Reviu Huawei Honor Band Z1: Fitness Tracker Bajet Untuk Anda?

reviu huawei honor band z1

Huawei sudah berkecimpung dalam industri smartphone semenjak setahun dua ini, dan kali ini mereka ingin kembangkan pasaran mereka kepada wearables pula. Syarikat Huawei sudah mengeluarkan produk terbaru mereka, iaitu Huawei Honor Band Z1, satu produk fitnes tracker.

Minggu lepas kami reviu smartphone Honor 7 (baca di sini), dan pada minggu ini pula, adalah giliran Honor 7 Band Z1 – jom kita lihat apa yang anda boleh dapat dari fitness tracker yang berharga RM259 ini.

Reka Bentuk Huawei Honor Band Z1

Huawei Honor Band Z1 mempunyai reka bentuk bulat. Serta model ini tidak mempunyai reka bentuk honor band z1sebarang butang, bermaksud semua interaksi adalah 100% bergantung kepada touchscreen.

Skrin sebesar 1.06-inci POLED sesentuh ini dilingkungi dengan rangka besi yang mungkin boleh calar dengan mudah (jadi berhati-hati). Talinya pula diperbuat daripada bahan getah dengan diberikan sedikit tekstur.

Honor Band Z1 agak ringan sebenarnya, jadi anda tidak akan rasa berat sangat semasa memakainya. Namun, oleh kerana saiznya agak kecil, ia mungkin menyukarkan orang yang bertangan besar untuk navigasi.

Ciri-Ciri Fitness Tracking

Huawei Honor Band Z1 boleh digunakan untuk mengesan dan mencatat berapa langkah anda sudah ambil, berapa kalori sudah dibakar, corak tidur dan berapa jauh anda sudah berlari.

Untuk selaraskan data fitness, anda perlu muat turun aplikasi Huawei Wear ke dalam smartphone anda. Ia boleh digunakan oleh pengguna Android dan iPhone.

Selain itu, Honor Band Z1 juga boleh paparkan notifikasi dari smartphone. Tambahan lagi, ianya adalah kalis air, jadi anda tidak perlulah risau jika perlu gunakannya semasa berenang ke apa.

Prestasi

Sebagai permulaan, anda perlu masukkan butiran diri seperti tinggi, berat, jantina dan tarikh lahir ke dalam aplikasi, kemudian ia akan sambung kepada fitness tracker tersebut.

Honor Band Z1 agak tepat dalam menjejaki bilangan langkah diambil. Jika anda berhenti dalam jangka masa 30 minit, ia akan bergetar memberitahu agar anda sambung berjalan.

Sleep monitor pula akan memberitahu anda berapa lama sudah anda tidur nyenyak, berapa lama sudah terjaga dan beberapa perkara lagi.

Untuk mengira jumlah kalori yang dibakar pula, anda perlu sambungkan Huawei Wear kepada aplikasi MyFitness Pal.

Huawei Honor Band Z1 tidak boleh sync data secara langsung, yang mana boleh diterima kerana sensor berasingan dari telefon. Namun, perlu diingat bahawa aplikasi Huawei Wear tidak menyimpan data anda. Sebagai contoh, anda mahu lihat berapa banyak langkah anda ambil minggu lepas – tidak boleh, data sudah dipadamkan.

Perkara yang sama juga apabila notifikasi smartphone anda. Ia tidak berlaku secara langsung. Anda mungkin mendapat notifikasi di Band Z1 anda beberapa minit selepas pesanan asal di smartphone.

loading...

Bateri

Huawei Honor Band Z1 mempunyai bateri sebesar 70mAh, dan boleh bertahan selama 3 hari dengan sekali cas. Tidak terlalu menakjubkan, dan tidak terlalu teruk juga. Padanlah dengan kapasiti baterinya.

Setiap pembelian, anda akan mendapat charging dock untuk cas Honor Band Z1 secara wireless.

Pembelian

beli huawei honor band z1 lazada

Anda boleh dapatkan Huawei Honor Band Z1 dengan harga RM259 di Lazada Malaysia. Buat masa ini, mereka menawarkan 3 warna – hitam, putih dan krim.

Jika anda membuat pembelian dengan CIMB, anda akan mendapat potongan 5% (hanya untuk dekstop). Untuk mendapat tawaran tersebut, anda perlu klik pada link ini.

Kesimpulan

Huawei Honor Band Z1 adalah satu fitness tracker yang sesuai kepada orang yang ingin bermula dengan wearable. Dengan fungsi yang sangat baik, serta harga yang berpatutan, ia boleh menjadi alternatif kepada smartwatch.

BacaReviu Moto 360 2nd Gen – Smartwatch Terbaik Untuk Anda

Harap artikel ini bermaklumat kepada anda.

Sekian~

Loading...

Beri maklum balas

Please enter your comment!
Please enter your name here