Reviu Apple Macbook 12-Inci (2015) – Inovasi Dengan Sedikit Kekurangan

Laptop keluaran Apple yang terbaru adalah Macbook. Ya, sekadar dengan nama “Macbook”, tiada “Air” ataupun “Pro”. Ini bermaksud Apple ingin membuat satu kategori yang baharu di dalam rangkaian produk komputer mereka.

Dan sepertimana yang kita ketahui, setiap keluaran produk yang baharu Apple, ia pastinya mahal – dalam kes ini tiada bezanya. Macbook bermula dengan harga RM5,899! Sekali pandang Macbook ini, anda pastikan akan terpegun dengan betapa nipisnya laptop ini.

Anda mungkin akan bertanya, bagaimana mereka boleh memuatkan trackpad? Bagaimana rasa masa taip di keyboard? Laptop ini laju ke? Kenapa ada satu port sahaja?

Ketahui reviu Apple Macbook 12-inci (2015) ini secara penuh di bawah.

Reka Bentuk

Macbook ini boleh dikatakan sebagai iPad Air yang tumbuh keyboard dan trackpad. Ia sangat nipis, padat dan ringan tanpa sebarang cacat cela pada reka bentuknya. Tidak hairan, kerana konsep yang sama diaplikasikan ke atas iPhone dan iPad. Boleh dikatakan semua reka bentuk dan design produk Apple ini ada gaya dan stail yang tersendiri, dan konsisten.

Ketebalan Macbook ini adalah hanya 13mm (pada tempat paling tebal). Dari segi berat pula, hanya 0.93kg – jauh lagi ringan berbanding dengan Macbook Air.

Dalam pasaran, kita jarang menjumpai laptop bersaiz 12-inci. Namun, bagi orang yang biasa menggunakan laptop 11-inci dan 13-inci, mereka tidak akan merasakan jauh beza, kerana perbezaan saiz tidaklah jauh ketaranya. Namun, kalau anda sudah terbiasa dengan laptop bersaiz 14 ataupun 15-inci, mungkin perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan 12-inci ini.

Walaupun saiznya kecil, ia mempunyai keyboard bersaiz penuh (sedikit padat). Apple juga sudah mengubah engsel (hinge) kepada besi, besarkan saiz trackpad dan mengalihkan speaker di atas keyboard.

Model Macbook ini didatangi dengan warna emas, perak dan kelabu – sama seperti model iPhone terbaru. Jika anda pengguna iPhone berwarna emas, anda boleh dapatkan produk ini dengan warna yang sama untuk sepadankan gajet anda.

Keyboard, trackpad, skrin dan bateri telah direka semula untuk dapat menghasilkan produk ini – dan banyak juga pengorbanan dari segi ciri-ciri dan features. Bukannya semua tentang Macbook ini baik.

Keyboard

macbook 12-inci (2015) keyboard

Tetapi sebelum itu, jom ketahui inovasi terbaru di dalam produk ini. Pertama, keyboard – lebih cetek berbanding dengan keyboard yang anda biasa guna. Di bawah setiap kekunci terdapat mekanisma rama-rama, ataupun dikenali sebagai “butterfly mechanism.”

Kalau pertama kali guna, anda akan merasakan sukar untuk membiasakan diri – namun ia berfungsi dengan baik. Anda perlu membiasakan diri dengan keyboard yang mana masa anda tekan, anda sukar untuk merasakannya – dan tekan ke belum ni? Selain itu, kunci anak panah ke atas dan ke bawah agak kecil di bandingkan dengan keyboard yang lain.

Force Touch Trackpad

Dari segi trackpad pula, Apple memperkenalkan Force Touch Trackpad. Ia merupakan pad yang kecil yang boleh mengesan tekanan, dan elektromagnet di dalam akan meransangkan getaran seakan anda klik.

Jadi, semasa laptop dalam keadaan tutup, anda tidak akan merasakan getaran tersebut. Semasa ia dalam keadaan On, anda akan merasakan getaran klik tersebut.

Anda boleh setkan kadar getaran yang dihasilkan di dalam setting dan boleh On beberapa ciri-ciri istimewa di dalam OS X. Force clicking membolehkan anda membuka previu web page ataupun melihat definisi sesuatu perkataan.

Anda juga boleh fast-forward video yang dimainkan di dalam Quicktime ataupun iMovie. Bagi sesetengah orang, mereka menyukai feature yang baru ini. Trackpad ini responsif dan selesa digunakan, seperti trackpad yang terdapat di dalam Macbook yang lain – tidak pun lebih baik.

Skrin

Seterusnya adalah skrin – ia adalah skrin Retina yang boleh menyokong 2304 x 1440 pixels (236 ppi). Inovasi yang dibawa di dalam skrin ini adalah, ianya jauh lebih nipis dan lebih terang. Perkara ini dihasilkan dengan penyusunan komponen elektonik di dalam skrin tersebut.

Dan, skrin ini juga lebih efisien. Kekurangan dengan reka bentuk skrin ini adalah – logo Apple di belakangnya tidak menyala seperti semua model laptop Apple yang lain (kalau anda jenis yang perfectionist, ini satu kekurangan).

Selain itu, skrin Macbook ini boleh dikatakan setanding dengan model Macbook Pro Retina.

