Reviu Hisense 32″ LED HD TV – HMLED32D33

hisense 32 led hd tv

Jenama televisyen Hisense mungkin masih ramai tidak tahu dalam kalangan rakyat Malaysia. Hisense telah mengeluarkan TV LED yang baharu, iaitu Hisense 32″ LED HD TV. Ia mungkin tidak setanding dengan jenama yang popular seperti Sony dan Samsung namun anda dapat apa yang anda bayar.

Secara ringkas model ini mempunyai prestasi yang biasa, reka bentuk (design) yang murah dan tiada software untuk menukar setting gambar pancarannya.

Dengan harga seperti ini, kami mengharapkan sesuatu yang lebih, kerana terdapat jenama yang lain menyediakan ciri-ciri ini walaupun harga agak mahal sedikit. Namun, kami kagum kerana Hisense mampu mengeluarkan LED TV dengan harga semurah ini.

Sekiranya anda dalam kekurangan budget ataupun ingin bertukar kepada LED TV, mungkin ini adalah pilihan yang baik, dengan mengambil kira harganya yang murah dan ciri-ciri yang memadai.

Sekiranya anda inginkan HDTV yang betul-betul boleh memberikan kepuasan semasa bermain game ataupun menonton filem Blu-ray full-HD, anda perlu beralih kepada jenama yang lebih baik.

Spesifikasi¬†Hisense 32″ LED HD TV

Hisense HMLED32D33 LED TV boleh dikatakan LED TV yang paling murah yang anda boleh dapat di pasaran. Reka bentuknya nipis dan paparan yang besar, 32-inci dengan beratnya sekitar 5.8kg.

Reka Bentuk & Pengalaman

hisense 32 led hd tv back

Kami memberikan kredit kepada Hisense kerana berjaya memikir luar kotak semasa mereka bentuk model ini. Seperti H7, model ini dilengkapi dengan panel gelas yang cantik dan sesuai. Sangat sedap mata memandang.

Kadang-kadang, skrunya nampak macam tidak diselaras dengan baik, seakan-akan TV ini boleh lerai dengan mudah (tapi takkanlah). Terdapat sumber menyatakan bahawa mereka mendapat masalah yang sama.

Model TV ini menyediakan semua sambungan video dan port pada bahagian belakangnya. Anda akan memperolehi 2 HDMI, satu VGA, AV/Component input, satu coaxial connector, satu PC/DVI audio input, satu USB 2.0, dan satu headphone jack.

Pada kebiasaannya, dengan harga seperti ini, anda tidak akan mendapat ciri-ciri premium seperti mana yang anda akan dapat dari HDTV yang lagi mahal. Jadi, ini adalah pilihan yang terbaik!

Hisense 32 LED TV membekalkan anda dengan alat kawalan jauh yang biasa (standard) dan bateri. Software dan setting menu dalam TV ini agak sukar untuk ditetapkan dan navigasi yang memeningkan. Namun, dengan penggunaan yang kerap, anda boleh membiasakan diri dengannya.

Qualiti Gambar dan Video

Pada kebiasaannya, kita tidak mengharapkan sesuatu yang sangat berkualiti dari enty-level TV, seperti kualiti gambar dan video yang sangat cantik. Namun, dengan teknologi sekarang, anda boleh!

Tapi, Hisense tak termasuk dalam kategori tersebut.

Semasa uji kaji kami, playback The Dark Knight dari Blu-ray tidak memuaskan. Warnanya tidak sekata, dan skin tone nya kurang menyerlahkan filem tersebut. Prestasinya semasa memancarkan warna yang sepatutnya tidak dapat memberikan kenikmatan kepada kami.

Hisense menggunakan teknologi LED Backlight yang boleh memaparkan warna dengan lebih jelas dan memberikan tahap paparan yang lebih baik. Namun kami fikir sebaliknya.

Secara ringkas, kualiti paparannya adalah kekurangan warna, prestasi semasa pergerakan pantas agak teruk.

Dari segi audio pula, Hisense boleh memberikan kualiti yang baik. Hal ini keran model ini dilengkapi dengan Digital Audio Output yang boleh memberikan hasil yang memuaskan dalam kualiti audio.

Oleh itu, kami tidak mengesyorkan Hisense kepada orang yang ingin mendapat pengalaman yang terbaik semasa menonton filem, siaran sukan dan bermain game PS/Xbox.

Namun begitu, sekiranya anda orang yang hanya inginkan HDTV yang murah dan sesuai untuk menonton Astro Beyond, Hisense mungkin menjadi pilihan yang terbaik!

Harga & Dimana Boleh Dapatkannya?

Sekiranya anda ingin memiliki Hisense 32″ LED HD TV, ini, anda boleh dapatkannya dengan harga potongan dari Lazada Malaysia.

Harga asalnya adalah RM899 (harga boleh berubah dari masa ke masa), namun sekiranya anda membelinya dari link Lazada ini, anda akan mendapatnya dengan harga yang lagi murah.

Selain membelinya online, anda juga boleh mendapatkannya di kedai-kedai eletronik yang berdekatan dengan anda.

beli Hisense 32" LED HD TV

Kesimpulan

Kesimpulannya, anda tidak akan dapat LED TV semurah Hisense 32″ LED TV. Dan dengan harga seperti ini, anda akan dapat kualiti yang padan dengan apa yang anda bayar, tidak kurang tidak lebih.

Dan kebanyakan pengguna memilih produk ini adalah kerana harganya yang sukar untuk ditolak. Sekiranya anda sekadar menonton bahan HD dari stesen televisyen, TV ini adalah pilihan yang terbaik.

Sekiranya anda jenis orang yang tegar dalam menonton bahan-bahan tinggi definisi (high definition) seperti blu-ray, bermain game, ataupun menjadikan TV ini sebagai monitor komputer, kami cadangkan anda beralih kepada LED atapun HD TV yang lain.

Sekian~

Loading...

2 Semua Maklum Balas

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here