Reviu Huawei Honor 7 – Fingerprint Scanner dan SmartKey Penambahan Yang Berbaloi

reviu huawei honor 7

Huawei, seperti syarikat OEM China yang lain, dikenali sebagai satu syarikat pengeluar telefon pintar dengan spesifikasi dan tawaran menarik, pada masa yang sama mengekalkan harga bajet dan mampu milik.

Huawei Honor 7 merupakan model terbaru mereka. Menjejaki produk-produk mereka yang terdahulu, adalah model ini boleh menyakinkan anda untuk memilikiny?

Ketahui reviu penuh Honor 7 ini di bawah.

Reka Bentuk Huawei Honor 7

reka bentuk honor 7

Reka bentuk Honor 7 ini hampir sama dnegan reka bentuk model sebelumnya. Mempunyai reka bentuk metalik dan mempunyai ceramic-coated finish – yang mana bukan sahaja selesa dipegang, malah tidak mudah tergelincir dari tangan.

Dengan ketebalan 8.5mm dan berat 160gram sahaja, telefon ini berasa sangat kuat. Dengab paparan skrin sebesar 5.2-inci dan sisi yang nipis, Honor 7 mudah digunakan dengan satu tangan.

Pada sebelah tepi kanan pula, terdapat volume rocker, butang power dan butang SmartKey (baca di bawah). Kesemua butang adalah baik, senang untuk diakses, mudah ditekan dan memberikan tindak balas yang baik.

Butang power diletak pada tempat yang sesuai dan selesa untuk dicapai. Dan mempunyai rasa yang berbeza dengan volume rocker. Model ini juga datang dengan fungsi “double tap to wake”, oleh itu anda tidak perlu kerap menekan butang power tersebut.

Di atas butang SmartKey pula terdapat tray dual-SIM yang satunya boleh berfungsi sebagai slot microSD.

Pada bahagian atas pula, terdapat headphone jack. Bahagian bawah pula terdapat port microUSB, speaker. Bahagian hadapan mempunyai kamera hadapan dengan flash dan notifikasi.

Bahagian belakang mempunyai kamera 20MP beserta flash, dan sensor cap jari di bawah kamera tersebut.

Paparan Skrin

Huawei Honor 7 datang dengan paparan skrin 5.2-inci IPS LCD, resolusi sebesar 1920 x 1080p (424 ppi). Huawei menyatakan bahawa paparan ini mempunyai 1500:1 high contrast ratio dan 85% color saturation rate, menawarkan teks dan warna dipaparkan dengan terang.

Sudut pandangan juga adalah baik, sesuai untuk kegunaan dalaman dan luaran.

Prestasi

prestasi honor 7

Huawei Honor 7 dilengkapi dengan prosesor octa-core HiSilicon Kirin 935 (2.2 GHz), Mali-T628 GPU dan 3GB RAM.

Prestasi model ini sangat baik dan lancar. Hampir sukar mengalami masalah dan lag. Dari melancarkan aplikasi, membuka fail, bertukar-tukar aplikasi, multitasking dan sebagainya – tiada masalah!

Model ini juga sesuai untuk bermain game kasual, tetapi bagi game yang mempunyai banyak grafik dan pergerakan, anda mungkin mendapat sedikit frame drop dan sedikit lembap.

Hardware

Honor 7 datang dengan model 16 GB atau 64 GB, tetapi boleh sahaja ditambah dengan microSD. Model ini juga datang dengan sambungan NFC, 4G dan LTE.

Seperti yang dinyatakan di atas, Honor 7 mempunyai sensor cap jari di bahagian belakang yang boleh bertindak sebagai butang power semasa anda ingin on smartphone ini. Sensornya sangat responsif dan pantas.

Satu lagi tambahan pada Honor 7 adalah butang SmartKey yang terletak pada sebelah kanan model. Ia berfungsi seperti butang Active yang terdapat pada Samsung Galaxy S6 Active. Anda boleh menetapkan butang tersebut untuk melancarkan 3 aplikasi pilihan sama ada dengan satu klik, dua klik, atau long press.

Soal bateri pula, Honor 7 mempunyai bateri 3100 mAh yang tidak boleh dikeluarkan. Dengan kapasitinya yang besar, ia boleh bertahan seharian penggunaan. Jika bateri nak habis, anda boleh memanfaatkan fast charging, di mana anda boleh cas 50% dalam masa 30 minit sahaja.

loading...

Kamera

kamera huawei

Huawei Honor 7 dilengkapi dengan kamera 20 MP dengan dua LED flash dan f/2.0 aperture. Disamping itu, 8MP kamera hadapan dengan f/2.4 aperture. Aplikasi kamera adalah standard, dan boleh tangkap gambar dengan pantas.

Soal kualiti gambar pula, kamera Honor 7 boleh menghasilkan gambar yang cantik dengan warna yang terang. Namun, pencahayaan memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Dalam keadaan low light, anda boleh dapat tahu dengan jelas bahawa ia tidak sesuai untuk gambar gelap.

Untuk sampel gambar, sila ke link ini.

Software

Huawei Honor 7 menggunakan Android 5.0.2 Lollipop dengan tambahan Emotion UI – yang mana banyak dipengaruhi oleh iOS.

Terdapat beberapa shortcut dan fungsi berguna pada UI ini, termasuklah swipe gestures dengan fingerprint scanner.

Panel notifikasi pula dibahagikan kepada dua bahagian – Shortcut dan Notifikasi. Ia memudahkan anda dalam beberapa perkara.

Video Reviu

Android Authority telah membuat reviu tentang produk ini, anda boleh saksikan pandangan mereka di bawah:

Pembelian dan Harga

Huawei Honor 7 berharga RM1299 untuk model 16GB. Anda boleh dapatkannya dari kedai smartphone yang berdekatan. Pastikan mereka adalah pengedar original, kerana model Huawei ini sudah banyak diciplak.

Untuk selamat, anda boleh membuat pesanan online dari Lazada Malaysia. Bukan sahaja kualiti dan ketulenannya terjamin, malah anda mendapat voucer Chatime sebanyak RM10 jika anda membeli dari link ini.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Huawei Honor 7 ini adalah smartphone yang sangat baik – skrin yang terang, bateri yang tahan lama, fingerprint scanner, dan kamera yang cantik. Prestasinya pula lancar, cekap, responsif dan mampu bermain game terbaru.

Harap artikel reviu ini membantu anda membuat keputusan sama ada telefon pintar ini adalah untuk anda ataupun tidak.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here