Pernah dengar telefon pintar dari Asus? Zenfone? Banyak kali kan.. sebab Asus telah banyak mengeluarkan model-model Zenfone ini – dengan setiap model mempunyai chip yang berbeza, RAM yang berbeza, resolusi dan kapasiti yang berbeza-beza.
Senang cerita, banyak variasilah. Oleh itu bagi penggnuna yang lebih picky, mereka memang kena banyak menilai setiap satu model sebelum membeli, untuk mengelakkan rasa menyesal nanti.
Artikel kali ini akan reviu Asus ZenFone 2 Laser (ZE550KL) yang sudah dilancarkan pada bulan November 2015 (ya kami terlewat, kami tahu).
Model ini mempunyai 5.5 inci, 720p skrin paparan dengan Qualcomm Snapdragon 410 SoC, RAM sebanyak 2GB dan kapasiti 16GB (anda juga boleh mendapatkan model dengan Snapdragon 615 serta 3GB RAM).
Perkara yang paling menarik tentang model Zenfone Laser adalah pada teknologi kameranya yang menggunakan laser untuk autofocus. Secara teori, ia boleh memperbaiki dan mempercepatkan proses menangkap gambar. Secara praktikal? Sila baca hingga akhir artikel.
Reka Bentuk Asus ZenFone 2 Laser (ZE550KL)
Asus ZenFone 2 Laser (ZE550KL) nampak hampir serupa dengan Asus ZenFone 2. Kedua-duanya mempunyai saiz dan bentuk yang sama. Malah, Asus mengekalkan reka bentuk dan rasa untuk kedua-dua telefon ini.
Bahagian tepi tidak mempunyai sebarang butang, manakala dibawah mempunyai satu slot Micro-USB. Butang power dan headphone jack (3.5mm) terdapat pada bahagian atas telefon. Anda boleh menggunakan touch gesture untuk wake telefon, jika tidak mahu gunakan butang power.
Seperti model ZenFone 2, butang volum terpada di bawah kamera (di belakang telefon). Anda mungkin perlu mengambil masa untuk membiasakan diri dengannya. Kami juga sangat berpuas hati dengan paparannya, 720×1280 pixel sudah memadai dengan harganya. Paparan warna juga boleh dikatakan okay.
Asus ZenFone 2 Laser mempunyai dual-tone flash yang berada di sebelah kiri kamera, bukannya di atas (seperti pada Zenfone 2). Dan laser pula di sebelah kanan kamera. Panel belakang boleh dikeluarkan, dan bateri boleh ditukar serta slot SIM berada di bawahnya.
Spesifikasi dan Software
Asus ZenFone 2 Laser yang kami reviu ini mempunyai Snapdragon 410 SoC serta 2GB RAM. Anda mempunyai pilihan untuk membeli model yang sedikit berkuasa dengan Snapdragon 615 chipset serta 3GB RAM.
Anda setiap model tersebut datang dengan 16GB kapasiti storage, 13-megapixel kamera, 5-megapixel hadapan, boleh menyokong sehingga 128GB memori kad, dan 3000mAh bateri. Dengan harga, saya rasa agak padan dengan apa yang apa yang akan dapat.
Asus ZenFone 2 Laser menggunakan Android 5.0 dengan interface ZenUI. UI tidak terlalu berat, dan kebanyakan aplikasi dapat dilancarkan dengan cepat. ZenUI akan groupkan aplikasi anda secara automatik.
Dengan ZenUI, beberapa perkara telah diperbaiki, antaranya adalah bahagian keselamatan dan lain-lain. Anda juga boleh tetapkan kamera agar cepat dilancarkan jika tap dua kali pada volume rocker (walaupun telefon dalam keadaan sleep). ZenUI memberikan anda banyak customisation pada Android, tetapi ia juga datang dengan banyak bloatware.
Kamera Asus ZenFone 2 Laser
Asus ZenFone 2 Laser mempunyai satu keistimewaan pada bahagian kamera 13-pixelnya, iaitu laser. Walaupun bukanlah model telefon yang pertama datang dengan teknologi laser pada kamera, tetapi Asus ZenFone 2 Laser tidak jauhnya dari model telefon yang lain.
Kamera Asus ZenFone 2 ini baik untuk menangkap gambar tidak kira pada siang atau malam. Jika anda mendapati gambar yang diambil agak pudar, anda boleh ubah sedikit bahagian setting HDR.
Penggunaan autofocus laser pada telefon ini kurang efektif pada objek yang jauh dan kawasan yang terbuka luas – hal ini kerana laser yang digunakan adalah bertujuan untuk berikan fokus terbaik pada sesuatu objek pada jarak dekat.
Gambar yang ditangkap dengan kriteria di atas mendatangkan hasil yang sangat menakjubkan. Gambar yang diambil sangat terang, warna yang direkod adalah tepat dan autofocus yang sangat laju.
Tambahan lagi, aplikasi kamera yang disertakan dengan model ini sangat senang untuk digunakan, banyak pilihan dan modes serta tweaks yang disediakan.
Untuk sample gambar yang diambil dengan telefon Asus ZenFone 2 Laser ini, anda boleh klik di sini.
Prestasi
Walaupun kamera Asus ZenFone 2 Laser sangat baik, tetapi model ini masih tergolong dalam telefon bajet – membawa maksud terdapat kurangnya. Penggunaan yang biasa tidak akan merasakan sebarang masalah, tetapi bagi pengguna tegar, ataupun yang perlukan multitasking, maka telefon ini akan mula lembab.
Bagi ujian bateri pula, telefon ini boleh bertahan sehingga 14 jam. Hal ini kerana Asus ZenFone 2 Laser mempunyai bateri sebanyak 3000mAh, bukanlah terbesar jika dibandingkan dengan pasaran yang lain, tetapi sudah memadai untuk penggunaan separuh hari. Anda mungkin up kan sedikit baterinya dengan mengurangkan aplikasi yang dilancarkan atau mengurangkan brightness.
Dimana Boleh Dapatkan Asus ZenFone 2 Laser?
Anda boleh dapatkan Asus ZenFone 2 Laser (ZE550KL) di Lazada Malaysia, dengan order secara online. Zenfone 2 ini berharga RM689 dan kebanyakan penggunanya sangat berpuas hati dengan model ini – kerana murah dan sangat responsive.
Kesimpulan
Walaupun Asus ZenFone 2 Laser (ZE550KL) ini tergolong dalam kategori telefon bajet, jangan pandang remeh kerana ia laju/responsive serta didatangi dengan teknologi autofokus yang baik.
Telefon ini sangat sesuai kepada orang yang suka menangkap gambar, mahukan telefon yang mampu milik dan mempunyai bateri yang mampu bertahan. Model ini tidak sesuai kepada pengguna tegar, yang mahu banyak multitasking dan sebagainya.
Secara ringkas, Asus ZenFone 2 Laser ini merupakan telefon pintar yang seimbang dari segi prestasi/features dan harganya. Jika anda sedang mencari telefon pintar dengan harga yang murah, anda patut dapatkan Zenfone 2 ini.
Sekian~
Terima kasih atas perkongsian makluman ini. Sangat membantu pembeli yang tercari-cari maklumat seumpama ini.