaan.

Sangat menakjubkan! Chromebook ini boleh bertahan seperti Macbook Air, tetapi jauh lebih murah.

Dimana Boleh Beli?

Buat masa ini, anda tidak boleh membeli chromebook di kedai-kedai laptop biasa. Anda boleh membuat pesanan online di Lazada Malaysia dengan harga RM999 sahaja.

Sekiranya berminat, anda boleh klik pada link ini atau banner di bawah untuk maklumat lanjut.

beli chromebook di Lazada Malaysia

Kesimpulan

Acer Chromebook 11 N2840 merupakan salah satu chromebook yang baik, jika dibandingkan dengan dengan model-model chromebook yang lain (sama harga). Model ini membekalkan cpu yang cukup dengan bateri yang sangat baik.

Tetapi perlu diingat, chromebook ini bukanlah terbaik. Anda terpaksa terikat dengan ChromeOS dan Google service. Dan anda mungkin tidak berpuas hati dengan plastik model ini.

Harap artikel ini membantu anda membuat keputusan sekiranya ingin memiliki sebuah Chromebook dari Acer ini.

Sekian.

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here