Reviu Nexus 6P: Google Mengalahkan Galaxy S6 dan iPhone 6S?

Google telah kembali dengan membawa Nexus 6P ke dalam produk telefon pintar mereka – tapi kali ini, ianya lebih baik.

Nexus 6P dari Huawei ini dilengkapi dengan banyak fungsi, serta reka bentuk yang menarik. Adakah ia boleh setanding dengan Samsung Galaxy S6 dan Apple iPhone 6S?

Ketahuinya dengan lebih lanjut di bawah.

Reka Bentuk Nexus 6P

Nexus 6P ini mempunyai elemen aluminium dan skrin yang berkualiti – sangat berbeza sekiranya dibandingkan dengan model-model nexus sebelum ini yang hanya menggunakan plastik. Model kali ini jauh lebih terasa “premium”-nya itu.

Walaupun begitu, ianya tidaklah sempurna. Bezel atas dan bawah adalah terlalu lebar bagi saya, terutama dalam kategori smartphone 5.7-inci.

Selain itu, 6P adalah lebih baik sekiranya mempunyai sedikit unsur cengkaman pada bahagian belakang model ini. Nexus 6P mempunyai fingerprint sensor (Nexus Imprint) di bahagian belakangnya, oleh itu anda bolehlah juga merasa sedikit grip.

Bendgate? Saya rasa model ini diperbuat dari bahan yang berkualiti dan kukuh, terutama jika dibandingkan dengan iPhone, oleh itu saya rasa ianya tidak mendatangkan sebarang masalah. Jika anda membawa Nexus ini di dalam poket seluar, atau jeans tiada masalah. Namun kalau sengaja kenakan tekanan, ia pasti bengkok juga.

Setakat ini Google dan Huaweii boleh dikatakan sangat praktikal dalam menghasilkan smartphone yang premium seperti ini.

Skrin Paparan

nexus 6p skrin

Nexus 6P mempunyai skrin bersaiz 5.7 inci dengan resolusi 2K (2560 x 1440), 16:9 AMOLED panel. Paparannya boleh dikatakan sangat baik, warna yang terang dan sudut tontonan yang luas.

Tapi adakah ianya terbaik? Tidak juga. Saya masih merasakan bahawa Galaxy S6 lebih menyerlah dalam aspek paparan skrin.

Nexus 6P ini didatangi dengan Gorilla Glass 4 dan mempunyai “oleophobic finish” yang boleh mengelakkan daripada kesan cap jari jika disentuh. Skrinnya sangat kuat dan anti-calar. Oleh itu, anda tidak perlu menggunakan screen protector jika mahu menggunakan peranti ini.

Software (Perisian)

Dengan nama Nexus, anda boleh mengharapkan bahawa model ini didatangi dengan Android tanpa sebarang bloatware seperti model-model smartphone Android yang lain.

Nexus 6P mempunyai Android 6.0 Marshmallow, saya boleh beri dua point:
1. Lebih tersusun
2. Laju, sangat laju

Android Marshmallow didatangi dengan ‘Now on Tap’, iaitu satu fungsi baharu yang membolehkan anda mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang sesuatu maklumat di paparan skrin. Sebagai contoh, anda sedang mendengar satu lagu, kemudian lakukan ‘Now on Tap’ (dengan hold down home button), Google akan memaparkan maklumat penyanyi, lirik dan mungkin juga tentang album lagu tersebut.

Selain itu, Marshmallow datang dengan fungsi ‘Doze’, membolehkan anda berjimat tenaga bateri semasa standby. Fungsi ini sudah lama bagi pengguna iPhone, dan kali ini sudah didatangi dalam Android.

Penambahbaikan pada Marshmallow memberikan nafas baharu kepada pengguna Lollipop. Untuk keterangan lanjut tentang Android Marshmallow, anda boleh layari laman sesawang ini.

Prestasi

Google Nexus 6P dilengkapi dengan prosesor Qualcomm Snapdragon 810, yang dulu pernah dipersoalkan akan prestasinya. Smartphone yang menggunakan prosesor ini mengalami beberapa masalah seperti lag, masalah panas dan lain-lain. Tapi adakah ianya berbeza dengan Nexus 6P sebab ia menggunakan stock Andorid?

