Reviu Intel NUC (NUC5i5RYK) – Kit Komputer Yang Kecil Tetapi Berkuasa

reviu intel nuc

Pada akhir tahun 2012, Intel mula memperkenalkan tentang produk mereka, Next Unit of Computing ataupun dikenali sebagai NUC – iaitu satu jenis kit komputer dengan prosesor Intel.

NUC bukanlah satu langkah Intel untuk menjana keuntungan lebih. Bahkan NUC bukanlah satu komputer yang lengkap, terdapat beberapa aspek yang NUC kurang. Apa yang saya boleh lihat disini adalah kewujudan produk ini adalah untuk menunjukkan betapa efisiennya prosesor mereka sehingga boleh berfungsi dengan baik dalam case yang sangat kecil.

Artikel reviu kali ini akan lihat apa yang INTEL® NUC Kit NUC5i5RYK ini tawarkan dalam pakej yang kecil.

Luaran Intel NUC

Sebaik sahaja anda memegang model Intel Nuc ini, anda akan kagum dengan kualiti binaannya.

Anda boleh keluarkan penutup atas dengan mudah (tanpa screwdriver). Intel mengatakan bahawa mereka anda luaskan fungsi penutup atas tersebut kepada wireless charging atau port tambahan – tapi untuk masa hadapan.

Untuk mencapai bahagian hardware pula, anda perlu terbalikkan model tersebut, kemudian pusing 4 screw yang menjadi “kaki” model ini.

Setelah screw dilonggarkan, anda boleh membukanya, membenarkan anda akses kepada slot M.2 and slot RAM. Itu sahaja. Hardware yang lain tidak boleh ditukar mahupun diupgrade. Sebab itulah ia diberi nama “kit”, bukannya satu komputer lengkap.

Oh, ya. Operating system seperti Windows 10 dan sebagainya perlulah dibeli dan diinstall secara asing. Intel Nuc tidak datang dengan operating system.

Spesifikasi Intel NUC

Berikut adalah spesifikasi ringkas tentang model ini. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari laman web rasmi Intel di sini.

spesifikasi intel nuc

Pilihan Port

belakang intel nuc

Walaupun ia sangat kecil, NUC menawarkan beberapa port yang boleh dikira mencukupi. Di bahagian hadapan, ia menawarkan dua USB 3.0, satu boleh bertindak sebagai pengecas, dan headphone jack.

Di bahagian belakang pula, terdapat dua lagi port USB 3.0, display port, HDMI dan ethernet.

Sambungan/rangkaian wireless sangat memuaskan, komputer ini menawarkan 802.11ac Wi-Fi dan Bluetooth 4.0.

loading...

Prestasi

Intel NUC datang dalam beberapa pilihan prosesor, anda boleh pilih untuk dapatkan Core i3, i5 mahupun i7.

Pengguna boleh mendapatkan prestasi yang memuaskan untuk browse internet, sunting gambar, dokumen dan sebagainya. Apa yang lebih menarik adalah apabila anda tidak dapat membezakan prestasi NUC ini dengan desktop tower yang lain.

Bahkan dalam beberapa kes, NUC lebih laju dan cekap kerana ia menyaran anda untuk menggunakan SSD berbanding hard disk biasa.

Soal graphic card pula, model Intel Nuc ini datang dengan Intel HD 6000, ya hanya intergrated graphics bukannya dedicated. Sudah pasti Intel Nuc ini bukan direka untuk gaming, tetapi sudah memadai untuk bermain video 4K (60 Hz) melalui DisplayPort.

Penggunaan Tenaga

Setiap model Intel Nuc datang dengan kipas, sama seperti desktop atau laptop biasa. Semasa idle, anda akan sukar mendengarnya, namun semasa full load, ia boleh mencecah 37 decibels, yang mana anda boleh mendengarnya.

Penggunaan tenaga pula, sangat mengejutkan. Ia hanya mencecah 6 watt, penggunaan tenaga elektrik yang paling rendah kami pernah lihat dalam kategori desktop mahupun laptop.

Sekiranya anda sangat pentingkan penggunaan tenaga elektrik, ataupun mahu berjimat, maka bertukarlah kepada Intel NUC.

Waranti

NUC ini datang dengan 3 tahun waranti yang merangkumi semua hardware yang terdapat di dalamnya. Pada pandangan kami, ia sangat menguntungkan, kerana semua hardware yang dimasukkan di dalam unit ini (daripada Intel), terjamin kualitinya.

Hard disk dan RAM yang anda beli akan dilindungi oleh waranti pengeluar masing-masing.

Video Reviu

Berikut adalah video reviu Intel Nuc oleh Channel Digital Trend di Youtube.

Di Mana Saya Boleh Dapatkan Intel NUC?

Pada masa artikel ini ditulis, antara tempat yang baik untuk membeli Intel NUC ini adalah di kedai-kedai komputer terkemuka.

Ataupun, anda boleh sahaja menempahnya di Lazada Malaysia dengan harga yang jauh lebih berpatutan.

beli intel nuc

Kesimpulan

Intel NUC Kit NUC5i5RYK menunjukkan prestasi yang sangat menakjubkan jika kita lihat dari sudut betapa kecilnya unit komputer ini.

Sekiranya anda sedang mencari komputer yang kecil, mudah, compact, murah – maka saya sangat menyarankan anda agar mendapatkan Intel Nuc ini.

Namun, sekiranya anda orang yang power user, membawa maksud suka bermain game, atau lebih kepada penghasilan media (muzik, video), maka model ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

Harap artikel reviu tentang Intel Nuc kali ini memberikan pencerahan kepada anda. Sekiranya anda mendapati artikel ini membantu, silalah kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Sekian~

Beri maklum balas