Jenama Audio-Technica sudah lama berada dalam industri audio, terutama sebagai pengeluar headphone berkualiti tinggi. Sekiranya anda sedang mencari headphone pilihan, maka artikel reviu ini sangat sesuai kepada anda.
Kali ini, kami akan reviukan sebuah produk dari syarikat ini, yang dikenali sebagai Audio-Technica ATH-M20x. Produk ini sudah lama berada di dalam pasaran dan banyak menerima rating yang tinggi.
Kualiti Binaan Audio-Technica ATH-M20x
Kualiti binaan dari Audio-Technica tidak pernah mengecewakan para penggunanya, terutama bagi pengguna tegar. Pemakaiannya agak selesa dan direka khas untuk tidak memberikan anda kesakitan telinga semasa memakainya.
Ya, ia tidak diperbuat daripada kulit yang asli, tetapi plastik yang digunakan adalah sangat baik dan sesuai. Ia agak baik sekiranya dibandingkan dengan headphone keluaran Sony dan Panasonic.
Headband pula, agak kukuh. Pada masa boleh disuaikan dengan kepala anda.
Kualiti Audio
Apa yang anda boleh bayangkan, sebuah headphone yang dikeluarkan oleh syarikat berpengalaman dalam industri audio? Ya, sudah pasti kualiti audionya tip-top!
Walaupun bukanlah yang terbaik jika dibandingkan dengan produk-produk yang lebih mahal, tetapi dengan harga yang ditawarkan, kami jamin anda boleh berpuas hati.
Headphone ini sangat sesuai untuk memainkan audio yang mempunyai unsur bass.
Senang cerita, anda tidak akan silap sekiranya membeli Audio-Technica ATH-M20x ini. Untuk pengguna biasa seperti yang mendengar muzik, menonton video dan bermain game, headphone ini dan cukup baik.
Namun, sekiranya anda terlibat di dalam industri perfileman atau muzik, bekerja sebagai komposer muzik dan sebagainya, maka headphone ini tidak dapat memenuhi permintaan anda – kena pilih headphone yang jauh lebih baik daripada ini.
Kekurangan
Secara jujur, Audio-Technica ATH-M20x ini bukanlah all-in-one the best headphone dalam pasaran. Ia banyak kelemahan dan kekurangan, tetapi dengan harga yang sangat murah, anda dapat apa yang anda bayar.
Ya, sudah pasti model ini tidak boleh setanding dengan headphone Beats by Dre, terutama model headphone studio monitor, tetapi headphone itu harganya beribu.
Salah satu lagi masalah pada model ini adalah kekurangan interchangeable cable. Model variasi seperti ATH-M40x dan ATH-M50x kedua-duanya mempunyai kabel yang boleh dikeluarkan dan diganti dengan kabel yang lebih pendek/panjang. Untuk model Audio-Technica ATH-M20x ini, tidak boleh.
Sama ada perkara itu adalah satu kelemahan, ia bergantung pada seseorang itu sendiri.
Satu lagi kekurangannya, ia tidak disertakan dengan beg atau carrying case. Bermaksud anda terpaksa membelinya sendiri.
Video Reviu
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih tentang headphone bajet ini, anda boleh tonton youtube video di bawah:
Dimana Boleh Dapatkannya?
Anda boleh dapatkan headphone ini di Lazada Malaysia dengan harga RM211 (harga boleh berubah mengikut masa).
Sekiranya berminat, sila klik di sini untuk ke laman produk ini.
Kesimpulan
Secara ringkas, Audio-Technica ATH-M20x merupakan headphone yang terbaik untuk pengguna biasa yang hanya mahukan audio berkualiti tinggi, pada masa yang sama tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuk sepasang headphone.
Harap anda mendapat manfaat dari artikel reviu ini, terutama dalam memilih headphone yang tepat dengan kemahuan dan kemampuan anda.
Sekian~