Setakat ini, ramai yang memberikan respond yang sangat positif. Navigasi dan antaramukanya sangat pantas dan bertindak balas dengan baik. Aplikasi dilancarkan dengan cepat dan sukar untuk mengalami lag, walaupun dengan multitasking.

Selain itu, Nexus Imprint (fingerprint scanner bahagian belakang Nexus) ini berfungsi dengan baik dan pantas. Ia akan unlock skrin sebaik sahaja anda meletakkan jari anda di atas scanner tersebut. Praktikal jika anda mengambil smartphone ini dari poket, atau memegangnya.

Tambahan lagi, prestasi speaker Nexus 6P ini patut dipuji. Kualiti audionya sangat baik dan tepat.

Kamera

Secara ringkas dan jujur, kualiti kamera Nexus 6P tidak boleh menandingi smartphone yang lain seperti Galaxy dan iPhone – tidak kiralah dalam aspek kualiti, kelajuan ataupun kedua-duanya.

Walaupun begitu, Nexus 6P ini sangat baik untuk low light photography. Hal ini kerana model ini mempunyai 1.55 micron pixels, f2.0 aperture yang pantas dan autofocus dengan menggunakan laser.

Untuk keterangan lanjut tentang kamera Nexus 6P serta bandingan dengan kamera smartphone yang lain, sila saksikan video dibawah, oleh: SuperSaf TV

Bateri

Nexus 6P boleh bertahan lama untuk sesekali cas, hal ini kerana terdapat dua faktor: Pertama, adanya fungsi ‘Doze’ yang boleh mengurangkan penggunaan bateri semasa telefon anda sedang standby.

Kedua, Nexus 6P mempunyai bateri 3450 mAh – kapasitinya jauh lebih besar jika dibandingkan dengan smartphone yang lain. Ya, ya ada yang mempunyai bateri yang lebih besar, saya tahu.

Tetapi dengan gabungan dua aspek tersebut, anda boleh mengharapkan bateri bertahan lebih lama.

Model Nexus 6P ini mempunyai USB Type-C, iaitu kabel USB yang terbaru. Ianya boleh mengecas peranti anda dengan cepat. 10 minit cas boleh bertahan selama 7 jam – sangat menarik. Masalahnya, kabel USB Type-C ini masih sangat baru, dan sukar untuk didpati di pasaran Malaysia.

Perlu diingat bahawa Nexus ini tidak menyokong wireless charging. Google menyatakan bahawa ianya tidak perlu kerana bateri Nexus 6P sudah memadai, dan cukup untuk penggunaan seharian. Saya merasakan perkara ini tidak menjadi masalah, namun sekiranya anda memerlukan wireless charging itu, model ini mungkin bukan untuk anda.

Kesimpulannya

Secara ringkas, saya amat teruja dengan pelancaran Google Nexus 6P di Malaysia sebulan yang lalu. Namun, saya agak risau sekiranya model ini masih mempunyai masalah seperti kualiti binaan, kamera dan bateri – sepertimana model-model sebelumnya.

Dan sekarang, saya sudah lega bahawa model ini boleh mengatasi jangkaan saya. Buat masa ini, Nexus 6P adalah model nexus yang terbaik untuk dimiliki. Google sudah menstabilkan kualiti dan prestasi kedalam unit nexus mereka.

Jika anda mahu memiliki Nexus 6P, anda boleh mendapatkannya di Lazada Malaysia melalui link ini. Harganya adalah RM2698, setiap pembelian disertakan dengan Google Chromecast, satu bonus yang menarik. Dan setakat ini, Lazada merupakan pengedar eksklusif bagi model ini, dan sangat terhad, oleh itu anda perlulah segera jika mahukannya!

Harap artikel reviu ini membantu anda menentukan sama ada model ini sesuai dengan anda atau tidak.

Sekian~

Leave a Comment