Huawei Honor 7 merupakan model smartphone yang mendapat banyak perhatian pada tahun lepas dengan prestasinya. Pada tahun ini, mereka mengeluarkan pula model terbaru yang dikenali sebangai Huawei Honor 5X.
Dengan harga serendah RM895, anda pasti ingin tahu apa yang model ini boleh berikan kepada anda.
Untuk maklumat lanjut sila baca artikel reviu ini di bawah.
Tarikh Keluar dan Harga Honor 5X
Huawei memperkenalkan Honor 5X ini di Las Vegas 2 bulan yang lalu. Apa yang menjadi perhatian adalah harganya – $199 (RM895). Smartphone yang mempunyai spesifikasi yang sama, seperti Motorola Moto X Play atau Huawei GX8 dalam lingkungan harga $300 (RM1300).
Dari segi harga, Huawei Honor 5X ini mempunyai harga sama seperti Moto G (2014), tetapi setanding dengan Moto X Play dari segi spesikifasi serta prestasi.
Anda sudah boleh membuat pesanan atau pre-order untuk mendapatkannya di Lazada Malaysia secara eksklusif. Klik di sini untuk berbuat demikian.
Reka Bentuk dan Kualiti Binaan Honor 5X
Honor 5X mempunyai reka bentuk yang menarik – sekali pandang sudah tahu. Reka bentuknya mempunyai unsur seperti Nexus 6P atau Huawei Mate 8, tetapi tidak mempunyai “rasa” seperti smatphone mahal.
Jika dibandingkan dengan Honor 7, kali ini ia nampak lebih teratur dan cantik.
Butang power dan volum diletakkan pada tempat yang sangat sesuai – bahagian tepi kiri smartphone. Berat Honor 5X adalah 158g, tidak terlalu berat untuk model 5.5 inci.
Pada sebelah kiri pula, terdapat dua slot: satu untuk dual-SIM dan satu lagi untuk kad microSD.
Paparan Honor 5X
Honor 5X mempunyai paparan skrin full HD menggunakan teknologi IPS, sebesar 5.5-inci. Dengan ini, ia membawa pixel density sebanyak 401 ppi.
Paparan Full HD Honor 5X ini adalah tajam dan viewing angle sangat baik, namun skrinnya senang untuk menangkap kesan cap jari.
Kelebihan Utama Honor 5X
Antara kelebihan utama Honor 5X adalah: dual-SIM, pembaca kad microSD dan fingerprint scanner.
Untuk fingerprint scanner, ia membuatkannya sangat unik kerana harga yang sangat murah.
Slot dual-SIM pula menyediakan satu slot untuk nano-SIM manakala satu lagi micro-SIM. Model smartphone ini sangat sesuai bagi orang yang masih belum mempunyai nano-SIM.
Hanya salah satu dari sim card itu boleh menggunakan perkhidmatan LTE, anda boleh setkannya pada bahagian setting.
Fingerprint scanner tidak mengambil masa yang lama untuk membuka peranti ini, dan agak tepat. Pada masa yang sama, anda boleh setkan beberapa setting yang lain – angkat telefon, ambil gambar dan lain-lain.
Software
Honor 5X menggunakan EMUI 3.1, yang mana berasaskan kepada Android 5.1.1 Lollipop. Ia juga akan mendapat update kepada Android 6.0 pada masa hadapan.
Untuk mendapat keterangan lanjut tentang bagaimana gandingan EMUI 4.0 dan Android 6.0 Marshmallow, anda boleh klik di link ini.
Prestasi Honor 5X
Honor 5X dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 615, iaitu prosesor yang sama yang digunakan oleh Oppo R7 dan Moto X Play. Honor 5x mempunyai spesifikasi hardware yang sangat menakjubkan sekiranya dibandingkan dengan model smartphone yang lain.
Soal RAM pula, model reviu ini mempunyai sebanyak 2GB RAM. Sekiranya anda menggunakan smartphone sebagai satu alat untuk multitasking dan kerja, maka model ini boleh menyokong kebanyakan aplikasi dan berjalan dengan lancar.
Audio Honor 5X
Kualiti audio Honor 5X agak baik, walaupun dalam keadaan persekitaran yang bising. Kualiti suara sangat jelas, dan tidak mendapat sebarang masalah pada orang sebelah semasa uji kaji.
Namun, sekiranya anda bercadang untuk menggunakan Honor 5X untuk mendengar muzik, menonton video atau bermain game, maka anda mungkin mendapati bahawa kualiti speaker/audionya sedikit kurang, tidak berapa memuaskan.
Honor 5X hanya mempunyai mono speaker, dan terletak pada bahagian bawah – apabila anda menggunakannya secara landskap, biasanya tangan akan melindungi speaker tersebut.
Kamera Honor 5X
Kamera utama model ini adalah sama seperti model Huawei yang lain. Kedua-dua model GX8 dan Honor 5X mempunyai 13 MP kamera belakang dan 5 MP kamera hadapan.
Namun, tidak seperti Huawei GX8, Honor 5X tidak mempunyao dual LED flash mahupun image stabilization.
EMUI lebih kepada pasaran orang Asia yang terlampau sukakan selfie. Dalam aplikasi kamera, terdapat mod untuk mengurangkan kedutan muka dan sebagainya.
Kualiti gambar dari kamera Honor 5X sangat bergantung kepada kadar cahaya. Selagi mana pencahayaan adalah baik dan terang, maka gambar yang dapat ditangkap adalah baik dan terang.
Namun, apabila dalam low-light, gambar yang dihasilkan adalah tidak memuaskan serta banyak noise.
Walaupun begitu, gambar-gambar yang ditangkap sudah dikira baik untuk dikongsikan di media sosial. Sekiranya anda pentingkan kualiti gambar, maka smartphone ini bukanlah untuk anda.
Jangka Hayat Bateri
Huawei Honor 5X mempunyai bateri yang agak besar, iaitu 3,000-mAh. Dalam satu uji kaji yang dijalankan oleh Android Pit, mereka mendapati bahawa bateri smartphone ini setanding dengan Huawei GX8.
Dengan penggunaan biasa seperti Whatsapp, membaca email, mendengar radio/mp3, smartphone ini boleh bertahan seharian (bergantung atas penggunaan).
Sekiranya anda jarang-jarang menggunakannya, maka ia mungkin boleh bertahan selama 2 hari.
Video Reviu
Android Authority pernah membuat liputan reviu berkenaan model smartphone ini, anda boleh lihat apa pandangan mereka terhadap Honor 5X ini di bawah:
Dimana Boleh Beli Huawei Honor 5X?
Jika anda tertarik dan teringin untuk memiliki model Honor 5X ini, anda sudah boleh membuat pesanan dari Lazada Malaysia mulai sekarang dengan harga RM895 (harga boleh berubah)
Produk ini sangat eksklusif dan cepat habis, baik anda membuat pesanan dengan cepat.
Klik di sini untuk membuat pesanan.
Kesimpulan
Huawei Honor 5X merupakan smartphone yang sangat baik dari segi prestasi (dalam lingkungan harga seperti itu), bateri yang boleh tahan lama dan kamera yang biasa-biasa sahaja.
Jika dilihat dari sudut spesifikasi dan hardware, memang smartphone ini tidak setanding dengan model-model smartphone flagship yang lain. Tetapi jika dibandingakan dari segi harga, Honor 5X sangat berbaloi.
Harap artikel reviu ini membantu anda membuat pilihan yang tepat sekiranya bercadang untuk membeli smartphone ini.
Sekian~