Bateri

Apple juga telah mengubahsuai reka bentuk dan saiz bateri yang digunakan di dalam Macbook ini. Ianya nipis, direka mengikut struktur fizikal laptop ini tersendiri. Mereka menyatakan bateri boleh bertahan selama 9 jam, tetapi boleh berubah dengan kadar penggunaan.

Satu lagi yang anda perlu tahu adalah, model ini tidak mempunyai sebarang kipas. Keselurahan struktur Macbook ini dipadatkan dengan bateri dan logic board – tiada kipas. Perkara ini tidak mustahil kerana Macbook ini didatangi dengan Intel Core M pada 1.1Ghz dengan Turbo Boost sehingga dua kali ganda kelajuan asal.

Dengan kelajuan prosesor yang rendah, Macbook ini mendapat hasil benchmarks seperti keluaran Macbook Air 4 tahun yang lepas.

Prestasi

macbook 12-inci (2015) skrin

Jika anda bercadang untuk menggunakan laptop ini untuk edit foto ataupun video, lupakanlah. Dengan prestasi yang agak rendah ini, anda boleh katakan Macbook ini seperti Chromebook, tetapi dengan logo Apple.

Ia dihasilkan untuk memenuhi kehendak pasaran bagi yang mencari laptop yang sangat ringan, bateri yang baik dan untuk tujuan menaip, periksa email dan melayari internet sahaja.

Tidak dinafikan, anda boleh sahaja install software profesional seperti Adobe Photoshop, iMovie, Motion 5 ataupun Final Cut X, tetapi perlukan kesabaran.. yang banyak.

Jika anda layari internet sahaja pun, dengan membuka tab dengan banyak di dalam Chrome, anda akan merasakan bahawa Macbook ini mula lambat. Menggunakan Safari boleh memperbaikkan keadaan kerana Safari tidak perlukan resource sebanyak Chrome.

Dan di atas saya ada menyatakan Macbook ini tiada kipas – ini membawa kepada masalah seterusnya, iaitu panas. Ianya tidak terlalu panas sehingga anda boleh menggoreng telur di atasnya, cuma membawa kepada ketidakselesaan semasa menaip.

USB Type-C

Which leads me to the last invention / compromise: the new MacBook has a new port, called USB Type-C. It’s also the only port besides the headphone jack. You use it for power and for connecting your phone, monitor, printer, camera, or whatever else you might have. And because it’s a brand new kind of plug, you will need adapters for all of those things.

Inovasi terakhir yang dimuatkan di dalam Macbook ini adalah USB port, dikenali sebagai USB Type-C. Model ini hanya mempunyai satu port, iaitu yang dinyatakan tadi (selain headphone jack). Anda akan bergantung kepada port tersebut untuk power (charge), connect kepada telefon, monitor, printer, kamera ataupun pendrive.

Oleh kerana USB jenis ini masih baru, tidak banyak peranti yang menggunakannya – anda perlukan adapter untuk menggunakannya.

Tapi kalau anda perlukan charge, connect kepada smartphone dan membaca pendrive macam mana dengan satu port? Oleh itu, anda perlu membeli dongle – satu tambahan kepada aksesori anda. Anda boleh mendapatkan dongle itu dari Apple ataupun membeli dari 3-rd party.

Macbook bukanlah satu-satunya peranti yang menggunakan USB Type-C ini. Google dan Nokia juga sudah menggunakannya di dalam produk-produk terbaru mereka. Tetapi apa kebolehan USB Type-C ini? USB edisi terbaru ini mempunyai kabel yang lebih teguh, plug reversible dan sangat laju (jika dibandingkan dengan USB 3.0).

Selain ia boleh memindahkan data, ia juga boleh memindahkan power. Anda boleh charge Macbook ini dengan power bank, jika mempunyai kable yang sesuai.

Kesimpulan

Jika anda sentiasa update dengan produk Apple, anda pasti akan ingat dengan reaksi orang apabila Steve Jobs memperkenalkan Macbook Air buat pertama kali. Dia mengeluarkan satu laptop dari sampul surat!

Tetapi Macbook Air edisi pertama itu mendapat banyak kritikan kerana terlalu lembap. Tetapi tengoklah Macbook Air sekarang, ia sudah dianggap salah satu laptop yang terbaik dan disarankan oleh ramai orang.

Perkara ini sama juga berlaku kepada Macbook 12-inci ini. Mungkin permulaannya tidaklah memberansangkan. Tetapi tidaklah bermaksud ianya akan berakhir dengan gagal. Mungkin satu hari nanti, Macbook ini akan menjadi satu standard bagi semua laptop yang terdapat di pasaran – ringan, nipis, laju, skrin yang cantik dan boleh bertahan sepanjang hari.

Oleh itu, saya secara persendirian tidak akan menyarankan anda mendapatkan Macbook ini pada waktu sekarang. Tunggulah edisi ke-dua model ini, ia pasti akan mendapat upgrade dari segi prosesor dan bateri – mungkin pada waktu itu, mereka mengurangkan harga!

Harap artikel reviu Apple Macbook 12-inci ini membantu anda dalam menilai laptop ini.

Sekian~

Leave a Comment